
Aug 31, 2008
BUDAYA TOLERANSI DAN PERDAMAIAN

Aug 30, 2008
KITA 2
Timbul pula persoalan: “Dari mana pula datangnya bangsa Melayu ini?” Terlalu banyak teori tentang asal-usul bangsa Melayu. Melayu Proto yang didakwa hadir dari bangsa Yunan, sebuah daerah di China mula bertapak di Nusantara sekitar tahun 3000-2500 S.M, yang turut mengamalkan budaya neolitik. Manakala pada sekitar 1500-300 S.M berlaku gelombang yang sama dimana dikenali sebagai Melayu Deutro, turut membawa kebudayaan gangsa-besi. Teori F. Dan P.E Sarasin ini diperkukuhkan dengan tulisan Robert Von Heine Geldern dengan penemuan alatan seperti kapak batu di kawasan-kawasan laluan pada tahun 1932, dengan mengaitkan migrasi bangsa Yunan melalui Indo-China sebelum melebar ke Semenanjung Tanah Melayu.Teori laluan, disangkal oleh Peter Bellwood, yang menegaskan bangsa Yunan tersebut hadir melalui Taiwan, Filipina, Borneo seterusnya merebak seantero Nusantara.
Berbeza dengan pandangan segelintir sejarahwan tanahair seperti Nik Hassan Suhaimi yang menegaskan, bangsa Melayu telah wujud seawal 35,000 tahun dahulu dengan bukti arkeologi dan lingguistik seperti penemuan arkeologi ‘Javaman’ di Pulau Jawa yang menunjukkan adanya penghuni beribu tahun lalu. Manakala James T. Collins menegaskan, tanah asal orang Melayu adalah dibahagian barat Borneo yang bergerak sebelum 100 Masihi merentasi Laut China Selatan melalui Pulau Tembelan dan Riau seterusnya merebak hingga ke Filipina dengan penemuan bukti-bukti lingguistik.
Maka disini timbul dua teori, pertama bangsa Melayu hadir luar dari Alam Melayu dan kedua bangsa Melayu ini wujud beribu tahun dahulu dengan tamadun dan budayanya yang tersendiri.
Aug 29, 2008
LARAT TAK LARAT

Satu ketika sewaktu subuh, aku solat di sebuah surau seorang diri, mungkin penduduk di kampung ini lebih suka solat dirumah. Selesai solat, ketika hendak melipat sejadah, aku tertarik melihat seekor semut kecil sedang berusaha mengangkat bangkai seekor nyamuk. Ditarik kekiri, ditarik kekanan tapi masih belum berganjak, dan hampir sejam aku memerhatikan telatah si semut sambil aku membaca Al-Quran, masih berusaha mengangkatnya tapi masih gagal.
Ramai orang Islam kita hari ini bersikap begini, ramai yang tahu tentang pentingnya mendokong tugas murni menzahirkan sistem yang hak, akan tapi mendokongnya seorang diri. Melihat kegigihannya pasti ramai yang akan memuji tapi laratkah untuk angkat seorang? Andai tidak larat dan memang takkan larat maka panggil dan cari sahabat-sahabat yang lain yang memahami pentingnya menzahirkan sistem dan kita dokong beramai-ramai.
180+180= ?
Al A'raaf:180
Aug 28, 2008
KITA 1
‘Melayu’, dari segi rekod awalnya, seawal abad ke-13 oleh Wong Gung Wu menyatakan mengenai kewujudan satu masyarakat di Sumatera yang dikenali sebagai “Mo-la-Yu” yang mempunyai ciri-ciri tamadun, adat istiadat atau pun lebih jelas lagi mempunyai budaya tersendiri. Manakala jelas pemerhati Sepanyol di Filipina, iaitu Antonio de Marga dan Francisco Colin dalam kajiannya, menyatakan bangsa Melayu hadir seiring dengan orang-orang Tagalog. Pada tahun 1869 pula, Alfred Wallace telah membahagikan Nusantara-Pasifik kepada dua bahagian, iaitu Kepulauan Melayu dan Polinesia, di mana Kepulauan Melayu merangkumi Malaysia(Tanah Melayu), Indonesia, Borneo, Singapura, Selatan Thai, Selatan Filipina, Indo-China dan menjangkau Kepulauan Pasifik di bahagian timur, merentas Malagasi di Barat dan Taiwan di bahagian utara. Sehingga dinobatkan sebagai Alam Melayu.
Aug 27, 2008
SAKIT HATI

Mengikut Law Of Attraction, apa yang selalu kita fikirkan, maka itulah yang akan terjadi pada kita. Pendek kata, kita adalah hasil dari apa yang kita fikirkan. Sentiasa berpandangan positif. Di bawah nie sebahagian cerita aku sendiri bagaimana berfikiran positif dan jangan buruk sangka.
Hampir lapan tahun aku tidak dapat menghubungi kawan baik aku sorang nie, dulu kami terlalu akrab dah macam laki bini tetapi selepas kami terputus hubungan dan masing-masing menyambung pelajaran. Namun setelah sekian lama aku menjejakinya baru kelmarin aku dapat menghubunginya. Aku begitu teruja. Akan tetapi, dua mesej yang aku kirimkan tidak dibalas, maka aku membuat keputusan untuk menelefonnya terus. Panggilan pertama tidak diangkat dan kemudian orang lain menelefon aku menggunakan taliannya, dan mengatakan “wrong number’. Aik?
Tetapi setelah diperiksa ternyata nombor yang aku dail tidak salah. Mengapa ya? Maka banyaklah persangkaan yang aku cuba fikirkan. Namun tidak satu pun yang memungkinkannya. Tertekan dan pecah kepala juga. Nah, untuk tidak memanjangkan cerita aku terus melupakan peristiwa ini dan berfikiran positif, dan memikirkan mungkin dia ada sebab yang tersendiri. Dan yang menggembirakan aku disini ialah aku tidak ambil hati dan rasa lega mula timbul, ringan terus kepala aku.
Mungkin cerita ini tidaklah begitu berat masalahnya, akan tetapi masih melibatkan psikologi dan hubungan diantara individu yang lain. Berfikiran positiflah dan itu untuk diri kita sendiri.
Aug 26, 2008
DENGKUR DALAM JAGA

Tersungkur yang bagaimana pula Melayu ini? Penindasan pada bangsa Melayu yang paling besar adalah penindasan untuk mendalami risalah-risalah Sang Pencipta, ini kerana kemajuan bangsa Melayu terdahulu bertitik tolakkan dari pendidikan yang bersumberkan risalah-risalah Sang Penciptanya. Prinsip asasnya, setiap bangsa yang maju harus berpaksikan kepada dua perkara, iaitu pendidikan dan ekonomi.
Aug 25, 2008
TABUNG AKHIRAT
Begitu juga antara kita dengan Sang Pencipta, mulakan dengan mengenalinya dahulu, kenali nama-namaNya kerna Dia punya nama yang terbaik. Lambat laun nanti akan timbul rasa percaya(iman). Makin kita hampirinya makin tersentuh jiwa dan kita akan faham tentang harus menjiwainya, mendokong namaNya. Baru nanti akan timbul rasa CINTA, nah cinta pada Allah itu sangat indah, sangat sempurna, tak terbayang di kepala, hanya manusia yang mendokong perintahnya akan memahaminya.
Ya Allah, bukti cintaku padamu akan aku ubah alam ini agar semua tunduk cinta padamu.
MEMBANGUN JIWA RAGA BANGSA (2)
Assalamualaikum anak muda pendekar.Setakat menidakkan orang itu dan ini , apakah maksud kata kata mu? Memang Allah SWT jua yang mampu segalanya tetapi apakah kamu lupa bahawa Allah SWT berfirman bahawasanya Ia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusaha mengubah takdir mereka?Memang mudah sekali melepaskan kata kata tetapi apa faedahnya kepada sesama manusia jika hanya ucapan tak berikut dengan tindakan sewajarnya?Usah memperlekehkan jamaah Islamiyah anak muda!Jika tidak kerna adanya PAS, maka nasib Melayu Muslim sudah lama hancur seperti jatuhnya segala kerajaan Melayu Islam yang lain sepertimana anak muda sebutkan didalam blog nukilan anda.
Memang jamaah yang ada tidak lah sesempurna mana tetapi ada juga kebaikan yang disumbangkan mereka.Bilamana Islam dicabar oleh sesiapa sahaja di bumi Malaysia ini, jamaah manakah yang berada di saf pertama mempertahankan dan membelanya?Pendekar?
-http://mahaguru58.blogspot.com
REPLY dari PENDEKAR
Aug 24, 2008
AKUKAH MELAYU? @ AKUKAH ISLAM?

Aug 23, 2008
Aug 22, 2008
MEMBANGUN JIWA RAGA BANGSA

Islam mengajar kita merancang dan dilakukan secara konsisten serta mengambil kira kesan terhadap semuanya termasuk lingkungan. Pendidikan adalah kunci segalanya, dan dengan memenuhi segala aspek jasmani dan rohani akan menciptakan pemimpin yang mampu mengubah dunia. Untuk menzahirkan pendidikan yang menerapkan al-quran dalam jiwa tanpa meninggalkan ilmu dunia, maka kita memerlukan sumber daya manusia dan pendanaan yang lengkap, disamping mengawal selia beberapa aspek termasuk makanan, psikologi, kesihatan mental dan fizikal serta keperluan setiap manusia.
Aug 21, 2008
BUDAK KECIL MAIN API

Realiti yang amat getir diterima, rumpun bangsa Melayu telah musnah, hancur-sehancurnya sebagai mana robohnya Kota Melaka, jatuhnya Kerajaan Perlak, Pasai, Demak, Aceh, Pattani dan Champa. Justeru itu, ramai yang mengakui bahawa bangsa Melayu bukannya tidur lena untuk dibangkitkan tetapi tersungkur mahu bangkit, samaada dibangkitkan atau bangkit dengan sendiri. Akan tetapi perkara yang paling merunsingkan, takut-takut bangsa Melayu yang tersungkur ini terus pitam, pengsan atau koma kerana tiada sumber tenaga untuk bangkit.
Bagaimana bangsa ini akan bangkit? Dari penjuru mana bangsa ini bangkit? Siapa yang harus memulakan kebangkitan? Tetapi sebelum mencari jawapan untuk persoalan itu, harus dijelaskan pada peribadi dalam bangsa itu sendiri, mengapa dan kenapa perlunya bangsa ini bangkit?
Aug 20, 2008
MENUNGGU AIR HUJAN
Jika di Malaysia kita juga begitu, aku yakin tidak akan selama-lamanya kita boleh menikmati kestabilan ekonomi dan politik. Terutamanya orang Melayu Islam harus merancang sebelum saat kemarau tiba. Harus siapkan generasi sekarang dengan ilmu dan harus mengawal ekonomi, jika tidak nanti bangsa ini akan mati kekeringan, mati kebuluran.
Nah, belajar dari kisah Nabi Yusuf, belajar dari Al-Quran, bahwa ketetapan Allah pastikan berulang-ulang. Himpunkan sumber tenaga manusia yang meyakininya dan kita laksanakan projek menyimpan stok air hujan sebelum kemarau. Aturkan pendanaan dan siapkan pendidikan baru nanti akan keluar pula ekonomi. Jangan bila tiba musim kemarau nanti kita cuma menadah tangan berdoa agar turun hujan.
Aug 19, 2008
MELAYU BACA ISLAM @ ISLAM BACA MELAYU?

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darahBacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha PemurahYang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya
BERITA PADA KAWAN
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk disampingku kawan
Banyak cerita yang mesti engkau saksikan
Ditanah kering berbatuan
Oho oho ho
Oho oho ho
Tubuhku tergoncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering reremputan
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Kawan cuba dengar apa jawabnya
Ketika ia kutanya mengapa
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya dilaut kukhabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggallah ku sendiri, terpaku meratap langit
Barangkali disana ada jawabnya
Mengapa ditanahku terjadi bencana
Mungkin tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang
Oho oho ho
Oho oho ho
Aug 17, 2008
KETAM MENGAJAR BERJALAN LURUS?
Apa kena mengena dalam pendidikan atau dakwah kepada manusia? Mendidik harus ada modal, kerana kita berhadapan dengan manusia maka perlukan persiapan yang lengkap, siap lingkungannya, siap tempatnya dan siap pendidiknya maka harus siapkan belanjanya. Wajib punya ilmu, ertinya perlu dahulu pendidik memahami Al-Quran, mendalami dan melaksanakan. Dan turut perlukan masa dan yakin bahwa usaha yang konsisten akan menghasilkan sesuatu.
Allah nanti yang akan menentukan hasil pohon yang kita tanam sama ada buahnya lebat atau tidak, tapi kita harus perhatikan apa yang kita kerjakan.
Aug 12, 2008
LETIH BERFIKIR TAK LETIH BERBUAT
Hai Islam kau cuma tinggal nama lambat laun orang akan lupa. Teringat aku tentang kisah gelas bernilai yang pecah. Nak beli yang baru tiada lagi. Nak cantum? boleh sangat, tapi buruk pulak hasilnya. Apa yang susah sangat, pakai bahan yang sama, acuan yang sama dan buat balik gelas yang baru.
Begitu jugak Islam yang dulunya indah tak ternilai harga dan kini dah pecah berderai, boleh kalau nak dicantumkan tapi BURUK. Buat balik,
Aug 8, 2008
BANGKIT

Aug 2, 2008
LOVE FOR ALLAH





