Nov 30, 2008

MANA MELAYUMU? MANA ISLAMKU?

Yaasiin;36.
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.

Ar Ra'd;3.
Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

Adz Dzaariyaat:49.
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.


Dimana kau berada? Kiri atau kanan?
Err.. kalau aku pilih tengah-tengah?


Apa warna hatimu, jiwamu? Hitam atau putih?
Err.. kelabu


Mana duniamu? Neraka atau Syurga?
Err.. aku tak nak masuk neraka tapi rasa tak layak pulak masuk syurga.


Kemana amalanmu? Dosa atau pahala?
Err.. huish kau buat aku berdebar-debar pulak. Entah aku tak tahu nak pilih mana.


Siapa yang memimpinmu? Yang mati atau yang hidup?
Err.. apa punya soalan nie? Tentulah orang hidup, eh! tapi apsal banyak perkara tak selesai, dieorang nie tidor ke?


Apa warna masa hadapan generasimu? Malam atau siang?
Err.. aku rase tu bukan masalah aku, buat ape aku nak fikirkan. Adoi, sakitlah (Kena luku kali pertama)


Apa sembahan harianmu? Syiriq atau tauhid?
Err.. aku sembah Allah, buat apa yang disuruh tinggal apa yang dilarang (sambil menghisap rokok)


Sejauhmana kamu dan Al-Quran? Ingkar atau yakin?
Err.. aku boleh bace tapi tak faham sebab bahasa Arab, so tak boleh dikira ingkarkan?


Apa bicara masyarakatmu? Persangkaan atau ilmu pendidikan?
Err.. yang kau nie banyak soal apsal? Lantak la masyarakat nak fikir ape. Eh! Semalam ade dengar tak budak kecik kene rogol?


Kemana prinsipmu? Bengkok atau lurus?
Err.. kejap, huish, berat soalan nie, aku k.i.v dulu boleh?


Apa hasil ilmumu? Kau terangkan atau kau sembunyikan?
Err.. aku belajar dulu sebab nak exam, pastu sekarang aku belajar untuk aku sendirilah, kalau orang lain nak pandai pergilah belajar balik, aku peduli aper!


Apa jadi pada bangsamu? Bercerai-berai atau bersatu?
Err.. bersatu kita teguh, bercerai kawin lain, harg harg harg harg. Adoi! sakit laaa (kena luku lagi)


Sejauhmana Islammu? Angan-angan atau zahir?
Err.. aku dah mengucap dah kira Islamlahkan, kan kan? (sambil menggaru-garu kepala sebab tak faham soalan)


Mana langkahmu? Sistem bathil atau sistem yang haq?
Err.. Barter System...(dengan penuh yakin) Adoi, sakit lah!


P/s: Harap maaf tiada soalan lagi, kerana yang disoal sedang dalam perjalanan ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan. ;p

Nov 29, 2008

SUKA sama SUKA

Kenapa kita perlu tidur? Kenapa kita perlu makan? Kenapa kita perlu bernafas? Kenapa kita perlu berkeluarga? Kenapa kita perlu kecil, dewasa dan mati? Kenapa kita perlu ketawa bila gembira dan menangis bila sedih?


Kerana itu fitrah manusia, itu tabiat semulajadi manusia. Manusia dijadikan perlu rehat dan tidur, perlu makanan dan minuman, perlu bernafas, perlukan keluarga dan sahabat. Kerana itu fitrah semulajadi manusia, proses yang perlu manusia kecapi, lahir, membesar, dewasa dan akhirnya mati, proses yang manusia harus lalui, ketawa sewaktu gembira dan menangis waktu duka.

Apa yang akan berlaku jika manusia keluar dari fitrah semulajadinya? Keluar dari kehendak tabiinya? Maka berlakulah segala impak dan kompilasi yang negatif dan hingga titik akhirnya manusia akan mati jika keluar dari fitrah semulajadi manusia. Maka bagaimana pula fitrah semulajadi manusia di muka bumi? Adakah manusia masih berada dalam fitrahnya atau telah terkeluar dari sepatutnya?


Bagaimana untuk memastikan manusia tetap kekal di muka bumi tanpa mencacatkan alam dan saling berlakunya ‘interdependency’ sesama makhluk? Adakah akal manusia mampu mencari penyelesaian? Adakah akal manusia mampu memikirkan keperluan makhluk dan alam ini? Jika mampu apa buktinya? Jika tidak mana laluan sebenarnya?


Para nabi diutuskan untuk merahmatkan sekalian alam. Bagaimana cara mereka merahmatkan alam? Adakah sekadar membawa satu doktrin keagamaan? Meminta semuanya sekadar syahadah, solat, puasa, zakat dan haji? Kenapa alam ini masih huru-hara, berlakunya penindasan, kezaliman, kemaksiatan? Pada hal berbillion umat yang mengaku hamba Tuhan? Kenapa masih samar-samar rahmatnya? Adakah kita hanya redha menunggu bumi ini dimusnahkan?


Fikirkanlah sahabatku. Benang putih kau tetap akan nampak seakan hitam dalam gelap, bumi ini luas, maka hijrahlah.

An Nisaa':97
Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?." Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri." Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?." Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali,

-> Aku Islam & dot dot dot
-> Letih Berfikir Tak Letih Berbuat

Nov 28, 2008

M + E + L + A + Y + U = ?

Mufti + ‘Survey’ + Yoga = Caca marba, dah tak tau siapa Maha Kuasa


Tomboy + Piket + Hak = Buat tak tau sudah...


Tenaga Dalam + Kantoi + Gila Duit = Ustaz suka golek telor ayam


Liwat + Sumpah + Siplis = Lahanat!


Politik + Wang + SPRM = Trademark Malaysia


Kampung Sungai Terentang + TNB = Janji kaya tapi takut janji tinggal janji


Yim Pek Ha + Nirmala + 18 Tahun = Siapa yang gila?


MLM + Pemuda Khafi + JAIS pening = Hoi! Biler nak taubat? Asyik-asyik 'Tau Buat'


Ikan kembung + RM6/1kg = Aku kaya, kau? Pergi mampus!


Nenek Wook + Laki Muda = Newspaper laris


Beli + 'Datuk' + Sultan Solo = Gila nama


Tembak + Ibu = Bapa kurang ajar ( Opsss.. Bapa kurang ajar anak)


MBAM + Besi = Alah! Sementara aje


Hujan + Banjir = Tak sedar-sedar diri, signal sudah bagi.


MIT + MILF + Malaysia = Tak kesudah


Raja-raja + Kebal = Gila bazir


MSASAM + Lelaki + Gemuk = Towkey lori kaya


Sheikh Muszaphar + RM1.2juta = Angka sa WANG


PAS + Selangor + Arak = Aik! Kata haram?


PIBG + Duit = Dah takde isu lain duit, duit, duit


'Mak nyah' + Bimbingan = Makin laris, Awwww...

Oh, apa semua nie? Ini berita-berita yang sekarang tengah hangat dipasaran tanahair. Bila nak selesai semua ini? Jawapannya sampai bila-bila pun tidak akan selesai, kita sekadar mengulang-ulangi perbuatan yang sama, mengulang-ulangi kesilapan yang sama. Sampai bila? Hinggalah manusia yang tinggal di bumi Allah ini kembali pada ketetapanNya. Mardhotillah....

Al 'Alaq: 1,2,3,4,5

Bacalah dengan nama Rabbmu Yang menciptakan

Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah

Bacalah, dan Rabbmulah Yang Maha Pemurah

Yang mengajar dengan perantaran kalam

Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya



Nov 27, 2008

MELAYU YANG SATU...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sahabat yang dirahmati Allah, terkedu aku membaca tulisan saudara Kamal Affandy Hashim, maka aku dengan berbesar hati mewarwarkan pula apa yang terbuku dalam jiwanya, dengan harapan ada yang mampu menghulurkan bantuan. Ihsan sebagai manusia yang punya perasaan.




"Telah 15 tahun berkhidmat, rupanya jalan ini masih lagi berliku. Dah terbalar kulit, dah tercalar belulang tetapi keadaan masih tetap samar. Cabaran yang ditempuhi berbaur; luka, duka, hiba.


Sesungguhnya, tidak ada yang lebih menyayat dan dahsyat. Sesungguhnya tidak ada kemuliaan dan harga nyawa insan. Hanya sahaja semangat juangku yang masih utuh kalaupun jasad ini sudah lama mengadu lusuh.


Apakah tidak ada yang melihat kematian adik-adikku? Apakah tidak ada yang tersiat perasaan? Atau adakah airmata pura-pura masih lagi lebih bermakna dari kematian mereka yang padahnya sia sia?


Perjuangan itu menuntut pengorbanan! Perjuangan ini memerlukan korban! Nah!!!!!!!Ambillah diriku menggantikan mereka!!!!!


Kalau selama ini kalian tidak tahu, aku terpaksa berhadapan dengan wajah wajah hipokrasi dunia sepanjang perjalanan ini. Bercakap berkobar kobar atas nama manusia tetapi orang2 ini yang sama menghalang segala usaha mengurangkan jumlah mangsa.


Setiap kali mesyuarat, ada sahaja yang tidak kena kalau aku yang berbicara. Kalaupun mataku layu menyiap segala macam kertas kerja, aku masih tidak akan berjaya menyakinkan mereka bahawa manusia ini ada nyawa dan nyawa itu berharga! (Sedang yang lain datang lenggang sahaja dan mereka pasti berjaya.)


Nah, lihatlah duniaku yang penuh pancaroba;


Mereka boleh ke sana ke mari keliling dunia di atas kerusi empuk kelas utama. Aku?eh, kita tiada bajet untuknya! Jangan kata kelas utama, ekonomi pun bak suatu yang berdosa untuk diluluskannya. Mereka bisa sahaja ke mana mana kerana apa apa sahaja. Aku?kalaupun untuk ilmu-eh,kita tiada bajet untuknya!Aneh2 sahaja jawapannya.


Kalaulah bukan demi bangsaku dan adik-adikku yang tidak lagi bernyawa ini, pasti akupun lama kecundang sepertimu. Kalaulah kau kenalan2ku berada di tempatku, sudah lama kau menarik diri dari menjadi abdi tamadunmu sendiri.


Kalau kau menjadi aku, sudah lama kau hilang hormat pada orang orang tertentu. Depannya seolah membantu, belakang masyarakatmu dialah seteru sedangkan kau menyangka mereka ini pembela nusa! (Aku sudah lama berhenti menghormati mereka kerana fananya mereka pada dunia)


Kepada kenalan2ku, kalau kau mahu membantuku, carikan aku segera sesiapa dari kenalanmu yang benar-benar mahu membantu mengangkat kembali martabat nyawa. Bukan untukku tetapi demi adik adikku supaya kematian mereka terbela.


Sudahlah hidupnya dahulu merana, matinya masih terseksa rupanya".


P/s minta jasabaikmu mewarwarkan kepada semua kenalanmu kalau kalau mereka turut ingin membantu- Public Bank 4007852927

kamal fnd hashim 019-210 9999

http://kamalfndhashim.blogspot.com

BUSINESS 'MELAYU BARU'

Nur : Pssss..... aku ade business baik nak bagi tahu kat kau...

Zulumat : Business apa?


Nur : Ini lagi bagus dari segala moyang business yang ada, lebih untung dari MLM, lebih kaya dari skim cepat kaya......


Zulumat : Iyerlah business apa?


Nur : Huish...... jangan cakap kuat-kuat, nanti orang lain dengar susahlah kita, tak semua orang boleh tahu, business nie dapat selamatkan kita, bukan setakat kita, anak, cucu, c
icit, miut kita pun boleh dapat ganjaran.

Zulumat : Bagi taulah mana tau aku boleh buat.

Nur : Kau wajib buat business nie, aku janji pulangan yang lumayan, pasti! Psss.... Bank Negara pun tak boleh nak cakap apa.

Zulumat : Aku taulah!!!!! Tapi ceritalah nak suruh buat apa?


Ash Shaff: 10 & 11
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Nov 26, 2008

HIASAN DUNIA NUSANTARA

Memenuhi permintaan sahabatku bumilangit, dan filem ini memang best dan aku memang mengalu-alukan para sahabat yang dirahmati Allah untuk sama-sama menonton filem yang julung kalinya akan ditayangkan di Kuala Lumpur. Keterangan adalah seperti di bawah:-

Tarikh : 30 NOV 2008

Venue : Anjungan A, Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Artis yang hadir : Irwan Rinaldy (pelakon utama), Neno Warisman, dan Zul Ardhia (Pengarah Filem)

Harga Tiket :
  • RM50 -> Sessi I (8.30am – 1.00pm) + beramah mesra dengan artis Sang Murabbi.
  • RM10 -> Sessi II (2.30pm– 4.00pm)
Bonus: Doorprize

Tambahan tentang pengangkutan:
  • Akan ada kereta panitia yang akan menjemput peserta yang menaiki LRT/KTM.
  • Kereta akan berada di stesen LRT PWTC dan stesen KTM Putra
  • Sesi pagi : kereta akan berada mulai pukul 7.30am - 8.30am
  • Sesi tengahari : kereta akan berada mulai pukul 1:30pm- 2:30pm







Aku tak dapat sebarang komisyen untuk iklankan kat blog ini, tapi aku rasa berbesar hati kalau ada yang boleh pergi..


Untuk sebarang persoalan boleh ke www.sangmurabbi.com atau sang-murabbi.blogspot.com
Atau boleh pesan tiket secara on line di sini(ape lagi klik je laa, ho oho ho ho ho)

p/s: cerita nie bagus tapi mengantuk sikit maka sesiapa yang berhajat nak tengok pandai-pandailah. :-)

AWARD

Tanx to sakurasa 2, sebab bagi award. Akan aku pastikan persahabatan ini berkekalan. Terima kasih daun keladi, kalau ade bagi ler lagi. Ho oho ho ho ho ;-)


Nov 25, 2008

LAGI-LAGI ORANG GILA

Guru cabul pelajar

KUANTAN - Dicabul guru ketika mahu bertanyakan masalah pelajaran yang tidak difahami.

Itulah yang terjadi ke atas seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kejadian di Sekolah Menengah Jengka, Maran Sabtu lalu. Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud, semasa kejadian kira-kira pukul 5 petang, mangsa dikatakan telah pergi berjumpa guru lelaki berusia 50-an terbabit bagi bertanyakan masalah pelajaran yang sukar difahaminya.

"Ketika cuba memberi penerangan kepada pelajar perempuan berusia 17 tahun itu, suspek dipercayai telah meletakkan tangannya di atas paha mangsa. "Melihatkan mangsa tidak melawan, dia bertindak lebih berani dengan meramas tangannya pula," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini semalam.

Rentetan malu dengan kejadian itu, kata Mohd. Haris, mangsa kemudiannya membuat laporan polis. Mangsa turut mengakui sudah beberapa kali dicabul oleh guru yang sama sebelum ini tetapi bertindak mendiamkan diri.



Tahniah pada guru itu
Kerana menjatuhkan martabat guru
Menghina sistem pendidikan negara
Menghina anak bangsa


Tahniah pada guru itu
Kau perlu diberi anugerah
Kau perlu dipuji
Kerna kau berani


Tahniah pada guru itu
Patutlah anak murid mu hebat-hebat
Berzina, makanannya dadah airnya arak
Kerana guru kencing berdiri
Anak murid kencing berlari

ADAM ADA APA?

Allah menganugerahkan Nabi Adam 'Taman Eden', penuh dengan keindahan dihijaui dengan pohon-pohon. Keamanan dan kesentosaan, yang diterbitkan atas dasar memperakui fitrah semulajadi manusia. Berterbangan sang unggas, menyayi-nyayi melagukan kicauan yang amat menenangkan. Kitaran yang cukup sempurna, semuanya memenuhi kehendak Sang Pengatur, semuanya hidup dalam fitrah.


Hingga diungkapkan itulah utopia untuk Adam a.s, dan jika diperhalusi lagi selepas diciptakan Adam, Allah mengajar kepadanya tentang nama-nama. Allah memberi pendidikan pada Adam, kerana itu timbul pengetahuan tentang ilmu yang dasarnya dari nama. Kerna setiap yang diciptakan punya nama, dari situ kita kenal, kita jiwai dan kita mampu untuk mencintai.


Maka dimartabatkan Adam sebagai khalifah dimuka bumi, sebagai pengganti, sebagai pemimpin, sebagai yang menguruskan bumi ini. Adam menerima tugasannya tanpa pernah membantah kerana tahu bahwa alam ini perlu ditadbir dengan pengurusan yang ideal, pengurusan Allah. Mardhotillah.

Nov 24, 2008

MEMARTABATKAN MAKIAN

Al Israa':70.
Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.

Bila timbul rasa benci, menyampah dan merasa dicabar seringkali kita meluahkan perkataan yang adakala menyakitkan hati pendengar. Lebih-lebih lagi perkataan yang berbaur caci-maki yang menjatuhkan martabat dan maruah seseorang. Maka gempitalah pelusuk dunia dengan pertikaman lidah, saling mencemuh, bergaduh sehingga ada yang berlanjutan dengan peperangan, dengan pembunuhan. ;-(


Begitulah manusia tanpa pernah ingat bahwa dirinya hanya insan yang lemah, yang diberi kekuatan oleh Allah, yang segala dayanya anugerah Allah. Tambah-tambahan jika berlainan pendapat, berlainan pegangan, berbeza prinsip dan kepercayaan, mulalah kita rasa bangga diri, dan mencemuh yang berbeza pandangan dengan berjuta cemuhan, dengan segala nenek-moyang makian.


Padahal Allah berfirman dalam surah diatas bahwa Dia telah memuliakan anak-anak Adam. Siapa kita hingga mampu merendah-rendahkan orang lain? Siapa kita hingga menjatuhkan air muka orang lain? Kita lebih hebat dari Allah? Kita yang mencipta manusia? Sedarlah sahabat-sahabatku, dan saling peringatkan bahwa kita hanya manusia biasa yang hanya bergantung pada Allah, Pengatur semesta alam.


Jika Allah memandang manusia ini sebagai makhluk yang punya kelebihan dan kesempurnaan dari makhluk yang lain, mengapa kita pula yang mahu menghina manusia lain hingga kita meletakkan diri kita sendiri lebih hina dari binatang yang paling hina. Padahal kita mendengar ayat-ayat Allah, padahal kita mampu melihat bukti kebesaran Allah, padahal kita punya hati yang murni yang mampu membezakan mana yang haq dan mana yang bathil.

Al A'raaf:179.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Nov 23, 2008

SENYUMAN meLAYU

Berita gembira buatku
Selumbar sudah hilang
Luka makin sembuh
Payau sudah kurang
Tenat makin lega



Kini bergantung bersama
Dalam suka dan duka
Memalu gendang perang
Merancang kota kekitaan
Kini aku tidak kesunyian
Sahabat setia rakan seperjuangan
Menghadap wajah ke kiblat yang sama.

Nov 22, 2008

MELAYU DAN PROJEKTOR

Sempat juga aku ke kedai gunting rambut, itu pun setelah big bos menyindir-nyindir, memang aku nak gunting tapi tak berkesempatan. Oleh kerana hendak menyelesaikan beberapa bil, maka aku terus ke kompleks PKNS, taman permainan sejak kecil.


Melangkah ke dalam kedai, beberapa orang lelaki sedang rancak berbual, lalu aku melemparkan senyuman. Melihat kerusi yang kosong terus aku mengarahkan langkahku dan seorang tukang gunting bergegas-gegas menghampiriku.


"Pendek?", sapanya bersahaja. Aku mengangguk perlahan. "Sependek yang boleh", jawabku sambil melabuhkan punggung. Tangannya terus rancak memainkan mesin rambut di kepalaku.


"Sekarang macam-macam kes berlaku, boleh kata hari-hari, kalau tak dapat duit pun dicederakan. Ish..", keluh si tukang gunting memulakan cerita, mungkin tidak mahu aku kebosanan.



"Kalau dulu ada jugak rasa kesian", sambil menolak sedikit kepala aku ke hadapan. Dari raut wajahnya, aku jangkakan dia seusia awal 40-an.


"Heh! Macam-macam dah sekarang nie, mungkin te
rdesak sangat kot?", balas aku dengan nada perlahan sambil anak mataku mengerling pada pelanggan di sebelah, raut wajahnya saling tak tupah seakan wajah anak buah aku.


Senyap, sunyi, sepi tiada suara. Di luar hujan mulai turun, mengingatkan aku pada malam ini aku perlu berjumpa seseorang, jika hujan masih lebat begini habis lagilah rancangan aku. Minggu depan berjawab lagilah dengan big bos, kalau aku masih gagal mendapatkan client.


"Semalam kawan kena rompak, dekat depan pasar Seksyen 6, dia dah bagi tahu dia takde duit", tukang gunting bersungguh tidak mahu aku kebosanan dan semakin susut rambut aku dijamah mesinnya. Aku menghela nafas perlahan-lahan sambil membayangkan restoran di depan pasar Seksyen 6, lama sudah tidak kesana.


"Tapi lansung tak diendahkan, habis disentap handset dan jam tangan, itu ok lagi, tapi tak pasal-pasal dapat penumbuk percuma", sambung tukang gunting. Aku masih cuba membayangkan mek yang menghidangkan makanan di restoran depan pasar Seksyen 6.

Terus fikiranku merawang hingga teringat sewaktu aku sedang asyik minum di Restoran Ali Berkat, Seksyen 7, yang sekarang sudah digantikan dengan restoran baru. Sedang rancak berbual dengan seorang sahabat, sambil menonton perlawanan bola, lalu seorang lelaki Melayu menghampiri meja di depan kami, di mana mereka meletakkan projektor diatasnya.


Aku kira mungkin pelanggan yang mahu pulang. Tapi persangkaanku meleset sama sekali, lelaki Melayu tersebut terus memegang projektor di atas meja, menyentap wayarnya dan membawanya lari. Maka berlakulah aksi kejar-mengejar diantara mamak dan lelaki Melayu. Aku kaku dan terkedu, aku perhatikan pelanggan lain pun begitu tidak mampu melakukan apa-apa kerana kejadian yang berlaku terlalu cepat, sekelip mata dan kami tidak menyangka ia boleh berlaku.


Dihujung persimpangan menghala kearah Kompleks Belia, sebuah motor sedang menunggu. Geng-geng mamak menjerit "Tahan dia! Tahan!", merujuk kepada lelaki diatas motor yang sedang berhenti bertentangan dengan lelaki melayu yang membawa lari projektor, mereka mahu lelaki diatas motor Honda ex-5 itu menahan penculik projektor.



Tapi dengan selambanya dia menaiki motor tersebut dan beredar begitu sahaja. Rakan subahat rupanya. Satu aktiviti merompak secara terancang. Aku memikirkan apa yang terjadi pada mereka selepas itu. Mungkin mereka mampu menjual projektor itu paling minima pun dengan harga RM2,000. Beli apa ya? Beras? Handphone? Hantar sedikit ke kampung untuk bonda tersayang?
Beli syampoo baru? Bayar zakat? Atau mungkin belanja marka makan roti canai di Restoran Hakim.


"Okey siap", tukang gunting memecah lamunanku. Setelah membayarnya, aku terus melangkah keluar, dan di kepalaku masih buntu memikirkan apa kesudahan hidup lelaki Melayu pencuri projektor. Mungkin selepas ini dia akan merancang satu rompakkan yang lebih bergaya. Mencuri baju yang mamak itu sedang pakai. Mungkin........

Nov 21, 2008

MANA SILAP BANGSA INI


"Gagal". Satu perkataan yang berbaur negatif yang boleh melemahkan semangat dan meruntuhkan martabat bangsa bila ia sering diulang-ulang menyatakan rumpun Melayu hari ini gagal. Gagal melahirkan jiwa raga bangsa yang ideal, gagal melakukan reformasi memartabatkan ketuanan Melayu, gagal mencipta generasi yang mampan bagus ilmu dan fizikalnya. Banyak lagi jika kita hanya berbicara tentang kegagalan.


Namun kita lupa yang jatuh tetap akan bangun, yang duduk pasti akan berdiri, dan takkan mungkin malam selama-lamanya. Jadikan kegagalan sebagai satu titik pusingan kembali kearah memartabatkan bangsa. Usah sekadar tunding-menunding mencari kesilapan, kelemahan orang lain, hisab diri kita. Usah sekadar membodek menunjukkan segala yang baik pada kita manakala keburukkan diri kita tundingkan pada orang lain, hisab diri kita.



Silap besar bangsa ini kerana ego yang makin menebal yang tidak pernah untuk menghisab diri, memperhatikan mana yang perlu diperbaiki. Sering mempertahankan prinsip sempit yang membawa perpecahan. Tanyakan pada semua manusia siapa yang mahukan kehancuran? Siapa yang mahukan perpecahan? Cuma yang menjadi perbezaaan pelaksanaan untuk kedamaian, perlaksanaan untuk penyatuan. Selagi prinsip yang dipegang tidak bercanggah dengan norma kehidupan manusia maka laksanakan.

Nov 14, 2008

SEKALI-SEKALA

Maka hari ini aku menge'postkan' antara lawak-lawak pak Arab yang aku rasa memang agak kejam untuk ditonton, maka sesiapa yang berani untuk menontonnya jauhkan dari barang-barang yang tajam dan pastikan anda berada ditempat yang selamat. Terima kasih.


















MEWUJUDKAN SUATU KEADILAN SOSIAL(sbg)

Mewujudkan suatu keadilan sosial, juga bererti mewujudkan asas masyarakat yang stabil yang ditumbuhkan oleh warga masyarakat itu sendiri, mengarah pada terciptanya suatu sistem teratur yang menyeluruh melalui penyempurnaan peribadi anggota masyarakat, sehingga wujud suatu cara yang benar bagi setiap individu untuk membawa diri dan suatu cara yang benar untuk memperlakukan orang lain.


Kerananya, mewujudkan suatu keadilan harus menjadi suatu gerakan kemanusiaan yang serius, dan sungguh-sungguh dilakukan oleh rakyat, dengan metod dan pengorganisasian yang jitu sehingga tujuan mulia ini tidak berbalik menjadi paradoks dan kontradiktif yakni menjadi gerakan pemerkosaan terhadap nilai-nilai keadilan dan kemanusiaan.ASPG.

Nov 13, 2008

MEWUJUDKAN SUATU KEADILAN SOSIAL

Mewujudkan suatu keadilan sosial bagi seluruh rakyat adalah merupakan tujuan dari cita-cita bernegara dan berbangsa, menyangkut keilmuan, keikhlasan pemikiran, kelapangan hati, peradaban, kesejahteraan keluarga, keadilan masyarakat dan kedamaian.


Itu semua bermakna mewujudkan keadaan masyarakat yang bersatu secara organik yang setiap anggotanya mempunyai kesempatan yang sama untuk tumbuh dan berkembang serta belajar hidup pada kemampuan aslinya. Dengan mewujudkan segala usaha yang bererti yang diarahkan kepada potensi rakyat, memupuk perwatakan dan peningkatan kualiti rakyat, sehingga memiliki pendirian dan moral yang tegas. ASPG-sbg.

KETUNDUKKAN MELAYU ATAS IMAN

Al Jin:13.
Dan sesungguhnya kami tatkala mendengar petunjuk (Al Quran), kami beriman kepadanya. Barangsiapa beriman kepada Tuhannya, maka ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak (takut pula) akan penambahan dosa dan kesalahan.
Ah sudah! Orang yang beriman tidak takut dikurangkan pahala dan tidak takut ditambah dosa? Iman dalam erti kata mudah yakin dan percaya, pastinya yakin dan percaya pada Allah. Yakin bahwa wujudnya Tuhan yang mengajarkan Al-Quran dan menciptakan manusia. Orang-orang sebegini siang dan malamnya hanya untuk Allah, memurnikan ketaatan padaNya dan meningkatkan rasa cinta padaNya.


Orang-orang yang beriman hanya mahukan keredhaan Allah, cukup Allah redha hidup di muka bumi ini. Justeru orang-orang yang beriman, benar-benar yakin dengan kata-kata Allah, yakin dengan Al-Quran dapat menzahirkan sistem yang benar, yakin dengan Al-Quran dapat memakmurkan alam ini, merahmatkan semesta alam.


Apa sahaja perintah yang Allah syariatkan supaya dilaksanakan akan dilakukan penuh dengan ketaatan bersumberkan ilmu(Al-Quran). Waima dari kaca mata manusia perintahNya seakan tidak logik, tidak berperikemanusiaan, tidak rasional atau tidak relevan, orang-orang yang beriman tetap akan melaksanakan perintah Allah. Kerana mereka yakin Allah sahaja mampu mengubah manusia. Mereka tidak mengejar syurga atau neraka, yang dikejarnya....................

Nov 12, 2008

NEGARAKU.......oh! Iyakah?

Menjawab komen dari Bro. Aboo........

Pendekar!
Kawan gua ada tgk klip ni, dia amoy Buddha. "Wahhh...manyak teruk wooo, hidup pun susah...mati pun susahhh...! takot loo, jadi Islam..masuk kubur byk soal...! " Woowww..Gua rasa, kita yg Islam ni terlalu expose sangat lah pasal benda2 nih. Nak dakwah secara halus pun susah...! Terlalu kena ikut rentak..Haiya! Tu laa...bila dah berkawan, ingat nak ajak kawan masuk syurga sekali! Ishhh... Ntah la Pendekar, Lu sambung....
Ops...Pendekar! Soalan dari kawan gua,tak reti nak jawab; Apa2 fatwa oleh Majlis Mufti utk Islam je kan? Takde kena mengena dgn Si Kafir kan?!Macam hudud tu semua... Opss...Lagi satu,kasi kuliah hudud pulakkk! Kawan2 kafir gua byk tanya gk soal isu potong2 tangan nih...Please! Kongsi Ilmu! Huhu..Roger!

Panjang kalau aku nak jelaskan dengan terperinci (mungkin boleh siap satu novel, lepas tu ko tengok aku masuk ISA, ha ha ha), maka tolong pada Bro Aboo dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, tolong fahami sebaik-baik mungkin, jika ada sebarang persoalan tentang fatwa dapatkan khidmat pakar(korang jangan pergi dr sakit puan pulak) .......heh.


1. Islam hari ini terlalu jauh melencong dari apa yang Rasulullah ajarkan. Kita hari ini ditakut-takutkan tentang hukum, fatwa, balasan dosa dan bermacam-macam lagi. Padahal asas Islam itu ilmu(pendidikan). Islam di Malaysia majoritinya Islam baka, lahir-lahir terus Islam, maka seperti mengajar burung kakak tua ramai yang sekadar ikut-ikutan tanpa benar-benar memahami falsafah disebalik Islam, tanpa memahami matlamat Islam sebenarnya.

2. Belajar dari para Rasulullah, berapa ramai yang sudah dipotong tangan? Berapa ramai yang Muhammad s.a.w cabut nyawanya dengan direjam kerana zina? Adakah Rasulullah takut-takutkan masyarakat dengan hukum? Atau dipasakkan kecintaan pada Allah dalam jiwanya? Belajarlah sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah. Mana lebih senang tolak kereta, atau 'start' enjin kereta biar bergerak sendiri?

Hari ini Islam kita ramai yang paksa(forces) menolak kereta, nah! Padan muka kalau tak mampu menolaknya, aku yakin semua yang berlabelkan Islam mahu membawa kebaikkan tapi bukan itu caranya, 'start' suis kereta, nanti dia akan berjalan sendiri, kemudikan sahaja. (so satira, kalau tak mampus kena hentam lagi). Persoalannya siapa yang mahu mengemudi Islam ini? Siapa yang mahu jadi driver? Fikirkan.


3. Jika benar-benar sudah ditanamkan aqidah, dipasakkan rasa kecintaan dalam jiwa pada Allah, dizahirkan Ad-deen Islam, namun masih melakukan onar, baru cerita tentang hukum. Sudah kita tangkap pencuri, kita penjarakan, kita bimbing dengan Al-Quran, dalam penjara pun dia mencuri lagi, nah baru timbul hukum hudud, mudah kata ini hukum darurat, bukankan Allah itu Al-Af'fu? Allah tidak zalim tapi yang zalim kita.



4. Soalan dari aku pula. Dengar dan perhatikan dengan tenang. Jika dalam rumah kita maka dengan senang hati kita akan buat peraturan yang kita mahu, kerana itu rumah kita, dan kita sebagai pelakunya, kerana itu memang rumah kita(berapa banyak kali rumah daa). Negara Malaysia yang aku cintai ini negara Islamkah? Atau cuma dipimpin oleh orang Islam? Sampai kita bisa mengeluarkan fatwa dan hukum? Negara kita? Benar-benar rumah kita?

Bayangkan begini, duduk dalam sebuah rumah bujang, ada lapan orang penyewa, dan oleh kerana kita sudah tinggal lama dirumah itu, adakah semuanya kena ikut perintah kita sesuka hati tanpa kita perkenalkan dan fahamkan dasar-dasar peraturan yang kita mahukan. Jika tiga orang tidak mahu ikut macam mana, suruh yang mahu sahaja? Atau halau yang tak mahu ikut peraturan? Opssss diaorang pun bayar sewa maaa.......... Fikirkan.


5. Soal amoi yang tengok vcd kematian tu, he he he, bos suruh buat kerja korang tengok pulak, woit kerja-kerja, he he he. Tiada ayat didalam Al-Quran tentang penyiksaan dalam kubur(kalau ada tolong info), yang ada sekadar hadith, dan kebanyakkan hadith yang aku jumpa bukan hadith sahih. Kita yakin setiap perbuatan yang kita lakukan akan dibalas sebaik mungkin. Cuma kita tidak tahu bagaimana kaedah pembalasan yang diperuntukkan(siapa yang dah mati tolong jawab). Wajar atau tidak aku rasa dah jawab dalam entry lepas.


->CEPAT TUA
->MELAYU MELANGKAH LAYU

KERA---JAAN---MELAYU

Ali 'Imran:26.
Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Maka ambil air embun pada tiap-tiap malam Jumaat, cukup satu baldi, baca ayat diatas 33 kali, kemudian minum, 'confirm' boleh jadi pemimpin dan boleh membentuk kerajaan. Kalau tidak berhasil juga ulang dari langkah pertama tapi buat tiga baldi, baca 99 kali minum dan mandi terus, jamin kalau tak dapat jadi PM boleh jadi YB, tak pun ketua kampung bergantung pada keikhlasan. Heh..........


Sebelum benar-benar mahu menjadikan Islam sebagai dasar untuk membentuk sesebuah kerajaan, tanyakan pada setiap jiwa rakyatnya, sudah kenal Allah belum? Jika setakat baca Yasin malam Jumaat, kemudian ramai-ramai berzikir belum masih lagi mengenali Allah. Kerana orang-orang yang beriman jika disebut nama Allah gementar hatinya dan bertambah keimanan. Sudah gementar? Nah kalau belum gementar jangan cerita hendak buat negara, hendak buat kampung pun belum tentu jadi. AsamaulhusnaNya sudah melekat dalam jiwa?


Jika setakat baca blog, baca akhbar, berbual di kedai-kedai kopi, cerita nak jadikan tanah ini sebagai negara Islam, baik masuk raja lawak. Lakukan sesuatu secara konsistan, walaupun pada kaca mata kita nilainya kecil. Tanam sedalam-dalamnya rasa cinta pada Allah dalam jiwa raga anak-anak kita dalam jiwa raga keluarga kita. Himpunkan kembali jasad-jasad yang benar-benar memahami kebaikkan menzahirkan sistem Islam.


Bina kembali Institusi Pendidikan yang benar-benar mampu mengarahkan generasi akan datang siap dengan kekuatan mental dan fizikal, siap menggantikan kepimpinan yang sedia ada. Bangunkan dan jana kembali ekonomi rakyat hingga mampu berdiri dengan kaki sendiri tanpa perlu bergantung pada mana-mana institusi kewangan. Siapkan dan rancang secara berjemaah, mencari kembali titik persamaan dalam berprinsip dan beragama, hingga benar-benar wujud persatuan yang menghormati diantara satu dengan yang lain. Bukti dan hasilkan sesuatu kerana kata Allah dalam Al Bayyinah ayat pertama:

Orang-orang ingkar yakni ahli Kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahwa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya/prinsipnya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata,

SELAMAT MALAM MELAYU

gelita,
terasa aku yang buta,
melangkah perlahan,
penuh hati-hati,
sunyi, cuma bayang-bayang,
berdondangkan kesayuan,
rentak kemalasan.




aku benci kelam,
mungkin disitu.
atau dimana?
ah! sana...
sekadar deru nafas,
cemas,
tewas,



aku benci kelam,
mana cahayaNya?
harus, kapan lagi?
tercegat berdiri disini.


hampir nyayok,
bertahun, gelap, kelam,
malam, suram,
disalut kepompong,
tersekat dikerongkong,


84 tahun, Islamku,
masih tidur lagi?
masih angau lagi?
Melayuku, Islamku,
Sayangku,
yang sudah itu, sudahlah....

Nov 11, 2008

KEJAHILAN MELAYU

KUALA LUMPUR - Siapa yang tidak tergoda dengan janji RM50 juta hanya dengan pelaburan sekecil RM2,800?

Tawaran lumayan seperti itu sudah berjaya memerangkap tujuh pelabur malang yang berkongsi mengeluarkan modal terkumpul RM50,000.

Tujuan mereka ialah menjadi penama bagi seorang lelaki berusia 40-an untuk memindahkan wang dari satu akaun bank di Switzerland berjumlah RM2.8 bilion.

Wang itu dikatakan dari satu sumber haram dan disimpan dalam akaun atas nama lelaki terbabit.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amir berkata, lelaki itu yang mendakwa kerabat diraja bergelar 'Tengku', dikenali menerusi seorang rakan di Hatyai.(seterusnya...)


Bila aku terbaca berita ini, aku gelak tak henti-henti, bukan apa pelik kenapa susah-susah sampai ke Hatyai kemudian akhirnya kena tipu, Melayu oh Melayu.......Kenapa la bijak sangat? Aku rasa tak perlu sampai ke Hatyai kalau nak kaya, aku duduk kat Malaysia pun boleh dapat USD256,000,000. Heh. Kenapa, tak percaya?


Ini diantara hasil 'research' aku, tentang online business dan internet game maka respon yang aku dapat berlambak-lambak e-mail dari bermacam-macam syarikat luar dan dalam negara yang meng'offer' aku dengan berbagai kaedah untuk jadi kaya. Dan salah satu yang paling menarik(seperti yang aku tunjukkan dalam gambar). USD256,000,000!!! Kenapa tak percaya juga? Orang yang paling bodoh dalam galaksi ini pun tidak akan percaya.


Tapi yang menyedihkan aku, masih ada yang mahukan duit tersebut yang mana perlu membayar USD15(wang proses). Manusia-manusia terus pengsan kalau tengok duit, ada yang lebih beharga di dunia ini sahabatku..................memiliki "Cinta Allah".

MELAYU MATI tapi hati-hati






Memenuhi permintaah bro. Aboo

1. Secara peribadi aku lihat, bagus di adakan program 'ilmiah visual', seperti yang di buat oleh sahabat-sahabat mengeluarkan vcd kematian, dan aku yakin mereka-mereka ini melakukan dengan tujuan yang positif(walaupun lepas tu jual dapat duit).

2. Carilah topik lain untuk di visualkan diantara sebabnya siapa dari kita yang dah mati yang tahu keadaan sebenar apa yang berlaku di alam barzakh?, Aku khuatir manusia-manusia yang bebal akan mengambil video ini untuk dijadikan fakta dan panduan, bukankah kata Allah dalam surah Al Israa' ayat ke-85,

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."

3. Kepada cikgu atau motivator yang menayangkan vcd pada kanak-kanak, aku tahu memang kau orang suka tengok anak-anak ketakutan, menangis dan trauma, memang ada anak-anak yang mampu 'digest' isi video tersebut namun ada yang kurang mampu, waima yang sudah dewasa(bila aku cek dekat komen-komen yang lain), masih ada yang menyatakan vcd ini menakutkan(walaupun aku gelak berguling-guling, sebab mayat die kelakar...he he he he). Maka tolong pertimbangkan melainkan kalau ada insurans, sekurang-kurang kalau ada cikgu yang kena belasah oleh ibubapa sebab menayang vcd ini takdalah susah selepas itu(apa yang aku merepek).


4. Tidak digalakkan membuat sebarang spekulasi atau persangkaan mengenai apa sahaja perkara yang kita sendiri tidak ada ilmu mengenainya. Kata Allah dalam Yunus: ayat ke-36.

Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
"Maa Robbuka?" (siapa Robb(pengatur) kamu?) , he he he nanti jawab Demokrasi yang mengatur aku......keh keh keh......dan untuk selanjutnya sila dengar dan teliti pula video dibawah, yang memperlihatkan kebodohan kita mengenai kematian(tiada kena mengena dengan entry)..


Nov 10, 2008

AJARKAN ILMU TENTANG CINTA

(Lagu nie dah lama keluar tapi kalau boleh korang dengar dengan teliti moga dapat rahmat.)



Al Hujuraat:13.

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

PENDIDIKAN LANDASAN KEMAJUAN-(2)

Pendidikan adalah tonggak utama makna daripada hikmah kebijaksanaan. Hikmah kebijaksanaan atau pendidikan akan mewarnai kerakyatan yang penuh harmoni, toleransi dan damai, jauh daripada sikap radikalisme apatah lagi terorisme.


Hikmah kebijaksanaan atau pendidikan, mampu menciptakan interaksi dan rangsangan interdependensi antara manusia dalam lingkungan bangsa yang multikultural dan majmuk. Sebab manusia berpendidikan akan selalu menghormati suatu proses dalam segala hal.

Hikmah kebijaksanaan atau pendidikan menjadi pedoman kerakyatan, sebab ia merupakan cara yang paling lurus dan pasti, menuju kearah harmoni, toleransi dan damai. Pendidikanlah yang memungkinkan kita selaku rakyat suatu bangsa dapat bersikap toleran atas wujud kemajmukan bangsa.


Hikmah kebijaksanaan menampilkan rakyat berfikir pada tahap yang lebih tinggi sebagai bangsa, dan membebaskan diri daripada belenggu pemikiran berasaskan kelompok dan aliran tertentu yang sempit.


Karenanya membangun hikmah kebijaksanaan adalah membangun pendidikan, dan itulah hakikat membangun kerakyatan yang berperadaban yang kaya akan kebudayaan, yakni kerakyatan yang terhindar dari saling curiga dan permusuhan. ASPG.

Nov 9, 2008

KEBENCIAAN MELAYU KESOMBONGAN ISLAM

Aku pelik kerna manusia saling benci-membenci, salah-menyalahkan. Semua perkara tidak betul, hanya dirinya sahaja yang betul. Umat Islam diajar untuk membenci Israel, katanya golongan inilah yang memporak-perandakan umat manusia sekarang ini. Umat Islam diajar membenci Amerika, katanya orang-orang Amerika sukakan keganasan, membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa di Afghanistan, Iraq dan mahu pula menghancurkan Iran. Maka habislah barangan dari Israel dan Amerika diboikot(tapi yang lawaknya sampai sekarang Mc Donald dibuka, siap 24 jam lagi), maka habislah segala teknologi serta ilmu mereka tidak di terima.


Kalau di Malaysia, wujud pula kebencian disebabkan berlainan parti politik, apa sahaja parti berlainan politik buat semua salah, partinya sahaja yang betul. Meningkatnya sikap ego, tertutup untuk menerima teguran saling merasa bangga dengan apa yang ada pada dirinya. Maka haram bertegur-sapa, haram menjalinkan hubungan silaturrahim, haram mengadakan pertemuan dan perbincangan(setahu aku khinzir haram, heh, lari tajuk).


Yang berserban benci pula pada yang berambut perang, katanya jangan didekati nanti boleh masuk neraka. Maka terus hanyutlah anak-anak, terus meningkat pula kebencian mereka, hingga makin jauh dengan Islam. Kalau boleh station television dibakar kerana menayangkan banyak perkara hiburan dan melalaikan, maka timbul pula kebencian pada hiburan, itu salah, ini salah semuanya salah. Meruap-ruap kebencian mereka hingga seakan berkata, duduk berzikir di masjid sahaja 24 jam, konfirm masuk syurga.


Apa kesudahan benci-membenci ini? Dapat duit? Dapat syurga dengan membenci? Dan yang paling kronik apabila kerana sikap benci, mereka-mereka ini kembali berperangai kebudak-budakkan. Walaupun suara aku belum sampai keseluruh pelosok dunia, tapi pada yang membaca 'entry' kali ini, aku memohon, tinggalkan sikap benci-membenci, sebarkan budaya toleransi dan perdamaian, carilah persamaan, dan murnikanlah kecintaan.

SYURGA DUNIA


Adik: Abi, macam mana keadaan di syurga?

Abi : Syurga tempatnya aman, damai, banyak sungai-sungai yang mengalir...

Adik: Sungai yang mengalir?


Abi : Iya, ada sungai madu, ada sungai susu, ada sungai khamar, macam-macam ada.


Adik: Kenapa banyak sangat sungai abi? Manis-manis pulak tu, tak ker nanti banyak semut?


Abi : He he he, sungaikan sumber penghidupan, manusia dapat banyak manfaat dari sungai. Dari sungai manusia boleh hasilkan ekonomi, pertanian, dan dengannya juga boleh jadi pengangkutan. Banyak manusia boleh belajar dari sungai, banyak ilmu yang boleh kita dapat.


Adik: Nak buat sungai pun kena ada ilmukan abi?


Abi : Yup, kena ada ilmu, kena ada daya manusia, kena ada kesungguhan, komitmen yang tinggi dan kena fokus.


Adik: Tapi akhir sungaikan laut. Tak bercampur aduk ker nanti madu, susu dan khamar?

Abi : Aaaaaaa.......

Nov 8, 2008

PEMURAHNYA YANG MAHA PEMURAH



Ar-rahman:13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,
47,49,51,53,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77.

Maka nikmat Rabb(tuhan) kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Sebanyak 31 kali diulang-ulang di dalam surah Ar-Rahman, Allah bertanyakan pada kita, nikmat Rabb(Pengatur) yang manakah yang kita dustakan. Ternyata walau diulang-ulang berkali-kali masih ada manusia yang kufur akan nikmat yang Allah kurniakan. Fahamilah sahabat-sahabatku bahwa Allah Yang Maha Pemurah telah mengajarkan Al-Quran kepada manusia hasil ciptaaNya. Allah punya segala macam ilmu merangkumi bermacam aspek dalam kehidupan. Allah yang menciptakan kita, dia sahaja yang tahu apa kelemahan, keburukkan, keperluan dan bagaimana untuk mengawal manusia............marilah sama-sama kita memahami Surah Ar-rahman.......

MELAYU DAN ANJING ATAU ...............

Al A'raaf:176.

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

(Harap maaf topik ini mengandungi unsur-unsur ganas, maka yang dibawah umur tolong dapatkan bimbingan orang dewasa, tolong yer, n3 ini ditujukan pada diri aku, maka orang lain jangan perasan)

Mungkin ada sebilangan dari kita pernah terbaca ayat diatas, mungkin juga tidak. Pertama kali aku mendengar ianya dibacakan aku terfikir betapa hinanya menjadi manusia seandainya Allah cuma memandang kita seperti seekor anjing(lebih-lebih lagi anjing kurap). Anjing binatang yang taat pada tuannya, manja dan adakalanya boleh menjadi musuh. Anjing juga disebut-sebut dalam kisah Ashabul Khafi, dimana si anjing setia menjaga pintu gua.


Pada kebiasaannya anjing akan melakukan kerja yang disuruh/diperintah apabila mendapat habuannya. Maka ada juga manusia yang jasadnya seperti manusia tetapi menghampiri sifat-sifat seekor anjing. Bila dipanggil mencintai Allah, dipanggil kearah AddenNya, dipanggil memahami al-Quran, tiada tindakkan susulan melainkan menjelir-jelirkan lidah, rupanya menagih kesian, tapi bebal tidak memahami apa yang ingin disampaikan.


Maka jika dibiarkan mereka tetap hanyut dalam kebendaan dan keduniaan, sikapnya terus begitu, menjelir-jelirkan lidah seakan tidak memahami bahwa usia ini amat pendek dan alam ini akan nazak jika dibiarkan dihuni anjing-anjing sahaja. Maka yang berjasadkan manusia dan berhatikan manusia tolong dengarkan baik-baik, perhatikan dengan tenang moga kalian mendapat rahmat.

An Nahl;78.

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

Nov 7, 2008

PENDIDIKAN LANDASAN KEMAJUAN-(1)

Suatu landasan yang harus mampu menghantar kepada prinsip-prinsip republikanisme, populisme, rasionalisme, demokratisme, dan reformisme yang diperteguh oleh semangat keterbukaan, dan usaha ke arah kerakyatan universal.


Prinsip-prinsip kerakyatan seperti ini, harus menjadi cita-cita utama untuk membangkitkan bangsa ini meyedari potensi mereka dalam dunia modern, yakni kerakyatan yang mampu mengendalikan diri, tabah menguasai diri, walau berada dalam kancah pergolakan hebat untuk menciptakan perubahan dan pembaharuan.



Yakni kerakyatan yang selalu memberi nafas baru kepada bangsa dan negara dalam menciptakan suatu kehidupan yang penuh persaingan sehat.
Kerakyatan yang dipimpin oleh hikmah kebijaksanaan adalah kerakyatan yang dipimpin oleh pendidikan yang mampan. Sebab pendidikan merupakan prasyarat untuk menyatukan rohaniah. ASPG-sbg

ALLAH MADE ME FUNNY

Azhar Usman






Assalamualaikum, salam hari Jumaat pada semua, aku postkan lawak Azhar Usman agar sama-sama dapat kita renungkan, walaupun president Amerika sekarang adalah Barrack Obama, akan tetapi kebingungan, fobia, dan kebuntuan umat Islam di Amerika dan diseluruh dunia pada hari ini tetap berterusan selagi tidak ada usaha menyatukan dan mengarahkan pada 'kiblat' yang sama, kiblat Allah yang penuh dengan pendidikan, kiblat Al-Quran bukan persangkaan, kiblat Rasul bukan perpecahan......-pendekar.

->www.allahmademefunny.com

Nov 6, 2008

MELAYU YANG LUPA DIRI

Al-Baqarah:42.
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui


Allah telah meletakkan sempadan dan garis yang jelas dalam hidup manusia, sama ada sepenuhnya melaksanakan tuntusan Deenullah, atau ingkar. Namun ada yang menyatakan bahwa sudah Islam namun mencampur adukkan perkara-perkara yang haq dan yang bathil. Dan yang paling teruk mereka-mereka yang mengetahui kebenaran akan tetapi menyembunyikan kebenaran yang Allah tunjukkan. Seakan tidak ada apa yang akan berlaku.


Sahabat yang dirahmati Allah, air sirap tetapkan rasa sirap, namun kalau dicampur dengan air longkang bolehkah kita minum? Kebenaran Islam jangan dicampur adukkan, hari-hari kita solat, kita turut melaksanakan tuntutan yang lain seperti puasa, zakat dan haji, namun hari-hari juga kita lupa bahwa Allah Pengatur sekalian alam dan ada peraturan yang telah digariskan untuk manusia agar manusia melaksanakan.
An Nuur;1
(Ini adalah) satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.
Sentiasalah kita mengingati Allah dengan melaksanakan hukum yang telah diwajibkan, kerana apa? Manusia bukan menciptakan manusia. Allah telah menciptakan kita maka Allah tahu mana yang baik mana yang buruk untuk kita. Apalagi? Degil kenapa lagi? Alasan apalagi? Tapi jika masih berdolak-dalik dengan bermacam-macam alasan persangkaan kita, silakan dan nanti kita lihatlah 'neraka dunia' Allah.

Nov 5, 2008

PULANGLAH HATI MELAYU


aku menanyakan mana hilang awalku,
hatinya mungkin dilukai,
jasadnya mungkin disakiti,
kelmarin aku lihat dia gagah,
berpencak mengatur langkah,
hinggakan aku tergadah,


aku menanyakan mana hilang awalku,
hatinya dicuri,
jasadnya tak dipeduli,
aku lihat dia gundah,
menyatakan keresahan tak kesudah,
hingga aku rasa bersalah,


pulanglah, andai kau dengar,
benarkan apa yang aku sangkal,
pulanglah, hatimu akanku segar,
aku yakin kau rijal walau sejengkal.

LIDAH MELAYU KAKU.

Asy Syuura:15.
Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)."


Perintah 'daie'(seru) atau dakwah adalah tuntutan Allah, dalam melaksanakan dakwah dalam masyarakat harus kita dahulu tetapkan prinsip kita. Tetap melaksanakan perintah Allah tegakkan Ad-deen dan jangan berpecah-belah kerana itu yang disyariatkan kepada kita(Asy Syuura:13). Terus menerus menzahirkan sistem Allah(Ad-deen) tanpa mengenal letih atau lesu.


Apa sahaja tentangan mental atau fizikal harus jelas tentang prinsip kita, jangan tewas pada hawa nafsu manusia yang dengkel yang sering lemah pada harta dan tahta. Kuasa takkan kekal sampai bila-bila, nyawa sementara sahaja, maka fikirkan.


Katakanlah, wahai sahabat yang dirahmati Allah bahwa kita meyakini semua ketetapan Allah, dan berlaku adillah wahai sahabatku. Adillah, manusia perlukan Al-Quran maka kembalikan hak mereka, jangan dibenci pada yang masih tidak mengetahui tapi perlahan-lahan tanamkan rasa cinta padaNya. Jangan bertengkar atau saling berdebat, kerana Allah Maha Berilmu maka sebarkan budaya toleransi dan damai.


Sekiranya peringatan kita diabaikan, tetapkan prinsip bahwa setiap manusia punya pandangan dan anutan yang berbeza namun harus jelas satu ketika nanti, semuanya akan kembali padaNya. Fikirkanlah......(please)

Nov 4, 2008

TAKUT KERNA CINTA

Al A'raaf:180

Hanya milik Allah Asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.



MusicPlaylist



(Ha ha ha mesti korang dah letih dengar aku membebel pasal Asmaul-husna tapi aku tak kira)
Allah tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun dapat kita rasai keberadaannya melalui nama-nama terbaiknya(Asmaul husna). Dari namanya dapat kita simpulkan kehendak, kemahuan, cara, aturan dan kefahaman(ideologi) Allah. Sedaya upaya harus kita mulakan memahami Asmaul-husna, kerana doa yang paling mujarab terkandung didalamnya, ubat yang paling mujarab tersembunyi di dalamnya, terutamanya ubat penyakit hati. Heh.


Kekuatan umat Islam bergantung pada kefahaman terhadap Asmaul-husna, penyatuan bangsa ini juga terkandung dalam Asmaul-husna, kemajuan dan wawasan bangsa ini juga bertitik tolak dari kefahaman terhadap nama-nama Allah ini. Gejala diluar tabii, dan luar fitrah manusia seperti 'tom-boy', mencari ketenangan dengan 'yoga', hiburan, berleluasanya maksiat dan meningkatnya kes-kes jenayah berpunca dari kegagalan kita merasai kewujudan Allah, kegagalan kita merasai diri dikuasai Allah, kegagalan kita memahami dan mencintai Allah.


Maka manusia yang 'agak terpesong' dengan prinsip dan garis panduan yang Allah tetapkan harus diperkenalkan semula dengan nama-nama Allah, bukan sekadar dijatuhkan hukuman membabi buta. Maka bermula hari ini hentikan caci-makian dan pandangan serong pada golongan-golongan diluar tabii dan golongan yang tidak mengikut garis panduan yang Allah tetapkan, mulakan dengan budaya Pendidikan, didiklah mereka untuk mengenali Allah, bukan sekadar takut pada Allah tapi mencintai Allah.....