Nov 21, 2008

MANA SILAP BANGSA INI


"Gagal". Satu perkataan yang berbaur negatif yang boleh melemahkan semangat dan meruntuhkan martabat bangsa bila ia sering diulang-ulang menyatakan rumpun Melayu hari ini gagal. Gagal melahirkan jiwa raga bangsa yang ideal, gagal melakukan reformasi memartabatkan ketuanan Melayu, gagal mencipta generasi yang mampan bagus ilmu dan fizikalnya. Banyak lagi jika kita hanya berbicara tentang kegagalan.


Namun kita lupa yang jatuh tetap akan bangun, yang duduk pasti akan berdiri, dan takkan mungkin malam selama-lamanya. Jadikan kegagalan sebagai satu titik pusingan kembali kearah memartabatkan bangsa. Usah sekadar tunding-menunding mencari kesilapan, kelemahan orang lain, hisab diri kita. Usah sekadar membodek menunjukkan segala yang baik pada kita manakala keburukkan diri kita tundingkan pada orang lain, hisab diri kita.



Silap besar bangsa ini kerana ego yang makin menebal yang tidak pernah untuk menghisab diri, memperhatikan mana yang perlu diperbaiki. Sering mempertahankan prinsip sempit yang membawa perpecahan. Tanyakan pada semua manusia siapa yang mahukan kehancuran? Siapa yang mahukan perpecahan? Cuma yang menjadi perbezaaan pelaksanaan untuk kedamaian, perlaksanaan untuk penyatuan. Selagi prinsip yang dipegang tidak bercanggah dengan norma kehidupan manusia maka laksanakan.

11 comments:

  1. salam jumaat abang ittewww..

    ReplyDelete
  2. Melayu gagal bila tidak mahu bawa keseluruhan agama dalam kehidupan mereka. Tanpa agama, maka manusia jauh daripada rahmat Allah. Dengan adanya rahmat Allah maka serigala dan kambing boleh hidup bersama, tetapi tanpa rahmat Allah maka manusia dgn manusia tidak boleh hidup bersama kerana bergaduh, berbunuh dan berpecah belah.
    Orang melayu perlu lihat kepada faktor penyatuan iaitu persamaan bukannya perbezaan. Terlalu banyak persamaan yg boleh dijadikan penyatuan orang Melayu, yg paling besar itu ajaran Islam itu sendiri. Sebaliknya yg berlaku ialah orang bukan Islam khususnya Cina walaupun berlainan ideologi tetapi tetap bersatu jika soal pendidikan, ekonomi dan kaum mereka tergugat.
    Ajaran Islam menganjurkan perpaduan dan kasih sayang tetapi malangnya sikap itu dimiliki pula oleh bukan Islam. Bagi orang Melayu, ajaran itu hanya tinggal di mulut, buku2 dan kuliah2, tetapi tidak diamalkan. Masalah kita sekarang ialah amal, atau amalan2. Sebab itu, kita perlu terlibat dalam usahakan iman dan amal. Ini adalah satu maksud yg besar untuk dunia dan akhirat. Waallahualam bisawab..

    ReplyDelete
  3. err... apa maksud mardhotillah tu ye... #-#

    owh. sgt takut klw gagal exam. hehehe

    ReplyDelete
  4. Pendekar!

    Bertapa pun,blog maintain update..hahaha!

    Best dgr khutbah kat masjid Sec.17 td...Cerita pasal kegemilangan Islam yg lalu,pasal Si Kristian masuk Islam...

    Tpkan...kita duk tgk belakang sgt,yg akan dtg macam mana?!Sbb pada gua,bila dah syok sangat dgn sejarah yg best...Boleh khayal,sendiri2 je syok!

    So..Mtk lu forecast utk masa akan dtg based pada Quran & hadith!Mtk ayat2 yg relevan sekali...

    Thanks...

    ROger!

    ReplyDelete
  5. Orang melayu nak jatuh tersungkur agaknya, baru kenal erti bersatu padu.

    Hmmm....

    ReplyDelete
  6. aku setuju dengan mutakalim dan pendekar mardhotillah itu..beritahu maksudnya untuk pengetahuan mereka..penting tu..
    aku setuju sangat entri ni..membuka mindaku tatkalu aku juga kekadang berfikir akan prinsip yang semakin disebut hari ini...thanx:)

    ReplyDelete
  7. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    en_me salam kembali.

    mutakalim, yup bro aku setuju sangat, hehehe(aku kena gelak dulu). Menyatukan jiwa, menanamkan rasa iman, meningkatkan kualiti perpaduan, melahirkan insan yang saling cinta-mencintai sesama sendiri dan pada Allah, memang itu telah lama diidam-idamkan.

    Namun bukan usaha yang mudah, perlukan perancangan, kesabaran dan konsisten. Membangunkan kembali pendidikan yang mengeluarkan generasi yang bashtotan fii ilmi wal jism. Generasi kita yang berquality sahaja mampu menebus kegagalan Melayu.

    diya, Mengharap keredhaan Allah semata-mata/ semoga Allah redha.

    Aboo, politik bro aku pun kena main politik jugak sebab tu kena update hohohoho(parti cap buaya), terima kasih bro, bro punyer komen memang bagus-bagus insyaallah jika diberi ruang akan aku jawab(sekarang sibuk nak settelkan projek, tapi belum kayo2 lagi)

    Jawahir, tapi aku rase bukan setakat tersungkur dah terpelosok mukanya hingga hidung dipenihu tanah, sebab tu ramai orang melayu yang sewel gila harta, gila pangkat, gila kuasa, gila nak jadi PM......huh

    rOhock, hohohoho, yang makin tersilap mata Melayu sendiri.....

    fahana_ann, welcome.....

    ReplyDelete
  8. salam perdamaian

    ReplyDelete