Nov 1, 2008

MELAYU BERDAKI SAAT MENDAKI

As-Saff:14
"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan Ad-deen) Allah?"

Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong Deen Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang
menang."


"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", kata pepatah warisan Melayu yang membawa erti pekerjaan atau apa-apa sahaja perbuatan haruslah dilakukan beramai-ramai atau boleh kita namakan berjemaah atau berpesatuan. Untuk menzahirkan Ad-deen Allah juga diperintahkan begitu, harus dilakukan secara berjamaah(berpesatuan). Dan hendaklah teguh dalam melaksanakan prinsip yang kita yakin bahwa hanya Allah sahaja mampu menangani sekalian permasalahan, dan hanya Allah sahaja mampu mengatur alam ini dengan sempurna.


Melayu yang bersatu dalam satu prinsip, Melayu yang bersatu dalam satu kiblat, Melayu yang bersatu dalam satu suara, mampu menggegarkan dunia. Ini sudah dibuktikan oleh sejarah. Melayu pernah gah dimata dunia, titik tolaknya bermula dengan penyatuan(persatuan). Hilangkan wahai Melayuku daki permusuhan, cantas kefahaman perkauman, bina kembali kepercayaan, tanamkan semula rasa saling perlu-memerlukan. Terlalu indah dunia ini andai kita dapat bersatu, bersatu memartabatkan kembali Al-Quran.......

10 comments:

  1. Lebih cantik lagi penyatuan umat Islam seluruh dunia..negara penuh keberkatan dan kerahmatan. Sebagaimana buktinya Islam telah memerintah dunia selama lebih 1000 tahun.

    ReplyDelete
  2. Bersetuju dengan ibnurashidi. Semua muslim mesti bersatu, tak kira apa bangsa pun. Bersatu menjadikan kita kuat, bersemangat dan berjaya dalam kehidupan (dunia dan akhirat)

    ReplyDelete
  3. Bersatu memang formula utama dlaam Islam. Jangan kita rosakkan Islam kerana dah benci dengan perpaduan.

    ReplyDelete
  4. aaah..
    to not be divided..
    are we or are we not suppose to stop comparing our unequal values by start to work out the incompatibilities?

    just my 2 cents... -hny

    ReplyDelete
  5. Pendekar!

    Kebersatuan kita terhalang dalam perpecahan politik!Apa boleh buat...Kuasa memerintah dirasakan lebih besar dari segala2nya...Fuuhh!!

    Soalan utk Pendekar: Non-muslim kalau masuk Islam,takpe kan...tak tukar nama asal kann?

    Roger!

    ReplyDelete
  6. bersatu kita teguh bercerai kita roboh..nazirul..

    ReplyDelete
  7. Ayat yang Encik Pendekar kepilkan tu...

    Memang ramai yang kata nak bersatu. Tapi bila tiba kerja2 penyatuan, mesti tinggal sebahagian je kan?

    At the end of the day, X ramai yang nak get their hands dirty. Na'uzubillah..

    ReplyDelete
  8. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Ibnurashidi, benar perlu disatukan umat Islam seluruh dunia(kalau mampu), namun biar bicara yang perkara yang praktikal,menyatukan setiap bangsa, tidak kira apa sahaja kaum atau bangsa, namun jika masih tidak upaya, satukan keluarga kita......kita mulakan dari sekecil2 sistem......nanti kita bicarakan menyatukan dunia.

    Kak Tie, Al-Quran sahaja yang mampu menyatukan manusia, maka kita mulakan pada diri kita membaca dan memahami Al-Quran....

    RAHISAM RAMLI, bantu Allah jayakan, satukan, sebarkan budaya penyatuan.

    Hny, cari persaman walau wujud jurang perbezaan, semuanya hamba Allah, semuaNya manusia...dosa, pahala, syurg, neraka bukan kita yang tentukannya.....

    Aboo, tapi perlu kitaingat tanpa rakyat tiada pemerintah, kita yang tentukan hala tuju negara, bangsa ini dan generasi akan datang.

    Apa ada pada nama?(....) heh. Selagi tak menggambarkan nama2 yang tidak elok apa salahnya, yang penting keimanan.....hari ini di malaysia ramai yang keliru untuk menjadi Islam atau menjadi melayu...heh....manakala yang dah mengaku Islam keliru nak jadi orang Islam atau Pak Arab....orang kita yang lahir2 Islam pun ramai yang tidak dinamakan seperti penganut Islam.

    Nazirul, bercerai kawin jer lain.... heh, p/s: tolong control, kerana bukan semua yang membaca dapat memahaminya, memahami seperti kamu....tolong... heh heh heh

    ReplyDelete
  9. xz, yang penting masih ada yang konsistant...

    ReplyDelete
  10. salam...

    As-Saff:14
    "Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan Ad-deen) Allah?"

    Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong Deen Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang."

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete