Dec 2, 2008

JIHAD @ JAHAT





Bila sebenarnya Muhammad s.a.w berperang? Adakah di Mekah atau di Madinah(Yathrib)? Jika perperangan mula berlaku di Madinah kenapa? Kita menyelusuri sejarah baginda, kita harus jelas bahwa Muhammad s.a.w pada peringkat awalnya menyebarkan Islam dengan menanamkan akidah pada setiap jiwa manusia di Mekah, mengajar manusia erti cinta pada Yang Maha Pemurah. Selama 13 tahun lamanya proses pendidikan dijalankan bagi menghasilkan manusia yang benar-benar yakin pada kitab-kitab Allah dan sunnah rasulNya.


Objektifnya bagi mengumpulkan kekuatan sumber pendanaan(ekonomi) dan sumber daya manusia(pendidikan). Maka selepas siap dan mampu menzahirkan Ad-deen Allah, Muhammad s.a.w memerintahkan umat Islam untuk mencari lokasi yang sesuai bagi membangunkan tempat yang berupaya melaksanakan sistem Allah. Beberapa lokasi dipilih termasuk Habsyah dan Taif, kerana mereka sedar di bumi Mekah tidak mampu untuk dinaikkan Sistem Islam pada ketika itu, kerana sifat mensyirikkan Allah dan sifat gila harta, tahta dan wanita terlalu tebal dalam diri penduduk Mekah.


Dalam usaha mencari lokasi sesuai, berlaku perjanjian Aqabah pertama dan kedua, maka Muhammad s.a.w melihat ianya satu peluang bagi menaikkan Ad-deen Allah di Yathrib(Madinah). Peluang ini diambil oleh Muhammad s.a.w dengan melantik beberapa orang dutanya yang terdiri dari ketua suku di Yathrib, untuk menyebarkan doktrin Islam. Berlaku pertentangan yang hebat dan dahsyat di Mekah, maka perintah hijrah(pindah) telah dikeluarkan dan Muhammad s.a.w juga melalui proses yang sama iaitu Iman dan Hijrah dan Jihad (At-taubah:20).


Oleh yang demikian, harus kita sedar bahwa di Yathrib baru Muhammad s.a.w membangunkan Sistem Islam yang lengkap yang juga dikenali sebagai Badan Kerasulan. Diadakan Piagam Madinah dan diletakkan garis hukum untuk ditaati. Maka barulah berlakunya peperangan. Kita nilai Islam kini, adakah sudah terzahir Badan Kekhalifahan(badan kerasulan)? Semua kita tahu Sistem Kekhalifahan berakhir dengan Sistem Monarki, berkubur di Turki pada tahun 1924.


Hingga kini Sistem Islam berkubur. Maka kalian berperang kerana apa? Kerana siapa? Islam? Hahahahaha..........
Terlalu sempit jihadmu. Jika membunuh manusia itu kau katakan jihad, ia terlalu mudah untuk aku lakukan. Tapi jihad mengembalikan Al-Quran pada tempatnya, jihad membina kembali sumber daya manusia dan ekonomi Islam amat sukar. Dayus kau meninggalkan Islam, membunuh dirimu, meninggalkan keluargamu terkontang-kanting, siapa yang mahu membela mereka? Siapa yang akan memartabatkan maruah bangsa ini? Siapa?

Al Furqaan:52.
Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir(ingkar), dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan jihad yang besar.

12 comments:

  1. Perspektif yang menarik mengenai jihad. Teruskan.

    ReplyDelete
  2. jihad mengalahkan nafsu
    jahat dikalahkan nafsu

    huhu!

    :P
    -hny

    ReplyDelete
  3. Jihad..
    Cuba tanya bebudak sekarang ni..
    Apa itu jihad?..
    Gua pernah dengar lagu dari kumpulan muzik tempatan yang berbunyi begini :-
    "Bangun sekalian umat.. bagai pahlawan menentang jihad..!!"

    Tak payahlah gua cakap siapa yang nyanyi.. Cukuplah sekadar nak menerangkan kefahaman segelintir melayu Islam kita tentang jihad..!!

    Pendapat bro?..

    ReplyDelete
  4. persepsi mengenai jihad yg sgt bagus dan matang. keep it up!

    ReplyDelete
  5. Sistem Islam masih belum berkubur lagi, sdr pendekar..cuma tidak mahu dipraktikkan oleh pemimpin2 dgn pelbagai alasan..Ada org Islam sendiri yg menolaknya,mempersendakannya, mempersoalkan praktikalitinya dlm arus kemodenan. kononnya..

    Pada masa sekrg, macammana nak terzahir Badan Kekhalifahan jika org Islam mengasingkan politik dari kehidupan mrka. Kedua2 contoh diatas, Nabi Muhammad s.a.w dan Khalifah Islam di Turki, adalah mereka yg memegang tampuk kerajaan, pemimpin tertinggi yg berkuasa mutlak utk membangun sistem Islam..

    ReplyDelete
  6. nak tanya skit...

    kalu kat indonesia tue..jihad ker...yg 3 org pejuang islam??? kene tembak tue dikatakan mati syahid ker?

    sedangkan secara terang-terangan umat islam disana ditindas oleh umat kristian..mcm kat ambon tue...umat islam bangkit mempertahankan maruah agama...mereka melakukan jihad ker?

    ReplyDelete
  7. hye salam pendekar..ana nk tanyer ni benarkah apa yg berlaku terhadap beberapa peristiwa2 aneh yg berlaku ketika pengebumian arwah 3 pengebom berani mati iaitu Ali gufron,Amrozi dan Imam samudra..???

    ReplyDelete
  8. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    en_me, moga Allah kurniakan limpah dan kurnianya padamu.

    Pok Li, tanx, sekadar pandangan yang dengkel, jika ada yang silap, mohon diperbetulkan. ;-)

    Hny, iman, hijrah, jihad. ;p

    Pena Keris, masing-masing ada pendapatnya sendiri bro.... jangan kita banding-membandingkan dan mencari perbezaan.

    Seperti yang aku nyatakan, jika membunuh itu dikatakan jihad, terlalu mudah untuk aku lakukan.

    Kita diajar benci-membenci, ditanamkan perasaan megah dengan apa yang kita ada, hingga ada yang menghalalkan pembunuhan.

    Tanpa memikirkan bahwa manusia ini hasil ciptaan Yang Maha Pencipta, tegar pula kita membenci ciptaanNya malah membunuh manusia. Walhal seekor nyamuk pun belum mampu untuk kita cipta. ;-)

    khairaummah, tanx, tapi kadang kala aku gusar jika ada yang tidak mampu memahaminya.... hohohohooo

    orangbukit, jika sudah kaku, tidak bergerak, nadinya terhenti, maka ia kita panggil mati, yang mati kuburkan sahaja. heh.

    Tapi jangan runsing Allahkan bisa menghidupkan yang mati. ;-)

    Jawahir, hehehehehe, syahid itu menyaksikan, dan salah satu nama Allah adalah As Syahid. ;-)

    Di Ambon, Filipina, Selatan Thailand, Palestin, Afghanistan, dan Iraq, cuba kita perhatikan dengan teliti, mengapa dan kenapa mereka berperang.

    Adakah dasarnya untuk menzahirkan Sistem Islam atau ingin mempertahankan kawasan(tanah) penganut Islam maka oleh kerana yang diperangi itu Islam atau Kristian atau Buddha atau yang lain-lain, maka status agama/kepercayaan/anutan dilaungkan, dan ini dikatakan kononnya jihad.

    Kaji pada sejarah, setiap tanah yang dimenangi oleh penduduk yang beragama Islam(selepas peperangan) apa yang berlaku pada tanah itu? Adakah ditegakkan sistem Islam atau demokrasi dijadikan pilihan? ;-) Maka berperang kerana tanah atau Allah? hehehehe

    Unrestmind, aku pernah tengok mayat sami Buddha yang tidak reput, mayat paderi kristian yang tidak reput dan sentiasa tersenyum.

    Pernah juga terjadi seorang penganut Hindu mati dengan muka yang amat tenang dan berwajah jernih.

    Banyak dalam u-tube, dan kalo ade rezeki lebih, pergi tengok sendiri, live lagi.

    Hohohhohohhohooooooo..........

    Mardhotillah

    ReplyDelete
  9. salam,

    kita amat beruntung kerana masih ramai di kalangan kita yang mahu menegakkan Islam. kita hanya perlu bagi undi saja.

    ReplyDelete
  10. salam isalm makin cemerlang?...mf lame x membaca

    ReplyDelete
  11. salam...

    Al Furqaan:52.
    Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir(ingkar), dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan jihad yang besar.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete