Aug 31, 2008

BUDAYA TOLERANSI DAN PERDAMAIAN


"Para rasul Allah telah memberi tauladan dan menunjukkan serta mengajarkan bersikap toleransi. Darinya tumbuh berbagai norma yang mencerminkan sikap toleransi. Nabi Muhammad saw contoh, setibanya tempat tujuan hijrah(Yatsrib/Madinah), yang ditempuh pertama kali adalah terciptanya ‘brotherhood’ dan penyatuan diantara kelompok muhajirin dengan pelbagai kelompok penghuni asal (pribumi).


Kemudian menciptakan sistem sosial baru, sebagai wahana berbagai kegiatan dari berbagai orang dan kelompok yang saling berhubungan secara konsistan. Sistem baru itu dilegalisir dalam bentuk norma timbal-balik untuk menciptakan keseimbangan yang memadai antara belbagai kelompok yang terlibat dalam hubungan sosial ditempat yang baru (Yatsrib). Norma itu terpatri dalam Sofihan Al Madaniyyah (lebih kita kenali sebagai Piagam Madinah).


Piagam Madinah disamping bersifat norma hubungan timbal balik yang memadai bagi masyarakat berbilang kaum, juga merupakan perjanjian, undang-undang politik, tananan bernegara yang mengandung aturan-aturan kehidupan bersama dalam sistem sosial besarberbentuk negara, bagi segenap warganya yang berbilang kaum: Muslim, Yahudi, Nasrani dan lain-lain di sebuah negara yang bernama Madinah".-aspg

Aug 30, 2008

KITA 2

Timbul pula persoalan: “Dari mana pula datangnya bangsa Melayu ini?” Terlalu banyak teori tentang asal-usul bangsa Melayu. Melayu Proto yang didakwa hadir dari bangsa Yunan, sebuah daerah di China mula bertapak di Nusantara sekitar tahun 3000-2500 S.M, yang turut mengamalkan budaya neolitik. Manakala pada sekitar 1500-300 S.M berlaku gelombang yang sama dimana dikenali sebagai Melayu Deutro, turut membawa kebudayaan gangsa-besi. Teori F. Dan P.E Sarasin ini diperkukuhkan dengan tulisan Robert Von Heine Geldern dengan penemuan alatan seperti kapak batu di kawasan-kawasan laluan pada tahun 1932, dengan mengaitkan migrasi bangsa Yunan melalui Indo-China sebelum melebar ke Semenanjung Tanah Melayu.

Teori laluan, disangkal oleh Peter Bellwood, yang menegaskan bangsa Yunan tersebut hadir melalui Taiwan, Filipina, Borneo seterusnya merebak seantero Nusantara.

Berbeza dengan pandangan segelintir sejarahwan tanahair seperti Nik Hassan Suhaimi yang menegaskan, bangsa Melayu telah wujud seawal 35,000 tahun dahulu dengan bukti arkeologi dan lingguistik seperti penemuan arkeologi ‘Javaman’ di Pulau Jawa yang menunjukkan adanya penghuni beribu tahun lalu. Manakala James T. Collins menegaskan, tanah asal orang Melayu adalah dibahagian barat Borneo yang bergerak sebelum 100 Masihi merentasi Laut China Selatan melalui Pulau Tembelan dan Riau seterusnya merebak hingga ke Filipina dengan penemuan bukti-bukti lingguistik.

Maka disini timbul dua teori, pertama bangsa Melayu hadir luar dari Alam Melayu dan kedua bangsa Melayu ini wujud beribu tahun dahulu dengan tamadun dan budayanya yang tersendiri.

Aug 29, 2008

LARAT TAK LARAT


Satu ketika sewaktu subuh, aku solat di sebuah surau seorang diri, mungkin penduduk di kampung ini lebih suka solat dirumah. Selesai solat, ketika hendak melipat sejadah, aku tertarik melihat seekor semut kecil sedang berusaha mengangkat bangkai seekor nyamuk. Ditarik kekiri, ditarik kekanan tapi masih belum berganjak, dan hampir sejam aku memerhatikan telatah si semut sambil aku membaca Al-Quran, masih berusaha mengangkatnya tapi masih gagal.


Ramai orang Islam kita hari ini bersikap begini, ramai yang tahu tentang pentingnya mendokong tugas murni menzahirkan sistem yang hak, akan tapi mendokongnya seorang diri. Melihat kegigihannya pasti ramai yang akan memuji tapi laratkah untuk angkat seorang? Andai tidak larat dan memang takkan larat maka panggil dan cari sahabat-sahabat yang lain yang memahami pentingnya menzahirkan sistem dan kita dokong beramai-ramai.

180+180= ?

Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

Al A'raaf:180

Aug 28, 2008

KITA 1

‘Melayu’, dari segi rekod awalnya, seawal abad ke-13 oleh Wong Gung Wu menyatakan mengenai kewujudan satu masyarakat di Sumatera yang dikenali sebagai “Mo-la-Yu” yang mempunyai ciri-ciri tamadun, adat istiadat atau pun lebih jelas lagi mempunyai budaya tersendiri. Manakala jelas pemerhati Sepanyol di Filipina, iaitu Antonio de Marga dan Francisco Colin dalam kajiannya, menyatakan bangsa Melayu hadir seiring dengan orang-orang Tagalog.


Pada tahun 1869 pula, Alfred Wallace telah membahagikan Nusantara-Pasifik kepada dua bahagian, iaitu Kepulauan Melayu dan Polinesia, di mana Kepulauan Melayu merangkumi Malaysia(Tanah Melayu), Indonesia, Borneo, Singapura, Selatan Thai, Selatan Filipina, Indo-China dan menjangkau Kepulauan Pasifik di bahagian timur, merentas Malagasi di Barat dan Taiwan di bahagian utara. Sehingga dinobatkan sebagai Alam Melayu.

Aug 27, 2008

SAKIT HATI


Mengikut Law Of Attraction, apa yang selalu kita fikirkan, maka itulah yang akan terjadi pada kita. Pendek kata, kita adalah hasil dari apa yang kita fikirkan. Sentiasa berpandangan positif. Di bawah nie sebahagian cerita aku sendiri bagaimana berfikiran positif dan jangan buruk sangka.


Hampir lapan tahun aku tidak dapat menghubungi kawan baik aku sorang nie, dulu kami terlalu akrab dah macam laki bini tetapi selepas kami terputus hubungan dan masing-masing menyambung pelajaran. Namun setelah sekian lama aku menjejakinya baru kelmarin aku dapat menghubunginya. Aku begitu teruja. Akan tetapi, dua mesej yang aku kirimkan tidak dibalas, maka aku membuat keputusan untuk menelefonnya terus. Panggilan pertama tidak diangkat dan kemudian orang lain menelefon aku menggunakan taliannya, dan mengatakan “wrong number’. Aik?


Tetapi setelah diperiksa ternyata nombor yang aku dail tidak salah. Mengapa ya? Maka banyaklah persangkaan yang aku cuba fikirkan. Namun tidak satu pun yang memungkinkannya. Tertekan dan pecah kepala juga. Nah, untuk tidak memanjangkan cerita aku terus melupakan peristiwa ini dan berfikiran positif, dan memikirkan mungkin dia ada sebab yang tersendiri. Dan yang menggembirakan aku disini ialah aku tidak ambil hati dan rasa lega mula timbul, ringan terus kepala aku.


Mungkin cerita ini tidaklah begitu berat masalahnya, akan tetapi masih melibatkan psikologi dan hubungan diantara individu yang lain. Berfikiran positiflah dan itu untuk diri kita sendiri.

Aug 26, 2008

DENGKUR DALAM JAGA


Oh Melayuku, tersungkur pastinya dibawah, mukanya silap haribulan mencium bumi, yang dibawah hanya perlu ikut perintah, disuruh kekiri maka kekiri, disuruh duduk maka harus duduk, melainkan pandai membodek. Oleh kerana terlalu lama tersungkur maka hidung Melayu tersumbat tanah dan semakin lama sampai keotak hingga ramai Melayu menyerahkan dirinya untuk ditipu, menyerahkan dirinya untuk dihinakan, menyerahkan dirinya untuk diperbudakkan.

Tersungkur yang bagaimana pula Melayu ini? Penindasan pada bangsa Melayu yang paling besar adalah penindasan untuk mendalami risalah-risalah Sang Pencipta, ini kerana kemajuan bangsa Melayu terdahulu bertitik tolakkan dari pendidikan yang bersumberkan risalah-risalah Sang Penciptanya. Prinsip asasnya, setiap bangsa yang maju harus berpaksikan kepada dua perkara, iaitu pendidikan dan ekonomi.


Cukup selama ini suara kita disekat lidah jita dikerat kaki dan tangan kita diikat, nah sekarang suara kita makin lantang dalam pendidikan, lidah kita makin lantang dalam pendidikan, kaki dan tangan kita makin lantang dalam pendidikan..

Aug 25, 2008

TABUNG AKHIRAT

Setuju tak kalau aku katakan bahwa cinta itu datang tanpa dipaksa, melalui beberapa proses. Awalnya cuma berkenalan, mula cuba mendekati dan memahaminya lalu datang rasa percaya bila sudah mengenalinya. Justeru bila semakin rapat akan timbul rasa rohani, ingin mendalami jiwanya. Timbul rasa rindu dan bila saban hari mengingatinya mula timbul rasa CINTA. Apa sahaja permintaannya aka dilakukan tanpa paksaan malah gunung akan didaki lautan api akan direnangi.

Begitu juga antara kita dengan Sang Pencipta, mulakan dengan mengenalinya dahulu, kenali nama-namaNya kerna Dia punya nama yang terbaik. Lambat laun nanti akan timbul rasa percaya(iman). Makin kita hampirinya makin tersentuh jiwa dan kita akan faham tentang harus menjiwainya, mendokong namaNya. Baru nanti akan timbul rasa CINTA, nah cinta pada Allah itu sangat indah, sangat sempurna, tak terbayang di kepala, hanya manusia yang mendokong perintahnya akan memahaminya.


Ya Allah, bukti cintaku padamu akan aku ubah alam ini agar semua tunduk cinta padamu.

MEMBANGUN JIWA RAGA BANGSA (2)

Assalamualaikum anak muda pendekar.Setakat menidakkan orang itu dan ini , apakah maksud kata kata mu? Memang Allah SWT jua yang mampu segalanya tetapi apakah kamu lupa bahawa Allah SWT berfirman bahawasanya Ia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusaha mengubah takdir mereka?

Memang mudah sekali melepaskan kata kata tetapi apa faedahnya kepada sesama manusia jika hanya ucapan tak berikut dengan tindakan sewajarnya?Usah memperlekehkan jamaah Islamiyah anak muda!Jika tidak kerna adanya PAS, maka nasib Melayu Muslim sudah lama hancur seperti jatuhnya segala kerajaan Melayu Islam yang lain sepertimana anak muda sebutkan didalam blog nukilan anda.

Memang jamaah yang ada tidak lah sesempurna mana tetapi ada juga kebaikan yang disumbangkan mereka.Bilamana Islam dicabar oleh sesiapa sahaja di bumi Malaysia ini, jamaah manakah yang berada di saf pertama mempertahankan dan membelanya?Pendekar?


-http://mahaguru58.blogspot.com


REPLY dari PENDEKAR
Muhammad Saw meninggalkan kita dengan dua perkara (urusan), sekiranya kita berpegang pada keduanya maka kita tidak akan sesat(bingung) selamanya iaitu kitabAllah dan sunnah rasulnya.

Masyarakat kita hari ini bingung mencari penyelesaian, maka ada yang bergerak dengan penuh persangkaan. Kembalikan mereka pada Al-quran, timbulkan rasa memiliki pendidikan yang berteraskan al-quran, kerana Al-Quran adalah petunjuk yang lebih jelas dan tepat, maka kita laksanakannya BUKAN SEKADAR BACA ARABNYA. Bagaimana untuk melaksanakannya? Sunnahrasul sebagai praktikalnya, nah apa sahaja dan cara yang Rasulullah laksanakan kita ikuti BUKAN SEKADAR IKUT JANGGUT DAN PAKAIANNYA. Ikuti bagaimana Muhammad menyebarkan ajaran Illahi dan menzahirkan SISTEM ISLAM.

Kenalkan, beri pendidikan dan jelaskan aqidah pada masyarakat bukan menakutkan mereka tentang hukum atau kuasa. Bila kenal nanti baru wujud cinta, nah kalau semua sudah kuat aqidahnya bukan setakat nak naikkan hukum, bapa segala hukum pun kita akan turut.

Kita tidak pernah memperlekehkan samada PAS, UMNO atau PKR tapi carilah persamaan dalam perbezaan, kita sebarkan budaya toleransi dan perdamaian. ........

Aug 24, 2008

AKUKAH MELAYU? @ AKUKAH ISLAM?



Ramai hari ini yang hanya pentingkan diri sendiri, tak pernah memikirkan tentang generasi akan datang, tak pernah terfikir tentang alam, tentang bumi. Janji mereka dapat makan dapat berkeluarga dan dapat keselesaan. Sampai bila? Tak salah jika kau nak kejar harta, kejar selesa, kejar bahagia......


Tapi bagi yang memikirkan dan berakal, hidup ini bukan setakat itu, gunakan tenaga yang ada untuk merahmatkan sekalian alam, membangkitkan kecintaan sesama insan dan kepada Tuhan. Begitu indah kalau ramai yang memerhatikan dan memahaminya. Biar pun hanya dalam kelompok yang kecil, namun punya jiwa yang besar, nah Nabi dahulu pun dari kalangan kelompok yang kecil.


Biar apapun prinsip, pandangan politik, anutan, kita cari persamaan dan yang nyatanya kita semua ada Tuhan, waima apa pun namanya tetapkan matlamatnya mensejahterakan alam ini. Adios .......

Aug 23, 2008

Aug 22, 2008

MEMBANGUN JIWA RAGA BANGSA


Ternyata sehingga hari ini kita masih mengalami krisis kepimpinan, kebuntuan untuk mengawal dan menata masyarakat serta alam. Maka wujud agenda peribadi dalam pemerintahan, dan kesannya pada rakyat itu sendiri. Maka rakyat harus bangkit dan sedar, pentingnya membangunkan jiwa raga bangsa ini. Perlunya satu bentuk program yang benar-benar reality bagi membentuk masyarakat yang ideal.


Islam mengajar kita merancang dan dilakukan secara konsisten serta mengambil kira kesan terhadap semuanya termasuk lingkungan. Pendidikan adalah kunci segalanya, dan dengan memenuhi segala aspek jasmani dan rohani akan menciptakan pemimpin yang mampu mengubah dunia. Untuk menzahirkan pendidikan yang menerapkan al-quran dalam jiwa tanpa meninggalkan ilmu dunia, maka kita memerlukan sumber daya manusia dan pendanaan yang lengkap, disamping mengawal selia beberapa aspek termasuk makanan, psikologi, kesihatan mental dan fizikal serta keperluan setiap manusia.

Aug 21, 2008

BUDAK KECIL MAIN API


Realiti yang amat getir diterima, rumpun bangsa Melayu telah musnah, hancur-sehancurnya sebagai mana robohnya Kota Melaka, jatuhnya Kerajaan Perlak, Pasai, Demak, Aceh, Pattani dan Champa. Justeru itu, ramai yang mengakui bahawa bangsa Melayu bukannya tidur lena untuk dibangkitkan tetapi tersungkur mahu bangkit, samaada dibangkitkan atau bangkit dengan sendiri. Akan tetapi perkara yang paling merunsingkan, takut-takut bangsa Melayu yang tersungkur ini terus pitam, pengsan atau koma kerana tiada sumber tenaga untuk bangkit.


Bagaimana bangsa ini akan bangkit? Dari penjuru mana bangsa ini bangkit? Siapa yang harus memulakan kebangkitan? Tetapi sebelum mencari jawapan untuk persoalan itu, harus dijelaskan pada peribadi dalam bangsa itu sendiri, mengapa dan kenapa perlunya bangsa ini bangkit?

Aug 20, 2008

MENUNGGU AIR HUJAN

Beberapa tahun yang lepas aku ke Indonesia dan tujuannya hendak melihat sendiri keadaannya disana. Sungguh menyedihkan, yang kaya terus kaya dan yang miskin terus merana. Walhal, mempunyai penduduk Islam teramai di dunia. Di sana jika kemarau akan terus kering kontang, nah kalau hujan sampai banjir. Terfikir juga kenapa tidak simpan air hujan agar dapat diairi waktu musim kemarau? Kenapa dibuang kelaut?



Jika di Malaysia kita juga begitu, aku yakin tidak akan selama-lamanya kita boleh menikmati kestabilan ekonomi dan politik. Terutamanya orang Melayu Islam harus merancang sebelum saat kemarau tiba. Harus siapkan generasi sekarang dengan ilmu dan harus mengawal ekonomi, jika tidak nanti bangsa ini akan mati kekeringan, mati kebuluran.


Nah, belajar dari kisah Nabi Yusuf, belajar dari Al-Quran, bahwa ketetapan Allah pastikan berulang-ulang. Himpunkan sumber tenaga manusia yang meyakininya dan kita laksanakan projek menyimpan stok air hujan sebelum kemarau. Aturkan pendanaan dan siapkan pendidikan baru nanti akan keluar pula ekonomi. Jangan bila tiba musim kemarau nanti kita cuma menadah tangan berdoa agar turun hujan.

Aug 19, 2008

MELAYU BACA ISLAM @ ISLAM BACA MELAYU?


Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah
Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya

Bukanlah maksud aku untuk mentafsirkan ayat dari Surah Al-Alaq(1-5) ini, akan tetapi apalah salahnya kita buka ruang untuk memikirkan bahawa Allah menegaskan bahawa setiap apa yang manusia mahu lakukan haruslah dengan ilmu dan untuk menyelesaikan segala masalah yang melanda manusia yang mana manusia bingung memikirkan dan mencari jalan penyelesaian, jawapannya terang dan jelas ada di depan kita, manusia harus belajar memahami ilmu yang Allah ajarkan, iaitu Al-quran.


Akan tetapi bukan semudah itu membaca yang dimaksudkan bukan sekadar baca, bukan semacam membaca buku komik, akan tetapi pada ayat itu tadi kita diminta membaca perkara yang paling dasar iaitu baca dengan nama Tuhan. Beerti yang seperti aku jelaskan pada peringkat awal tadi, mengajak manusia terutamanya diri kita mengenali Allah, Tuhan, Rabb yang menciptakan kita.


Untuk kenalNya maka kenali dahulu namaNya, nah makin lama nanti baru timbul rasa cinta, orang yang bercinta tidak akan menyakiti satu sama lain, orang yang bercinta sentiasakan jujur, malah orang yang bercinta akan sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira hasil yang akan diperolehi, mudah bahasa melakukan perintah Allah bukan kerna mengejar syurga, atau bukan kerana takut disiksa tetapi kerana cinta. Oh indahnya andai semua manusia melakukan kerana cinta pada Allah.

BERITA PADA KAWAN



Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk disampingku kawan
Banyak cerita yang mesti engkau saksikan
Ditanah kering berbatuan


Oho oho ho
Oho oho ho


Tubuhku tergoncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering reremputan
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih


Kawan cuba dengar apa jawabnya
Ketika ia kutanya mengapa
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini


Sesampainya dilaut kukhabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggallah ku sendiri, terpaku meratap langit


Barangkali disana ada jawabnya
Mengapa ditanahku terjadi bencana
Mungkin tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang


Oho oho ho
Oho oho ho

Aug 17, 2008

KETAM MENGAJAR BERJALAN LURUS?

Seorang teman aku berkata bahwa mendidik (berdakwah) manusia umpama menanam pohon. Lalu aku turut sama memikirkan, ya kalau dihitung-hitung ada rasionalnya, kerana hendak menanam pokok bukan mudah, perlukan modal, ilmu, masa dan kesanggupan. Modal untuk membeli peralatan, membeli baja dan banyak juga yang harus disiapkan. Ilmu untuk menjaga, harus tahu komposisi tanah, harus cekap menghitung baja dan airnya dan harus bijak mengawal serangga. Kita juga kena luangkan masa dan perlukan pengorbanan yang besar, hanya orang yang yakin tanamannya pastikan akan menghasilkan sesuatu, yang akan sanggup menanam dan menjaga pokok.


Apa kena mengena dalam pendidikan atau dakwah kepada manusia? Mendidik harus ada modal, kerana kita berhadapan dengan manusia maka perlukan persiapan yang lengkap, siap lingkungannya, siap tempatnya dan siap pendidiknya maka harus siapkan belanjanya. Wajib punya ilmu, ertinya perlu dahulu pendidik memahami Al-Quran, mendalami dan melaksanakan. Dan turut perlukan masa dan yakin bahwa usaha yang konsisten akan menghasilkan sesuatu.


Allah nanti yang akan menentukan hasil pohon yang kita tanam sama ada buahnya lebat atau tidak, tapi kita harus perhatikan apa yang kita kerjakan.

Aug 12, 2008

LETIH BERFIKIR TAK LETIH BERBUAT

Terkadang aku cuba juga membayangkan kesukaran Nabi Muhammad menyampaikan ajaran Illahi, dengan keadaan masyarakatnya yang berpuak-puak, lebih mementingkan kaum sendiri waima dengan jelas kaumnya buruk perangai. Nah sekarang sedar atau tidak, setuju atau tidak keadaan berulang dan andai dulu injil dan taurat diketepikan nah sekarang al-quran dipermainkan.


Kembali melakukan maksiat, kembali menunjukkan kebodohan. Ada juga yang punya ilmu tapi tak punya berani. Ada juga yang berani bersuara tapi terbatas usaha.


Hai Islam kau cuma tinggal nama lambat laun orang akan lupa. Teringat aku tentang kisah gelas bernilai yang pecah. Nak beli yang baru tiada lagi. Nak cantum? boleh sangat, tapi buruk pulak hasilnya. Apa yang susah sangat, pakai bahan yang sama, acuan yang sama dan buat balik gelas yang baru.


Begitu jugak Islam yang dulunya indah tak ternilai harga dan kini dah pecah berderai, boleh kalau nak dicantumkan tapi BURUK. Buat balik, kan dah ditinggalkan cara, acuan dan bahannya. Apalagi?

Aug 8, 2008

BANGKIT


Yang jatuh, yang tersungkur perlu bangkit dan yang tertidur saja perlu dibangkitkan. Yang jatuh atau tersungkur itu fitrah, jika hanya bangkit tanpa mahu belajar atau ambil pelajaran, kenapa dan bagaimana terjatuh atau pun tersungkur, maka barangkali akan tersungkur kembali, mungkin lebih teruk. Berbeza dengan yang tidur, memerlukan makhluk atau entiti yang lain untuk mengejutkannya dari tidur.


Nah Islam sekarang jatuh tersungkur atau tidur pengsan tak ingat dunia? Sampaikan orang lain sudah terbang kehadapan umat Islam masih melayang dalam mimpi. Bangunlah, bangun, BANGKIT!!! BERI PERINGATAN.


Bangun siapkan diri dengan pendidikan, jangan tinggalkan anak yang lemah. Bangun rapatkan hubungan hilangkan kefahaman jahiliah. Bangun merancang masa hadapan. Kerana ketetapan Sang Pencipta tidak berubah, sunnahNya akan tetap sama.


Nah pisau ditangan kita, terpulang pada pendirian kita sama ada mahu bangkitkan Melayu atau mahu bangkitkan Islam. Yang lebih penting bangkitkan semangat perpaduan,
dan cari titik persamaan...

Aug 2, 2008

LOVE FOR ALLAH

If my love is attached to Thee
Then from sin I will be free

Each time my heart will beat
Your name will resound with heat

With your name shivers my each limb
They seek to be released from whim

Allah, Allah, is my hearts speech
Your Mercy is what I beseech

The Most Merciful keep me content
With all that You have sent

Keep in my heart Your remembrance
And in Your deen and love allow me to advance

Help me in my quest
Permit me to pass the ultimate test