Oct 31, 2008

MEMAHAMI JIWA MELAYU

Komen dari bro. Aboo
Pendekar!
Premis...Ni haaa sahabat karib gua nih...Liberal dari kecik!Anti-tudung punya org..tp perangai baik la,tau jaga diri!
Problem...Sahabat gua nih berpendapat,"Tengok...pempuan tu pakai tudung,tp buat maksiat...khalwat lah,peluk2 lahhh,bukan ke memberikan imej yg memalukan Islam!!!Aku yg tak pakai tudung, pakai seksi2 camni lebih baik dari diorang yg pakai tudung tuuu!Sebab 'nawaitu' aku...lain dari diorang!"
Soalan...So,macam nawaitu gitu...Aci ke tak?Status hukum camne?!
Ok..Contoh lain!Semalam...fatwa kuar,yoga ada unsur Hindu. So...kalau kita blaja jugak yoya tu..dgn 'nawaitu' utk kesihatan...Camne?!



Bro. Aboo dan sekalian yang sudi bertandang ke kakisyurga, sebelum kita mahu berbicara tentang hukum lebih baik kita kenalkan pada masyarakat tentang Allah, ajak manusia mencintai Allah.



Nanti perlahan-lahan mereka akan memahami apa yang Allah mahukan.
Allah Maha berilmu, maka apa sahaja ayat-ayat cinta Allah pasti untuk kebaikkan. Ini termasuk isu hijab atau tudung. Apa kata kita lihat ayat Allah ini berdasarkan prinsip ilmu bukan sekadar satu arahan. Surah An Nuur ayat ke-31, berbunyi:



'Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka,

atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung'.



Ayat ini amat jelas, maka tidak perlulah aku ulas panjang lebar, akan tetapi kita lihat dari perspektif ilmu(pendidikan). Secara positifnya ia dapat mengawal berlakunya zina yang secara amnya semua mengetahui bahwa zina menghancurkan institusi kekeluargaan. Seterusnya Allah ingin mendidik para wanita menjadi manusia
yang berilmu.



Allah ingin mengajarkan bahwa wanita seharusnya dilindungi dan sentiasa melindungi diri, dari tudung kita belajar tentang falsafah. Tudung melindungi zahir dan batin, melindungi mata dari memandang yang bukan muhrim, melindungi lidah dari berkata perkara sia-sia, mengumpat dan mencerca, melindungi telinga dari mendengar perkara yang melalai dan memudharatkan, melindungi tangan dari melakukan dosa, melindungi kaki dari melangkah menuju maksiat, melindungi akal dari memikirkan perkara yang menaikkan nafsu, melindungi hati dari berpaling dari jalan Allah. Namun yang lebih mengetahui segalanya hanya Allah.


Kalau ada yang berperinsip dengan pakaian seksi tapi masih 'baik' berbanding yang bertudung tapi 'hampeh', maka tolong jangan marah atau menjatuhkan hukum pada individu seperti ini, kenalkan dahulu mereka pada nama-nama Allah. Lambat laun mereka akan mencintai Allah,. Apa sahaja alasan kita(nawaitu) andai benar kita yakin kewujudan Allah dan mencintai Allah kita tidak akan sanggup melakukan perkara yang Allah benci, kita takkan sanggup untuk tidak memenuhi permintaanNya.



Mengenai isu yoga, ianya agak berbeza prinsip dan pandangannya kerana melibatkan dasar aqidah umat Islam, akan kita bincangkan pada entry hadapan.(tunggu......heh)
. Bro. Aboo aku dah linkkan blog bro. kat entry yang ade name bro. Link dekat side bar masih dalam proses pembikinan, Insyaallah akan aku linkkan mana blog-blog yang terbaik.

MELAYU YANG ADIL DAN BERADAP-(3)

Kemanusiaan yang adil dan beradab akan menghantar kehidupan menjadi bermakna, karena dicapai dengan berbakti tanpa mementingkan diri sendiri demi kebaikan bersama.


Kemanusiaan yang adil dan beradab adalah suatu sikap revitalisasi diri, untuk memupuk dinamisme kreatif kehidupan, yang menghantarkan seseorang menjadi selalu dinamis, selalu sensitif dan peka pada gerak perubahan dan pembaharuan.


Revitalisasi diri sebagai buah kemanusiaan yang adil dan beradab, tidak terbatas bagi pemeluk agama tertentu siapapun dengan agama apapun dapat melakukannya. Semakin teguh seseorang menempuh kemanusiaan yang adil dan beradab, semakin rendah hati, dan semakin teguh keyakinannya semakin murah hati pula. Dalam hal ini, misi tulen agama adalah untuk memupuk pembentukan sifat dan menggalakkan usaha menguasai diri, yakni toleran dan damai. aspg.

Oct 30, 2008

SENGIT MENGEJAR LANGIT

Aku yang terbang tinggi,
Masih tak tergapai langit,

Aku yang terbang tinggi,

Bahasaku semakin sengit,


Ke kanan aku kata ke kiri dia cuba,

Lurus aku kata kealpaan yang dia rasa,

(titik)

HIDUP & MATIKU..........hidupkah aku?

Komen dari bro. Aboo:

Bro Pendekar!
Tang mana nak baca balik?
Opss...lagi satu, gua nak request Bro ulas skit pasal orang2 yg duk cakap pasal nawaitu nih!
Please,nak tarbiah orang nihhh...Yes!
Tarbiah jalan Terus!







Tanx Bro, kalau nak dengar ulasan aku nanti 'hancus' tapi kita lihat ulasan Allah dalam Al-Quran serta kata-kata hikmah Rasulullah:-

Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata-mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.

As-saff:2,3
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".


Sejak kecil, kita diajar tentang whudu, solat dan puasa, yang harus dimulakan dengan niat. Apabila seseorang itu berniat,bermakna ia telah memberikan arahan kepada minda dan minda akan mengarahkan keseluruh tubuhnya untuk menyempurnakan apa yang di niatkan. Niat mempunyai kuasa untuk mengubah cara hidup kita. Kuasa tersebut adalah getaran-getaran aliran tenaga positif yang akan merangsang minda bawah sedar kita dan secara tidak langsung mengubah bio-kimia tubuh untuk melakukan sesuatu.


Kerana itu Muhammad s.a.w menyatakan apa sahaja yang mahu kita lakukan bergantung pada niat setiap individu, kerana kita apa yang kita fikirkan. Manakala Allah memberikan penegasan yang teramat keras sekiranya kita menyatakan apa yang tidak kita buat(yang dinyatakan oleh orang yang beriman semestinya perkara yang positif). Allah benci malah besar kebenciannya sekiranya kita menyatakan apa yang tidak kita buat.



Maka jangan cakap sahaja tapi tak buat.(Banyak terjadi pada pakcik-pakcik yang berstatus ahli politik) Heh.

-> HIDUP DAN MATIKU KERANA AKU(?)

MELAYU ROCK @ MELAYU BATU

Al-Baqarah:23

"Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar".

Bila kali terakhir kita baca Al-Quran? 3 minit lepas? 3 hari lepas? 3 minggu lepas? 3 bulan lepas? 3 tahun lepas? Atau, entah aku dah tak ingat bila kali terakhir? Sebab Al-Quran bukan penting pun, alah..... tak khatam Al-Quran pun Bill Gate boleh jadi billionare, malah lebih permurah hati dari orang yang dah berbillionare kali khatam Al-Quran. Bukan kenyang pun kalau bace Al-Quran, lagi menyusahkan adelah, sudahlah bahasa Arab kalau bahasa Melayu okey jugak.


Tak payah baca pun gaji aku tiap-tiap bulan jalan jugak. Bini aku tetap lawa juga(he he he). Anak-anak tetap macam tu, hantar ajer pergi kelas kafa, janji boleh kenal huruf, cukup. Sekurang-kurangnyer bila masa baca yasin takdelah memalukan aku. Heh. Al-Quran, ape ade? Cerite nikah kawin boleh la. Hukum? Kalau zaman tok kadok dulu boleh la cerite. Inikan negara demokrasi, masyarakat majmuk, orang Islam bace seminggu sekali cukuplah.


Ahh... malas, fikirlah nak kena ambil wudhuk, lepas tu aku bukan boleh duduk lama-lama, sengal, tengok t.v lain la boleh juga aku baring-baring. Heh.
Janji, aku tak kacau orang lain, orang lain nak buat apa pun biarlah, mati kubur asing-asing. Buat semak kepale aku ajer, nak fikir tentang politik lagi, tentang minyak lagi, tentang anak bini lagi, aku takde mase nak baca-baca Al-Quran nie, tolonglah. Kalau pergi solat Jumaat pun aku boleh 'head banging', adui cukuplah. Rasa-rasa aku dah tua nanti, aku taubatlah, mulalah pakai kopiah, lepak-lepak kat surau. Macam la tak faham.

Yaasiin:69

"Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan."


Oct 29, 2008

MANUSIA DAN BATU


"Stress atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidak upayaannya menangani masalah yang dihadapi. Faktor fizikal, mental dan emosi yang tidak seimbang mengakibatkan tekanan dan menyebabkan seseorang individu tidak dapat berkelakuan normal (abnormality behaviour)


Berlaku kemurungan, lemah longlai, lesu, tidak bermotivasi malah boleh menyebabkan kematian sekiranya tekanan atau stress yang dialami ditahap yang kritikal. Sekiranya tekanan atau stress ini tidak ditangani, ianya akan memudaratkan individu tersebut baik dari aspek fizikal, mental, emosi mahupun keterlibatan sosial mereka”.mfmn


At-taubah;41.

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”

Yang aku hendak sampaikan bukanlah stress yang berlaku akibat dari masalah peribadi mahupun masalah negara, dalam menegakkan Ad Deen Allah kita seringkali berhadapan dengan berbagai cabaran dan dugaan yang adakalanya menjadikan kita tertekan, kerana berhadapan dengan manusia memang meletihkan, memenatkan dan menyusahkan. Akan tetapi matlamat kita yang jelas iaitu untuk menzahirkan sistem yang benar akan merubah segala kebuntuan dan kemurungan akibat bebanan yang ditanggung.


Kerana perintah Allah bahwa iman dan hijrah dan jihad (9:20), beerti apabila kita telah menyatakan rasa percaya pada Al Quran, maka harus kita pindahkan pola fikir kita dan selanjutnya berjihad dijalan Allah dengan harta dan diri. Bagaimana besar pun halangan dan cabaran jangan terlalu cepat melatah.


Aku bila menjadi fasilitator dalam mana-mana program selalunya menyelitkan aktiviti mudah namun penuh makna, dan salah satunya menghuraikan kembali benang yang bergumpalan. Harus ditarik satu demi satu benang yang bergumpalan, ini kerana jika terlalu terburu-buru benang akan terus terbelit.


Masalah, cabaran serta halangan manusia juga begitu, tidak boleh semuanya hendak diselesaikan dalam satu jangkamasa, sekiranya berhadapan dengan masalah yang berat maka ambil masa, namun jangan ditinggalkan, kerana tugas untuk menzahirkan sistem Allah wajib diteruskan walau berjuta rintangan.

CINTA MELAYU, CINTAI RASUL

UNGU



Al Baqarah : 150

Dan dari mana saja kamu, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujjah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim diantara mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Ku-sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.

Oct 28, 2008

CEPAT TUA

“Jangan marah bila membaca isu yang mahu aku kupaskan ini, namun fikirkan secara rasional bukan dengan emosi” heh. ;-) pendekar



Oleh kerana ibu dan bapa kita seorang muslim maka secara automatiklah kita menjadi penganut Islam. Dulu-dulu dan aku pun tak tahu mana datangnya, dikhabarkan apabila sudah Islam maka jika kita melakukan dosa sebanyak manapun (kecuali syiriq) kita akan masuk syurga setelah disiksa di dalam api neraka. Yang tak ‘best’nya tak boleh buat salah dan yang ‘best’nya buat salah macam mana pun akan tetap masuk syurga. Maka beruntung sungguh jadi umat Islam.


Akan tetapi sekiranya kita dilahirkan bukan dalam keluarga Islam maka kita dinamakan sebagai nonmuslim(golongan kafir). Dan golongan ini hanya layak menjadi kayu bakar api neraka. Walaupun kita seorang yang paling baik di antara seluruh galaksi. Dan lansung tidak berpeluang menghidu bau syurga apatah lagi hendak tinggal dalam syurga.


Menurut otak aku yang bengap dan bebal ini, seakan tidak wujud keadilan, walhal Allah Maha Adil. Adakah silap Allah atau salah kita mentafsir? Semakin aku memahami Al Quran aku bertambah yakin bahwa Allah yang ‘paling’ Maha Adil, sekiranya begitu kitalah yang silap mentafsirkan mengenai Islam dan kekufuran.


Aku mudahkan begini, Al Quran itu ilmu kerana Allah Maha Berilmu, maka siapa yang masih tidak menerima ilmu Al Quran beerti mereka masih tak tahu/buta huruf(nonmuslim). Apabila memahami dan mengakui ilmu Allah ini maka baru layak dinamakan sebagai umat Islam(muslim), bagi yang menyerah diri semata-mata kepada Allah dan melaksanakan segala perintahNya maka ditingkatkan menjadi Mukmin, akan tetapi sekiranya kita ingkar pada perintahNya maka kita dinamakan ingkar(kafir).


Kalau salah tolong betulkan, akan tetapi kafir bukan pada nonmuslim tapi pada kita yang mengaku Islam memahami Al-Quran namun tidak mengikut perintah Allah(tegakkan Deen dan jangan berpecah belah)(42:13).....


Al Baqarah:170.

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah',mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?".


Oct 27, 2008

RUMPUN MANUSIA HARI INI (2)

Malaysia tanahairku yang tercinta, dan aku berbangga menjadi rakyat Malaysia, berbagai kaum, bermacam rupa. Namun dalam kelekaan kita ada yang mahu menggugat negara ini dengan bermacam daya upaya. Keamanan ini perlu terus disemai, seakan menanam pohon, perlukan modal, perlukan ilmu, perlukan sumber daya manusia untuk menata dengan sebaik-baiknya.




Sahabat yang dirahmati Allah, mulakan menanam pohon, pohon toleransi dan damai, biarkan prinsip anutan dan ajaran masing-masing. Semuanya perlukan tuhan dan biarkan mereka memahami konsep ketuhanan yang diwarisinya. Kerana tiada ajaran didunia ini yang mahukan kehancuran, kezaliman dan penindasan.


Islam itu sejahtera, maka biarkan semuanya hidup dalam aman dan sejahtera. Singkirkan rasa curiga, hilangkan rasa prasangka. Lemparkan senyuman, hidupkan kembali kesefahaman, cari kembali titik persamaan.......

Oct 26, 2008

MELAYU YANG ADIL DAN BERADAP-(2)

Kemanusiaan yang adil dan beradab adalah suatu kemampuan untuk menyeimbangkan antara kemakmuran lahiriyah dengan kehidupan ruhaniyah.


Kemanusiaan yang adil dan beradab adalah semangat mempersiapkan generasi penerus yang mampu melihat lebih dari kepentingan diri sendiri serta memiliki perspektif yang jelas untuk kemajuan masyarakatnya.


Kemanusiaan yang adil dan beradab, adalah pembentukan suatu kesadaran tentang keteraturan, sebagai asas kehidupan sebab setiap manusia mempunyai potensi untuk menjadi manusia sempurna, yakni manusia yang berperadaban. Manusia yang berperadaban tentunya lebih mudah menerima kebenaran dengan tulus, dan lebih mungkin untuk mengikuti tata cara dan pola kehidupan masyarakat yang teratur, yang mengenal hukum. Hidup dengan hukum dan peraturan adalah ciri masyarakat berperadaban dan berkebudayaan.


Kemanusiaan yang adil dan beradab adalah semangat membangun pandangan tentang kehidupan masyarakat dan alam semesta untuk mencapai kebahagiaan dengan usaha gigih.Kemanusiaan yang adil dan beradab menimbulkan semangat universal yang mewujudkan sikap bahwa semua bangsa dapat dan harus hidup dalam harmoni penuh toleransi dan damai. aspg-sbg.

HEMBUSAN BAYU MELAYU.

Komen hny,

"jgn kate undang2 islam akhi.. yg sunnah pun tak sberapa yg menegakkan..
tgk je la kenduri kahwin org kite yg terlalu mengikut adat..
cuma nak jadikan contoh.. berdasarkan hadis sahih yg sy dengar dari seorg sheikh..
seeloknya nikah pada bulan syawal, hari jumaat..isteri dihantar kepada rumah pihak suami,
kemudian psgn td berkumpul..
selepas tu baru diadakan kenduri walimatul urus ..
tapi, yg dibuat kan sekarang membelakangkan sunnah, mendepankan adat..?
kalo ente sendiri yg kahwin nanti (kalo belum kahwin skrg, atau nak kahwin lagi la misalannye ye..heheh)
ente berani ka cakap dengan mak ayah (kandung n mertua), kate nak wat seperti yg nabi sabdakan?
amacam akhi? ada beran?"


Menjawab kembali komen hny,

Mungkin penjelasan ini agak panjang kerana pertanyaannya punya banyak jawapan namun aku cuba perjelaskan secara pendek dan padat. 'Hny' harus tanya kembali pada sheikh yang mengajar, kalau boleh diberitahu siapa nama sheikh tersebut serta perinci hadith yang dikatakan sebagai hadith sahih. Memang benar Muhammad S.A.W berkahwin dengan Siti Aishah dikatakan pada hari Jumaat dalam bulan Syawal, dipetik dari kata Aisyah bahwa:


"Rasulullah s.a.w mengahwiniku pada bulan Syawal dan serumahtangga denganku pada bulan Syawal. Maka manakah isteri Rasulullah yang lebih dicintainya daripadaku?"(Ruj. JAKIM)

"Rasulullah menikahiku pada bulan Syawal dan berkumpul denganku pada bulan Syawal, maka siapa di antara isteri-isteri beliau yang lebih beruntung dariku?"
(
Hadith riwayat Ahmad dalam Musnadnya, VI/54, Muslim dalam sahihnya II/1039, kitab nikah, hadith no. 1423, At-Tirmidzi dalam Sunanny
a II/277, Abwab Annikah, hadith no 1099 dan beliau menyatakan "Ini adalah hadith hasan sahih". An-Nasai dalam Sunannya, VI/70, kitab An-Nikah, bab PERNIKAHAN PADA BULAN SYAWAL. Ibnu Majah dalam Sunannya, I/641, kitab An-Nikah, hadith no 1990)



Rasulullah menikahi Siti Aisyah pada bulan Syawal adalah kerana ingin menafikan tradisi bangsa Arab yang melarang perkahwinan pada bulan Syawal, kerana ba
ngsa Arab ketika itu menganggap pernikahan dalam bulan Syawal boleh membawa sial atau malang dan mereka selalu berkata "Wanita yang hendak dikahwini itu akan menolak lelaki yang ingin mengahwininya seperti unta betina yang menolak unta jantan jika sudah bunting dan mengangkat ekornya."


Sahabat yang dirahmati Allah kita fahami sebaik mungkin sabda Muhammad S.A.W katanya,
Ku tinggalkan(pusaka) untuk kalian dua perkara(perbuatan/amal) taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitu KITABULLAH dan SUNNAHRASUL-NYA"

Sekiranya kita meletakkan kata Aishah sebagai sunnahRasul maka ramailah orang yang akan sesat, dan tidak ikut sunnahRasul termasuklah Muhammad S.A.W kerana baginda berkahwin dengan Siti Khadijah dan isteri-isterinya yang lain bukan dalam bulan Syawal.



Ramai kita pada hari ini keliru dan dikelirukan perbezaan antara
Hadith dan SunnahRasul. Kata Allah dalam Al Jumu'ah ayat ke-2;


Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,


Al-Quran merupakan satu doktrin Ad-deen(sistem), menjelaskan tentang dasar-dasar sistem yang menjadi cara hidup manusia di bumi. Dengan bahasa mudahnya Al-Quran merupakan perlembagaan kenegaraan manusia. Namun ianya sekadar teori sahaja, praktikalnya merupakan SunnahRasul-Nya. Beerti apa sahaja perlakuan(perbuatan), kata-kata(hadith) dan diam, Muhammad S.A.W dan para rasul terdahulu untuk menzahirkan Addeen(sistem) Allah, berlandaskan kitabAllah(wahyu), Rasulullah mempraktikkan banyak strategi dan kaedah membangunkan Ad-deen Allah dan ini yang boleh kita definasikan sebagai sunnah(yang paling hampir).


Mungkin ada yang punya pendirian lain mengenainya, namun apa yang aku harapkan kita sama-sama mencari titik persamaan. Tugas penting untuk menzahirkan sistem belum selesai dan jangan pula kita mencari perbezaan. Kata Allah dalam Al Mu'min ayat ke-4


"Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain memperdayakan kamu".

Maka jika ada pandangan yang lain tolong hujahkan secara ilmiah. Mardhotillah.....


;-)

Oct 25, 2008

MELAYU MELANGKAH LAYU.


Al Maa'idah:50.

"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?"


Apabila kita membicarakan tentang kerajaan dan pemerintahan berlandaskan hukum Allah maka ramailah yang akan melatah, bermacam pendapat yang diguna pakai untuk menguatkan hujjah agar hukum allah terus disemadikan.


Teringat aku semasa aku menghadiri seminar P***, kata salah seorang motivator "Mustahil sekarang ini ditegakkan dan dilaksanakan hukum dan undang-undang Islam di sini. Ini perkara yang mustahil'. Terus pula aku teringat hasil dialog aku dengan seorang ustaz(muda lagi dah jadi ustaz), katanya,"Nah, memang aku tahu bahwa sistem Islam itu perlu di naikkan tapi aku tak sanggup, aku nak cari makan, aku kena tanggung keluarga, aku takda masa"

Ash Shaff;8

"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya."

Apa sahaja alasan, prinsip, pendapat dengkel kita, sistem Allah terus akan dizahirkan, terus akan disempurnakan, samada kita sedar atau tidak, samada kita setuju atau tidak. Dan sehingga kini ramai masih tercari-cari dan teraba-raba dari mana arahnya sistem ini dizahirkan, dan bagaimana untuk menzahirkannya, adakah dengan politik? dengan berceramah 24 jam? duduk bertafakur siang malam? kekerasan? Harg harg harg. pssss............... pendidikan.

Oct 24, 2008

TIADA TAJUK

Aku yang mencari sinar abadi
Dalam dakapan Illahi
Terkadang aku lupa diri disini bukan untukku
Terkadang aku lupa diri hari ini bukan untukku
Berkali-kali diingatkan namun masih membatu
Bukan kerna tidak tahu tapi ego dan jalan buntu


Aku yang mencari jalan abadi
Berhadapan manusia yang tak mahu memahami
Tentang perjuangan hakiki
Tentang ikrar azali
Di hina, dimaki, aku tetapkan begini
Terus mengejar cinta abadi



Apa yang menyesakkan jiwaku
Cahaya ini mahukan pengorbanan
Yang terkadang aku kelu memikirkan
Kerna terlalu besar untuk aku korbankan
Namun jauh dilubuk hati
Aku mengerti
Keyakinan bukan hanya kata-kata
Harus disulami usaha


Siapa lagi yang mampu lakukan?
Kerana ramai yang hingusan.
Kerana ramai tidur dicengkam kebosanan


Siapa lagi yang mahu lakukan?
Awalku hilang, kekasihku pulang
Semuanya sekadar menunggu dibelakang


Tanah ini perlukan pejuang
Harus aku yang teruskan
Kerana ramai yang terkekang
Dihalang mengejar cahaya abadi

MELAYU YANG ADIL DAN BERADAP-(1)

Sejarah hasil wujud pengalaman manusia untuk berperadaban dan berkebudayaan, karenanya, peradaban, politik, dan kebudayaan adalah bahagian dari pada kehidupan manusia. Kemanusiaan, sangat erat hubungannya dengan ketuhanan. Ajaran Illahi menjadi tidak dapat diimplementasikan jika tidak wujud sikap kemanusiaan yang hakiki. Struktur pemerintahan tidak sepenting semangat perwujudan kemanusiaan yang adil dan beradab yang jauh dari pada pendendam dan egoistik / ananiyah.




Demokrasi yang paling menyeluruh sekalipun akan membawa sengsara, jika rakyat tidak memiliki sikap kemanusiaan yang adil dan beradab / jujur, apapun sistem pemerintahan yang ditempuh, tanpa semangat kemanusiaan yang adil dan beradab sengsara jua hujungnya.


Kemanusiaan yang adil dan beradab memerlukan kesetiaan pada diri ketika menjalani kehidupan, kemanusiaan yang adil dan beradab adalah sebuah semangat dan kegigihan mengajak masyarakat agar kembali ke pangkal jalan dan membangun kembali revolusi batin masing-masing, mendisiplinkan diri dengan baik, untuk menemukan kendali dan penguasaan diri.-aspg.sbg

Oct 23, 2008

HIDUP DAN MATIKU KERANA AKU(?)

Ash Shaff; 2&3

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".

Saban hari sewaktu solat kita membaca doa Iftitah yang terkandung di dalamnya perjanjian kita, ikrar kita, menyatakan bahwa solat kita, ibadah kita, hidup kita dan mati kita hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Kemudian turut kita tegaskan bahwa tiada sekutu bagi Allah dan demikian itulah yang diperintahkan kepada kita dan kita adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)."


Janji tinggal janji, benarkah solat yang kita lakukan benar-benar kerana ingin mengharap keredhaan Allah? Benarkah hidup kita semata-mata untuk Allah? Benarkah? Bagaimana kita mengabdikan diri pada Allah sedangkan namaNya kita masih lupa? AsmaulhusnaNya sekadar dimulut, sekadar dibaca namun menghayati dan melaksanakannya jauh sekali.


Benarkah seharian kita tidak menyekutukan Allah? Pada hal Allah yang mengatur sekalian alam. Adakah hidup kita kini benar-benar diatur Allah? Atau masih dicatur oleh pengatur yang tidak menciptakan? Urusan kita? Ekonomi kita? Politik kita? Pendidikan kita? siapa yang mengaturnya? Allah? Al-Quran? ;-(


An Najm:28

"Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuanpun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran".


KEPADAMU KEKASIH

At Taubah:38.

"Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit. "




At Taubah:24.

"Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik".

Oct 22, 2008

MELAYU YANG DI ISLAMKAN


Adik: Mama bagaimana keadaan di neraka?

Mama:
Wah panas, seakan sejengkal matahari di kepala, hukumannya maha dasyat, kalau menipu lidah adik akan panjang keluar, adik sendiri akan memotongnya, kemudian ia panjang lagi dan adik akan melakukan perkara yang sama berulang-ulang.

Adik:
Seakannya melakukan perkara yang sia-sia.

Mama:
Ia, anakku.

Andik:
Kalau begitu neraka sudah wujud di dunia sekarang ya ma?

Mama:
Apa maksud adik....(?)

Andik:
Ramai ahli politik melakukan perkara yang sia-sia, bercakap, bercakap, kemudian bercakap lagi, banyak ucapannya, banyak ideanya, banyak hujjahnya, namun semuanya sia-sia.

Mama:
????

Al Kahfi:103,104,105,106.

Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"

Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

Mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuslah amalan- amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.

Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahannam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olok.

Oct 21, 2008

GERGASI SEDANG TIDUR.

Kita pada hari ini mempunyai ramai ilmuan, cerdik pandai dan ahli dalam Islam. Ada yang bergerak secara perseorangan, berkumpulan dan yang lebih lagi berpesatuan. Ada yang menggunakan plaform politik untuk menyebarkan Islam dan ada juga yang menggunakan ekonomi bagi menaikkan semangat keIslaman dalam diri manusia.


Sebut apa sahaja surah, semuanya ada dalam kepala, petik saja kata-kata Muhammad semua pasti dia boleh jumpa. Tetapi yang menggelikan hati aku ialah Islam hari ini terlalu jauh dari apa yang tercoret dalam Al Quran.


Al Baqarah:186.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”.

Setiap hari, jutaan umat Islam di dunia memanjatkan doa kepada Allah, dan bermacam-macamlah doanya. Dan yang menjadi laungan umat Islam hari ini ialah untuk menyatukan kembali umat Islam terutamanya bangsa Melayu di Malaysia. Apa salah kita, yang hingga kini masih berlaku perpecahan? Padahal Allah itu amat dekat? Perintah mana yang masih belum dipenuhi? Padahal hari-hari kita solat dan memujiNya? Keimanan yang bagai mana yang Allah tuntut? Padahal semuanya telah kita ikut sampai dah macam rupa pak Arab? Kebenaran yang mana yang Allah mahukan? Apakah sekarang ini kita masih belum berada di jalan yang benar? Tersesatkah kita? Atau kita sudah berada di atas jalanNya namun masih kuat berdengkur?

Oct 20, 2008

MENDEWASAKAN DEWA

“Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani).


Al Baqarah:159.
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat mela'nati",




Tiada kata indah yang mampuku ucapkan,


Tiada bahasa syair puisi, gurimdam yang mengasyikkan,

Kerana andai hanya kata, yang tinggal cuma perkataan,

Kerana andai hanya syair puisi, yang tinggal cuma kenangan,

Lebih dari itu yangku maksudkan,

Lebih dari itu yangku mahukan,

Menebus kejahilan,

Menongkah arus kebendaan,


Menjahanamkan kesombongan,

Meroboh kota keakuan,


Melambai kedamaian,

Menyampai amanah,

Mencipta kecintaan,

Membina kekitaan.

Oct 19, 2008

FATHER & SON

Luqman;14.

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.


Oct 18, 2008

AKAN KU TATAPI WAJAHMU

Ahmad Shalaby ada menyatakan bahwa "Al-Qurannur Karim mengandungi asas-asas sistem yang kukuh teguh bagi agama dan dunia(tamadun). Andainya kita dapat menafsirkan asas-asas ini dengan sebaik-baiknya nescaya terbentuklah suatu sistem yang sempurna dan sesuai untuk manusia seluruhnya di berbagai-bagai zaman dan tempat....'"


Setiap hari kita solat dan bacaan yang wajib dalam solat ialah surah Al Fatihah, dan surah ini menerima jolokkan ummul kitab beerti induk atau ibu kepada Al Quran. Malah ‘fatihah’ itu sendiri membawa maksud pengenalan atau permulaan. Jika diperhatikan Al Quran disusun begitu sistematik dan menarik kerana ada sinopsisnya iaitu Al Fatihah. Memahami Al Fatihah dapat menjelaskan kepada kita matlamat, hala tuju dan kandungan Al Quran.


Lebih menjadikan ianya menarik kerana hanya di dalam Al Fatihah sahaja dimulakan ayatnya dengan Bismillah Ar Rohman Ar Rohim(terkandung di dalam surah). Di dokong sebuah hadith dari Nabi Muhammad s.a.w menyatakan,

“Setiap perbuatan yang baik haruslah dimulakan dengan, dengan nama Allah(Bismillah) jika tidak terputuslah ia(tertolak)”

Malah prinsip asas Islam disertakan di dalam Al Fatihah, ayat ke-2nya menegaskan bahwa Allah sebagai Pengatur(Rabb) sekalian alam dan hanya Dia sahaja layak dipuji. Sekiranya kita meletakkan Allah sebagai Pengatur dan nescaya kita harus tunduk pada aturannya. Kerana Allah punya aturan yang perlu diikuti, bukan sekadar baca tapi dilaksanakan aturannya. Sebuah rumah yang tidak ada peraturan akan mempercepatkan riwayatnya, porak-peranda, bersepah-sepah dan kucar-kacir.


Begitu juga kiranya kita hidup tanpa aturan. Aturan bukan sekadar hukum atau undang-undang akan tetapi lebih luas lagi pengertiannya, matahari punya aturannya sendiri, haiwan di langit dan di bumi punya aturannya sendiri, malah manusia juga ada aturannya dan ini menjamin supaya umat manusia tidak pupus dan alam ini tidak hancur. Aturan manusia seharusnya menjaga keseimbangan dan keterikatan di antara manusia, alam dan makhluk lain.-sbg...

KELUHAN SEMAKIN KELU

PELAJAR SEPAK PERUT GURU

Oleh Rashidi Karim

KANGAR: Kejadian guru diserang pelajar lelaki sering dilaporkan, tetapi di sebuah sekolah menengah di sini, pelajar perempuan pula menjadikan seorang guru wanita sebagai sasaran berikutan tidak berpuas hati ditegur lewat menghantar tugasan sekolah.

Mulanya, guru itu, Azahana Ibrahim, 27, yang mengajar subjek Fizik menegur seorang pelajar perempuan tingkatan dua di kelas kira-kira jam 10 pagi kerana dia bukan saja lewat menghantar tugasan sekolah, tetapi turut menulis tulisan ‘gila babi’ di belakang kertas folionya.

Azahana yang terkejut dengan perbuatan pelajar terbabit lalu bertanya, tulisan yang kasar itu ditujukan kepada siapa. Pelajar itu kemudian mengakui ia ditujukan kepada guru berkenaan. Berita Selanjutnya...(disini)


Terkedu aku membaca artikel ini, tak tahu apa yang nak diluahkan, mana silapnya pendidikan kita hari ini hingga melahirkan generasi sebegini? Fikirkanlah, renungkanlah jika tidak dilakukan sesuatu dan tidak diubah dasar "Pendidikan" yang sedia ada, bagaimana 10 tahun nanti? Mungkin malas atau tidak suka, guru boleh terus dibunuh.


"GURU", satu perkataan yang lahir dari bahasa sanskrit. "GU" bermaksud gelap manakala "RU" bermaksud terang. Boleh diertikan, satu tugas mulia membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang. Tapi hasilnya sekarang, anak-anak kita terhumban kebelakang, terperosok ke dalam kegelapan. Salah siapa?


Kita sibuk dengan politik, kita sibuk dengan pembangunan, kita sibuk dengan ekonomi namun tidak ramai yang sibuk memikirkan tentang generasi akan datang. Padahal kata Allah dalam An Nisaa';9-

"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar".

Sudah cukup kuatkah Ilmu anak-anak kita? Sudah cukup kuatkah jasad anak-anak kita? Andai belum bagaimana? Terbitkan PENDIDIKAN yang berupaya menyiapkan generasi yang 'Basthotan Fii I'lmi Waa Jismm', generasi yang kuat mental dan fizikalnya. Lalu sekiranya sudah wujud maka kita dokong semampu-mampunya....

Oct 17, 2008

SEBELUM TERLAMBAT

Adz Dzaariyaat:56.
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."


At Taubah:111.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar".



Sistem penghambaan zaman dahulu boleh kita ambil pelajaran, aku mudahkan kebiasaanya segolongan manusia dibeli bagi membantu melakukan kerja "tuan kepada hamba". Wujud dua kategori, satu hamba(yang boleh dimerdekakan) dan yang kedua hamba abdi( tidak boleh merdeka dan seluruh jiwa dan raganya milik tuannya)


Allah memerintahkan bahwa kita diciptakannya semata-mata untuk tunduk beribadah kepadaNya, perintah ini untuk semua manusia. Namun bagi orang yang mukmin perintah ibadah lebih dari itu, pengabdian kepada Allah dengan menjual seluruh jiwa dan raga semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah.


Ada kerja yang perlu dilakukan kerana itu Allah membeli kita. Satu kerja yang dilakukan oleh setiap nabi dan rasul, iaitu sampaikan petunjuk dan tegakkan sistem yang haq. Perlu dizahirkan sistem Islam melalui Pendidikan dan Ekonomi. Jadikan Al-Quran sebagai teorinya dan Sunnah Rasul sebagai praktikalnya. Sebelum terlambat, sebelum terlambat........


Al An'aam;131.
"Yang demikian itu adalah karena Tuhanmu tidaklah membinasakan kota-kota secara aniaya, sedang penduduknya dalam keadaan lengah"




KEKASIH TERANGKU

Mendayu dibisikkan kalimah keramat, ayat-ayat cintaNya,
Terpahat rasa percaya terpaut rasa cinta,
Malam seakan hangat kerna hadirmu,
Siang kembali segar menyemarakkan hidupku,
Tak terbatas waktu untukmu, tak terjangkau rinduku,
Cahaya cinta mula membasahi tubuhku,


Aku hambamu, dambakan cintamu
Tetap ikhlas bermunajat memanggil namamu,
Kerna terlalu agong kesempurnaan cintamu,
Hingga tak tergapai akalku,



Aku semakin menyedari, diri ini sedang disayangi,
Atur langkah ini semakin berani,
Terkadang aku buntu, ku ucapkan nama-namaMu,
Terasa diriku kembali Kau pandu,
Kau yang Esa, Kau yang sempurna,
Kau pertama takkan ada akhirnya,
Andai aku dalam kegelapan kaulah cahayanya,
Ya Allah, redhailah hambamu, menumpang di sini,
Dalam naungan cintamu, agar aku mampu berserah diri,


Erti cinta, yang sesungguhnya telah hadir dalam diriku,
Bukan hanya dengan kata dan harta namun yang aku kejar cintamu,
Selagi jantung aku masih bergetar selama itulah cintaku,
Selagi darahku masih mengalir cinta padamu takkan pernah berakhir,
Tanpamu dalam hatiku, hidup tak bermakna,
Biar aku gila, biar miskin hina,
Namun jangan dipisahkan aku dengan cintanya.

Oct 16, 2008

BILA CAHAYA MENYINSING

Aku kalau dapat nak minta semua orang dengar dan fahami baik-baik apa yang nak disampaikan oleh Dr Mohd Asri ini. Moga kita mendapat keredhaan Allah....mardhotillah



Ikuti selanjutnya http://drmaza.com

Al An'aam:106.

"Ikutilah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu; tidak ada Tuhan selain Dia; dan berpalinglah dari orang-orang musyrik".

CONGAK CONGKAK

Al-Baqarah:249
“Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: ‘Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak
dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar’."

Sejarah membuktikan bahawa bukan quantiti yang menjadi ukuran untuk meraih kemenangan namun qualiti. Qualiti yang nak aku ungkapkan ini disebut sebagai iman atau yakin, serta melalui keizinan Allah. Allah mengutuskan para penyampai risalah dengan petunjuk dan sistem yang hak untuk di zahirkan keatas sistem-sistem yang lain.


Di dalam Al-Quran juga kita disampaikan tentang kisah peperangan diantara Thalut dan Jalut, dan semua umat Islam mengetahui tentang kisah perang Badar. Mereka diuji dengan bilangan tentera yang sedikit, namun kerana rasa cinta pada Allah semangat seorang individu yang beriman melebihi semangat 100 orang yang tidak beriman. Manusia yang beriman kepada Allah berjuang bukan kerana harta, pangkat atau untuk dipuji, namun mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.


Demi menegakkan Ad-deen Allah, orang-orang yang beriman walaupun nisbahnya sedikit, mampu menggulingkan sebuah kerajaan yang ramai penghuninya namun kosong jiwanya. Kerana itu sampaikan Al-Quran dan jangan pernah merasa letih untuk berbuat, kita cari kembali yang berjiwa Muhammad, bercita-cita seperti Abu Bakar, berprinsip bak Othman, berani bagaikan Hamzah, sanggup gadaikan segalanya seperti Ali.....

Oct 15, 2008

ULANG-ULANG, PUSING-PUSING, MELAYU PENING.

Menjawab respon dari Brahimnyior


Pendekar, terima kasih tinggalkan jejak di blog saya. Blog tuan menarik, isu pun berkaitan dengan kemasyarakatan. Cuba komen hal penipuan orang Melayu terhadap bangsanya sendiri:
BNM serbu 4 syarikat

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan TAN MING WAI

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit. Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur , Selangor dan Negeri Sembilan. Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan. BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.(Petikan Bernama 14 Oktober 2008)



;-)

Sebelum itu, "Syarikat Melayu" yang disyaki mengambil deposit secara haram, menyalahi Akta Pencegahan Wang Haram 2001 (Akta 613) atau Anti-Money Laundering Act 2001 (ACT 613). Masih dalam siasatan maka kurang wajar pula kita mahu menyatakan siapa salah atau siapa yang betul.

Dalam ekonomi kapitalis yang diamalkan sekarang apa sahaja boleh berlaku, banyak spekulasi yang boleh kita buat namun beberapa amaran keras Allah seperti:-

Al-Baqarah : 275

"Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata, sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu; dan urusannya kepada Allah. Orang yang kembali, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya".


Dalam perniagaan aku mudahkan bahwa, modal rendah maka risiko rendah dan untung pun rendah, kalau modal tinggi maka risiko pun tinggi dan keuntungannya tinggi. Namun kerana kejahilan "orang Melayu kita" dan sikap tamak serta berbuat tanpa ilmu menyebabkan selalu menjadi mangsa penipuan tidak kiralah ditipu oleh siapa pun. Tetapi apabila yang menipunya pun orang Melayu Islam, mengingatkan aku pada sejarah Nabi Muhammad ketika wujudnya 'Hiful Fudhul", yang diwujudkan atas dasar sumpah setia menangani jenayah terutamnya kes penipuan. Namun gagal membendung kes yang berlaku hinggalah turun wahyu pertama kepada Nabi Muhammad dan diajarkan bahwa, manusia ini diciptakan oleh Allah maka harus mengikut Qalamullah.


POLEMIK POLITIK

Aku melihat perubahan politik di Malaysia kini yang boleh aku simpulkan teruk, beruk, meluat, kotor dan kebudak-budakkan. Tetapi ini melupakan turning point” kearah yang lebih baik. Maka kita harus membenarkan keadaan sekarang ini, namun jangan sekadar berpeluk tubuh, kawal dan cegah sebelum parah.



Belajar dari politik negara jiran, belajar dari Thailand yang suka tukar president seakan tukar baju, belajar dari Indonesia hingga kini punya penduduk Islam teramai di dunia namun banyak yang ketinggalan, belajar dari Singapura masyarakat hidup aman bahagia namum pelbagai hak dinafikan. Apalagi kita di Malaysia, kenapa wujudkan jurang persengketaan yang amat dalam?


Kalau yang susah kalian ahli politik tidak mengapa, namun generasi mendatang yang akan terima padahya. Aku tahu ramai ahli politik negara kita dah tua-tua, maka jangan pentingkan diri sebab kau orang hidup dah tak lama, namun kami dan generasi mendatang yang akan menerima padahnya.


Ada yang mahu menegakkan Negara Islam(bagus sungguh bunyinya), namun gagal mempamerkan keindahan Islam, MALAYSIA NEGARA DEMOKRASI, jangan dinafikan atau diputar belitkan. Andai mahu menegakkan Negara Islam bukan sekadar menjadi Perdana Menteri, namun harus dicabut akar umbi demokrasi. Sanggup?


Pada zaman Nabi Muhammad SAW juga telah wujud fahaman politik, wujudnya Darul Nadwah, wujudnya badan-badan NGO seperti Hiful Fudhul, namun mengapa Muhammad memilih untuk menyampaikan akidah manusia secara senyap-senyap dan perlahan-lahan? Kerana dia sedar menjalankan tugas suci untuk menegakkan sistem yang hak bukan sekadar meraih undi atau menyampaikan ceramah(lepas itu boleh claim duit) di khalayak ramai, harus ditanamkan aqidah serta rasa kecintaan kepada Yang Maha Esa. Hanya cinta yang kuat sahaja mampu menarik akar umbi sistem yang bathil. Namun ianya kerja rumit dan kerja gila. Sanggup?