Jan 30, 2009

DILEMA MUJAHID


Ramai jiwa-jiwa rijal diluar sana, yang jika disentuh tentang isu Islam atau kemanusian maka mendidih darah mereka, sesak nafas menahan amarah jika mendengar atau melihat Islam dan bangsanya dikeji, dimaki. Tidak kira lelaki atau perempuan namun jika punya jiwa sang rijal gempita alam ini, hingga akan ada yang sanggup melakukan pembunuhan yang diistilahkan sebagai fisabilillah.


Namun benarkah itu yang dituntut Allah? Jihad yang mana yang perlu dilaksanakan? Perang? Sudah sampai masa dan sudah cukup kelengkapan?

Al Israa':36.
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.


Jika sampai Allah menyatakan JANGAN beerti itu perkara yang serius(bukan cobaan keh keh keh), banyak perkara yang Allah larang dan diantaranya melakukan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan.


Dalam usaha mentegakkan kalimatillah li ikhlahi kalimatillah dan mempertahankan berdirinya agama Islam, umat Islam perlu dahulu disedarkan bahawa hanya dengan menguasai ilmu pendidikan dunia dan akhirat sahaja mampu memartabatkan kembali maruah bangsa ini dan menaikkan kembali keagungan Islam.


Waima ramai yang punya pendapat yang berbeza-beza tentang erti kata Jihad yang sebenar, namun apalah salah kiranya kita memahami kembali buah fikir Allah serta pandanganNya tentang Jihad.
Al Furqaan:52.
Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan jihad yang besar.

Ertikan sendiri bagaimana Jihad dengan Al-Quran, dan fahaminya, namun perlu juga kita sedar, jika Allah memerintahkan kita berjihad dengan Al-Quran, adakah sudah kita membacanya? Jika sudah, adakah sudah kita fahaminya? Jika sudah, adakah sudah kita laksanakannya? Jika sudah, adakah sudah kita melaksanakannya seratus peratus? Bila lagi? Hayat ini sementara.


Jika benar ada sekelumit jiwa rijal dalam dirimu, laksanakan dengan perbuatan bukan dengan bebelan. Zahirkan Ad-deen Allah kerana ia masih ghaib pada pandangan manusia. Mardhotillah.


ps: Terimas for silent readers, aku hargai korang. any suggestion boleh forward email ke simpangelami@yahoo.com.my atau z.alhakim@yahoo.com, tanx banyak2 bro and sis for ur support.

Jan 29, 2009

AIR MATA 1430


Kamar itu sepi bukan tiada penghuni

Tapi jiwanya sunyi

Hayunkan langkahmu menuju masjidilharam

Pusatkan pandanganmu, biar rebah tersungkur

Namun tetap kerana Dia



Kamar itu sepi bukan tiada penghuni

Tapi moyangnya badi

Pertahankan kalimat keramat itu

Setia pada janjimu, pegang tujuh sumpah pendekar

Menang atau syahid



Kamar itu sepi bukan tiada penghuni

Tapi pandangannya sangsi

Hidupkan kembali jiwa raga bangsamu

Menghapus bebanan dosa kelmarin, menghilangkan panas neraka

Tempat ini milik kita perlu ada rasa memiliki



Kamar itu sepi bukan tiada penghuni

Tapi masih ramai diulit mimpi

Hirup air itu sedikit, makan roti itu sedikit

Bukan beerti kelaparan, tapi puasa sebelum fitrah

Kerna dihadapan belum tentu Dia ada.

Jan 28, 2009

JELINGAN PADA TUHAN

Makin kerap berjumpa manusia makin menarik, lebih-lebih lagi bila mendengar pandangan mereka mengenai Tuhan. Ada yang menamakan Tuhan sebagai Allah, Rohul Kuddus, Lord, God, Yahweh, Sang Hyang Tritunggal, dan ada yang menamakan sebagai dewa-dewa.


Semuanya menyatakan menerima pesanan dari Tuhan dan semuanya mengajak kepada penyatuan dan kedamaian. Namun kerana berbeza geografi, warna kulit, dan cara disampaikan maka berlaku banyak pertelingkahan dan perbezaan.


Masing-masing dengan kepercayaan sendiri mendefinasikan Tuhan. Masing-masing penuh dengan persangkaan dan jauh dilubuk hatinya masih timbul rasa “moga-moga aku di jalan yang benar”. Bagi yang punya sedikit ilmu(kononnya), mulalah mencari perbezaan dan mencari ruang untuk berdebat tentang Tuhan. Lalu dibukakan bapa segala kitab dan diluahkan kata-kata orang yang terdahulu bagi meyakinkan lawannya untuk menerima prinsipnya mengenai Tuhan.


Ada golongan yang lahirnya sudah diceritakan tentang Tuhan dan dari kecilnya disumbat bermacam-macam cerita tentang Tuhan. Maka diterima cerita tersebut kerana yang menyatakannya adalah ibubapanya sendiri.


Ada golongan yang yakin kewujudan Tuhan namun tidak sanggup melaksanakan tuntutan Tuhan, yang lawaknya, bagi si Islam bila sudah Islam buat salah bagaimanapun akan masuk syurga, tanyakan pada yang menganut Hindu, Buddha, Kristian atau apa sahaja ajaran yang lain, semuanya punya keyakinan yang sama. Pasti masuk syurga(yang dikejar cuma syurga).


Ada yang memaki Tuhan kerana dirinya gagal dalam kehidupan, ada pula golongan yang pening memikirkan andai Tuhan mendengar kenapa banyak kezaliman dan penindasan.


Ada yang waktu sedihnya sahaja rasa berTuhan, mulalah mengalirkan air mata, dengan harapan bebanannya diringankan, rezekinya dilapangkan, namun ada juga yang mengingati Tuhan seakan-akan dirinya mampu berbicara terus dengan Tuhan, Iya, menangis juga takut-takut dirinya terjerumus ke neraka(yang ditakuti cuma panas api neraka).


Walau apa pun pandangan kita tentang Tuhan yang penting kita punya Tuhan, hormati prinsip orang lain. Ajaran Illahi adalah untuk semua manusia. Maka, Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Jan 27, 2009

BABYLON 7

Salam perkongsian kali ini aku nak berkongsi tentang Babylon 7, satu cara yang mudah dalam nak mencari maksud(dictionary), membetulkan perkataan dan ianya lengkap dengan bahasa dunia, memang mudah dan menyeronokkan sebab korang cuma tekan ctrl dan mouse kanan.


Er.. cuma, link yang aku bagi untuk trial sahaja kalo ade duit beli ler. keh keh keh. Korang klik kat sini. Yang best bagi aku sebab boleh spelling sekali siap keluar suara. Maka aku start tulis macam-macam dan ade kakak perempuan mat saleh tolong spellingkan. Keh keh keh.


13


Semua tempat boleh dibetulkan spelling, microsoft word, adobe, kat blog, mudah kate semua yang membabitkan penulisan, nak convert pergi bahasa lain pun boleh cuma bahasa melayu takde, keh keh keh.


Selamat membuat ujikaji. Challow.

Jan 25, 2009

MIMPI SEORANG RASUL

Setelah bertungkus lumus dalam menegakkan kalimat allah, Muhammad saw dan para Muslimin menyaksikan banyak pertumpahan darah berlaku, ramai syuhada yang gugur di medan peperangan. Hingga datang wahyu Tuhan yang cintakan kedamaian mengilhamkan pada Rasulullah bahwa kemenangan yang besar menunggu dihadapan bukan dengan peperangan fizikal namun dengan menyebarkan toleransi dan perdamaian.


Al Fath:27.

Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (yaitu) bahwa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat.


Stratergi yang amat berkesan menyebarkan Islam dalam keadaan aman. Impian semua Muslimin malah para rasul melihat kesejahteraan(Islam), namun mereka bukan setakat bermimpi, ada usaha kearah itu. Formula mudah yang boleh dipelajari, kedamaian tidak mungkin datang melalui kekerasan, rasa damai hadir bila kita juga datang dengan membawa tema perdamaian.


Janji Allah bahwa “pasti” memasuki masjidil haram(tempat sujud yang suci) dengan izinnya dalam keadaan yang aman. Jika dipandang dari segi global bumi ini harus ada tempat sujud yang suci yang bersih dari perbuatan syirik menyembah selain dari Allah, hanya membesarkan Ad-deenNya sahaja serta mengenetepikan pandangan peribadi.


Orang Islam yang benar-benar yakin dengan janji Allah tidak akan pernah ada sekelumit pun rasa takut. Fikirkan perbezaan lansung tidak takut dengan berani. Ada yang berani namun masih ada ketakutan namun orang-orang yang benar-benar beriman melupuskan rasa ketakutan pada dirinya. Untuk menghadirkan rasa memiliki ‘tiada ketakutan’ perlu dicukur dahulu kefahaman jahiliyah dan kembali membaca dengan nama Allah, dengan cara, mahu dan kehendak Allah bukan cara manusia.


Dengan kata mudah kemenangan memang hampir dan dekat dan tiada perjuangan yang tidak mahukan kemenangan namun untuk menang harus kembalikan manusia pada Al-Quran dan melaksanakan kembali sunnah para Rasul, dan Rasulullah berjaya menaikkan dan mengharumkan Islam serta mengembalikan kebesaran Allah dengan melaksanakan hudaibiyah, menyampaikan Islam dengan toleransi dan perdamaian.


Tanyakan pada diri kita sendiri. Mahu melihat Islam kembali pada tempatnya? Maka jika ya harus punya mimpi seorang rasul.

Jan 23, 2009

JALAN-JALAN



Jalan hati-hati, depan ada titi
Aku kira kau sudah nampak
Kerna hari makin cerah


Jalan hati-hati, kiri ada jalan mati
Aku kira kau sudah sedar
Kerna hari makin meninggi


Jalan hati-hati, kanan takkan rugi
Aku kira kau sudah bangun
Kerna hari makin siang


Bangun, berilah peringatan.

Jan 21, 2009

ZONE OF PEACE & DEMOCRACY

arabic-calligraphy


Kemana hala bangsa ini? Masih mahu mengekalkan kacau-bilau, perpecahan? Dan yang menyedihkan bila perpecahan yang dilakukan oleh pendokong agama. Mengaku beragama, berprinsip tapi tetap melaung-laungkan perpecahan dan menanamkan rasa kebencian sesama manusia.


Peperangan fizikal cuma membuahkan kerosakkan pada alam dan yang menyakitkan ianya merosakkan masa hadapan generasi akan datang. Berperang sebulan sahaja sudah cukup, hingga menghancurkan segala macam, mahu dibangunkan kembali bukan mudah, berpuluh tahun, itu pun jika dipimpin oleh kepimpinan yang waras.


Belajar dari kisah silam Jepun yang dihujani bom atom, si Kaisar tidak menanyakan berapa ramai askar yang tinggal tapi berapa ramai guru yang hidup? Begitu penting sekali pendidikan. Pendidikan bukan setakat mengajar manusia mengira, menulis, membentuk moral, tapi tanpa ilmu pendidikan maka manusia akan hilang nilai kemanusiaan.


Perhatikan dalam surah Ar-rahman ayat yang pertama, kedua dan ketiga, dimana Allah menyatakan Dialah yang paling pemurah, murahnya Allah dengan segala macam pemberian dan pemberian yang tidak ternilai harganya adalah kerana Allah yang mengajarkan Al-Quran, dan Allah yang menciptakan manusia.


Allah sendiri yang mengajar pada kita bahawa harus ada ilmu dahulu baru boleh menghasil atau mempraktikkan sesuatu. Kerana hebatnya ilmu Allah maka hasil ciptaannya pun maha hebat, dan salah satu ciptaan agung Allah adalah manusia.

21qQuBq8TuL._SS400_


Seorang arkitek yang kerjanya mereka bangunan akan melakukan lakaran dahulu kemudian mengadaptasikannya pada kertas atau auto-cad baru bangunan tersebut dibina mengikut plan yang telah diilhamkan setelah mendapat kelulusan. Maka bangunan tersebut perlu mengikut spesifikasi yang ada dalam plan kerana arkitek itu tahu peraturan yang berkaitan seperti mengikuti Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.


Kegagalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti menggunakan bahan yang tidak mengikut spesifikasi akan menyebabkan kegagalan bangunan tersebut beroperasi dan mengurangkan jangka hayat bangunan. Berlakunya keruntuhan, retak, bangunan tidak mampu menanggung beban dan akhirnya boleh mengakibatkan kematian kepada manusia.


Mudah, jika ianya difahami. Al-Quran adalah spesifikasi kehidupan seluruh manusia, peraturan yang jika gagal diikuti oleh manusia akan menyebabkan kehidupan ini menghala kearah kacau-bilau, peperangan, dan kerosakkan.


Maka bangsa ini harus jelas dan memahami sedalam-dalamnya bahawa peperangan yang mampu meninggalkan kesan yang panjang, ianya bukan perang fizikal akan tetapi perang PENDIDIKAN & EKONOMI. Bangsa yang terdidik dan memegang ekonomi yang ampuh mampu menguasai dunia. Yang lebih dahsyat lagi bangsa yang terdidik dan memegang ekonomi berteraskan Al-Quran bukan hanya mampu menguasai dunia namun mampu merahmatkan alam ini.




Ps:- aku tetap bace komen korang cuma tak mampu nak menjawab, menghadap laptop tak sempat sampai sejam…..keh keh keh…. kerja makin banyak, gelak makin kurang…….

Jan 20, 2009

AGAMA CANDU MASYARAKAT

Itulah kata-kata Karl Marx, dan kini kata-katanya seakan benar bahwa ‘Agama candu masyarakat’. Bukan setakat umat Islam yang mana mengaku pentingkan kesejahteraan dan kedamaian tetapi pada semua anutan dan ajaran agama di muka bumi. Mengapa sampai begitu kata-katanya?


Candu(Papaver somniferum), merupakan hasil proses dari pokok popi yang boleh bertindak sebagai bahan menghayalkan, dan dari candu pula boleh dihasilkan heroin yang mana akan mendatangkan simptom-simptom seperti :-

  • -pergerakannya tidak seimbang
  • -khayal dan diikuti halusinasi
  • -tindak balas lambat
  • -mata hitam mengecil
  • -mata dan hidung berair
  • -mual dan muntah-muntah
  • -sembelit
  • -hilang selera makan
  • -tegang perut
  • -euforia dan diikuti dengan kesugulan
  • -tak boleh tidur, pemikiran dan pertimbangannya berkurangan

  • Apa kena-mengena dengan kata-kata Karl Marx? Banyak penindasan, kezaliman dan ketidak adilan berpunca dari kalangan penganut agama-agama di dunia. Penyalahgunaan kuasa juga banyak dilakukan oleh pemuka-pemuka agama, kerana manusia teramat senang dimanipulasikan menggunakan ‘title’ agama.


    Ramai yang tersungkur dan menafikan hak manusia dan rasa kemanusian yang sepatutnya hadir dalam jiwa manusia. Contoh yang sedang berlaku sekarang peperangan diantara Zionis dan Hamas. Zionis dengan dogma ajarannya dan Hamas dengan dogma ajarannya. Setiap mereka mahukan kebaikkan namun menafikan hak kemanusiaan. Zionis dengan lahap melapah penduduk Palestin manakala Hamas dengan angkuhnya menjadikan penduduk Palestin sebagai perisai mereka.


    Teserlah juga kata-kata Karl Marx bila kita melihat tingkah laku pengebom di Bali, yang mabuk pada agamanya(dogma) hingga keluar dan terkeluar dari ajaran Islam itu sendiri. Mana silapnya? Benarkah Islam itu juga candu?, umatnya hanya berhalusinasi?, terawang-awangan berkhayal dan yakin masuk syurga? Tanyakan pada kalangan paderi mahukan syurga atau neraka, dan tanyakan juga pada para imam mahukan neraka atau syurga? Apa jawapnya?


    Jika ketagih rokok pun sukar berhenti inikan pula ketagih candu. Pandangan umat Islam contohnya pada manusia yang belum memahami Islam yang terus menerus dilabel ingkar(kafir) padahal mereka belum pernah lagi dijelaskan tentang Islam. Salah mereka dilahirkan sebagai non-muslim? Atau salah kita yang masih bebal dan sombong bodoh tidak memahami apa sebenarnya yang mahu Allah sampaikan hingga merendahkan nilai kemanusiaan?


    Kita jadi hilang kawalan, hingga tidak berhenti mengeluarkan kata-kata kesat, menyebarkan kebencian dan menghamburkan sejuta keburukan orang lain jika mereka tidak sependapat atau satu prinsip dengan kita. Mabuk candu?


    Aku tidaklah bersetuju dengan pendapat Karl Marx seratus peratus tetapi kata-katanya ada benarnya. Maka sahabatku yang dirahmati Allah, nafikan kata-kata Karl Marx dengan mengembalikan nilai agama Islam yang sebenar, sebarkan budaya toleran dan damai, kumpul sebanyak mungkin persamaan dan jadikan Islam Ad-deen(sistem) bukan sekadar dogma.

    Jan 19, 2009

    MEMBURU IMPIAN




    Ku jejak
    Jalan yang berliku
    Membara jiwaku
    Memburu impian


    Ku renang lautan gelora
    Biarpun tersadai
    Di hujung dunia
    Akan ku rempuhi segala rintangan
    Biarpun rebah ku bangun sendiri


    (Korus)
    Akan ku genggam biarpun hitam
    Menjadi milikku


    Ku mula
    Dengan langkah ini
    Menuju sinaran yang abadi




    Sowrey beb, aku kene mengrockkan diri hari ini bagi semangat kat diri sendiri. Macam biase komen korang aku tak jawab keh keh keh....... Challow

    ps;- iMPIAN aku nak tengok Sistem Islam benar-benar terzahir, diterima dalam keadaan semuanya rela dengan ilmu, korang?

    Jan 17, 2009

    LARI NAK TERBERANAK

    Lama sudah tidak berlari
    Pagi petang siang malam aku dihambat pergi
    Berat ringan aku bukan sendiri
    Terkadang gusar main-main tergendala lagi
    Tapi lari tetap lari
    Kerana pagi dinihari
    Paling sesuai untuk aku berlari


    Lama sudah tidak berlari
    Termengah-mengah aku, kejang kaki
    Aku harap kau pun turut sama berlari
    Bukan kerana dihambat tapi kerna cinta Illahi


    ps: kayuh beskal lagi bagus keh keh keh...

    Jan 14, 2009

    VOX POPULI VOX DEI

    515DMZHJS4L._SS500_

    Mereka tanya
    : Apakah demokrasi sesuai dengan Islam?

    Dia jawab : Sebuah pertanyaan yang mungkin dari adanya “cendekiawan” Islam yang berprinsip bahwa demokrasi berasal dari Barat sehingga tak tepat jika dijadikan landasan kehidupan muslim. Kita tidak harus menjawab sesuai dan tidak sesuai, sebab sudah sejak lama Islam mengenal jumhuriyyah. Jika demokrasi itu diterjemahkan dengan jumhuriyyah, maka maknanya no problem. Lagi pula bukankah segala sesuatu itu datangnya dari ilahiah, sehingga dulu ada yang mengatakan vox populi vox dei, suara rakyat adalah suara Tuhan? - aspg



    ps:- langkah demi langkah, mencari persamaan, yang pasti janji Allah benar, membuktikan mimpi rasul masuk ke Mekah dengan aman……sidiq dan sabar.

    PASU YANG PALSU

    Al Baqarah:186.

    Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.


    Jumlah umat Islam di dunia dijangka sekitar 1,476,233,470 orang (2005), iaitu 22.955% dari seluruh manusia di bumi ini. Manakala golongan Yahudi pula seramai 13.2 juta orang (2006), kira-kira 0.2% dari jumlah penduduk dunia, manakala yang tinggal di Israel sekadar 5.3 juta orang sahaja.


    Manakala dalam 1billion umat Islam pula secara rasionalnya telah wujud golongan cerdik pandai yang diangkat menjadi alim ulamak, yang dianggap sebagai golongan yang mewarisi ilmu para Nabi yang kata-katanya dijadikan fatwa dipegang dan diprinsipkan oleh umat Islam.


    Mustahil doa umat Islam yang seramai lebih satu billion ini tidak didengari Allah. Adakah Allah pekak? Atau kita yang pekak? Masih tidur walau telah lama dikejutkan. Nak tunggu imam Mahadi atau Isa turun ke bumi? Sampai bila harus menunggu? Ironinya kita masih menggunakan ideologi dan cara yang bertentangan dengan kemahuan Allah.


    TeardropHangVase7AV1S7


    Masih tak sedar lagi? Peperangan ini sudah berlanjutan bertahun lamanya. Kita hanya ditipu dengan permainan politik dunia dan menjadi boneka yang diarahkan bagi menjamin kehendak peribadi. Apa yang kita mahu dan semua penganut ajaran Illahi mahukan hanyalah kesejahteraan(Islam). Hidup dengan penuh toleransi dan damai.


    Bagi mengejar keadaan itu bukan sekadar menadah tangan tapi mengikuti plan yang telah diarahkan(perintah) oleh Allah, dan cara melakukannya adalah dengan berpandukan cara para utusan Allah yang terdahulu seperti Muhammad saw.


    Aku suka memberi perumpamaan pasu pecah. Sebuah pasu yang satu-satunya di dunia dan tak ternilai harganya akhirnya pecah, pecah berderai-derai. Oleh kerana mahu memiliki kembali pasu yang sama maka ada usaha untuk mencantumkan semula. Apa yang jadi? BURUK, dan tidak akan tahan lama.


    Cari semula acuan yang sama, bahan yang sama dan buat kembali, mungkin rupanya lebih bagus dari pasu asal mungkin tidak. Namun yang jelas ada usaha untuk mendapatkan pasu yang berqualiti hampir sama dan tahan lebih lama.


    Begitu juga dengan Islam, yang jumlahnya mencecah 1 billion lebih, namun berada dalam pepecahan, ada usaha untuk mencantumkan semula, tapi akhirnya Islam nampak BURUK, rapuh dan senang ditunggang. Apa yang perlu dilakukan oleh pecinta kesejahteraan, kembali menggunakan ilmu Allah yang diajarkan di dalam Al-Quran sebagai bahannya dan menjadikan SunnahRasul sebagai acuannya. Yang pasti ada usaha kearah itu, mungkin tidak sama seperti yang dihasilkan oleh junjungan besar kita, mungkin lebih baik.


    BACALAH DENGAN NAMA PENGATURMU YANG MENCIPTAKAN

    Jan 13, 2009

    BLOG INI TIDAK MEMBOIKOT BARANGAN QURAISY

    Tidak tahan dengan tekanan yang diberikan kepadanya maka Bilal pun berlari-lari anak menuju ke rumah Muhammad, lalu diceritakanlah apa yang telah berlaku padanya. Muhammad mengeleng-ngelengkan kepala, “Perlu kita lakukan sesuatu”, ujar Muhammad.


    “Jika tidak makin ramai yang menggila dan tidak mahu menerima seruan Allah”, tambah Muhammad lagi.


    “Kita boikot sahaja !”, Bilal bersemangat menyuarakan pendapat.


    “Dinda rasa apa kata kita ramai-ramai berarak dari rumah hingga ke Darul Nadwah, biar mereka tahu bahawa kita punya prinsip yang teguh”, sampuk Khadijah yang dari tadi mendiamkan diri…………..

    DR1114LClose-flintlock-pistol

    Opss, opss, opss, kejap…. macam ada yang tak kena dengan cerita diatas, apa ya? Oh, itu bukan kisah dan sunnah yang dilakukan oleh baginda. Keh keh keh .


    Baginda pernah menyatakan bahawa ditinggalkan kepada umat manusia dua perkara iaitu kitabullah dan sunnah rasul, maka dengan berprinsip pada kedua urusan(perintah) ini manusia seluruhnya dijamin oleh Muhammad saw tidak akan mengalami kesesatan atau kebingungan.


    Al-quran merupakan ilmu Allah(teori) manakala sunnahRasul amalannya(praktikal), berprinsip seteguhnya kepada kedua perkara ini akan terus menjamin manusia kearah Islam(kesejahteraan) yang sebenar.


    Hinggakan Nabi junjungan kita itu menyatakan sekiranya tidak berpegang pada sunnahnya maka bukan dalam kalangan umatnya. Lihat pula bagaimana Muhammad saw, berhadapan dengan ancaman yang berlaku keatasnya dan ancaman yang berlaku pada para Muslimin pada ketika itu, adakah mereka mengajak saling membenci? memboikot barang bangsa Quraisy?


    Aku rasa semuanya tahu kisah Muhammad dan sunnahnya, perhatikan dengan tenang moga mendapat rahmat. Jika benar mahu mengalahkan Israel dan sekutunya, senjata yang paling canggih dan paling ampuh serta yang akan berlanjutan bagi satu jangkamasa yang panjang ialah kembali memahami Al-Quran dan kembali melaksanakan SunnahRasul. Bukan setakat baca tapi fahaminya.


    Keadaan yang berlaku di Palestin tidak akan berubah sampai bila, hingga bangsa Palestin sendiri kembali pada Al-quran dan sunnahrasul yang sebenar, namun kita, apakah kita mahu keadaan ini pula berlaku pada bangsa kita atau pada anak-anak kita? bacalah… BACALAH..BACALAH DENGAN NAMA PENGATURMU YANG MENCIPTAKAN.


    Asy Syuura:15.

    Maka karena itu serulah dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)."

    ps:- alam ini bukan untuk umat Islam sahaja tapi untuk sekalian manusia

    Jan 12, 2009

    TUHAN ITU DI MANA?

    tuhan

    BLOG INI TIDAK MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL

    plumbing-directory

    Maka ramailah yang meletakkan logo-logo yang perlu diboikot bagi melembabkan pergerakkan ekonomi Israel dan Amerika, kononnya ia sebahagian cara untuk menyedarkan kuasa besar dunia itu. Lalu ramailah pula yang mengikat dikepalanya kain hijau, membawa bendera-bendera Palestin, berarak melaung-laungkan ALLAH MAHA BESAR, melepaskan tekanan bagi menunjukkan rasa simpati pada rakyat Palestin(terutama para mahasiswa yang sepatutnya memikirkan tentang pelajaran)


    Selepas itu? Apa? Bagi yang sekadar mengikut atau terikut-ikut ia sebahagian cara untuk menunjukkan bahwa dirinya masih mempunyai rasa kemanusian kononnya, maka mereka ini pun sama terikut memboikot, namun pada kebiasaannya ia tidak kekal lama kerana perut perlu diisi, anak bini perlu disuap nasi. Habis menunjuk perasaan kerja berlambak nak diselesaikan lagi, tapi bagi aku dari tunjuk perasaan baik jual pisang goreng tepi jalan untung-untung boleh naikkan ekonomi diri, buat branding, packaging elok-elok mana tau lepas nie orang dah beralih dari makan MC’D makan pisang goreng pulak.


    Bagi yang agak radikal sikit, maka dipanjatkan dengan gejala-gejala yang luar dari fitrah manusia, ada yang terlalak-lerlolong melepaskan tekanan. Dijuihkan bibirnya memandang bangsa barat yang dipandang lebih hina dari binatang yang paling hina. Diadakan ceramah, ditayang video kekejaman, dilakukan rapat umum, mengutip derma yang akhirnya entah kemana. Selepas itu apa lagi? Bakar kedutaan? Demonstrasi bogel? Pun sama aku rasa baik korang jual lepat pisang, buat macam-macam jenis, lepat gred A, B, C lepas tu pasarkan mana tau ekonomi boleh bangkit, tapi kalau memang hobi menjerit, masuk jer program reality mana tau boleh kaya. (malam tadi ramai pulak yang terjerit terlolong tengok MU lawan Chelse, APSAL TAK BOIKOT???)


    Bukanlah aku menyokong Israel, namun fikirkan dengan matang, Islam ketinggalan jauh dari segi ekonomi dan pendidikan, bagus dilaungkan Allah Maha Besar, namun jangan sekadar kata-kata, perlu dilandasi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Zaman ini kita amat memerlukan kepimpinan yang waras yang menggunakan 'Allah Minded' bukan kepala otak sendiri. Semuanya sudah depan mata…..bacalah......BACALAH….BACALAH

    p/s: boikot EPL(jangan tengok bola), rokok, kapal terbang, stesyen minyak, internet, microsoft, pakaian, bahan binaan dari syarikat Israel atau US, jangan cakap banyak berPRINSIPlah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, setakat nak boikot benda-benda remeh baik tak payah.

    Jan 11, 2009

    AJARAN ILLAHI UNTUK SEMUA(II)

    p/s:- sowrey beb, aku masih tak dapat nak jawab komen2, aku hargai komen semua, tetapi kesuntukan mase, keh keh keh....... hari sudah siang kerja makin banyak

    pada yang memboikot barang2 Israel, aku sarankan korang tutup blog, jangan gune blogspot, google atau yahoo, baru betul2 kalu nak boikot, lagi, jangan pakai phone, jangan tengok tv atau naik mane2 kerete keluaran US, ada brani? stakat boikot makanan apa barang!



    Apa kata kita fikirkan sejenak, tentang toleransi dan damai. Adakah hanya Islam sahaja yang melaung-laungkan kedamaian? Atau semua ajaran di dunia ini mahukan kedamaian. Dalam setiap diri manusia wujud rasa kecintaan pada kedamaian namun meluap-luap kebencian bila garis toleransi dibatasi. Maka wujudlah perbezaan dalam pendapat, hingga akhirnya mengheret kekancah peperangan.

    huskens001


    Sugiar Yao dalam 論 語(lunyu) III.3. (043)

    Orang-orang yang dalam kehidupannya sehari-hari tidak memelihara damai, maka peraturan yang diterapkan oleh orang-orang ini dalam keluarga maupun organisasi yang dipimpinnya tidak akan pernah memberikan kedamaian dalam keluarga maupun organisasi yang dipimpinnya.


    (Injil/AlKitab Terjemahan baru) Mazmur 34-14

    Jauhilah yang jahat dan lakukanlah yang baik, carilah perdamaian dan berusahalah mendapatkannya!


    (Al-quran) Al Anfaal:61.

    Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

    Tidak dinafikan bahawa kita seringkali akan berhadapan dengan perbezaan pendapat, perbezaan prinsip atau anutan, namun yang penting kita mengakui bahwa wujudnya Tuhan dan Tuhan mengajar kepada manusia tentang hidup dalam harmoni dan mengamalkan budaya perdamaian.


    Ini tidak bermakna menggadaikan prinsip kita, teguh pada prinsip masing-masing namun berjalan seiring bagi menjamin keharmonian. Memang sukar melupakan keperitan terutama melibatkan perbezaan prinsip hingga menggadaikan nyawa, namun sampai bila mahu bertelagah sesama manusia? sampai bila bumi ini perlu disirami darah?


    Kekuatan sesuatu bangsa atau masyarakat adalah pada perpaduan, penyatuan dan persatuan, namun jika masih menggunungkan perbezaan maka natijahnya generasi mendatang akan terus dibakar dalam neraka dunia. Kembalikan semula manusia seluruhnya pada ajaran Illahi, kerana hanya Dia sahaja yang mengetahui segala-galanya tentang kita.

    Jan 10, 2009

    AJARAN ILLAHI UNTUK SEMUA

    Menelusuri sejarah pedagang Arab yang masuk ke Tanah Melayu pada abad ke 14 yang hingga akhirnya mengubah akidah bangsa Melayu hingga mempercayai Tuhan yang satu, hidup dalam rukun, penuh toleransi dan berjaya disatu-padukan.


    Pedagang-pedagang Arab tidak pernah memaki sembahan orang Melayu pada ketika itu yang majoritinya menganut ajaran Hindu. Dibiarkan caklempong, wayang kulit, silat, kuda kepang dan banyak lagi yang menjadi darah daging bangsa Melayu pada ketika itu, kenapa?


    Itulah ajaran Illahi yang sebenar, menyebarkan budaya toleran dan perdamaian, tetap berprinsip dengan mengumpul sebanyak mungkin persamaan, mengenetepikan perbezaan. Hanya Allah sahaja yang akan memasukkan keimanan dalam jiwa manusia, kita hanya menyampaikan amanah Allah, ikuti ideologi Allah bukan pemikiran sendiri. Allah Maha Berilmu, maka sampaikan dengan hikmah dan dengan ilmu Allah, bukan dengan memaksa manusia atau menakut-nakutkan dengan hukum-hakam tanpa terlebih dahulu memberi penjelasan, tanpa mengenalkan pada mereka siapakah Allah.

    Jan 8, 2009

    GOOGLE FRIEND CONNECT



    Salam perkongsian hari ini mengenai salah satu widget yang aku sendiri dalam proses 'cuba,try,test', dan dalam penelitian aku setakat ini (macam bagus, keh keh keh), ini merupakan diantara kaedah sosial network yang terbaik setakat ini.


    Sebelum nie banyak jugak aku tengok bermacam-macam widget seperti shoutbox dan sebagainya, tapi agak sedikit kebudak-budakkan (sorry pada yang letak kat blog korang, keh keh keh), aku nyaris juga nak letak shoutbox, memandangkan ade request yang mahukan facebook dan friendster(yang kalo dapat malas nak bagi), bila google melahirkan 'google friend connect' nie maka selamat ler sikit, keh keh keh.


    So, pada sesiapa yang berminat meh cuber ramai-ramai dan untuk mendapatkan kepastian dengan lebih lanjut boleh tanyer pada pakcik google atau tengok video diatas. Makasih, sekian.

    Jan 7, 2009

    KEBANGKITAN ZAYTUN

    An Nuur:35.

    Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

    Yang mampu menjelaskan kehidupan kita hanya Allah semata-mata, Dia sahaja yang mampu memberikan keyakinan dalam diri manusia untuk terus berjalan, bergerak di bawah cahayaNya. Allah memberikan perumpamaan cahaya petunjukNya seperti lampu-lampu di tanah Arab yang diletakkan di dinding-dinding rumah yang seakan lubang yang tidak tembus(seperti gua).


    Yang mana cahaya yang tersebar terus menyinari bahagian hadapannya. Cahaya itu dihasilkan dari sumber yang jelas dan dari medium yang layak, iaitu dari minyak pohon zaytun. Pohon yang menjadi lambang kedamaian(digigit oleh sang merpati), menjadi lambang budaya toleransi.

    Jelas bahawa pelita tersebut ada lokasinya, iaitu dipelihara di dalam kaca, yang nampak dari luar namun tak kan bisa mampu disentuh terutama bagi serangga-serangga, mahu pun binatang-binatang yang mahukan kehangatannya. Pelita punya tiga unsur utama, iaitu bahan atau medium bakar, sumbu, dan yang penting cahayanya. Unsur pelita serupa seperti unsur pokok yang punya akar untuk menarik mineral, yang punya batang untuk memproses, dan hasil semuanya iaitu buah.


    Letaknya sumber cahaya Allah tidak di timur dan tidak di barat, mengungkapkan bahawa Allah juga tidak pro timur atau pro barat, beerti Islam yang sebenar tidak akan punya fahaman assabiyah dengan menyokong mana-mana pihak. Yang sering disebarkan oleh Islam ialah budaya toleransi, memegang prinsip masing-masing namun sedar bahawa manusia perlu menjaga kepentingan alam ini, hidup dalam keadaan harmoni tanpa kedengkian dan sering menyebarkan rasa cinta sesama manusia.


    Bahan bakarnya yang mendokong kebangkitan cahaya sahaja mampu menerangi sekeliling, bahkan ada yang tertipu menyangka minyaknya yang bercahaya. Padahal minyaknya sekadar bahan bakar yang matlamatnya tak mampu diteliti bagi yang tidak memikirkan dan memahami.


    Banyak lagi yang boleh kita ambil pelajaran tetapi sejauh mana kita menilai cahaya Allah? Sejauh mana kita mencari cahaya Allah? Sejauhmana kita memahaminya? Sekadar memerhati? Atau menjadi bahan bakarnya, mencetuskan kebangkitan cahaya Allah? Yang pasti......................

    Ash Shaff:8.

    Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya."

    Jan 5, 2009

    MANA CAHAYAMU

    Allah mengeluarkan manusia dari gelap ke cahaya, membekal pada manusia prinsip yang jelas bahawa hidup dalam cahaya lebih bermakna. Dengan cahaya manusia dapat menilai kembali serta membezakan antara haq dan bathil.


    Manusia memang tidak boleh hidup selama-lamanya dalam kegelapan, waima jika dipaksa manusia akan tetap untuk mencari jalan untuk mengejar cahaya walaupun sedikit, kerana dalam terang baru manusia mampu membaca, mampu mencari ilmu, mampu mencari kebenaran.


    Manusia boleh sahaja berjalan dalam kegelapan namun perjalanannya terlalu sukar, terkadang terlanggar, terkadang jatuh dan pasti manusia hilang arah serta hilang punca dalam kegelapan. Tidak pasti apa yang berlaku waima dalam jarak seinchi, yang didengar dengusan diri sendiri malah mukanya sendiri pun tidak mampu dibayangi.


    Namun tanyakan pada diri kita, sudahkah kita benar-benar dalam naungan cahaya Allah, atau kita sekadar berpura-pura berada dalam cahayanya? Atau mungkin nenek moyang kita menipu tanpa sengaja menyatakan kita sudah berada dalam cahaya.


    Keh keh keh……belum berjalan sudah sampai ke destinasi? memang ajaib. kitabnya sekadar dibaca arabnya tanpa memahami maksud, tanpa mengamalkan ilmunya, bagaimana kita yakin kita benar-benar dalam cahaya, cahaya Allah bukan percuma…..keh keh keh


    Ibrahim:1,

    Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

    Jan 2, 2009

    MEMANG SI LEBAH


    Toleransi dan damai satu perkataan yang barangkali mampu menyejukkan jiwa manusia, yang mampu mengembalikan senyuman pada bibir setiap yang mendengarnya. Namun kearah membudayakan jiwa yang penuh toleran dan damai bukan mudah. Perlu ada keyakinan yang tinggi pada Tuhan, kerana umat manusia yang benar-benar yakin pada Tuhan tidak akan saling mencari kesalahan orang lain, saling tunding-menunding pada orang lain, kerana dia tahu dan faham hanya Allah sahaja yang boleh menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.


    Maka bagaimana pula untuk kita mengetahui citarasa Allah? Darimana mampu kita fahami batasan Allah? Kita bukan malaikat mahupun rasul, kerana itu Allah menurunkan Al-Quran. Tapi bagaimana untuk kita tahu yang haq dan bathil jika sekadar membaca yang Arabnya tanpa difahami? Belajar bahasa Arab atau carilah terjemahan Al-Quran. Jangan letih untuk memahami Al-Quran, dan jangan bersangka buruk pada manusia yang mampu memahami Al-Quran.


    Pada yang sudah ahli dengan kitab-kitab Allah, maka tolong sampaikan dengan benar dan jangan disembunyikan, kerana Allah tidak akan memandang kita beragama(berprinsip) jika masih gagal menegakkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran. Rasulullah pernah menghadapi perkara yang serupa berada dalam kebingungan melihat masyarakat yang tidak toleran dan tidak mengamalkan budaya perdamaian, maka Allah sedarkan melalui perantaraanNya mengingatkan Muhammad bahwa BACALAH!(baca kondisi, perhati, fahami).

    ps: aku minta maaf sebab susah nak jawab komen kerana entry nie aku jadualkan, memandangkan sekarang tengah operasi pindah dan memindahkan. sowrey........