Jan 10, 2009

AJARAN ILLAHI UNTUK SEMUA

Menelusuri sejarah pedagang Arab yang masuk ke Tanah Melayu pada abad ke 14 yang hingga akhirnya mengubah akidah bangsa Melayu hingga mempercayai Tuhan yang satu, hidup dalam rukun, penuh toleransi dan berjaya disatu-padukan.


Pedagang-pedagang Arab tidak pernah memaki sembahan orang Melayu pada ketika itu yang majoritinya menganut ajaran Hindu. Dibiarkan caklempong, wayang kulit, silat, kuda kepang dan banyak lagi yang menjadi darah daging bangsa Melayu pada ketika itu, kenapa?


Itulah ajaran Illahi yang sebenar, menyebarkan budaya toleran dan perdamaian, tetap berprinsip dengan mengumpul sebanyak mungkin persamaan, mengenetepikan perbezaan. Hanya Allah sahaja yang akan memasukkan keimanan dalam jiwa manusia, kita hanya menyampaikan amanah Allah, ikuti ideologi Allah bukan pemikiran sendiri. Allah Maha Berilmu, maka sampaikan dengan hikmah dan dengan ilmu Allah, bukan dengan memaksa manusia atau menakut-nakutkan dengan hukum-hakam tanpa terlebih dahulu memberi penjelasan, tanpa mengenalkan pada mereka siapakah Allah.

5 comments:

  1. Salam,

    Kalau awak free, nak jemput ke perbincangan LIVE malam ni di link bawah ni:

    http://nuraflah.blogspot.com/2008/07/laporan-dari-al-jazeera.html

    ReplyDelete
  2. betul2..allah aje yang layak dan kita tak boleh terus menghukum.Untuk aku yang sering terlepas kata ni,aku mengerti semua tu tetapi kelemahannya selalu diulang2..Mohon allah mengampuni ku dan mudahan kita semua beroleh hidayahNYA..
    suka tengok rakyat melaysia yang harmoni berjalan ke sana ke mari tanpa perlu risau...dan tiada pandangan jelik..moga terus begini..dan perpaduan antara orang islam kembali utuh

    ReplyDelete
  3. teruskan kayuhan

    ReplyDelete
  4. salam...

    (Al-quran) Al Anfaal:61.

    Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete