Oct 29, 2009

BECAK

22 Ada orang suka menari, melukis dan bermacam-macam lagi, tapi aku suka menulis, dan bila ada wadah seperti blog ini membuatkan aku rasa seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Sedar tak sedar sudah bertahun aku merapu dekat sini. Menulis menyebabkan aku terpaksa mencari lebih banyak ilmu, terpaksa membaca artikel dan buku, dan menulis juga salah satu terapi untuk aku menghilangkan stress. Dalam penulisan pula aku lebih suka mencoretkan apa yang ada dalam benakku dan dengan gaya yang bersahaja kerana itulah peribadi aku, maka banyak protokol penulisan aku langgar, hoh oh oho hoo.


Pernah seorang sahabat menyuruh aku pergi ke kelas penulisan, maka aku jawab dengan pertanyaan, “Untuk apa?”, kerana dulu guru Bahasa Melayu aku dah cukup banyak mengajar tentang tulisan. Kacamata kita adakala berbeza, aku melihat penulisan salah satu bentuk seni. Adakala tulisan boleh merembiskan banyak makna. Maka aku persetankan apa juga pendapat negatif yang aku terima, bukan menyombong diri, kerana bagi aku ramai yang mampu menulis dengan lebih baik, dengan penyusunan kata-kata yang amat indah, dan oleh kerana dah terlalu ramai yang cerdik pandai, apa salah ada seorang yang bodoh seperti aku menulis, hahahahah ha.


Dan ada jua yang menanyakan bila masa aku menulis? Maka jawapannya bila aku rasa aku nak menulis aku akan menulis. Kadang-kadang sedang duduk menunggu dalam Tesco pun aku menulis, dalam jamban paling banyak datang idea dan paling best menulis lepas bangun tidor sebab masa tu tengah mamai, maka lebih mudah untuk aku merepek(dengan air liur melekat kat pipi, wagh ha ha ahhaha).


Dalam menulis sajak pula, memang sejak dahulu lagi aku suka mengarang sajak, entah, banyak pula idea dalam kepala, dan kalau aku tak keluarkan aku boleh mereng jap, bila dah keluarkan perkataan-perkataan dalam kepala aku maka datang sedikit kelegaan, yang paling best bila apa yang aku maksudkan difahami dengan macam-macam maksud oleh orang lain. Pernah dahulu aku hadiahkan seseorang sebuah sajak kisah seorang hamba Allah yang aku ambil dari surat Yasin, tapi bagi dia aku menulis sajak cinta, ceh! Lari jauh betul.


Maka sahabatku, buat apa yang kau suka, kerana aku berbuat apa yang aku suka. Setiap individu ada pandangan dan prinsip masing-masing, punya cara berfikir yang berbeda, maka jangan salahkan orang lain jika pandangan kita tidak sama atau kita menganggap pandangan mereka salah, biarkan. Yang benar-benar tahu siapa salah atau betul itu cuma Tuhan dan kita bukan Tuhan…………

Oct 27, 2009

PERSAMAAN BIBLE DAN AL-QURAN (1)

Thefore if thine enermy hunger, feed him; if he thirst, give him drink; for in so doing thou shalt heap coals of fire on his head. Be not overcome of evil, but overcome evil with good

- Bible, Roman 12:20,21


Itu pandangan Tuhan dan disampaikan pada Al-Masih, mengajak sekalian manusia supaya tidak melampaui batas, iaitu tidak melakukan kejahatan, dan untuk menangani kejahatan, kedegilan, kemungkaran, keingkaran dan sebagainya maka harus ditangani dengan kebaikkan. Memang sukar bagi kita untuk memberi kebaikkan lebih-lebih lagi pada manusia yang kita tidak suka, akan tetapi kita harus memandang dengan kaca mata yang berbeza. Maka jika diperhatikan kata-kata ini turut diulang dalam Al-Quran.

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

- Al-Quran, An Nahl; 125


Kata-kata Tuhan ini lebih diperincikan lagi dengan penegasan ‘seru’, mampu kita ertikan bahwa fahaman Tuhan ini bukan setakat berlegar diantara kita akan tetapi pada semua manusia, dan Tuhan masih mengajak agar kita menangani segala macam yang negatif dengan kebaikkan. Yang lebih menarik lagi, kaedah ini juga diterangkan dalam Bible agar manusia memahami aspek moral yang Tuhan mahukan. Tuhan mengajar agar kita mampu mengawal emosi dan membangkitkan rasa peri kemanusiaan, perbedaan pendapat berlaku kerana tidak saling memahami, jangan memaksa manusia lain untuk faham atau ikut apa yang kita prinsipkan. Kita diberi pilihan untuk berada dalam kasut sendiri. Namun sekiranya berkeyakinan untuk menyuarakan perbedaan suarakan dengan kebaikkan, penuh dengan pengajaran dan hikmah.


Fikirkan dengan hemat, sejauh mana kita mampu membalas dengan baik? Tidak kira apa anutan dan kepercayaan, namun terimalah moral yang ingin Tuhan sampaikan. Berlaku lemah lembutlah pada sekalian makhluk, tidak kira kawan atau lawan. Lawan akan cair hatinya melihat akhlak kita yang membantah dengan kebaikkan, sekeras mana hatinya, manusia tetap manusia, tetap akan tersentuh jiwanya bila melihat akhlak kita yang tinggi. Ajaran Illahi adalah untuk semua……


new template copy


ps;- nantikan entry dari Jane Doe(kakisyurga in English version), dan aku tengah mengusahakan agar gambar yang aku edit nie jadi template baru untuk setahun nie plak, tak sabar menunggu 1431, dan semua komen aku dah start moderate untuk mendidik diri sendiri menjadi lebih matang, wacaaaa, hahahahah :P

Oct 26, 2009

RENOVATION

Skarang aku tengah mengusahakan untuk menukar template dan beberapa setting, klu susah nak masuk dan susah nak komen maaf banyak-banyak. Aku tengah memikirkan warna hitam dan emas, mungkin tetap ada pokok cuma kali nie aku cuba, try, test untuk memudahkan lagi pengunjung. Bagi yang tengah melalut dan suka melalut, aku tak faham apa yang ko nak sampaikan, tapi bagi aku kalau ada yang mengajak untuk penyatuan jangan ditolak...... adios.

Thanx.......



untuk mengubat hatimu yang lara, aku postkan lagu paling hit buat masa kini, ho ho hohoho, why so serious? Laughter makes the best medicine.





and to hny@jane doe, this song for you, happy anniversary..



Oct 23, 2009

BEZA BUKAN SAMA, SAMA CUMA BERBEZA

semalam dan hari ini kau masih sama,

meratapi kekurangan sendiri,

kerana itu aku mengira lebih bagus laksanakan dari berbicara,

bisu bukan beerti bisul,


bertahun kami berjalan, berbuih didoa agar kami tempang,

tetap kami berjalan, malah kini semakin berani berlari,

ah! jatuh bangun perkara biasa, luka boleh diubati, lambat laun sembuh sendiri,

tapi doa itu barangkali makin sepi, sudah tiada modal dalam mengeluh lagi,

mengulangi perkara yang sama, makin bosan tanpa fakta,

takut-takut jadi dusta, atau dalam hatinya sudah ditumbuhi kusta,

nanah derhaka pada yang Maha Esa,

atau baginya yang Esa itu tiada? atau yang Maha Esa bagi mereka dan aku berbeza?

bagi aku yang Maha Esa paling berkuasa, dan aku hidup kerana Dia,


kemenangan bukan satu titik akhir sayangku,

kemenangan sebuah perjalanan,

andai lingkup dunia ini, tetap ia perjalanan,

tanyakan sendiri pada dirimu,

apa hasil yang kau mahu?

lakumu kau tanggung sendiri,

kalau menang yang kau impikan maka usahakan,

bukan sekadar bersandar kemalasan,


Al-kitab didepanmu sahabatku,

tiada alasan untuk kau duduk diam membisu,

jika perjuangan ini kau kata kesilapan,

maka betulkan, tapi bukan alasan untuk kau kembali ummi,

jangan asyik meratapi, usia aku dan kau makin dimamah hari,

aku melihat hati-hati yang rijal, maka yang kami seru hanya keikhlasan,

apa belum cukup lagi kata Tuhan, yang mencari keredhaan pasti ditunjukkan jalan?,


bukan mereka yang tentukan mana kita dihumbankan,

syurga atau neraka, bukan kita yang empunya pilihan,

buat kerana Allah bukan kerna diperintah Tuhan,

Oct 22, 2009

AKU BUKAN COACH M.U

ps;- sila baca dengan nada riang ria, wah haha ha ha aha ha hha! Nie surat dari fan team bola sepak aku….. wah hahh ahha ha.



Kepade En Pendekar……..

Aku dah naik pelik sebab ramai lagi mangkuk ayun yang mai sini merepek ntah ape2. Tapi di sebabkan aku nie blum ade sakit jantung dan darah tinggi maka lantak diaorang la nak makan kerepek aper, bil letrik aku tak luak pun. Cuma yang aku rase, sini bukan gelanggangnya, awat tak buat blog sendiri dan kutuk team lain sepuas hati, tadak sape nak marah, ape susah bukan kene bayor pun, blogspot free maaaa…...


Kalau nak cerita tentang prinsip, yang aku pelik yang diaorang bangang sangat terima ideologi bengap yang pelik-pelik awat? Bola kat kaki sendiri bukan kat kakisyurga, pandai-pandailah nak sepak kat maner. Tadak paksaan dalam ini ‘game’. Klu ade yang terpakse, udah ler jangan jadi bengap pergi ler redah main guli ker main catur ker tak pun main masak-masak. Ho hoho ohoooo! Pakai kain batik, ho hoh ooh ohohoo!


Kenape tak analisa dulu, belajar ler bro, giie ler wat research sampai pitam, dan klu dah ade yang berprinsip sendiri dan punyer kehendak dan pandangan yang cukup bagus maka awat tak buat jer team sendiri, kumpul pasukan bola sepak sendiri dan buat ‘game’ sendiri, buktikan yang korang memang bagus, kalau menjadi team korang dan memang superbzzzz bagus, nanti ajak aku, confirm aku tak follow. wah hahah ahha aha….. sebab team aku dah champion….. wah hahah ahah ahha…..


Tapi yang menyedihkan aku, ada yang maha bengap pastu salahkan orang lain sebab bagi diaorang ‘game’ nie tak masuk akai??? Hoiiiiii! Belajar ler, mangkuk! Yang ikut cakap manusia apsai?


Sebelum aku menarik kasut but aku hari nie, sekali lagi aku nak bagitau, kalau nak main bola, main kat padang bola pakai aturan bola, jangan pakai aturan mangkuk! Klu tak akan menghasilkan mangkuk-mangkuk yang asyik pandai cakap, menjerit ntah aper-aper, DO SOMETHING BRO! Buktikan sesuatu yang nyata bukan mangkuk ayun. Thanx, callow baby….. :P


Peh! tak damai lansung, patutlah aku bukan coach M.U, wa hahahah hahaha!

Oct 20, 2009

ACHMED THE DEAD TERRORIST






Aku terbahak-bahak dengar lawak yang memang lawak....... ho ho hohhohh oh ho, tapi pedih..... wa haha ha..... 97.2 million, too superbzzzzz... why? bleh tolong jawab?

Oct 19, 2009

HILANG DAN SEPI

A forest path in Redwoods State Park, California.


Bersembunyi dalam nyata bukan kerna takutkan bebayang,

Kerana kehadiran mampu menggugurkan,

Gugurkan anak yang berdosa dalam kandungan ibu yang suci,

Gugurkan pandangan mulia hingga bisa menghina,


Bersembunyi dalam nyata bukan kerna takutkan bebayang,

Kerana belum terbainat petunjuk dalam dada,

Dada yang hilang pertimbangan namun setia,

Dada puaka yang hantunya diri sendiri,


Bersembunyi dalam nyata bukan kerna takutkan bebayang,

Kerana wujud bebayang dek cahaya,

Cahaya membangkit seri memandang,

Cahaya yang takkan mampu dipadam,


Bersembunyi dalam nyata bukan kerna takutkan bebayang,

Kerana itu sunnah alam,

Alam yang memahami erti persembunyian,

Alam yang kabusnya tebal waktu pagi,

Alam yang akan terus berhutankan damai,

Alam yang bukan satu mimpi,

Alam yang hari ini membuatkan aku terus tersenyum…….





wacaaaaaa…….. hahaahaha,

ikut jer ape yang kau nak buat, dan aku buat ape yang aku nak ikut.....

Oct 14, 2009

LARI TETAP LARI

Buat Anak-anakku,

Jalan ini masih jauh, sememangnya lurus tapi membukit, ditepinya jurang,


Anak-anakku,

Alam ini sedang merintih, sakit menanggung akibat kami yang terlupa, lupa tentang suara pepohon, lupa kelembutan embun, maka maafkan kami, dan kini biar kami tebus kembali dengan perjuangan ini, memperjuangkan pendidikanmu, agar kau tak ulangi kesilapan kami, takkan sama sekali.


Anak-anakku,

Atur langkahmu lebih hati-hati, cermatkan dengan cinta Illahi, biarkan yang lain bertelagah, ianya akan jadi buku sejarah, biarkan yang lain menyampah, ianya sekadar penambah perencah. (noktah)

Oct 9, 2009

KU KEJAR WALAU KAU DIMANA

Hidup ini bukan seperti video game, x-box atau seangkatan dengannya. Reality kadang kala perlukan pengorbanan yang teramat besar. Andai kata silap langkah tiada butang ‘pause’ dan tak mungkin untuk dimulakan semula, maka bagi aku kena kurangkan ujikaji terhadap kehidupan ini. Sejauh mana pun kebijaksanaan kita alam ini sukar untuk difahami, terkadang kita rasa sudah dekat denganNya, namun siapa yang lebih tahu?

 

Sesuatu yang amat bermakna buat aku sekarang ini kerana aku semakin mengerti tentang kehidupan, reality kehidupan, maka aku proklamasikan TIADA LAGI UJIKAJI KEHIDUPAN, wah hahahahah haha aha…..

 

Apa yang menyedarkan aku ialah sampai bila dan berapa lama lagi mampu aku bernyawa. Bukannya sebelum ini tak perasan tapi mungkin tiada kesedaran. Dalam usaha untuk menzahirkan Ad-deen Allah agar nyaman dan aman alam ini maka banyak perkara perlu dilakukan, maka lagi perlu kemahiran dan skill yang tinggi, maka lagi perlukan masa yang panjang. Maka lagi dan lagi disiplin diri serta motivasi yang terus cenderung ke arah memperkayakan diri dengan segala sumber yang mampu dicekup dalam apa sahaja ruang lingkup dan kategori perlu dilakukan, hahah hah ahaha.

 

Adz Dzaariyaat : 56

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

 

Persepsi ibadah perlu ditambah nilai, ibadah bukan setakat mengerjakan rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji tapi setiap saat perlu dijadikan ibadah.

 

Kerusi dicipta untuk kita duduk, maka fungsinya adalah untuk dilabuhkan punggungku diatasnya, maka agak tidak masuk akal dan kelakar andai kerusi dijadikan penghalau lalat. Apa yang aku cuba sampaikan dalam keadaan merepek ini adalah, setiap sesuatu ada fungsinya termasuk manusia yang diciptakan semata-mata untuk ibadah.

 

Maka hendaknya sekalian manusia yang digelar manusia mampu, layak dan cukup rasa untuk ibadah. Alasan mahupun surat menyurat tidak dilayan. Itulah fitrah semulajadi manusia, iaitu tunduk taat pada Sang Pencipta. Memahami setiap saat adalah ibadah membuatkan kita sentiasa ingat pada Tuhan, mengingati perintahnya, bukan satu atau dua atau lapan belas tetapi semua perintah Allah. Semuanya sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah, bukan setakat berjanggut untuk malaikat bergayut-gayut akan tetapi ikut bagaimana Rasul menzahirkan sistem Allah( ceh silap cakap lagi, wah hahahah hahah).

 

Sekian.

Oct 6, 2009

PERJALANAN SANG AMATUR

Saat-saat getir yang sedang aku lalui sekarang, menyesakkan nafas aku, bukan sebab lemas dalam kolam ikan atau tercekik aiskrim Mc’ D, tapi usaha untuk menyatukan manusia bukan mudah. Aku kira jika ditata seperti yang telah ditetapkan akan menghasilkan sesuatu, namun jangkaanku mula meleset. Ramai yang ke parit.


Putus harapan? Tidak. Cuma sekadar mengira-ngira dosa yang mana lagi yang masih tidak aku tinggalkan. Akhlak bagaimana lagi perlu dipamerkan. Bila difikir-fikirkan, memang banyak lagi yang perlu diperbaiki, harg harg harg, kantoi betullah aku nie……


Maka aku simpulkan, memang benar apa yang dikatakan bahwa kemenangan bukan satu titik akhir tapi kemenangan merupakan sebuah perjalanan, tidak akan ada yang sempurna melainkan Allah. Maka perjuangan juga ada cacat celanya namun bagi memastikan berada dalam zon kemenangan sesuatu perlu dilakukan. Pasti dan memastikan, sentiasa berada dalam sunnah rasul. Jika dalam perang, maka kita rencanakan soal peperangan mengikut Rasulullah, andai dalam perdamaian maka kita usahakan toleransi mengikut langkah Rasulullah.


Terkadang aku terfikir. Apa rasanya hidup seperti mereka? Pagi kerja pukul lapan, rehat bersama ‘kit kat’ pukul satu, balik ke rumah pukul lima. Menghadap anak bini bagi yang dah kawin bagi yang bujang menghadap muka sendiri, ho ho hoho hooho……. BOSAN! Maka kita perlu bersyukur kerna kurniaan Allah yang amat bermakna masih dalam dakapan kita. Sahabat-sahabatku, bantulah aku dengan membantu dirimu(kalo nak belanje aku boleh gak, hah haha aha ha). Sama-sama kita tingkatkan keupayaan diri, saling lengkap-melengkapi. Mardhotillah. ;p

Ibrahim:52.

(Al Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.


ps;- sori beb makin lame, makin kurang update, internet connection aku kene culik, thanx sebab masih berkunjung dan melepak kat sini, harg harg harg…..

Oct 5, 2009

EQUAL



Terbitan haru-biru,
Tegar pula kau disana,


Pernah kau sampaikan pada aku,
Tentang kisah seorang hamba,
Yang punya hikayat maling pujangga,
Hingga dini hari tetap serupa,
Hingga kini hari tetap mengira yang sama,
Apa dewasa yang kau mahu,
Dalam apa rupa?


Sampaikan pada dirimu bahwa aku masih aku,
Punya cinta dan cita-cita yang serupa,
Maka,


Biarkan...........