ps:- jangan baca, entry ini hanyalah entry merepek, takut ada yang tak faham, tak tahan dan sakit hati. sekian.

Buah pala(nut meg) tumbuhan malar hijau berasal dari Asia Tenggara dan Autralasia. Bahagian perikarpnya, walaupun terlalu masam dan kelat untuk dimakan dalam keadaan segar, ia boleh diproses untuk dijadikan halwa, gula dan jeruk pala. Manakala biji dan aril boleh dikeringkan dan digunakan sebagai rempah.
Rempah ini digunakan dalam penyediaan berbagai jenis makanan terutamanya untuk memberi perisa pelbagai jenis sos dan kicap. Bercerita tentang rempah, pernah dengan menggunakan alasan mahu berdagang dan mencari rempah, Portugis akhirnya mampu menawan Melaka. Heh! Alasan.
***
Manakala daun palas pula biasanya digunakan untuk membuat ketupat daun palas yang terkenal di utara semenanjung. Sedap dicicah rendang waktu hari raya, mudah dibuat dan menggunakan pulut sebagai bahan utamanya. Raya, raya dan raya, macam-macam raya dan yang paling tidak boleh ditinggalkan ialah hari raya aidil fitri, yang peliknya ramai yang beraya namun masih ramai yang belum fitrah. Kerana kata Sang Pencipta dalam Ar-Rum ayat ke 30;-
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
Maka raya sekarang bukan kerana manusia telah menghadapkan dengan lurus pada Islam namun kerana boleh makan ketupat daun palas. Huh! Kejam.
***
Manakala Buah Tin yang disebut-sebut dalam Al-Quran dikatakan jika dimakan dengan kering dan tidak terlalu banyak mampu menghindari badan dari bahan-bahan keracunan, melicinkan tekak dan dada, mencuci hati dan jantung(?), dan mampu membersihkan lendir-lendir dalam usus.
Maka banyaklah produk kesihatan yang bersumberkan buah tin lebih-lebih lagi nama buah tin disebut-sebut dalam Al-Quran. Manusia terutamanya orang kita memang sukakan sesuatu yang pelik walaupun jelik. Ramai yang melakukan sesuatu tanpa ilmu. Maka ramailah yang diperbodoh-bodohkan.
Dan cara terkini dan terancang untuk memperbodohkan orang-orang pandai(rasenye pandai) adalah melalui media cetak, media elektronik, terutama dengan wujudnya pengiklanan. Yang buruk mampu dicantikkan dengan kuasa iklan, yang bodoh mampu dinampakkan pandai dan yang paling lawak, setan nampak seperti tuhan. Ha Ha Ha! Bijak-bijak.
***
Manakala Palestin diwujudkan enam tahun selepas kelahiran aku(keh keh keh) yang membentuk pemerintahan Republik berpalimen, dimerdekakan dengan cara yang berbeza iaitu dengan mengikat empat juta etnis dalam satu wadah(negara lain merdeka kerana persetujuan penjajah).
Sejarah Palestin amat panjang dan getir dan terlalu rumit hingga kini tiada jalan penyelesaian yang terbaik. Oleh kerana yang menghuni Palestin kebanyakkannya orang Islam(?), maka seluruh masyarakat Islam membenci Israel. Dan yang menarik rupanya masih ramai yang punya hati dan perasaan hinggakan semuanya dengan satu nada membenci peperangan(sekadar benci yang tiada makna).
Yang agak mengecewakan ramai yang memikirkan bentuk penyelesaian jangka pendek sahaja tanpa merancang dan melaksanakan perancangan jangka panjang, walau dengan kekuatan berbillion masih tidak mampu menundukkan kuasa yang dianggap sebagai Iblis dunia.
***
Apa persamaan buah pala, daun palas, buah tin dan palestin? Selain dari namanya(ho ho ho) banyak pelajaran yang boleh diambil.
Keempat-empatnya datang dari pokok. Punya akar, batang dan buah. Beribu tahun lepas Allah telah menyampaikan kepada Muhammad saw bahwa kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh, batangnya menjulang kelangit, dan berbuah setiap musim, manakala kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, akarnya tercabut dari bumi dan boleh dialih-alihkan.
Kalimat yang terbaik adalah kalimah tauhid, mengesakan Allah. Esa ertinya satu, tunggal. Malah Allah menyeru kepada manusia untuk hidup dalam penyatuan, kerana dengan bersatu sahaja mampu merahmatkan alam dan manusia akan hidup dalam keadaan yang fitrah.
Melaka di tewaskan kerana gagal untuk bersatu(alasan rempah konon), masyarakat kita tidak fitrah dan hilang nilai kemanusian kerana gagal untuk menyatu(raya takda makna), kejahilan berleluasa hingga yang memimpin melakukan pembohongan, maksiat dan kezaliman dengan berleluasa kerana kita masih gagal bersatu dan Palestin hingga kini dijajah dalam merdeka kerana kita gagal mencari makna bersatu yang sebenar.
Jika pokok pala, pastinya akar pala, batang pala dan berbuahkan buah pala, sama dengan yang lain. Begitu juga palestin jika dasarnya republik maka yang memegangnya(tempat) republik dan menghasilkan rakyat republik sama dengan yang lain.
Penyelesaiannya amat mudah namun tiada jalan mudah, fahami Al-Quran, laksanakan seratus peratus dan nanti kita lihat hasilnya. Jangan campur aduk dan jangan ‘bengap’ hanya memandang dari satu ‘perspective’ sahaja.