Al-Baqarah:214.Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
Mar 27, 2009
SESUNGGUNYA
Mar 25, 2009
BURGER TAK SEDAP
| aKU | :Kak burger daging dua. |
| dIA | :Bagi ayam dua yaa… |
| -sepi- | |
| dIA | :Encik, kalo kasi saya dulu boleh ka? |
| aKu | :Hah? |
| dIA | :En sudah datang dulu tapi kalau bagi ini kakak buat burger saya dulu boleh ka? |
| aKu | :Oh. Boleh takde hal |
| -sepi- | |
| aKu | :Uncle tak makan daging ker? |
| dIA | :Tak dari kecil tak makan daging, skarang sudah 60 tahun, mak saya banyak marah kalau makan. Campur sikit pun tadak boleh. |
| aKU | :Oh….. |
| dIA | :Daging… Babi… Biawak semua tadak boleh makan, itu keturunan punya pasailah. |
| aKu | :Oh…. kenape plak tak boleh makan uncle? |
| dIA | :Kasta punya hal, macam harimau, ada harimau belang, harimau bintang, harimau juga, tapi lain brand. |
| aKU | :Oh….. baguslah macam tu…… |
“Aku respek kat uncle tu begitu taat melaksanakan perintah tuhannya. Kita bagaimana?”
Mar 24, 2009
BAHASA JIWA BANGSA(+ ‘L’ @ ‘T’)
Ada beberapa kebaikkan dan keburukkan jika pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, diantara kelemahannya memang akan merosakkan Bahasa Melayu itu sendiri yang sekarang sudah ‘pasar’ dan ‘rojak’(macam aku yang ntah ape2 kalu menulis… ho ho ho). Indentiti Bahasa Melayu dan seterusnya bangsa Melayu akan terhakis(Melayu ada Identiti ka?). Akan tetapi jika terus membudayakan demonstrasi, piket, maka bangsa Melayu tidak akan kemana, kabur hala tujunya.
Alasan tentang kekurangan guru untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris mungkin boleh ditelusuri, ini kerana, sedangkan di UiTM yang dah berkurun di’perintahkan’ untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris pun gagal untuk mengikut perintah, tanyakan pada pensyarah dan pelajar di UiTM, apa bahasa yang digunakan? Inggeris atau rojak? Bagi aku kemampuan seseorang menguasai bahasa yang lain selain dari bahasa ibundanya terletak pada dirinya sendiri dan faktor persekitaran(keluarga).
Akan tetapi, jika diperhatikan pada nenek moyang kita yang membesar dalam pemerintahan British memang ‘terror’(perkataan nie bukan BM atau BI, aku pun tak tahu mana datang, dan takde dalam kamus) dan fasih dalam berbahasa Inggeris, hinggakan anak-anak kita yang dilatih sejak dari tadika tidak mampu menguasai Bahasa Inggeris seperti mereka, tidaklah pulak aku tengok nenek moyang kita yang fasih berbahasa Inggeris meninggalkan lansung Bahasa Melayu dan berperangai seperti Mat Salleh. Anak-anak kita sekarang yang ‘fail’ bahasa Inggeris lebih hebat ‘adengannya’ berbanding bangsa barat.
Kenapa isu bahasa ini tidak disuarakan melalui media ‘tradisi’ demokrasi seperti parlimen? Adakah rakyat sudah bosan dengan wakil rakyat? atau wakil rakyat tidak mendengar suara rakyat mungkin kuasa dan nama lebih penting dari rakyat? Bahasa adalah alat atau medium untuk mendapatkan ilmu, kita sibuk tentang bahasa tapi malas mengejar ilmu, dan menjadikan isu bahasa sebagai alasan, kenapa tidak dijadikan bahasa itu benar-benar sebahagian ilmu dan yang penting jangan memaksa. Cari pendekatan yang lebih rasional supaya anak-anak kecil dapat pendidikan yang terbaik.
Maka dalam isu bahasa ini aku tidak mahu mengulas dengan lebih panjang,(korang fikir ler sendiri, ho ho ho) akan tetapi jika diperhatikan isu PPMSI ini seakan mengarahkan kewujudan kembali PKMM(bukan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia) iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya.
Parti ini ditubuhkan pada 1945 di Perak dan diharamkan oleh British(semua orang kuatnya ditangkap) kerana mempunyai resolusi yang amat berbeza dengan British. Dipandang oleh British sebagai parti yang memihak kepada Parti Komunis Malaya kerana resolusinya mirip dengan PKM(rancangan ‘sembilan perkara’ PKM).
Dan diantara usaha PKMM adalah untuk mewujudkan Melayu Raya(Tanah Melayu + Indonesia) kerana mahukan rumpun nusantara dan mahukan kemerdekakan Tanah Melayu bersama Indonesia pada tahun 1949(siapa yang merdeka pada tahun itu?).
Kini sekiranya penubuhan PKMM menjadi kenyataan maka Melayu akan bertambah berpecah belah. Yang nyata Melayu hari ini sedar pentingnya punya kuasa 'mutlak' dan pilihan Melayu tidak dapat dipisahkan dengan memimpin berpandukan ajaran Illahi.
Asy Syuura:13.
Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang ad-deen apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah ad-deen dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik ad-deen yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada ad-deen itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada -Nya orang yang kembali (kepada-Nya).
Allah memerintahkan kita agar menegakkan agama/ad-deen dan larangannya JANGAN BERPECAH BELAH, maka hari ini sahabatku, carilah dengan bersungguh-sungguh manusia yang serius untuk menegakkan ad-deen dan serius mengajak manusia kepada penyatuan kerana itulah mahunya Allah, bersatulah bersama-sama mereka.
Mardhotillah.........
ps:- buat cikgu Bahasa Melayu aku, “jangan menangis membaca entry aku yang ntah aper-aper, bukan salahmu tapi salah aku ”………ho hoh ho
Mar 23, 2009
HIPOKRIT
Setan dalam selimut aku
Lalu aku simbah tapi aku yang basah
Masih tidak berganjak
Laluku bakar tapi aku yang panas
Masih kekal bersembunyi, dalam selimut aku
Membazirkan waktu, menghilangkan pahala aku
Lalu terdetik dalam hati
Mana setan itu?
Dalam selimut?
Atau setan itu aku?
(mungkin juga kamu. ho ho hoh)
Mar 19, 2009
BASIKAL DAN KEHIDUPAN (1)
Semakin kerap mengayuh basikal semakin banyak pelajaran yang aku dapat, dan pelajaran yang paling beerti tentang basikal adalah tentang kehidupan manusia dahulu, kini dan selamanya.
Roda basikal yang sentiasa berputar(sebab bulat) mengingatkan aku tentang ‘daulah’(pusingan), yang mana setiap yang bersangkut dengan kehidupan punya pusingan dan kitarannya sendiri. Islam contohnya terus berpusing(bukan makin pening) ada kala di bawah dan ada kala di atas, lambat atau cepat jatuh bangunnya, bergantung pada si pengemudi.
Semuanya bulat(jika difikirkan), seimbang, jika salah memasang roda akibatnya akan berlaku kerosakkan pada tayar, brek, menjejaskan kelajuan dan pengawalan, hingga nanti mengakibatkan berlaku perlanggaran(accident) dan mungkin mengakibatkan kematian. Begitu juga pusingan atau kitaran kehidupan dan kitaran alam ini, andai salah dalam merancang dan mentadbirnya habis pincang segalanya hingga nanti menatijahkan kerosakkan, kemusnahan dan kehancuran hingga nanti membawa bibit pemusnahan(kematian segalanya). Maka semuanya perlu diteliti.
Pohon contohnya perlukan manusia dan manusia perlukan pohon(kalau tak susah nak bersidang, ho hoh oho ho). begitu juga diantara manusia dengan haiwan saling perlu memerlukan. Seperti sebuah basikal semua bahagian memainkan peranan yang amat penting, pedal, brek basikal, handle, gear, roda, tayar dan semuanya saling perlu memerlukan, tanpa kelengkapan yang cukup mungkin kita tetap mampu berkayuh namun tidak mungkin dapat mencapai spesifikasi atau frame berbasikal yang sebenar(yang sepatutnya) dan sejarah telah tertulis jika tidak ikut frame yang diberi kerosakkan akibatnya.
Dalam berbasikal, fokus amat penting namun yang lebih penting objektif dan matlamat kita berbasikal. Harus jelas apa target yang perlu dicapai dan disasarkan. Prihatin pada alam dan pada persekitaran serta mengikut undang-undang jalan raya. Begitu juga dalam proses mahu mengembalikan Islam(yang makin pupus macam dinasour) perlu jelas objektif kita, sedar bahawa penting menegakkan Ad-deen Allah(perintah), namun dalam masa yang sama jelas perlu bersatu padu(larangan- jangan berpecah belah). Dalam menegakkan Ad-deen juga jangan sekali-kali untuk melanggar adat dan undang-undang(mencari perbezaan), jika berbasikal di Malaysia tidak sama seperti berbasikal di Afrika, janji basikal, tetap kayuh, berbeza cuma bentuk pandangan namun falsafahnya sama.
>bersambung<
Mar 13, 2009
KISAH DAN TAK AMBIL KISAH
Ramai dari kita, ada yang amat peka tentang kehidupan, alam dan tentang Islam. Ada juga yang sekadar buat tidak tahu namun sedikit sebanyak cuba untuk mengambil tahu dan ada yang lansung hanyut dalam kesibukan harian dan mengenetepikan semuanya, yang penting tekak dapat dibasahi perut dapat diisi.
Bagi golongan yang mahu mengambil tahu yang mencari kebenaran kehidupan dan ketulusan Islam, maka banyaklah aktiviti menambah ilmu dan ada yang berjaya ada juga yang gagal. Lalu kita dimana? Yang mencari atau yang memberi atau mungkin sedang memberi dalam mencari? Ho oho ho….
Mar 8, 2009
PEREMPUAN BERKALUNG SERBAN
ps:- sebelum terlupa, soundtrack by dato siti nurhaliza…….
Mar 7, 2009
F**K ISLAM
Banyak aksi carut-mencarut(maka yang tak tahan jangan dengar), video yang pertama telah lama di uploadkan dan dah banyak kali aku 'flag' tapi dieorang masih buat dunno jerk aku pun tak tau apsal, tup-tup keluar lagi siri yang kedua akan tetapi turut mengutuk kristian.
Pelajaran yang aku mahu sampaikan disini ialah, kita berhadapan dengan realiti manusia yang punya pelbagai kehendak dan pendapat, sukar untuk memuaskan hati manusia dari dulu, sekarang dan akan datang melainkan menghasilkan satu bukti yang nyata.
Maka perlu ada harakah(gerakkan) yang konsisten memajukan umat Islam tanpa mengharapkan sebarang imbuhan melainkan keredhaan Allah semata-mata, sepertimana yang telah dilakukan oleh para utusan terdahulu. Melaksanakan Al-Quran hingga dapat dipraktikkannya secara toleran dan seterusnya merahmatkan alam ini. So........ slamat sakit telinga.
Mar 5, 2009
MENARILAH
Sejak kapan dia disitu.
Mengukur dalam cara yang berbeza
Melirik dengan bahasa yang serupa
Memerhati dari alam bunian
Dengan kira, tiga, tiga, tiga
Ada yang cuba turut mengira
Satu? tapi kelibatnya seakan dua
Dua? namun seperti tiga
Tiga? tapi dibelakangnya lima
Lima? mereka kata berjuta
Mustahil!
Sejak kapan dia disitu?
Sekali pandang seperti orang gila
Dua kali pandang seakan dewa
Tiga kali pandang tak pernah serupa
Diherdik diam, disepak diam
Lagak seperti orang kaya
Poket sepapa-papa
Senyum melirik, kata tersirat, hati memikat
Sejak kapan dia disitu!
Pandangan dari sudut berbeza
Serupa tapi tak sama bucunya
Akarnya? dia yang tahu,
Batangnya? dia yang tahu
Buahnya? dia yang tahu
Belajar dari Dia
Satu guru tiga rasa
Pernah berkata sang petapa
“Tembok itu tinggi, parit itu dalam
jangan kau uji, takut nanti makan diri”
Lari ikut caramu walau kau tahu siapa aku
Tidur ikut baringmu walau kau tahu mana aku
Caturmu untuk kamu, caturku untuk aku
Satu lagu berbeza rentak
Maka menarilah ikut caramu……..
(titik)
Mar 3, 2009
ALLAH MILIK SIAPA?
Hari ini kita sibuk mempertahankan supaya nama Allah tidak digunakan oleh penganut lain. Sedangkan kita sendiri tidak meletakkan selayaknya nama Allah ditempat yang sepatutnya. Hanya dilagukan dan dijadikan barang perhiasan. Andai benar Allah Maha Besar mengapa lansung tiada rasa gementar bila diseru namanya? Walhal kataNya dalam surah Al Anfaal ayat yang kedua berbunyi:-
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Rabblah mereka bertawakkal.
Apakah Al-Quran menipu kita? Mungkin kita yang belum yakin(iman)? Atau, yang disebut atau diertikan dengan Allah itu tidak kita fahami namanya yang sebenar. Jika yang direbut hanya perkataan menampakkan kita penganut ajaran Allah yang mengaku cintakan kedamaian lansung tidak toleran dalam meletakkan sesuatu prinsip dan pandangan.
Sampai bila kita mahu orang lain atau penganut lain menerima pendapat dan prinsip kita dengan masa yang sama kita memekakkan telinga, memandang syurga hanya untuk kita dan orang lain tak ubah seperti sampah.
Allah jangan dipandang sekadar pada tulisan atau perkataannya sahaja, namun falsafah disebalik nama itu. Sejauhmana kita memahami Allah? Jika sudah faham sejauh mana kita melaksanakan tuntutan Allah? Hukumnya sudah diperlakukan? Aturannya sudah dijabarkan? Bumi dan segala makhluk sudah tunduk padaNya?
Semuanya akan terus jadi kelam andai tiada sifat toleran dalam jiwa kita. Kita takut orang Islam menjadi Kristian jika nama Allah diguna mereka namun kita masih malas mengukuhkan akidah dan iman dalam jiwa kita dan jiwa generasi akan datang. Selalu kita memandang negatif terhadap orang lain.
Kita yang mencipta sejarah maka ciptakan sejarah masa hadapan dengan penuh toleran dan damai. Sebarkan rasa percaya dan saling memerlukan antara satu sama lain waima mereka bukan dalam kalangan kita. Kerana yang menentukan akhirnya hanyalah Allah.
FileHippo.com
Chesss, akhirnya dapat gak aku bukak FileHippo.com. So, pada korang yang berminat nak dapatkan perisian free atau perisian yang dalam proses percubaan boleh ler jeguk-jenguk kat sini.
Setakat ini, yang aku guna dan download dari site nie seperti Jet Screenshot, OpenOffice.org, Deffragment, CCleanar dan RocketDock. Aku bagi 5 bintang kat site nie sebab banyak manfaat bagi aku, hohoho. Selamat mencuba……. chayook.
Mar 2, 2009
WARNA HATI
Janji kita puas apabila dapat menunjukkan reaksi tidak puas hati kita, kerana kita dapat mengeluarkan apa yang terbuku dalam jiwa kita. Marah, marah dan marah. Marahkan nyamuk, bakar kelambu.
Bagus ada sifat marah kerana menunjukkan kita manusia yang punya perasaan tapi bagaimana untuk menukar rasa marah ke arah yang positif.
Sesuatu yang perlu kita ingat, bahwa kita juga manusia yang telah, sedang atau bakal melakukan kesilapan, kita bukan tuhan dan malaikat, maka................maafkanlah.