Apr 29, 2009

bukan COLESLAW


Hamba Allah itu bertanya:

“Apakah nasib petani tua?

Nelayan yang cacat miskin pun sudah kaya-raya,

Inilah takdirmu wahai petani.”


Namun dia terus bisu memikirkan,

Anak punyai jalan terang suluh cahaya bulan,

Digilap akan terang lagi bak marjan,

Ini bukan noktah akhir,

Akan tetapi, wasiat terhebat,

Hingga nanti semuanya tidak gila atau sesat.


Baca kitabmu…….

Utamakan yang utama…….

Congak kembali agar terancang, catur hingga sempurna…….

Utamakan yang utama…….

Keimanan yang mula, hijrah lakunya, jihad hasilnya…….

(titik)

Apr 28, 2009

MODEL INSAN

Ash Shaff:14.

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong deenullah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain ingkar; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.

Allah mengajarkan pada manusia bagi menzahirkan Ad-deenNya secara berjemaah, bukan boleh dipikul oleh seorang individu sahaja. Maka perlu ada generasi pelapis, penerus, pembantu-pembantu yang mampu dan turut sama dalam misi merahmatkan semesta alam ini.


Ramai yang berhati rijal yang berkobar-kobar semangatnya untuk menjadi penolong Ad-deen Allah, namun untuk menggerakkan, mendokong perintah Allah bukan mudah, fikirkan secara positif bahwa umat Islam yang Allah mahu, merupakan hasil tapisan dari segala aspek yang terutamanya kesanggupan menggadaikan harta dan diri.


w


Bukan semua manusia mampu untuk memberikan harta yang diamanahkan kepada dirinya waima harta itu hakikatnya milik Allah, juga bukan semua yang mampu mengorbankan dirinya seperti masa bersama keluarga, masa berhibur dan masa rehat semata-mata untuk menyeru manusia kearah kebenaran.


Membantu Ad-deen Allah bukan sekadar menjadi pak pacak atau pemerhati, tapi sama-sama menggerakkan segala sumber yang ada hingga sistem Allah benar-benar terzahir dan misi merahmatkan alam terus-menerus dilakukan tanpa pernah henti.


Sukar untuk difahami tapi itulah hakikatnya, kekuatan yang entah dari mana, kekuatan fizikal dan mental yang tinggi, kerana untuk menggentarkan musuh Allah lantas mengalahkan ideologi bahkan jasad mereka bukan sekadar retorik, satu usaha yang konsistan dan serius harus dilakukan.


Membina generasi penerus yang kuat ilmu dan fizikalnya……….

Apr 24, 2009

PENGECUT


Ali 'Imran:111.

Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudharat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan.


Musuh ada di mana-mana, orang yang lain prinsip malah kita sendiri mampu menjadi musuh. Harus fahami, keyakinan menzahirkan Ad-deen Allah benar, kerana itu janjinya, maka jika ada yang tidak mahu atau tidak mampu turut serta dalam mendokong tugas mulia ini maka biarkan, jangan dipaksa.


Keazaman yang kuat, serta misi dan visi yang jelas akan membawa kita kearah kemenangan. Mereka yang ‘kurang upaya’ hanya mampu menghamburkan kata-kata kesat, caci-maki yang menyakitkan hati, lebih dari itu mereka tiada upaya, kerana perut mereka juga perlu diisi.


Mereka cuba membenam rasa jihad dan cuba memadamkan api cahaya Allah, namun dek kerana punya sikap individual yang tinggi, segala usaha mereka akan gagal, tidak konsistan dan berlainan pendapat.

Apr 21, 2009

JENDUL



Ramai yang punya pendapat sendiri, maka peganglah. Akan tetapi aku cuba untuk fahamkan berdasarkan ideologi Allah(kalau ada cara yang lebih baik silakan). Kita terima segala pandangan waima keburukan yang dilontarkan. Justeru itu matangkan pemikiran dalam menangani segala isu. Pandang dari sudut yang positif, ambil kira kebaikkan orang lain. Bukan semuanya buruk. Kita tidak mampu hidup sendiri atau hanya dengan kelompok kita. Semua saling perlu-memerlukan tidak kira ras, bangsa atau sempadan.........

Apr 16, 2009

LAGI CIPUT

glue-sniffers
 
Bagi kamu Dia di mana?
Atas kepala atau dalam kepala?
Dongak jika atas kepala....
Fikir jika dalam kepala....


ps:- jangan minum air kelapa banyak sangat, kang biol cam aku, ho ho hoh ohoo.......

Apr 15, 2009

N3 CIPUT

Cintai dahulu yang di bawah sebelum meminta kita dicintai, maka untuk mencintai mereka perlu wujudkan rasa ingin mengenal. Sekian (Ho ho ho hoooo, ini yang paling pendek.... heh)

Apr 11, 2009

DOLL FACE........mmmmmm



Realiti atau ...... ?

Apr 10, 2009

MONOLOG SEORANG KEKASIH


Tiba-tiba aku terkedu bila ada yang menanyakan, mendokong kerana perintah, atau kerana terpaksa taat, atau kerna suka disebabkan cinta?


Ingin aku mengungkapkan perjuangan ini kerna cinta, namun, jauh dilubuk hati, perjalanan ini masih tidak dapat menggembirakan aku. Hasilnya masih dukacita.


Lalu, hati kecil aku bertanya lagi, sampai bila? Dan kini aku menjawab sendiri segala persoalan. Tangan di atas kepala, memikirkan sukar sangatkah untuk diri ini mencintaiNya? Jika cinta sejauhmana cinta aku pada Dia?


Ibarat sebatang pohon yang baik, cinta juga begitu. Jika rasa cinta benar sudah berakar umbi dan teguh dalam jiwa pasti hasilnya memuaskan, berbuah setiap musim, tidak kisah waktu Ramadhan atau Syawal, tidak kira siang atau malam, dan semuanya atas izinNya.


Hasil, hasil, hasil.........................................

(aku sedang digest untuk berbuat dengan suka, dengan gumbira, ho ho hoh ohoooo)

Apr 8, 2009

WAL QURAANIL HAKIM.......


Teringat aku sekitar usia aku belasan tahun, ada ketikanya membaca surah yassin setiap malam, baca, baca dan baca. Jug air diletakkan dihadapanku, entah, tapi itulah yang dibuat oleh orang lain. Kemudian hingga saatnya hampir berbulan-bulan, berlaku histeria di sekolah aku, maka air yassin itulah yang menjadi mangsa renjisan kemuka dan air minuman. Lega, semuanya lega, bila segalanya selesai, tiada lagi histeria.


Namun bila meningkat dewasa, aku kembali memikirkan. Apakah kerana air itu air mineral(yang datangnya dari pam perigi rumah) atau kerana 'aura' bacaan yassin? Ramai yang bodoh, termasuk aku, cikgu kat sekolah dan semua penghuni asrama puteri........ sekian terima kasih, ho ho ho hoooo.

Apr 5, 2009

KEMALASAN DALAM DIRI

Penyatuan amat penting dalam mendirikan sistem Islam, ini kerana membangun dan mendokong sistem yang haq ini bukan sekadar meningkatkan keupayaan individu malah lebih dari itu kerana berdirinya sistem Islam atas kesungguhan dan keupayaan umat.


Namun untuk benar-benar menzahirkan sistem ini disiplin diri dan kelompok amat penting hingga dapat mengimbangi kehendak Allah dan kehendak dunia. Rasa cinta pada duniawi bukan penghalang dalam menzahirkan sistem, namun sekiranya gagal mengenalpasti kepentingan sama ada menzahirkan Ad-deen Allah atau duniawi kehancuranlah akan menanti.


Pada yang memegang tanggungjawab, jangan letih dan lesu mengingatkan sang pejuang(yang macam aku susah nak bangun pagi, hohohohoho) tentang cabaran hadapan yang perlukan disiplin diri yang tinggi. Hingga nanti, moga dipandaikan Allah...........

Apr 2, 2009

TELAN SEBELUM TERLAMBAT



Menelan hudaibiyah bukan mudah,
Terkadang jadi terkadang leka,
Hingga panas makin panas,
Keras makin keras,


"Hai Adam, jangan kau makan pohon itu,
nanti kau rasa malu, kaukan rasa kaku"


Nampak dari sisi kanan, hilang di sisi kiri,
Akarnya kuldi, batangnya kuldi, buahnya kuldi,
Lalu harus bagaimana, kira itu yang menjadi nikmat,
Keingkaran, kekufuran,


Menelan hudaibiyah bukan mudah............................

Apr 1, 2009

BATU KARANG

bicycle-hazard-sign-image

Teringat aku kisah si Tanggang, disumpah menjadi batu kerna lupa diri, menafikan hak seorang wanita yang sepatutnya diangkat martabatnya. Andai kisah ini benar maka dari celah mana pula dapat kita fahami falsafah dalam cerita ini. Adakah salah si tanggang? atau si ibu sendiri yang tidak pandai menjaga anaknya?

Fikirkan tentang kita, tentang anak-anak kita. Sudah cukup baguskah diri mereka? Seandainya ribut dan taufah menjengah tiba pada masa hadapan, mampukah mereka mengharunginya?

Seperti air dalam badan, mulanya kita minum, lalu ia akan keluar mengikut fitrahnya melalui prosesnya tersendiri, maka perlu diganti dengan air yang baru. Jangan ditahan, takut nanti jadi batu karang, hingga mampu memudaratkan diri. Begitu juga kehidupan ini. Kepimpinan. Semuanya perlu ada pengganti. Jangan dibiarkan terlalu lama memegang tampuk, takut makin lama menjadi batu karang, rosak seluruh organisasi.

Maka perlu ada generasi penerus, generasi pelapis. Andai dididik seperti tanggang, maka akhirnya lupa diri, kuatkan jasadnya, kuatkan pemikirannya. Matang menangani, tabah mengharungi…….