Jun 27, 2009

RIJAL YANG NISA

Apa yang dapat diperhatikan dan difahami, bahwa kegagalan bukan sahaja mampu memberi impak yang negatif namun turut menghambat kearah yang positif. Islam seringkali gagal menyatukan umat manusia, kegagalan tersebut bukan kerana kaedah atau teknik yang diajar dalam Al-Quran tidak tepat akan tetapi cara memahami kaedah itu kurang tepat.


Kita kini memandang wahyu-wahyu Allah hanya layak bagi yang punya pendidikan formal, ia amat bagus kerana mereka memahami dari dasar pengetahuan Islam, namun ini bukan alasan untuk kita tidak membaca dan memahami Al-Quran serta menjadikan ianya sebagai salah satu pegangan hidup(namun bagaimana hendak dipegang jika asyik mengikut tanpa faham).


Maka sekarang kita berhadapan dengan kegagalan demi kegagalan dan ramai yang mengeluh hingga lupa kata-kata Allah bahwa Allah jamin kemenangan yang dekat dan jamin sinarnya tidak akan mampu dipadamkan. Maka di sini timbul pula masalah keyakinan, keimanan, maka jika itu yang menjadi punca maka usaha memperkenalkan Islam pada manusia harus diperhebatkan, pembinaan harus dipertingkatkan.


Berkali-kali Allah nyatakan bahwa menegakkan syariat Allah bukan mudah, jika Rasulullah ditentang dan dikhianati apatah kita manusia biasa yang hanya punya kemampuan yang terhad, namun jika dikumpulkan semaksimanya kemampuan yang terhad ini akan menghasilkan gelombang raksaksa kebangkitan Islam yang takkan mampu dihalang.


Maka gagal itu sebenarnya guru yang darinya kita mampu mengevaluasi diri dan mampu berevolusi.


ps:- sini bukan gelanggangnya, jika benar punya jiwa rijal buktikan baru kita mampu beza, terbitkan sinarnya......

Jun 22, 2009

RINDU PADA KENCANA

Tanyakan pada langit, kenapa aku diam membisu,

Hujan semakin lebat, arus sungai tanpaknya deras,

Titik-titiknya menyuburkan, menghidupkan, maka terbukti kata-kata Dia,

Kita doakan agar tanah ini, kali ini, subur,

Pagarnya semakin kejab, semakin teliti dan aku semakin puas hati,

Tapi kata Dia, jangan berpuas hati, selepas kesulitan ada kemudahan,

Habis membaja ada lagi kerja yang perlukan kesungguhan,

Dulu, seakan mustahil tanah ini punya hasil,

Namun kini anak benihnya terasa berbicara;

“Usah risau, yang mati biarkan, yang baru lebih tinggi kecintaannya pada alam ini”

Moga ia benar, kerna jalan ke gunung sana mula kita tebas,

Dari tiada kini sudah nampak riak anak jalan, masih mengekalkan perdamaian,

Ada yang asyik menoleh dan bertanya tentang yang tertinggal,

Lalu hati kecil aku berkata;

“Usah risau, yang mati biarkan, yang baru lebih tinggi kecintaannya pada alam ini”

Pusingan dan kitaran ini akan terus berlaku, tanpa mampu dihalang,

Andai mahu silakan, ketetapannya takkan pernah berubah,

Berbicara dia, berbekas dalam hati aku,

“Kau teliti, biar dari anak benihnya, curahkan seluruh kasih sayangmu, Dia pasti suka”

Mulanya aku bingung kerana cangkulku tumpul, tanahku keras,

“Kau teliti, biar dari anak benihnya, curahkan seluruh kasih sayangmu, Dia pasti suka”

Dan sorakan itu akhirnya aku fahami bila yang tumpul diganti, yang keras disirami.

Memang agak sukar aku kerjakan tanah ini kerana hujan semakin lebat membasahi,

Hingga aku tersedar hujan kali ini bawa rahmat bukan musibat,

Kerna paritnya sudah terbina, waduknya sudah hampir siap, tunggu masa dipenuhi,

Jun 15, 2009

NATURAL SELECTION

Melaksanakan kebaikkan bukan boleh direka-reka, bukan boleh dengan hanya berlakon, tapi hadir dari hati yang membeda. Begitulah untuk menzahirkan Ad-deen Allah, sejarah telah menunjukkan untuk memperoleh kemenangan perlu dengan hati yang benar-benar ikhlas lillahitaala semata-mata dan tidak sekali-kali kerana sesuatu diluar dan keluar dari kepentingan agama Allah, agama Islam.

 

Al Hijr : 39,40.

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,

 

kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka."

 

Itu kata si Iblis, kerana yang namanya Iblis sedar bahawa memang dia sesat, keluar dari frame yang Allah telah tetapkan. Maka berprinsiplah si Iblis bahwa akan menyesatkan, sesesatnya seluruh keturunan Adam. Keingkaran Iblis bukan kerana tidak takutkan Allah, tapi kerana nafsunya sendiri yang terlalu mahu menjadi pemimpin sekalian makhluk.

 

Pernah si Iblis merayu, memujuk Adam, agar sama-sama memakan pohon larangan yang nantinya Adam akan mendapat kerajaan yang kekal, padahal Allah telah meletakkan garis panduanNya yang amat jelas, yang haq tetap haq yang bhatil tetap bhatil.

 

Pastinya si Iblis juga punya ilmu yang tinggi, masakan tidak, hinggakan syaitan tunduk padanya, hinggakan hawa terpedaya janjinya.

 

Namun ada makhluk yang tidak akan pernah terperdaya dengan kata-kata dan pujuk rayu si Iblis, iaitu hamba Tuhan yang Mukhlis. Yang benar-benar menyerah diri kepada Allah dengan ikhlas dan suci hati lillahitaala semata-mata.

Tony-Koukos-Flora-Tropical-97832

Tony-Koukos-Flora-Tropical-97832 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aku : Habis bagaimana yang telah disesatkan atau sedang tersesat, tidakkah kita perlu
  mencari dan mengingatkan mereka?
Dia : Untuk apa?
Aku : Kerana ada yang tidak tahu dan mengerti apa-apa.
Dia : He he he, bukankah Allah Maha Tinggi ilmunya, jika benar mereka berbuat atas
  dasar iman dan takwa dan benar-benar ikhlas, pasti Allah tunjukkan jalan.
Aku : Ohww…..

Jun 10, 2009

PASTI MENANG

At Taubah : 20.

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.


Tiada perjuangan yang tidak mahukan kemenangan. Untuk menang perlukan mentaliti pemenang, berfikiran positif, bertindak positif.


Oleh itu untuk menangkan Ad-deen Allah dan benar-benar menang, bukan dengan dipolitikkan, sekadar di'surat khabarkan' atau dijaja dengan ucapan panjang berjela. Namun dengan melahirkan manusia yang yakin dengan perintah Allah, yakin bukan sekadar dengan kata tapi yakin sekiranya dilaksanakan perintah itu pasti beroleh kejayaan.


Nanti akan timbul pula suara-suara 'serak basah yang tak sedap' menyatakan ini kerja gila atau sudah tidak relevan dengan keadaan sekarang. Kerana kegilaan yang mendalam untuk merahmatkan alam maka kita kena yakin pada Allah serta pelaksanaannya dan Rasulullah telah merelevankan apa yang telah diwahyukan kenapa kita tidak mencuba. Memang nanti hasilnya tidak akan seperti yang dilakukan oleh baginda, sekurang-kurangnya kita laksanakan, ianya lebih bagus dari berpeluk tubuh.


Hijrahkan pemikiran kita, hijrah itu selayaknya dan sepatutnya berlaku setiap hari. Sentiasa lakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Jika hari ini hidup dalam aturan manusia maka hijrahkan diri, hidup dalam genggaman Allah yang Maha Kuasa. Andai sudah mengakui keagongan Allah maka hijrah dari sekadar mengakui kepada melaksanakan. Andai sudah laksanakan maka hijrah untuk melaksanakan dengan lebih baik lagi. Dan jangan terus berpuas hati, tiada yang sempurna melainkan Allah.



Seterusnya setiap diri yang beriman dan berhijrah perlu berjihad. Jihad merupakan usaha nyata untuk menyuburkan nilai Islam bukan menafikan prinsip yang lain. Maka usaha jihad perlu berteraskan untuk memulihkan dan memelihara Islam, pulihkan umat Islam itu dahulu, pulihkan pandangan masyarakat terhadap Islam, maka nanti kita pelihara sampai bila-bila.


Semuanya ini perlu ditanggapi dengan usaha yang realistik, bukan sekadar menadah tangan atau berbangga dengan apa yang kita ada. Maka semuanya perlukan sumber dana yang sistematik, konsistan serta sumber daya manusia yang berqualiti tinggi( ilmu dan jasad).


Laksanakan ikut pengalaman orang terdahulu, ya, sebelum Syawal memang perlukan berpuasa baru nanti kita rayakan Aidul Fitri(kembali pada fitrah). Namun hingga hari raya, yang diharamkan berpuasa hanya satu hari sahaja maka selepas itu perlu berpuasa enam pula. Ini kaedah bagaimana kita menata atau mengawal kemenangan. Menang juga perlu ditata dan dikawal supaya manusia tidak mudah lupa diri bila melihat 'harta dan diri' manusia lain tunduk pada Islam.

Jun 9, 2009

KEPALA BATU

Apa yang kau tahu kisah orang dulu-dulu?

Demi pertahankan sebuah janji.

Apa yang kau tahu cerita orang yang terdahulu?

Dikhianati anak sendiri, dicaci bini sendiri.

Apa yang kau tahu tentang orang yang lebih dulu?

Malam sembunyi ketakutan, siang sembunyi keletihan.

Takut imannya musnah, letih menanggung amanah.

Ada yang ke longkang, ada yang kembali ke belakang,

Ada yang temberang, habis muka diconteng arang.

Apa yang kau tahu pasal orang dulu-dulu.

Tapi itu dulu,

Dulu-dulu,

Jalan terus jalan, aku peduli apa!

Bukanku suruh sembah aku tapi Dia,

Bukanku suruh junjung aku tapi Dia.

Bukanku suruh cinta aku tapi Dia.

Kalau itu yang kau kata gila, silakan.

Kalau itu yang kau sanggah, silakan.

Kalau itu yang kau benci, silakan.

Jalan terus jalan, aku peduli apa!

Bwek!!!

(noktah)


Jun 4, 2009

COPY + PASTE = SETTLE, hoh oh ohoh o..

Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens ("wise man" or "knowing man"), spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak yang berkemampuan tinggi.

Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaitkan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain.


Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majmuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan.


Manusia mempunya dua jantina iaitu lelaki dan perempuan.


Dari segi biologi, lelaki mempunyai 46 pasang kromosom termasuk XY berbeza dengan perempuan yang mempunyai kromosom XX tetapi masih juga mengekalkan jumlah kromosom yang sama.


Berbanding dengan haiwan ciri jantina haiwan tidak semestinya ditentukan oleh kromosom X dan Y tetapi juga dilambangkan dengan kromosom yang berlainan seperti V dan W, mempunyai bilangan kromosom yang lebih besar daripada jantina perempuan bagi haiwan jantan dan lain-lain lagi.


Manusia dibezakan daripada haiwan dari ciri fizikalnya dengan kebolehan berjalan di atas 2 kaki, mempunyai dua anggota depan yang dinamakan sebagai tangan yang mampu melakukan aktviti kompleks dan sangat penting bagi dalam kehidupan manusia. 2 kaki manusia cukup untuk digunakan sebagai imbangan dan membolehkan manusia mengaplikasikan 2 anggota unjuran yang lain dengan lebih efektif (tangan).


Manusia dari segi Islam juga dikaitkan dengan maksud insan iaitu makhluk yang tidak sempurna. Ini bukan membawa maksud fizikal tetapi dari segi kerohanian dan tabiat ataupun budaya ataupun personaliti manusia, insan tidak akan sempurna. Walaupun begitu, Islam memberi petunjuk kepada manusia supaya mendekati kesempurnaan itu sendiri untuk keharmonian manusia sejagat dan juga kepuasan individu.


Manusia dari segi psikologinya merupakan haiwan yang bersosial. Cara bersosial berbagai-bagai, walaupun tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kaedah sosial manusia sangat kompleks dan lebih maju dari pelbagai aspek dari haiwan yang paling terdekat kebijakannya dari manusia.


Bla bla bla bla……



Al A'raaf:179.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka mempunyai pendengaran tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat(bingung) lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.