Aug 21, 2009

SUARA MONYET



Baru-baru ini terdengar aku suara-suara bodoh dalam kepala aku, hahahaha, entah, tapi yang nyata suara itu kembali bermain namun kali ini dalam blog 'orang lain', hahahaha, yang sedih ramai yang masih mencari dan ada pula yang mencaci. Terpinga dan kelu sendiri, mungkin, kerana apa? kerana sendiri tidak membuka ruang padahal ianya pasti.


Kenapa harus takut orang lain menyatakan kau salah atau sesat? Bukan manusia yang mampu memberi pengiktirafan selayaknya.


Ramai sekarang berdepan dengan delima, tidak pasti apa yang dilakukan hingga menggoyah prinsip sendiri, padahal Al-quran didepan mata.


Al-Ankabut:69.
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

Apa yang pasti wahai sahabatku, buat kerana keredhaan Allah bukan kerana pangkat, harta atau popular. Berjihad memang punya gelora yang pasti hanya pada Allah sahaja panjatkan harapan dan ikuti sebenar-benarnya petunjuk Allah. Dan jangan bodoh dan memperbodohkan diri mengikut tanpa ilmu. Carilah hingga kau puas..... hohohohhoo.....


Yang nyata bukan tidak yakin pada apa yang disampaikan atau apa yang diperjuangkan tapi tidak yakin dengan Allah. Buang masa melayan orang sebegitu. Lalu sekarang perang semakin hangat, pencarian 'Muhammad' semakin hangat. Jangan sekadar membisu dan menjadi ahli kitab tapi sama-sama mengorak langkah, melaksanakan hingga mampu merahmatkan alam ini.


Muwahid ayoh.......!!!

Aug 5, 2009

LINGKARAN KOSONG

Mr. X

: Aku memang pasti Tuhan itu tiada.

Mr. Y

: Apsal pulok?

Mr. X

: Semuanya dongeng dan cerita tipu, direka agar manusia takut untuk melakukan
kesalahan.

Mr. Y

: Maksud kau, semuanya terjadi dengan sendiri?

Mr. X

: Yups, semua ajaran agama merupakan cara hidup agar manusia mampu terus
hidup dalam keadaan yang terkawal.

Mr. Y

: Syurga dan neraka?

Mr. X

: Ah! Itu tentang akibat, buat baik dibalas baik, buat jahat dapat perkara yang
negatif.

Mr. Y

: Aku tak faham. Apa maksud kau yang sebenar?

Mr. X

: Otak manusia nie sukar jika kita berbahasa secara terus, lembab, maka untuk
mendidik manusia maka diletakkan matlamat dan dasar supaya manusia punya
harapan dalam hidupnya dan mampu kembali bersemangat untuk melakukan
kebaikkan, jika tidak manusia sukar dikawal, kerana bukan semuanya mampu
mendengar secara terus dan mengambil pelajaran untuk melakukan kebaikkan
dan meninggalkan kejahatan.

Mr. Y

: Peh, lagi aku tak faham!!!

Mr. X

: Bahasa mudahnya, kau nie ditipu hidup-hidup untuk mempercayai sesuatu yang
tak pasti dan sesuatu yang tiada, itulah lingkaran yang kau sendiri tidak nampak
tapi membelit dan mengawal agar nanti kau menjadi orang baik, sama ada secara
terpaksa atau sukarela. Awwwww! Bodoh apsal kau cubit aku?

Mr. Z

: Mana ada aku cubit, ianya terjadi dengan sendiri. Ho ho ho h oho ho!

Aug 1, 2009

BINA ATASNYA

99097724_14bb9ccf63 copy

 

Sudah berapa lama kamu disitu?

Ada yang mengatakan sehari,

Ada yang menyampuk dua hari,

Malah ada yang bingung, katakan bertahun,

Bukan itu yang Dia suka,

Bukan itu yang Dia suruh,

Tidak salah kau bertanya,

Tapi bukan tanyakan berapa lama,

Tanyakan apa kerjamu, apa tugasmu, apa tanggunganmu,

Bakal nanti Dia pandaikan,

Bila kau bawakan makanan,

Yang mampu kau hadamkan, agar tak patah gigi, agar tak sakit gusi,

Peluk dia baik-baik, Dakap dengan kasih sayangNya,

Agar nanti lembut jiwanya,