Nov 30, 2009

SALUTE SELUT

Seakan-akan hadir tanpa keikhlasan lagi,

Dipanggil datang namun bukan dari hati,

Tiada lagi istilah rela, bagi mereka, mereka raja,

Bahasa kembali mengarah,

Bagai membunuh berjuta jiwa,

Ingin ditanyakan; “Mengapa kau tak terjun dulu?”

Namun jawapannya sudah ku temu,

Kerana aku tanah,

Di kiri kanan berangin angin lalu,

Bukan kerana ingin hujan, tapi dek kipasan semakin menguat,

Terkadang sejuk juga, terasa kecil juga,

Hingga terdetik dalam hati; “Mana yang dikatakan sebatas?”

Namun jawapannya sudah lama ku temu,

Kerana aku tanah,

Sering membisu,

Bukan tiada yang mahu dibicara,

Banyak persoalan ingin ditanya,

Namun bila ikatan mulutku terbuka, ramai yang tidak suka,

Mungkin lebih sesuai belajar sendiri,

Kerana tak sanggup lagi didengar; “Kau lambat makan garam”

Namun jawapannya lebih dahulu aku pelajari,

Kerana aku tanah,

Itu dosa ini tidak, mereka dosa kita tidak, aku dosa dia tidak,

Bila halus dibukakan bentuk, bila bentuk diilhamkan falsafah,

Hebat! Ya memang hebat,

Cuba mencari yang lain, tak ku jumpa,

Pernah dicari, Pernah bertanya; “Kalau bukan bintang, bukan bulan, bukan matahari yang mana satu Dia?”

Namun jawapannya dalam kocekku,

Kerana aku tanah.


Jangan lupa, Atas tanah ini dunia,

Atas tanah ini kau menjarah,

Atas tanah ini pernah derhaka,

Atas tanah ini jiwa mereka merdeka,

dan

Dalam tanah kau akan mati,


ha hah ah ah aha. jiwa-jiwa tak ke mana, wa haha ha haha!

Nov 25, 2009

DARAH

Untitled-1

AKU SATU

 

 

Untitled-1

 

       Aku nak menyatukan bangsa….

Untitled-1
       Aku nak menyatukan agama….
Untitled-1
       Aku nak menyatukan manusia…..

Nov 22, 2009

MELAYU

Aku cuba meng ‘Goggle’ perkataan Melayu, dan aku rangkumkan dengan satu perkataan, SAMPAH. Bukan Melayu itu yang sampah, namun bila korang sendiri meng ‘Goggle’ perkataan ini maka apa yang keluar bukan perkara-perkara yang positif namun sebaliknya.


Pencarian pertama tentang video anak-anak Melayu yang memang hebat, membanggakan syaitan-syaitan. Kedua tentang cerita sex Melayu, Ketiga Mr Wiki tentang Melayu. Dari empat sampai tujuh juga tentang sex, kesembilan tentang politik tanahair.


Untitled-1


Apa kata kalau aku meng ‘Goggle’ perkataan cina? Maka jawapannya…..


2


Dan aku tak meng ‘Goggle’ perkataan India kerana ejaan asal sebelum dan selepas di Melayukan perkataan itu tetap India, kalau goggle jugak kang banyak keluar cerita tentang negara India.


Begitu juga kalau kita meng Goggle perkataan ‘Malay’ maka banyak tentang sejarah dan perkara yang agak bermanfaat.


Apa yang cuba aku sampaikan, web site lucah atau apa sahaja yang berunsur lucah lebih diperlukan oleh sebilangan ramai yang berbahasa Melayu atau menggunakan perkataan Melayu, kerana Goggle akan memilih web site atau apa sahaja yang paling ramai dijenguk untuk baris pertama atau pilihan yang utama.


Aku mudahkan lagi, ramai orang Melayu kita takde kerja, takde mase depan, takde akhlak, takde kesedaran sivik, maka web site lucah menjadi hidangan. HIDUP MELAYU!




Dalam meng 'Goggle' aku jumpa kat u-tube cerita gempaq giler yang aku bagi lima bintang, beb buat lagi banyak-banyak cerita macam ni..... please..... wah hahahaha....

Aku nasihatkan tengok filem nie sampai abis.....












Nov 20, 2009

Nov 16, 2009

AKU MILIK AKU

Perjalanan harus ke depan bukan belakang, sejarah pahit jangan dijadikan batu pennghalang untuk berjuang. Perjuangan itu sendiri sudah mampu untuk diterjemahkan dengan pengorbanan. Namun pengorbanan dihadapan kita sekarang ramai yang masih samar-samar, apa itu pengorbanan…….


Pernah seorang sahabat menanyakan apa itu pengorbanan, maka aku ungkapkan dengan contoh mudah. “Ini handset kau, kalau aku ambil kau marah?”, maka dia menjawab, “Tentulah aku marah sebab ini handset aku”, maka aku menambah lagi, “Nah sekarang ini handset aku, kalau aku ambil masuk poket?”, “Lantak kaulah dah tu memang handset kau”.


Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.

- Al Baqarah : 207


Apa yang mahu aku sampaikan ialah, rasa bekorban akan hadir bila kita merasakan apa yang dikorban adalah milik kita. Kita yang punya kerana itu berat untuk dikorbankan. Namun cuba kita fahami kita ini milik siapa? Andai kita milik yang Maha Esa, maka mengapa perlu berkira-kira soal pengorbanan? Apa kita merasa kita ini tiada Tuhan? Tiada yang berkuasa dan memiliki segala-galanya apa yang ada pada kita dan di depan mata kita?

Nov 2, 2009

TUHAN AKU DAN TUHAN KAU SAMA…

 

2004…

Amwal : Cara kau ni salah, aku yang betul, cara kau bukan cara Rasulullah, ikut cara aku! Ini yang sebenarnya!
Anfus : Allow brother, lu ingat lu bagus? Gua dah khatam banyak kali. Dah berlambak tok guru gua, so, lu peduli apa?
Amwal : Kau nie degil, apa yang kau buat nie bukan cara Islam, ni dah sesat, kau dah menyusahkan semua umat Islam, memalukan kami!
Anfus : Lu budak hingusan brother, tak sama level dengan apa yang gua fikir, lu lembab, pakai otak la bro, bukan pakai lutut, nie zaman moden bro bukan zaman tok lu…
Amwal : Ai… budak nie, aish….. aku tangan-tangankan pulak!
Anfus : Lu ingat lu jer ade tangan? gua tadak, nie apa? siku atok lu?
Amwal : Aku cakap kat kau nie last warning, baik kau hentikan buat bende-bende macam nie, kalau tak….
Anfus : Kalau tak ape brother?
Amwal : Hah! Kalau tak aku akan hancurkan kau dengan semua yang ikut kau, aku sebarkan kat internet yang kau nie sesat, aku keluarkan kat paper yang korang semua ni bangsat.

 

2009…

Anfus : Assalamualaikum bang….
Amwal : Wa alaikum salam, kau rupenye… kau masih macam dulu lagi? Nak ikut Al-Quran cara sendiri?
Anfus : Maaf bang, dulu saya tak faham Al-Quran, sekarang baru saya sedar, banyak kesilapan yang saya buat, dan saya masih nak laksanakan Al-Quran bang, takde sebab untuk saya berundur dan ini saja jalan yang terbaik
Amwal : Ko memang degil, kan aku dah bagi tau, ko nie sesat, dah tak ikut syariat!
Anfus : Takpe lah bang, ape pun abang nak cakap, cakaplah, saya mengaku saya salah, berkasar dengan abang dulu, tapi tu dulu, sekarang saye dah lain bang, saye benar-benar nak laksanakan Al-Quran, ini sebab saya jumpa abang nak mintak maaf kat abang.
Amwal : Raye dah habislah bodoh!
Anfus : Kalu abang tak maafkan saye takpelah, terima kasih bang, sebab kata-kata dan cacian abang dulu buatkan saya makin dewasa, makin matang dalam berfikir. Assalamualaikum bang…..
Amwal : Pergi mampus dengan kau punya salam, aku tau ini taktik kotor kau, kalau dah bangsat tetap akan bangsat….. bodoh! Aku tau kau berlakon, buat-buat baik konon!

 

2010???

 

 

Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah, maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul.

- Al Israa' : 15

 

P/s; Maka apa yang dikecohkan siapa betul siapa salah? Kita bukan Tuhan untuk menentukan, jika benar-benar niatnya kerana Allah, pasti akan ditunjukkan jalan, Allah tidak pekak atau buta, apa sudah lupa bahwa yang dianiaya paling kabul doanya? Maka andai benar dianiaya doa saja pada Allah, atau mungkin kita sendiri yang menganiaya diri sebab itu doa tak kabul-kabul….. ;P

 

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

- Al 'Ankabuut : 69