Jan 29, 2010

TABLIGH

Kita membesar dalam pelbagai masa,
Walau di tempat yang sama,
Muka aku dan kamu mungkin berbeza,
Namun aku harapkan kepala kita sama,
Punya impian yang serupa,
Di kala impian menjadi kenyataan di situ ada pelajaran,
Di situ jua kita akan belajar bertatih bersama,

Jan 28, 2010

HAYUN LAJU-LAJU

Menukar kepercayaan dan prinsip bukan mudah, lebih-lebih lagi jika itu telah lama dijadikan pegangan. Yang menghairankan aku, kita diajak mengikut Al-Quran bukan manusia akan tetapi masih ramai yang susah untuk menerima hakikat belajar terus dari wahyu Allah, atas alasan kita harus belajar dari orang yang lebih berilmu.

Yang Maha Berilmu itu Allah, dan Allah tidak zalim kepada manusia kerna itu dipermudahkan Al-Quran(20;2, 54;17). Dan pada diri kita sudah ada kemampuan untuk belajar Al-Quran. Fikirkan.

Jan 22, 2010

AMIN

22 Januari 2010....................

Setelah banyak benda semakin hampir dan mampir siap maka aku kembali menjenguk blog yang dah semakin bersawang.

Memandangkan aku masih banyak lagi idea-idea yang terbuku dalam kepala aku, maka tak dapat untuk aku hentikan tarian jari jemari aku, wah ha haa hahaha.....

Sebenarnya aku teringat pada seseorang, ceh! lebih sepuluh tahun aku bersembunyi, dan menyembunyikan diri darinya. Namun jika difikirkan seperti yang pernah aku katakan sepuluh tahun dulu bahwa apa yang penting bagi aku adalah kenangan, dan kenangan itu cukup membuatkan aku tersenyum.

Moga rohnya dicucuri rahmat...........