Mar 30, 2010

ATAS NAMA CINTA

Puas sudah aku bersilat, hampir tepu dan tidak tahu ungkapan yang bagaimana lagi mahu aku dendangkan. Serasa aku yang aku luahkan itu yang paling mudah, maka bagaimana lagi untuk aku mengertikan. Kau kata aku terlalu logik? hingga aku melupakan intipati serta pengertian yang pernah disampaikan oleh rohul qudus.

Yang mendukacitakan aku, bukan kerana prinsipmu tidak berubah, tapi kerana kata-katamu yang becok seakan jiwamu yang paling bersih membenci segala macam kemungkaran, namun akhirnya kau sendiri bicarakan kau tak temu jalan, aku hulurkan tangan mahu ku tunjukkan jalan namun kau sendiri pula menyatakan belum masanya lagi. Tunggu apa?

Hari ini aku tertawa, bukan ketawa gembira namun dalam benakku segala macam rencah seakan mahu aku menjerit terlolong "Apsal ko bengap sangat!!!"

Namun itu bukan diri aku, dan aku pasti perasaan ini sekadar sejam dua, aku tidur dan esok, 'pling' ianya seperti biasa. Cuma satu sahaja, cintamu atas nama siapa?




<

Mar 11, 2010

PUISI LAGI

Puisi lagi
Kerana itu yang paling mudah untuk aku nyatakan
Itu yang paling mudah untuk aku bahasakan
Karangan yang panjang perlu isi yang bernas
Perenggan berjela merimaskan dan aku malas
Warg warg warg!
Tapi berpuisi itu indah dan mudah
Indah jika kau temui isi dalam bahasa
Mudah jika kau temui diri dalam isinya


Puisi lagi
Kerana itu yang paling mudah untuk aku nyatakan
Yang pergi biarkan, kenangan? Ceh! persetankan
Berbungkam dek mencari penyelesaian, aku terkadang temui
Namun mereka bagai buta tuli lebih tuli dari anak badak
Seakan tidak memahami, erti cinta Illahi
Cinta, perlukan pengorbanan


Puisi lagi
Kerana itu yang paling mudah untuk aku nyatakan
Apa yang sebenar hanya aku yang tahu
Yang lain cuma menduga apa yang aku bicarakan
Remeh atau lurus
Hitam atau pahit
Nyahkan saja
Hidup ini tidak lama maka jadikan ia bermakna
Bermakna dari kata
Bermakna hingga terkesan jiwa dek usaha nyata


Puisi lagi
Kerana itu yang paling mudah buat aku.....

Mar 9, 2010

BUTA JALAN JANGAN TERBANG

Mana kau pergi?
Aku ada kat sini..
Tapi seakan menghilang, kemana?
Jasadnya di sini, tapi jiwanya ke atas.
Gila! Mana kau pergi?
Aku di sini, benar, seperti biasa.
Cukuplah, kau hilang, hilang dari kehidupan manusia, ke mana?
Aku memang kat sini, tak pernah hilang, cuma kau tak nampak aku bersama melepak di kedai kopi, kau takkan nampak aku berlonggok sana sini.
Habis mana kau pergi? Cari apa?
Tiada apa yang aku cari, kerana petunjuknya sudah pasti, aku pergi melaksanakan apa yang aku sudah temui, dan ianya pasti.......

Mar 4, 2010

AKU DAN SYAITAN SEGI EMPAT HITAM

Memerhati kadang-kadang lebih bermakna, memerhati alam yang terus-menerus mencipta sejarah tanpa mampu ditahan, memerhati diri yang kadang-kadang terlupa tentang tanggungjawab, memerhati sahabat lama yang acapkali hadir dalam mimpi namun tak lagi bersua, aku pasrah bersama ipod ditangan, wahahahaha, weh, ni dah start rabiul awal , genab 1484 tahun (hijriah) Rasululluah dilahirkan. Ada yang masih berarak mengenang kelahiran Rasulullah (no komen), namun yang aku perhatikan mengingati kelahiran Rasululluh seakan satu budaya @ adat yang baru dalam kalendar bangsa Melayu.

Mudah-mudahan yang dilafazkan mampu difahami lalu apa sahaja kalimat yang diucapkan dilakukan terus secara actual serta dipendiriankan, jangan sekadar mengaku ada rasul namun 'uswatun hasanah'nya dipinggirkan. Bubbye, to flashpoint's addict, jangan tak tido plak, wahahahaha....