PUISI LAPAR

Perut Melayu ini perlu diisi dengan rendang prinsip
Perut Melayu ini perlu diisi dengan acar ibadah
Perut Melayu ini perlu diisi dengan laksa urusan

Kerna

Perut Melayu ini sukakan akar mampan
Perut Melayu ini sukakan umbut bersungguh
Perut Melayu ini sukakan buah kerja bersama

Kerna asalnya luak dari suku, asalnya suku dari perut
Maka haruslah

Perut Melayu ini idamkan kesedapan yakin percaya
Perut Melayu ini idamkan kelazatan sejahtera
Perut Melayu ini idamkan kenikmatan yang terbaik

Namun perut punya buapak
Ada yang buncit budaya
Ada yang pendek percaya
Ada yang cuma cinta diri
Asal selamat diri dan keluarga

Percaya lah hai perut Melayu
Kita tak punya apa
Sering lapar dahaga
Cuma Soal mahu makanan apa?
Makanan syurga atau neraka

No comments:

Post a Comment