Oct 14, 2008

MEMEK MELAYU, KEMEKKAN LAYU.

Menjawab soalan dari deliciousdeen :-

"terima kasih...definisi 'malay' dari 1 website http://www.urbandictionary.com/define.php?term=malay

what do u think? pemimpin melayu x back up melayu?"


Terlebih dahulu, urban dictionary meletakkan fakta dan penjelasan luar dari aspek ilmiah dan pendidikan, kerana informasi yang diberi kebanyakkannya pendapat peribadi tanpa hujah atau penilaian yang konkrit(Aku gelak besar tengok web nie, memang lawak) ;-)

Al Furqaan:63.
"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik"
Allah dalam surah Ar-rahman menjelaskan bahwa pemurahnya Dia kerana Ilmu(pendidikan), beerti untuk menaikkan bangsa Melayu Islam ini juga dengan pendidikan. Jika ada yang menafsirkan bahwa melayu itu pemalas, bodoh, tidak ada hala tuju maka biarkan, kita nafikan dengan menghasilkan Pendidikan dan Ekonomi, berteraskan Al-quran.


Apa bangsa sekali pun, selagi punya pegangan, teruskan perinsipnya. Angkat martabat bangsa masing-masing, tapi jangan lupa CARI PERSAMAAN, kerana Allah ciptakan berbagai jantina, berbagai bangsa untuk saling kenal-mengenal. Bukan salah pemimpin dan jangan sekali-kali menyalahkan pemimpin.


Kata Allah dalam Al Israa':14-
"Bacalah ketetapanmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu."


Kita sendiri yang menilai bangsa Melayu Islam ini, hancur atau tinggi martabat bangsa ini atas tangan kita sendiri. Dan cara yang paling berkesan dan realistik dalam membangunkan jiwa raga bangsa ini adalah dengan mengikuti kembali jejak langkah junjungan besar kita Nabi Muhammad. Kenalkan manusia pada Allah, kenalkan tentang AsmaulhusnaNya dan ajak manusia mencintai Allah.


Hadapkan kembali wajah kita pada fitrah Allah, jangan berpecah belah dan teruskan membawa petunjuk dan tegakkan Addeen yang haq. Usah sibuk kejar pahala semata-mata namun harapkan keredhaan Allah. Kembalikan manusia seluruhnya pada Al-Quran, biarkan Al-Quran menjadi imam kita, biarkan Al-Quran yang memimpin kita, namun sekiranya punya cara atau idea yang lebih bagus selain Al-Quran sila laksanakan nanti kita sama-sama lihat siapa yang berjaya, siapa yang berdusta.....

4 comments:

  1. sampaikan yang haq kalau kalian sudah memahami al quran..jangan hanya membaca blog ne..sampaikan n sebarkan...

    ReplyDelete
  2. Pendekar, terima kasih tinggalkan jejak di blog saya. Blog tuan menarik, isu pun berkaitan dengan kemasyarakatan.Cuba komen hal penipuan orang Melayu terhadap bangsanya sendiri:
    BNM serbu 4 syarikat

    Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan TAN MING WAI

    KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

    Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur , Selangor dan Negeri Sembilan.

    Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

    BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

    Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.
    (Petikan Bernama 14 Oktober 2008)

    ReplyDelete
  3. terima kasih brahimnyior kerana bertandang ke kakisyurga. komen anda saya jawab dalam post hadapan kerana amat menarik....

    ;-)

    ReplyDelete
  4. salam...

    Al Furqaan:63.
    "Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik"


    Al Israa':14-
    "Bacalah ketetapanmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu."

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete