Aug 29, 2008

LARAT TAK LARAT


Satu ketika sewaktu subuh, aku solat di sebuah surau seorang diri, mungkin penduduk di kampung ini lebih suka solat dirumah. Selesai solat, ketika hendak melipat sejadah, aku tertarik melihat seekor semut kecil sedang berusaha mengangkat bangkai seekor nyamuk. Ditarik kekiri, ditarik kekanan tapi masih belum berganjak, dan hampir sejam aku memerhatikan telatah si semut sambil aku membaca Al-Quran, masih berusaha mengangkatnya tapi masih gagal.


Ramai orang Islam kita hari ini bersikap begini, ramai yang tahu tentang pentingnya mendokong tugas murni menzahirkan sistem yang hak, akan tapi mendokongnya seorang diri. Melihat kegigihannya pasti ramai yang akan memuji tapi laratkah untuk angkat seorang? Andai tidak larat dan memang takkan larat maka panggil dan cari sahabat-sahabat yang lain yang memahami pentingnya menzahirkan sistem dan kita dokong beramai-ramai.

5 comments:

  1. "Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu, pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu" Yunus:19

    Bukan manusia sekarang enggan berjuang beramai2, tapi kerana banyak perselisihan fahaman dan pandangan. Kita perlu mencari persamaan bagi mencantumkan perbedaan ini. Segera.

    ReplyDelete
  2. Kata orang - bagai menuang air di daun keladi.Mungkin juga sia-sia, mungkin juga tersorok rahsia.Syukur dengan penglihatan, moga dengan penglihatan yang ada, wujud kesan pada hati untuk menolong 'semut' itu.

    ReplyDelete
  3. salam...
    melakukan kerja seorang diri, tak seronok...
    lakukan kerja secara berkumpulan, barulah seronok dan berkesan...
    apa yang penting, kerja...sama...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete