Jul 29, 2008

KIRI DAN KANAN ISLAM



Maka sekiranya pendapat dan pandangan aku ini salah tolong betulkan, tetapi andai kita setuju nah apa kata kita mulakan hari ini dengan Asmaul Husna (nama-nama yang Terbaik), mulakan dengan menghafalnya nanti sama-sama kita fahami dan satu hari nanti sama-sama kita cintai Allah. Wujudkan rasa cinta pada Allah, kita cari persamaan dalam perbezaan, kita bangkitkan seruan perdamaian dan toleransi, dan kita laungkan kebangkitan Islam melalui pendidikan, kerana pendidikan hak milik kita bersama.


Demi generasi mendatang fikirkan untuk berdamai, fikirkan untuk bertoleransi, fikirkan untuk memiliki kesejahteraan. Melayu pernah tinggi martabatnya kerana Islam dan Islam pernah dibanggakan oleh bangsa Melayu, nah manusia yang berjiwa melayu harus cari persamaan dalam islam dan manusia yang berjiwa islam harus meneliti persamaan dalam melayu. Yang penting kita semua mengakui tentang kebenaran ajaran Illahi.

3 comments:

  1. Melayu pernah tinggi martabatnya kerana Islam ..

    semoga ISLAM akan kembali memartabat Melayu, dan seluruh bangsa lain di dunia!!

    salaam...

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana memahami

    kita mulakan kebangkitan islam dari diri kita

    kita mulakan dengan mencintai yang maha Esa

    ReplyDelete
  3. salam...
    berada di kanan...
    jangan berada di kiri ataupun tengah-tengah...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete