Aug 19, 2008

MELAYU BACA ISLAM @ ISLAM BACA MELAYU?


Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah
Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya

Bukanlah maksud aku untuk mentafsirkan ayat dari Surah Al-Alaq(1-5) ini, akan tetapi apalah salahnya kita buka ruang untuk memikirkan bahawa Allah menegaskan bahawa setiap apa yang manusia mahu lakukan haruslah dengan ilmu dan untuk menyelesaikan segala masalah yang melanda manusia yang mana manusia bingung memikirkan dan mencari jalan penyelesaian, jawapannya terang dan jelas ada di depan kita, manusia harus belajar memahami ilmu yang Allah ajarkan, iaitu Al-quran.


Akan tetapi bukan semudah itu membaca yang dimaksudkan bukan sekadar baca, bukan semacam membaca buku komik, akan tetapi pada ayat itu tadi kita diminta membaca perkara yang paling dasar iaitu baca dengan nama Tuhan. Beerti yang seperti aku jelaskan pada peringkat awal tadi, mengajak manusia terutamanya diri kita mengenali Allah, Tuhan, Rabb yang menciptakan kita.


Untuk kenalNya maka kenali dahulu namaNya, nah makin lama nanti baru timbul rasa cinta, orang yang bercinta tidak akan menyakiti satu sama lain, orang yang bercinta sentiasakan jujur, malah orang yang bercinta akan sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira hasil yang akan diperolehi, mudah bahasa melakukan perintah Allah bukan kerna mengejar syurga, atau bukan kerana takut disiksa tetapi kerana cinta. Oh indahnya andai semua manusia melakukan kerana cinta pada Allah.

1 comment:

  1. salam...
    melakukan perintah Allah bukan kerna mengejar syurga, atau bukan kerana takut disiksa tetapi kerana cinta pada Allah...
    terima kasih kerana mengingatkan...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete