Mengikut Law Of Attraction, apa yang selalu kita fikirkan, maka itulah yang akan terjadi pada kita. Pendek kata, kita adalah hasil dari apa yang kita fikirkan. Sentiasa berpandangan positif. Di bawah nie sebahagian cerita aku sendiri bagaimana berfikiran positif dan jangan buruk sangka.
Hampir lapan tahun aku tidak dapat menghubungi kawan baik aku sorang nie, dulu kami terlalu akrab dah macam laki bini tetapi selepas kami terputus hubungan dan masing-masing menyambung pelajaran. Namun setelah sekian lama aku menjejakinya baru kelmarin aku dapat menghubunginya. Aku begitu teruja. Akan tetapi, dua mesej yang aku kirimkan tidak dibalas, maka aku membuat keputusan untuk menelefonnya terus. Panggilan pertama tidak diangkat dan kemudian orang lain menelefon aku menggunakan taliannya, dan mengatakan “wrong number’. Aik?
Tetapi setelah diperiksa ternyata nombor yang aku dail tidak salah. Mengapa ya? Maka banyaklah persangkaan yang aku cuba fikirkan. Namun tidak satu pun yang memungkinkannya. Tertekan dan pecah kepala juga. Nah, untuk tidak memanjangkan cerita aku terus melupakan peristiwa ini dan berfikiran positif, dan memikirkan mungkin dia ada sebab yang tersendiri. Dan yang menggembirakan aku disini ialah aku tidak ambil hati dan rasa lega mula timbul, ringan terus kepala aku.
Mungkin cerita ini tidaklah begitu berat masalahnya, akan tetapi masih melibatkan psikologi dan hubungan diantara individu yang lain. Berfikiran positiflah dan itu untuk diri kita sendiri.
MARI KITE CUBE SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF SELALU....
ReplyDelete"Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." Yunus:36
ReplyDeleteKebenaran takkan dapat dicapai dengan prasangka. Ayuh kikis sikap negatif dalam diri kita. Bebaskan minda kita.
Kecapi nikmat bahagia.
Masa itu perjalanan. Kita akan rugi buang masa dengan sangkaan yang negatif. Namun sangkaan yang positif diperlukan agar kita sentiasa berfikir meningkatkan ilmu pengetahuan.
ReplyDeletekita apa yabg kita fikirkan, maka fikirkan diri kita.
ReplyDeleteSakit Hati<->Hati Sakit?Hakikatnye,Org Dalam Gambo tu Mmg betul2 Sakit...Kene Bola Kat Batang Idung Tu....SAKIT!!!!
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteberfikiran positif dan sangka baik adalah doa...
buat perancangan untuk hari esok...
banyaknya Ilmu Allah yang ada di dalam Al-Quran...
Alhamdulillah...