Aug 25, 2008

TABUNG AKHIRAT

Setuju tak kalau aku katakan bahwa cinta itu datang tanpa dipaksa, melalui beberapa proses. Awalnya cuma berkenalan, mula cuba mendekati dan memahaminya lalu datang rasa percaya bila sudah mengenalinya. Justeru bila semakin rapat akan timbul rasa rohani, ingin mendalami jiwanya. Timbul rasa rindu dan bila saban hari mengingatinya mula timbul rasa CINTA. Apa sahaja permintaannya aka dilakukan tanpa paksaan malah gunung akan didaki lautan api akan direnangi.

Begitu juga antara kita dengan Sang Pencipta, mulakan dengan mengenalinya dahulu, kenali nama-namaNya kerna Dia punya nama yang terbaik. Lambat laun nanti akan timbul rasa percaya(iman). Makin kita hampirinya makin tersentuh jiwa dan kita akan faham tentang harus menjiwainya, mendokong namaNya. Baru nanti akan timbul rasa CINTA, nah cinta pada Allah itu sangat indah, sangat sempurna, tak terbayang di kepala, hanya manusia yang mendokong perintahnya akan memahaminya.


Ya Allah, bukti cintaku padamu akan aku ubah alam ini agar semua tunduk cinta padamu.

5 comments:

  1. diharapkan kalian sama2 mencintai allah dengan mengenali nama2 nye..
    kalian boleh melakukan...

    ReplyDelete
  2. Proses itu memerlukan kesabaran dan penelitian. Pastikan terjatuh halanya cinta itu pada yang lain sehingga membuat kita TERlalai. Namun laluilah proses itu.Kerana tiada yang indah selain proses MENGENALI dan MENCINTAI Dia...

    ReplyDelete
  3. dalam mengenalinya kita mulai dengan asmaulhusna

    ReplyDelete
  4. "Mereka berkata: Hai orang yang diturunkan Al Quran kepadanya, sesungguhnya kamu benar-benar orang yang gila" Al-Hijr: 15

    Memang sifat manusia suka menghukum sebelum mengenal. Ada yang menamakan ini 'Halo Effect'. Ada yang memanggilnya 'Generalization'.

    Namun tanpa mengenali Allah, bagaimana mahu mentaatinya?

    Teruskan usaha saudara Pendekar, mudah-mudahan lebih banyak hati akan terbuka menerima Islam sebagai satu keperluan, bukan sebagai dogma.

    ReplyDelete
  5. salam...
    kenali Allah dengan asmaa-ul-husna...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete