Segala-galanya punya nama bagi memudahkan kita mengerti dan mengenali apa yang hendak dirujuki atau yang hendak digambarkan. Nama amat penting bagi menggambarkan sesuatu sama ada boleh dilihat atau tidak. Nama juga dapat menerangkan sifat-sifat atau bentuk rupa sesuatu perkara atau benda. Setiap makhluk juga punya nama kerana dari nama kita dapat membezakan identitinya diantara satu sama lain. Melalui nama juga kita akan memahami kemahuannya, caranya serta aturannya.
Shakespeare pernah berkata “Kalau bukan kerana namanya bunga ros bagaimana hendak kita gambarkan bau wangi?”. Beerti kita dapat mengenali segala-galanya berdasarkan nama, walaupun tanpa melihatnya kita sudah dapat menggambarkan serta memahaminya.
Allah tidak dapat dilihat dengan mata kasar, untungnya menjadi orang Melayu kerana rata-ratanya lahir dalam keluarga Islam yang mempercayai kewujudan Allah. Akan tetapi lama-kelamaan manusia mula mempertikaikan kewujudan Allah. Kerana itu jika kita perhatikan surah pertama didalam Al-Quran berbunyi “Bacalah dengan nama Allah yang Maha Pemurah, yang Maha Penyayang”. Beerti Allah mahu kita mengenalinya melalui namanya. Bahkan wahyu yang pertama diturunkan berbunyi “Bacalah, baca dengan nama Rabbmu (Tuhanmu) yang menciptakan”.
Amat penting sekali kita mengenali nama-nama Allah, kerana dari namanya kita dapat memahami sifat-sifatnya dan secara lansung kita akan mengerti tentang cara, aturan dan kemahuannya. Oleh itu hari ini kita mulakan dengan menghafal asmaul husna, kerana nama-nama yang terbaik ini hak milik Allah, milik Islam, milik umat Islam, milik kita bersama.
Mengenali melalui nama kadang-kadang menguji kesabaran.Realitinya, itulah yang terjadi kepada manusia sekiranya terlalu ingin melihat seseorang yang digambarkan sempurna dan cantik oleh orang lain.Mengenali Allah melalui nama - kalau dengar memang rasa senang nak kenal.Kesabaran amat diperlukan sebelum melihatNya.
ReplyDeletetakkan kita berupaya melihat Allah,
ReplyDeletecinta yang paling tinggi,
cinta yang paling agong,
kita kenal dgn manusia pun melalui nama... nanti xdela sesat atau terslah orng yang kite kenli itu..
ReplyDeletediharap kalian teruskan menghafal nama- nama ALLAH yang sempurna....
baru datang rasa cinta kepdanya...x kenal maka x cinta...
salam...
ReplyDeleteAl Baqarah: 21.
Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa,
Alhamdulillah...