Sep 12, 2008

KENALKAH SEJAHTERA? -sbg

Kerana dalam menjaga hubungan ini kita akan dipandaikan untuk menatanya dengan lebih baik agar hubungan ini terus berkekalan. Proses ini perlukan kesabaran yang tinggi, dan rasa percaya yang tinggi, kerana kita sedang berhadapan dengan hubungan yang begitu kompleks, yang pelbagai bentuk, budaya, bahasa, kepercayaan dan aturan hidup.


Dan ini seringkali menyebabkan berlakunya perbezaan, hingga tahap yang getir mengakibatkan peperangan sama ada mental atau fizikal. Yang hancur dan musnah adalah manusia dan alam. Membina perlukan masa akan tetapi meruntuhkan sekelip mata.


Kerana itu impian kita malah pernah menjadi impian setiap rasulullah iaitu untuk MERAHMATKAN SEKALIAN ALAM. Kita cari persamaan walaupun sering berhadapan dengan perbezaan. Wajib wujudkan ikatan ini, manusia yang hidup di alam semesta ini harus terikat dengan peraturan Penciptanya kerana Dialah Yang Maha Mengetahui, ini juga boleh kita namakan sebagai akidah (ikatan).


Maka untuk mengetahui bagaimana agar saling terikat, manusia wajib memahami risalah yang telah disampaikanNya melalui rasulNya iaitu Al-Quran. Risalah ini telah diadaptasikan oleh generasi terdahulu yang akhirnya membuahkan hasil yang cukup lumayan, ilmu keluar dengan mencurah-curah, tamadunnya begitu tinggi dan manusia hidup dalam kesejahteraan. Wahai sahabat-sahabatku yang budiman, angkat bangsamu dengan pendidikan, julang bangsamu dengan pendidikan, tundukkan manusia pada Pengaturnya yang menciptakan. Kembalikan manusia pada fitrahnya, nah baru nanti kita rayakan aidulfitri. Salam Aidul Fitri.

4 comments:

  1. mari kalian bangkit kita abngunkan pendidikan..nanti baru kita rayakan kembali kepada fitrah nya...salam aidil fitri

    ReplyDelete
  2. "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." Al-Anbiyaa':107


    Marilah hapuskan superiority thinking dan konsep 'Holier Than Thou' dalam mentaliti beragama.

    Semua makhluk dari pencipta kita, jika benar Nabi Muhammad itu merahmatkan seluruh manusia (tidak kira agama), mengapa kita cepat melaknat agama lain?

    Sebab kita lupa dalam perbezaan kita, persamaan kita amat ketara: semua manusia inginkan ketenangan.

    ReplyDelete
  3. bak kata p.ramlee: "dimanakan ku cari ganti, serupa denganmu?" MANA ISLAM YANG SEBENAR??? MANA PERSAMAAN??

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Al Ahqaaf:26.

    Dan sesungguhnya Kami telah meneguhkan kedudukan mereka dalam hal-hal yang Kami belum pernah meneguhkan kedudukanmu dalam hal itu dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati; tetapi pendengaran, penglihatan dan hati mereka itu tidak berguna sedikit juapun bagi mereka, karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka telah diliputi oleh siksa yang dahulu selalu mereka memperolok-olokkannya.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete