Sep 15, 2008

MENGARUT ADA MAKNA

Kisah ini berlaku semasa jam dan kalendar masih tak wujud lagi maka aku tak tahu bila ia terjadi. Tersebutlah kisah pada suatu hari seorang pemuda yang namanya Semail pergi ke muara sungai mencari ikan. Dalam perjalanannya dia bertemu dengan seorang budak kecil yang sedang bermain, maka terfikirlah di benaknya, “Untungnya jadi budak-budak tak payah nak sara keluarga, tak fikir tentang masalah dunia, tak payah nak jaga hati orang lain, buat salah pun orang tak marah”.


Semail meneruskan perjalanannya, dia bersiul-siul kegirangan sambil memikirkan betapa seronoknya sekiranya dia menjadi kanak-kanak sepanjang hayat. Ketika melintasi sebatang pokok, dia ternampak seorang bangsawan diiringi pengawal-pangawalnya sedang berburu, maka dia pun tunduk berjalan sambil di kepalanya terfikir, “Kenapa aku tidak dilahirkan dalam keluarga bangsawan, kaya-raya, punya hamba, tak perlu susah-susah bekerja, bila balik makanan sudah tersedia”, rintih hati Semail. Perlahan-lahan dia menyalahkan kedua orang tuanya kerana bukan dari golongan berada.



Langkahnya diatur kembali kemuara, sambil berangan menjadi orang kaya. Sesampainya di muara, dia terlihat sebuah kapal besar dan di dalamnya ada seorang nakhoda yang sedang memerintah awak-awaknya berlayar. Maka terfikirlah pula Semail, “Untungnya jadi nakhoda punya pekerja yang boleh diperintah sesukanya, alangkah bagus kiranya aku seorang nakhoda, tentu jauh aku mengembara, tentu ramai wanita yang terpesona”. Semail perlahan-lahan turun kemuara sambil bingung memikirkan mana yang lebih bahagia, sama ada menjadi kanak-kanak sepanjang hayatnya, atau menjadi bangsawan punya harta, atau lebih bagus menjadi nakhoda punya kuasa.


Cerita ini pastinya tak pernah berlaku kerana aku yang reka, bukan nak mengarut sebarangan tetapi, sering memikirkan bangsa Melayu Islam ini ramainya begini, hidup nak mudah, sering kali salahkan orang lain bila keinginan tidak tercapai, kuat berangan tapi kerja tak jalan-jalan, punya impian yang setinggi langit tapi usaha macam siput khinzir. Cerita nak bangunkan sistem Islam, nak tegakkan ad-deen yang hak, tapi cuma angan-angan, lihat para Rasul pernah laksanakan maka dia pun rasa boleh buat macam para rasulullah, tapi tak punya keazaman.


Kita punya matlamat yang jelas, maka bak kata pepatah, P.O.L.C (planning, organize, leading, control). Harus jelas matlamat kita kemudian kita rancang, dan perlahan-lahan kita strukturkan, kita gerakkan dengan sumber yang ada dan kawal segalanya dengan bijak dan teratur. Kalau gagal kita mulakan lagi dengan merancang. Mungkin ada definasi yang lebih tepat tapi ini yang mudah untuk aku jelaskan.

4 comments:

  1. "(Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong[353] dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab..." An-Nisa':142

    Setiap hasil balasan adalah berpandukan usaha, bukan angan2. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  2. sahabat ku kalian boleh usahakan unutk menegakkan deen ioslam...tetapi harus kerja kuat. agar org nnti pndng kite lebih mulia...di klangan bangsa yang len...islam didunia hilang tanpan tujuan...
    bwk otak bukan pisau

    ReplyDelete
  3. Cerita nak bangunkan sistem Islam, nak tegakkan ad-deen yang hak, tapi cuma angan-angan,

    ReplyDelete
  4. salam...

    Al 'Alaq: 1,2,3,4,5

    Bacalah dengan nama Rabbmu Yang menciptakan

    Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah

    Bacalah, dan Rabbmulah Yang Maha Pemurah

    Yang mengajar dengan perantaran kalam

    Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya


    Alhamdulillah...

    ReplyDelete