Sep 23, 2008

RENUNGKAN

Menjadi seorang pemimpin harus berfikiran dan bertindak secara rasional. Pimpin manusia kerana Allah bukan kerana peribadi kita, itu yang lebih mudah dan cara yang lebih bijaksana.

Dalam menjalankan tugas seharian aku sering berhadapan dengan karenah pemimpin dan karenah orang yang aku bimbing. Maka aku rangkumkan sedikit pendapat aku, mungkin benar atau mungkin salah. Untuk menjadi pemimpin kita harus berdisiplin, berani, membela pimpinan, jujur dan hermah, bijaksana, mencintai dan membela yang dipimpin, dan pantang menyerah.


Disiplinkan diri kita, disiplinkan masa kita dan disiplinkan tugas kita, kerana kita adalah diri kita dan yang dipimpin merupakan cerminan kita. Rosak yang kita bimbing beerti kita seorang yang rosak, bagus yang kita pimpin beerti kita seorang yang berjaya. Disiplin akan memudahkan segala urusan, melicinkan perjalanan dan kita akan tetap fokus pada matlamat.


Berani menyatakan kebenaran walaupun perit, berani menegur walaupun sakit dan berani melakukannnya dahulu sebelum menyuruh orang lain. Namun jangan berani membuta tuli nanti kita yang rugi. Berani mengakui kesalahan dan mahu belajar dan berani membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh orang lain.

2 comments:

  1. didplin amt penting jika mahu jadi pemimpin...jadi kan tauladan kepada anak buah yang kita pimpim

    ReplyDelete
  2. salam...

    Berani menyatakan kebenaran walaupun perit, berani menegur walaupun sakit dan berani melakukannnya dahulu sebelum menyuruh orang lain. Namun jangan berani membuta tuli nanti kita yang rugi. Berani mengakui kesalahan dan mahu belajar dan berani membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh orang lain.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete