Sep 7, 2008

RUMPUN MANUSIA HARI INI

Al Baqarah: 21.
Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa,



Ayat Allah ini jika kita perhatikan amat mudah untuk difahami, akan tetapi jika kita dalami maksudnya secara lebih mendalam tidak semua manusia mampu melakukannya.


1. Manusia perlu meyakini dan mengaku adanya kekuatan Yang Maha Tinggi, iaitu Tuhan, Allah, God, Yahweh, Elohim, yang harus disertai dengan rasa tunduk, dan ini merupakan fitrah (naluri) yang dimiliki oleh setiap manusia.


2. Walaupun demikian, manusia tetap memerlukan pemberi peringatan agar tidak menyeleweng dari fitrahnya, mereka adalah para nabi dan rasul kerana dari para nabi dan rasul juga manusia dapat memahami cara untuk menyembah Tuhan dengan sebenarnya.


3. Maka nanti wujud perasaan tunduk kepada Yang Maha Tinggi, yang disebut iman, atau iqtikod, yang kemudian beralih pada adanya rasa suka (rughbah), hormat (ta’dzim), dan lain-lain, itulah unsur-unsur al-din (agama). Al-din (agama) adalah aturan-aturan atau tata-cara hidup manusia yang dipercayai bersumber dari Yang Maha Kuasa untuk kebahagian di dunia dan akhirat Ini telah diamalkan oleh manusia sebelum ini dan telah menunjukkan hasilnya.


4. Telah lahir berbagai agama dan anutan didunia ini dan membentuk satu syariat (aturan) yang mengatur kehidupan manusia, yang termaktub didalam kitab-kitab suci, baik agama samawi (yang bersumber dari wahyu Illahi) mahupun yang terdapat dalam agama ardli (budaya) yang bersumber dari pemikiran manusia. Pemeluk agama-agama yang ada di dunia ini, telah memiliki strategi, cara (method) dan teknik perlaksanaannya masing-masing, yang sudah barang tentu dan sangat boleh jadi terdapat pelbagai perbezaan diantara satu dengan yang lain. Maka wujud pula jurang dalam mempercayai Tuhan.

3 comments:

  1. apa nak buat kebaykkan mengakui dirinya manusia tetapi tidak mahu tunduk kepada allah... semoga aturan yang kite perjuangkan akan dapat dilaksanakan mengikut faham allah...semoga nanti manusia menngerti..

    ReplyDelete
  2. salam...

    Al Baqarah: 21.
    Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa,

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete