Sep 29, 2008

SERANG SORANG-SORANG

Kawan-kawan aku sekarang sibuk menanam pokok, hobi baru, maka banyaklah pokok yang ditanam termasuk dalam pasu. Hari demi hari disiram, dijaga, ditata dengan cermat. Namun ada diantaranya yang mati. Mungkin ilmu pokok masih tak cukup. Namun aku cuba untuk memahami kenapa dan mengapa ada yang mati? Aku tidak mengalihkan pokok yang mati dan terus menyiramnya mengharapkan tumbuh pokok yang baru, namun itu perkara mustahil kerana tiada benih dalam tanahnya.



Ada diantara pokok yang ditanam menggunakan tanah yang tidak sesuai dan apabila kerap disiram air maka tanah bertukar menjadi tanah liat, ada yang kurang mendapat cahaya matahari dan ada yang kurang air.


Bukan pokok yang penting akan tetapi memahami falsafah yang hendak disampaikan melaluinya. Mendidik dan menyampaikan Al-Quran juga seperti menanam pokok, tanpa dasar yang kukuh bagi ilmu(air) setiap hari pun takkan menyuburkannya. Adakala mendidik jangan terlalu banyak dicurahkan ilmunya, bak kata Allah, Al Qiyaamah :16.

Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya

Biar ilmu yang disalurkan sesuai dengan keadaan penerima, terlebih ilmu kalau dapat difahami tidak mengapa, takut tak faham nanti biol! Kena selalu ‘follow-up’ selalu menunjukkan cara yang betul dalam melaksanakan apa yang diperintahkan, beri cahaya jangan disembunyikan, namun adakalanya jangan terlalu menunjukkan aspek praktikal sahaja, terlebih panas juga boleh mati. Kerja ada rehat.


Kalau dah tidak ada iman(benih) dah tak payahlah menyusahkan diri untuk siram memang takkan tumbuh, kerana yang menciptakan benih iman hanya Allah, tidak ada daya upaya kita melainkan Allah. Mari sama-sama kita tanam pokok. .......... :-)

2 comments:

  1. ilmu itu amat2 pnting...truskan tanam dan cari pokoko yan baik dan berkualaiti agar bumi nanti aman tanpa ada pencmaran yang teruk...teruskan berjuang

    ReplyDelete
  2. salam...

    Al Qiyaamah :16.

    Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete