Oct 18, 2008

AKAN KU TATAPI WAJAHMU

Ahmad Shalaby ada menyatakan bahwa "Al-Qurannur Karim mengandungi asas-asas sistem yang kukuh teguh bagi agama dan dunia(tamadun). Andainya kita dapat menafsirkan asas-asas ini dengan sebaik-baiknya nescaya terbentuklah suatu sistem yang sempurna dan sesuai untuk manusia seluruhnya di berbagai-bagai zaman dan tempat....'"


Setiap hari kita solat dan bacaan yang wajib dalam solat ialah surah Al Fatihah, dan surah ini menerima jolokkan ummul kitab beerti induk atau ibu kepada Al Quran. Malah ‘fatihah’ itu sendiri membawa maksud pengenalan atau permulaan. Jika diperhatikan Al Quran disusun begitu sistematik dan menarik kerana ada sinopsisnya iaitu Al Fatihah. Memahami Al Fatihah dapat menjelaskan kepada kita matlamat, hala tuju dan kandungan Al Quran.


Lebih menjadikan ianya menarik kerana hanya di dalam Al Fatihah sahaja dimulakan ayatnya dengan Bismillah Ar Rohman Ar Rohim(terkandung di dalam surah). Di dokong sebuah hadith dari Nabi Muhammad s.a.w menyatakan,

“Setiap perbuatan yang baik haruslah dimulakan dengan, dengan nama Allah(Bismillah) jika tidak terputuslah ia(tertolak)”

Malah prinsip asas Islam disertakan di dalam Al Fatihah, ayat ke-2nya menegaskan bahwa Allah sebagai Pengatur(Rabb) sekalian alam dan hanya Dia sahaja layak dipuji. Sekiranya kita meletakkan Allah sebagai Pengatur dan nescaya kita harus tunduk pada aturannya. Kerana Allah punya aturan yang perlu diikuti, bukan sekadar baca tapi dilaksanakan aturannya. Sebuah rumah yang tidak ada peraturan akan mempercepatkan riwayatnya, porak-peranda, bersepah-sepah dan kucar-kacir.


Begitu juga kiranya kita hidup tanpa aturan. Aturan bukan sekadar hukum atau undang-undang akan tetapi lebih luas lagi pengertiannya, matahari punya aturannya sendiri, haiwan di langit dan di bumi punya aturannya sendiri, malah manusia juga ada aturannya dan ini menjamin supaya umat manusia tidak pupus dan alam ini tidak hancur. Aturan manusia seharusnya menjaga keseimbangan dan keterikatan di antara manusia, alam dan makhluk lain.-sbg...

9 comments:

  1. al-fatihah memang menakjubkan sangat2.subhanallah..mendengarnya,membacanya melembutkan hati,mengalirkan air mata...dan penuh sekali dengan petunjuk..

    ReplyDelete
  2. out of topic
    xpe..aku dah biasa dah nie....lepas nie sambung master plk...life more on test...so prepare je la kan

    ReplyDelete
  3. Orang yang boleh memahami alquran adalah orang yang paling beruntung.Tapi ilmunya itu diharap dapat dipanjangkan kepada yang memerlukan supaya sama2 mendapat manfaatnya.

    ReplyDelete
  4. Sudahkah kita tunaikan hak alquran untuk di hatam dua kali setahun...aku pun x mampu lagi..ohh Ya Allah beri aku kekuatan..Banyak pengajaran diperolehi bila baca alquran beserta makna

    ReplyDelete
  5. Cukup menyayat hati .....tahniah pendekar!!!

    ReplyDelete
  6. ade pembuka mesti ade penutupya....nazirul...tq pendekar mengingatkan sy tentng pendidikn yang lame tidak dapt

    ReplyDelete
  7. Salam dan terima kasih kerana sudi bertandang ke kakisyurga.....

    fahana_ann: aku teringat kata salah sorang ustazah aku, katanya, "Manusia yang paling bijak manusia yang melaksanakan apa yang diketahuinya(ilmunya).

    blog BeliBuy: buat yang terbaik bro, kita tinggikan kembali martabat Melayu Islam. Angkat bangsamu dengan pendidikan.

    Kak Tie: Sama-sama kita panjangkan ilmu allah.

    van qif: jangan sekadar khatam, fahami, jiwai, cintai. Sebarkan budaya toleransi dan damai..

    KampungBoy: Lebih menyayatkan hati aku bila sama-sama kita adaptasikan. ;-)

    Nazirul: Masa yang tentukan, masa yang makin hampir, masa....

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. salam...

    Surah Al-Fatihah : 1-7

    Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

    Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam.

    Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Yang Menguasai Hari Pembalasan.

    hanya Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

    Tunjukilah kami jalan yang lurus.

    (iaitu) jalan yang Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka

    bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


    hadith dari Nabi Muhammad s.a.w menyatakan,

    “Setiap perbuatan yang baik haruslah dimulakan dengan, dengan nama Allah(Bismillah) jika tidak terputuslah ia(tertolak)”

    ReplyDelete