Oct 28, 2008

CEPAT TUA

“Jangan marah bila membaca isu yang mahu aku kupaskan ini, namun fikirkan secara rasional bukan dengan emosi” heh. ;-) pendekar



Oleh kerana ibu dan bapa kita seorang muslim maka secara automatiklah kita menjadi penganut Islam. Dulu-dulu dan aku pun tak tahu mana datangnya, dikhabarkan apabila sudah Islam maka jika kita melakukan dosa sebanyak manapun (kecuali syiriq) kita akan masuk syurga setelah disiksa di dalam api neraka. Yang tak ‘best’nya tak boleh buat salah dan yang ‘best’nya buat salah macam mana pun akan tetap masuk syurga. Maka beruntung sungguh jadi umat Islam.


Akan tetapi sekiranya kita dilahirkan bukan dalam keluarga Islam maka kita dinamakan sebagai nonmuslim(golongan kafir). Dan golongan ini hanya layak menjadi kayu bakar api neraka. Walaupun kita seorang yang paling baik di antara seluruh galaksi. Dan lansung tidak berpeluang menghidu bau syurga apatah lagi hendak tinggal dalam syurga.


Menurut otak aku yang bengap dan bebal ini, seakan tidak wujud keadilan, walhal Allah Maha Adil. Adakah silap Allah atau salah kita mentafsir? Semakin aku memahami Al Quran aku bertambah yakin bahwa Allah yang ‘paling’ Maha Adil, sekiranya begitu kitalah yang silap mentafsirkan mengenai Islam dan kekufuran.


Aku mudahkan begini, Al Quran itu ilmu kerana Allah Maha Berilmu, maka siapa yang masih tidak menerima ilmu Al Quran beerti mereka masih tak tahu/buta huruf(nonmuslim). Apabila memahami dan mengakui ilmu Allah ini maka baru layak dinamakan sebagai umat Islam(muslim), bagi yang menyerah diri semata-mata kepada Allah dan melaksanakan segala perintahNya maka ditingkatkan menjadi Mukmin, akan tetapi sekiranya kita ingkar pada perintahNya maka kita dinamakan ingkar(kafir).


Kalau salah tolong betulkan, akan tetapi kafir bukan pada nonmuslim tapi pada kita yang mengaku Islam memahami Al-Quran namun tidak mengikut perintah Allah(tegakkan Deen dan jangan berpecah belah)(42:13).....


Al Baqarah:170.

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah',mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?".


17 comments:

  1. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    ckLah sedang 'mengaji' bait-bait ayat 1-10 surah al Mukminuun. Sungguh jelas dan indah batas-batas yang digariskan Islam..

    ReplyDelete
  2. sama2 kita renungkan...adakah kita islam...
    atau hanya kata2 bukan perbuatan..terima ksih encik ingatkan sy...takut sy semakin pudar dan kaslan je...hehehe....nazirul

    ReplyDelete
  3. Salam,

    A.
    Bro tulis;
    "Adakah silap Allah atau salah kita mentafsir?"

    Mentafsir, bro?
    Itu perkataan sensitif.
    Cuba tukar 'mentafsir' tu kepada memahami ayat-ayat Allah.

    Sekadar pandangan.

    B.
    Mereka bukan tak tahu/buta huruf(nonmuslim).
    Mereka muslim bro, muslim.

    Masa zaman Nabi pun, pak arab dah muslim - sebab buat Haji.
    (tiada agama lain, yang ada ibadah Haji di Baitullah, kecuali Islam)
    [ini sempena musim Haji 1429]

    Tetapi kita sekarang ni muslim yang bagaimana?

    Itu sebab Allah turunkan Quran kepada Rasulullah untuk di sampaikan kepada masyarakat arab masa tu.
    Untuk mengIslamkan orang yang sudah Islam (muslim)di Mekah masa tu.

    Kerja yang sukar, tetapi kena laksana juga di abad 21 ni oleh sang pendekar, panglima, laksamana, betara guru, pekerja, peniaga, penganggur, pesara, pemimpin, pengikut dan mereka-mereka yang ber'title' MUSLIM yang TAHU dan TAK buta huruf.

    Sekadar renungan.

    ReplyDelete
  4. Kadang2 tersentak gak ngan point2 saudara Pendekar ni. Harap2 kita ambil sebagai input utk difikir2kan, jangan terima bulat2.

    Tapi pelajaran yang saya dapat, let's wipe out this Superiority Thinking. Tgk diri kita. Jangan asyik kafirkan org lain, tapi diri sendiri pun hanya Islam pada nama.

    "Oleh kerana ibu dan bapa kita seorang muslim maka secara automatiklah kita menjadi penganut Islam."

    (video Dr. Asri di blog saudara tu bagus- menunjukkan kita main ikut2 je apa yang org sebelum kita suka amalkan (mcm kes air jampi tu). TANPA ILMU SEBENAR.

    ReplyDelete
  5. Kalau kita benar2 beriman, tentu kita dapat banyak pengajaran dari AQ kan? Tapi malang, kalau kita anggap AQ kita tak boleh baca2 sendiri, kene berguru...maka serba sedikit kita sendiri xnak faham ayat2 Allah. (ayat muhkamat kan banyak...)

    "Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman." -An-Nisa':94

    Jadi, apa bezanya kita dan org kafir?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Beri sokongan pada Deklarasi Janda Baik

    http://deklarasijandabaik.blogspot.com

    Satu usaha memartabatkan para bloggers

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. SubhanAllah, Maha Suci Allah dari segala sifat2 yang lemah dan serba kekurangan. Yang memberi hidayah itu hanya Allah s.w.t. even bapa saudara Rasulullah s.a.w., Abu Talib pun meninggal dunia tanpa memeluk agama Islam. Wallahua'lam. Kita hambaNya hanya boleh berusaha berdakwah.

    Yang bergelar Muslim ialah mereka yang mengucap dua kalimah syahadah, jika mereka tidak mengikut perintah Allah, mereka digelar fasik. Wallahua'lam.

    Kalau salah tolong betulkan, masa zaman nabi, bukan semua pak arab itu muslim, mereka yang masih mengikut agama Nabi Musa & Nabi Isa sahaja yang dipanggil ahli kitab. Orang2 Quraisy bertawaf di baitullah tapi penuh dengan berhala2.

    Overall, in my opinion, this entry is quite dangerous & misleading if the reader take it literally. Sekadar pandangan, may be right or wrong.

    ReplyDelete
  8. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Dengan nama allah yang maha pemurah yang maha penyayang. Aku bersaksi tiada sembahan melainkan Allah dan aku bersaksi Muahammad pesuruh Allah.

    Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai.

    Terima kasih pada semua yang membaca dan meninggalkan komen,

    xiiinam751, musafir denganMu, sama2 kita memahaminya..

    Nawi... woit jangan malas...he he he

    xz...yup aku harap mesej sebenar yang nak aku sampaikan dapat difahami...

    KineticStream, "Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman." -An-Nisa':94

    yup bro, cari ler guru, blajar pasal Islam blajar pasal Allah balajar pasal Al quran, mane ade orang boleh pandai kalu stakat bace blog .... harg harg harg.

    Demang Lebar Daun, he he he akan aku kabar2 kan pad semua...heh

    MMohdSha & orangbukit memahami...menjiwai...mencintai, sebelum aku postkan maner2 n3 aku akan fikir panjang.... dan tujuan utama aku tulis blog adalah untuk menilai sejauh mana kematangan 'orang kita' menilai dan memikirkan.....same2 kita tingkatkan lagi cinta pada Allah... mardhotillah

    ReplyDelete
  9. jihad fisabilillah.TQ for the wisdom words

    ReplyDelete
  10. 1.

    mengucap cuma sekadar lisan..
    sedangkan perlu diyakini dalam hati,dan diserlah dengan perbuatan..
    ilmu tak ambil lagi, tu yg sekadar islam dibibir je..
    islam pd ic, tapi diri tak terisi..
    input x masuk, mcm mane nak proses output kasi keluar..?
    tak boleh keluar rumah kalo kaki tak melangkah..ade daya, tiada usaha.. *menung menung dan topang dagu*

    2.
    dah paham, dan ngaku:muslim
    dah paham,ngaku turut perintah, serah diri: mukmin
    dah mengucap,serah diri tapi belum ikut perintah: fasik
    yahudi?
    nasrani?
    majusi?
    banyak term nak cop who's who..
    tapi,diri sendiri yg mane satu?
    cukup sekadar i am muslim?

    mungkin sbb sedar diri belum jadi mukmin.. T_T

    3.
    sedar tak sedar, islam sekarang ade sikit unsur dunia MLM..
    ade yg masuk jadi ahli, tambah downline lagi banyak, dengar talk sana sini..
    kalo tak pun, masuk dulu, pastu beli dari diri sendiri untuk kegunaan sendiri sebab nak hidupkan membership..
    ade gak yg masuk, duk diam diam..last last membership mati..

    produk sama je mcm cap MLM lain..cuma ade improvise tertentu..
    mazhab tak ke macam tu?

    last last jadi: aku dapat ape yg aku dapat..kau kau, aku aku..

    eh eh, betul la..kite sume kurang ilmu dan kurang amal ilmu.. ;)

    ReplyDelete
  11. sama-sama laa kiter fikir-fikirkan laa..

    ReplyDelete
  12. Bro Pendekar!

    Kalau non-Muslims yang tak penah didakwah atau mendapat seruan Islam camne?

    Sila bagi tunjuk ajar.

    Roger!

    ReplyDelete
  13. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Happiness yup, fisabilillah....biam walihim waan fusihim.....tanx coz bertandang ke kakisyurga

    en_me hi, en_me, sudah pulang ka???

    hny, tanx for ur comments, aku harap ade yang faham, dapat memahami dan melaksanakan.....bukan sekadar bace.....heh

    Chuckiesd, fikir jangan tak fikir, jangan sampai jadi batu kelikir sudah...heh

    Aboo,, aku rase ko kene bace balik n3 aku, he he he.....

    ReplyDelete
  14. Bro Pendekar!

    Tang mana nak baca balik?

    Opss...lagi satu, gua nak request Bro ulas skit pasal orang2 yg duk cakap pasal nawaitu nih!

    Please,nak tarbiah orang nihhh...Yes!

    Tarbiah jalan Terus!

    ReplyDelete
  15. To Bro Aboo..

    "Aku mudahkan begini, Al Quran itu ilmu kerana Allah Maha Berilmu, maka siapa yang masih tidak menerima ilmu Al Quran beerti mereka masih tak tahu/buta huruf(nonmuslim).


    Mereka2 macam nielah yang harus kita tunjukkan bukti yang nyata, contohnya akhlak, Pendidikan dan ekonomi, agar tergerak hati mereka untuk mencari , memahami dan menerima ilmu Al-Quran. Sebab itu Muhammad s.a.w berusaha memperbaiki akhlak, pendidikan dan ekonomi umat Islam, lalu membangunkan satu sistem negara. Proses yang penjang tapi amat2 berkesan. Tapi kalu tanyer bab hukum, waulahhu alam bisawab.....


    Al-Baqarah:78.

    "Dan diantara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab, kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga"


    Tentang bro punyer request aku jawab dalam n3 akan datang, sebab point yang bagus.

    ReplyDelete
  16. salam...

    Al Baqarah:170.

    "Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah',mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?".

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete