Oct 16, 2008

CONGAK CONGKAK

Al-Baqarah:249
“Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: ‘Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak
dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar’."

Sejarah membuktikan bahawa bukan quantiti yang menjadi ukuran untuk meraih kemenangan namun qualiti. Qualiti yang nak aku ungkapkan ini disebut sebagai iman atau yakin, serta melalui keizinan Allah. Allah mengutuskan para penyampai risalah dengan petunjuk dan sistem yang hak untuk di zahirkan keatas sistem-sistem yang lain.


Di dalam Al-Quran juga kita disampaikan tentang kisah peperangan diantara Thalut dan Jalut, dan semua umat Islam mengetahui tentang kisah perang Badar. Mereka diuji dengan bilangan tentera yang sedikit, namun kerana rasa cinta pada Allah semangat seorang individu yang beriman melebihi semangat 100 orang yang tidak beriman. Manusia yang beriman kepada Allah berjuang bukan kerana harta, pangkat atau untuk dipuji, namun mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.


Demi menegakkan Ad-deen Allah, orang-orang yang beriman walaupun nisbahnya sedikit, mampu menggulingkan sebuah kerajaan yang ramai penghuninya namun kosong jiwanya. Kerana itu sampaikan Al-Quran dan jangan pernah merasa letih untuk berbuat, kita cari kembali yang berjiwa Muhammad, bercita-cita seperti Abu Bakar, berprinsip bak Othman, berani bagaikan Hamzah, sanggup gadaikan segalanya seperti Ali.....

10 comments:

  1. salam kenai...

    hmmm n3 yg menarik untuk dijelajahi...

    ReplyDelete
  2. yang disebut2 adalah 'duhai jiwa yang tenang', bukan 'duhai manusia yang banyak melakukan sembahyang', tentu ada sebab, biarpun memang banyak peringatan tentang solat dan zakat di dalam Al-Quran, tetapi bukan kuantiti jadi ukuran, tapi kualiti. memang betul lah tu... errr, betulkan saya kalau salah

    ReplyDelete
  3. salam.....teruskan sahabat ku semua.. sebarkan pedamain dan tolenransi

    ReplyDelete
  4. salam kenal buat 'sepi'. selamat bertandang ke kakisyurga

    benar mak su, harus diambil pelajaran tentang solat dan zakat, kerana solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, tapi sekarang macam tak dapat nak dicegah perbuatan keji dan mungkar dalam masyarakat, apa solat kita tidak sempurna? fikirkan.

    Mohd nawi, jangan sekadar dengan perkataan tapi lansungkan dengan perbuatan

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum pendekar.

    Benar fokus pada kualiti itu penting, namun pandangan saya jika dilihat situasi perjuangan hari ini, kuantiti juga perlu diambil kira..

    Nak bentuk negara Islam macam Malaysia, perlu pimpinan-pimpinan yang berkualiti. Tapi macam mana nak tawan kerusi di parlimen, hatta jawatan-jawatan di badan kerajaan atau posisi-posisi penting dalam mana-mana organisasi kalau kita kurang kuantiti ahli yg boleh memimpin. Alih-alih dapat kat puak depa yg xfaham Islam.

    Pendirian saya..
    'membina kuantiti yang berkualiti'

    ReplyDelete
  6. actions speak louder than words...

    ambil pedoman dan laksanakan setiap perbuatan dgn keredhaan Allah...

    ReplyDelete
  7. Alaikum salam, ustazah engineer.

    aku rase kamu kene melawat post Polemik Politik

    ;-)

    ReplyDelete
  8. yup MistaFiq, actions speak louder than words, make it true...

    ReplyDelete
  9. ok pendekar sy akan usahakan dengan perbuatan...sy masih jelas dengan pelaksanaan...pendekar jangan risau..di sini sahajala pendekara dapat beri saya pendidikan...alhmdulillah

    ReplyDelete
  10. salam...

    Al-Baqarah:249
    “Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: ‘Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak
    dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar’."

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete