Sebut apa sahaja surah, semuanya ada dalam kepala, petik saja kata-kata Muhammad semua pasti dia boleh jumpa. Tetapi yang menggelikan hati aku ialah Islam hari ini terlalu jauh dari apa yang tercoret dalam Al Quran.
Al Baqarah:186.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”.
Setiap hari, jutaan umat Islam di dunia memanjatkan doa kepada Allah, dan bermacam-macamlah doanya. Dan yang menjadi laungan umat Islam hari ini ialah untuk menyatukan kembali umat Islam terutamanya bangsa Melayu di Malaysia. Apa salah kita, yang hingga kini masih berlaku perpecahan? Padahal Allah itu amat dekat? Perintah mana yang masih belum dipenuhi? Padahal hari-hari kita solat dan memujiNya? Keimanan yang bagai mana yang Allah tuntut? Padahal semuanya telah kita ikut sampai dah macam rupa pak Arab? Kebenaran yang mana yang Allah mahukan? Apakah sekarang ini kita masih belum berada di jalan yang benar? Tersesatkah kita? Atau kita sudah berada di atas jalanNya namun masih kuat berdengkur?
dengkuran yang kuat
ReplyDeleteMelayu islam sekarang sudah jauh tersasar..tak dapat dibezakan lagi dengan bangsa lain dari segi adab dan kelakuan.bilakah bangsa kita akan sedar??
ReplyDeletesalams sdr pendekar,
ReplyDeletejika dunia dijadikan matlamat, selagi itulah kita lupa keujudan akhirat.
Sesungguhnya ayat dari Allah itu jelas mesejnya.Persoalan sama ada kita telah tersesat - jawapannya juga ada di dalam ayat tersebut. Pada kita penilaian dan tindakan.Alhamdulillah.
ReplyDeletesedar dalam lena...
ReplyDeleteالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ReplyDeleteMak Su 'Kumm Fa anzir', bangunlah lalu beri peringatan
cengkiau Kembalikan melayu ini pada Al Quran dan Sunnah pastikan tinggi martabatnya.
erisya Kerana itu perlu diwujudkan negara kekitaan, tak salah mengejar harta namun kita harus ingat bahwa ada generasi yang perlu di bina
Wira Andai begitu, ambil langkah yang setimpal dengan ayat tersebut, sampaikan Ilmu Allah jangan di simpan sahaja. Alhamdulillah.
ku tak sempurna Kuatkan suara kita dalam pendidikan, bangkitkan kecintaan pada allah, semai akidah manusia....
Mardhotillah
Mereka yg ingin melaksanakan ajaran Al-Quran selama-selamanya tidak akan/tidak boleh bersatu dengan mereka yg engkar dan enggan. This unity is inevitable. We must agree to disagree agreeably. Umat Islam hanya boleh bersatu atas dasar agamanya, bukan atas dasar bangsa. "Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi daripadanya"
ReplyDeleteorangbukit benar, kitachanya boleh menyatukan masyarakat dengan Islam dengan Al quran. namun apabila bercakap tentang melayu ia berkait rapat tentang islam hubungan antara melayu dan islam tidak boleh dipisahkan.
ReplyDeletehendak menyatukan melayu juga dengan kaedah yang sama iaitu mengembalikan bangsa ini pada dasar akidah yang sebenar dan mengukuhkan dalam satu penyatuan(jamaah) yang mempunyai kiblat yang satu , matlamat yang satu dan suara yang satu.
cuma pada hari ini ramai yang keliru samaada menjadi melayu atau menjadi islam. apa sahaja bangsa dan anutan kita tetap hamba allah maka tetap harus tunduk pada aturannya.
all I have to say..
ReplyDeletebetul ker diorg dah kembali kpd Al-Quran dan As-Sunnah???
Wassalam..
sampaikan salam perdamaian...bantu dalam membangun kan negara dan sistem islam...
ReplyDeletetq sdr. pendekar dalam mengingatkan sy...tidak dalam dengkuran tidur terlalu lama..nazirul
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ReplyDeleteterima kasih kerana memperingati.
kita atas dunia ni memang kena ingat mengingati selagi boleh.
tuhan jua lah yang satukan hati manusia..
ReplyDeletebelum faham erti alQurqn dan sunnah rasulNYA yang sebenar...dikaburi....
ReplyDeleteTeringat statement dikeluarkan oleh BUSH dahulu..
ReplyDelete"Gergasi sedang tidur jangan dibangunkan...iaitu Khilafah Islam"
Jard The Great & rienza, teruskan langkah kita memahami al-quran dan sunnahrasulnya, jiwai, cintai dan sampaikan pada yang berhak.
ReplyDeletepoyotito's, selagi aku boleh tolong ingatkan akan aku ingatkan tapi tolong pulak bantu aku untuk ingatkan yang sahabat2 yang lain2 moga kita hidup diberkati allah.
ijad , namun jangan meletakkan harapan pada tuhan sahaja, kita harus menyatukan jiwa raga bangsa ini dengan al-quran....
ibnurashidi, gergasi ini perlu dikejutkan, perlu dibangkitkan, perlu diingatkan.....kumm faa anzirrr
kuat kan KU ya ALLAH untuk memberi peringatan...ku semakin jauh dariMU...NAZIRUL
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteAl Baqarah:186.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”.
Alhamdulillah...