Oct 23, 2008

HIDUP DAN MATIKU KERANA AKU(?)

Ash Shaff; 2&3

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".

Saban hari sewaktu solat kita membaca doa Iftitah yang terkandung di dalamnya perjanjian kita, ikrar kita, menyatakan bahwa solat kita, ibadah kita, hidup kita dan mati kita hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Kemudian turut kita tegaskan bahwa tiada sekutu bagi Allah dan demikian itulah yang diperintahkan kepada kita dan kita adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)."


Janji tinggal janji, benarkah solat yang kita lakukan benar-benar kerana ingin mengharap keredhaan Allah? Benarkah hidup kita semata-mata untuk Allah? Benarkah? Bagaimana kita mengabdikan diri pada Allah sedangkan namaNya kita masih lupa? AsmaulhusnaNya sekadar dimulut, sekadar dibaca namun menghayati dan melaksanakannya jauh sekali.


Benarkah seharian kita tidak menyekutukan Allah? Pada hal Allah yang mengatur sekalian alam. Adakah hidup kita kini benar-benar diatur Allah? Atau masih dicatur oleh pengatur yang tidak menciptakan? Urusan kita? Ekonomi kita? Politik kita? Pendidikan kita? siapa yang mengaturnya? Allah? Al-Quran? ;-(


An Najm:28

"Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuanpun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran".


18 comments:

  1. posting yang sangat bermanfaat..ku sendiri sentiasa berusaha meningkatkan mutu solat dan ibadah ku,tapi hati ini sering berbolak balik..mohon ALLAH kekalkan hidayahNYA untukku dan kita semua..amin..

    ReplyDelete
  2. lupa kukirimkan ayat yang kuperoleh dari insan lain yang sering kugunakan untuk mengingatkan diriku..
    "kita tai hidup dan mati dengan puji atau caci orang tapi kit ahidup atau mati dengan redha atau murka allah"..mudahan keredhaan ALLAH menaungi kita..amin

    ReplyDelete
  3. Manusia mudah lupa pada janji yang dibuat sendiri...

    ReplyDelete
  4. Fungsi Al-Quran yg kini org lupa..
    Yassin: 69-70...

    huhuhu...mengapa bacakan ayat2 Allah pada org yg dah mati dan tak dapat nak amik pelajaran?

    ReplyDelete
  5. huhuhuhuhu...

    sedihnyer rase... rasa insaf skjp... byk lagha dlm hidupku ini

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...

    Salam membalas kunjungan...

    Sangat bagus entry-entry yang ada di blog ni... Sangat menginsafkan... Keep up the good work... :D

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Perjanjian/Ikrar itu adalah perintah Allah untuk kita laksanakan.
    Sila buka Al-Quran anda, dan lihat perintah 'berjanji' itu dalam surah Al-An'aam ayat 162 & ayat 163.

    Kalu tak paham makna, cari terjemahan Quran. Atau kalu pemalas sangat nak ilmu Allah ni, dan tunggu nak di suap aje info, boleh tanya direct ngan Pendekar.

    Menurut "geng2 yang kurang setuju ngan hadith" plak,
    (puak2 ni kata, mereka bukan anti, tapi kurang setuju je)).
    Mereka kata, rujuk An-Nisa'ayat 43.

    Kalu tak paham apa di baca, itu MABUK namanya.
    So, jangan solat.
    Yang ni perintah Allah dalam ayat tu.

    Err! Boleh ke tak solat?
    Tapi kalu solat macam orang mabuk, perintahNya jangan solat.
    Mmm.....amacam kalu kita ramai-ramai pakat kata solat kita dah jadi silat mabuk.
    (Drunken Master la........)
    Berpencak dengan Pendekar di alam siber.

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan encik pendekar.

    Selalu gak singgah sini, menarik penulisan saudara.

    Sesungguhnya solat kita memang kerana Allah. Xkan sebab menunjuk2 kot (ada gak org cmtu hehe)..

    Tapi adakah hidup kita pun kerana Allah? Kalo betul, mesti kita cari semua yang Dia nak. Kalo betul, mesti kita faham apa yang Dia nak. Kalo betul, mesti kita ikut apa yang Dia nak.

    Tapi kalo stakat ikut2 je apa orang lain kata...peringkat CARI tu pun kita dah gagal actually.

    My 2 cent. Have a great day.

    ReplyDelete
  9. Manusia itu sering lalai. Ingatkan lah.

    ReplyDelete
  10. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    semakin hari semakin bernas komen2 yang aku dapat , anyway tanx....

    fahana_ann, redha allah bukan mudah dicari perlukan proses iman, hijrah dan jihad dengan harta dan diri semata-mata kerana Allah bukan mengejar nama, pangkat, harta atau kuasa....mardhotillah


    Tirana, maka ingatkan mereka agar tidak lupa bahwa hidup dan mati kita kerana Allah....kerana Allah...


    Jard The Great, bukan semua orang akan faham, ramai kita Islam kerana baka keturunan, islam ikut ikutan, maka tugas kita kembalikan PENDIDIKAN DAN EKONOMI yang berlandaskan Al-Quran, jana kembali sumber daya manusia yang benar2 memahami Al-Quran dan zahirkan sistem yang haq....biar mereka memahami siapa itu Allah....mardhotillah


    poyotito's, nice reading, nice doing.....herk


    ku tak sempurna, apsal ko sedih plak aku bukan buat cerite sedih...he he he, oit... nak insaf bior ler lame-lamer sikit ade ker insaf kejap baik takyah insaf.... he he he, jangan buat lagha bro ...hidup tak lamer....he he he (apsal aku manjang gelak)


    syah shah, selamat bertandang ke kakisyurga, moga sama2 kita boleh masuk ke Darussalam.....heh


    MMohdSha, jangan begitu bro, nanti ade yang lurus bendul tak faham kang susah.... heh, sampaikan ilmunya, sampaikan pendidikannya, sampaikan rasa cintanya. moga kita sama2 mabukkan cintanya....mardhotillah.


    xz, salam perkenalan kembali sahabatku, hari ini ramai orang kita mahukan hidayah allah padahal hidayah(kata dasarnya huda/hudan/petunjuk) dah di depan mata.....al-Quran itulah hidayah Allah bro.....faham Al-quran faham ler ape yang allah nakkan.....heh.

    MARI SAMA2 KITA MULAKAN MEMAHAMI AL-QURAN, MELAKSANAKAN, NANTI SAMA2 KITA BEZAKAN BENAR ATAU TIDAK......

    ;-)


    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. saya setuju..makin dekat untuk mncari redhaNYA,ada byk halangn untuk menanti melihat kesungguhan hambaNYA..

    ReplyDelete
  12. salam,
    hak alquran yg perlu ditunaikan ialah khatam bacaannya 2 kali setahun...aku mengaku nak khatam sekali pun perit rasanyer...(khatam tadarus ramadhan tu lain cerita)

    mmg ader pendapat boleh dibaca alquran tanpa wuduk, tapi kalu korang tak confident ngan pendapat ni, cubalah baca quran yg ader makna, insyallah quran jenis ni setaraf kitab tafsir..udah ker kita khatam tafsir quran...

    Antara kandungan surah Yasin ialah halangan dihadapi semasa berdakwah...wallahu alam..

    adioss amigoss

    ReplyDelete
  13. terima kasih atas perkongsian nih...
    mmg manusia tu.. sering lalai.
    nama pun asal dr 'nasia' (lupa)

    moga kita tidak terleka dr mengingatiNya

    ReplyDelete
  14. salam perdamaian..teruskn silah...nazirul...maafkan sy kadng2 sy terleka nk solat..hehe nazirul

    ReplyDelete
  15. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    fahana_ann, memang allah menciptakan manusia dalam keadaan susah payah.....melalui jalan yang mendaki lagi sukar...

    van qif, hak Allah? Sudahkah kita membayar hak Allah agar semua manusia mengikut aturannya.....

    Humayra', oleh itu harus kita saling ingat mengingatinya...

    Anonymous, lepas nie tukar leka jadi lekat.....he he he

    ReplyDelete
  16. salam...

    Ash Shaff; 2&3

    "Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

    Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete