Oct 30, 2008

HIDUP & MATIKU..........hidupkah aku?

Komen dari bro. Aboo:

Bro Pendekar!
Tang mana nak baca balik?
Opss...lagi satu, gua nak request Bro ulas skit pasal orang2 yg duk cakap pasal nawaitu nih!
Please,nak tarbiah orang nihhh...Yes!
Tarbiah jalan Terus!







Tanx Bro, kalau nak dengar ulasan aku nanti 'hancus' tapi kita lihat ulasan Allah dalam Al-Quran serta kata-kata hikmah Rasulullah:-

Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata-mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.

As-saff:2,3
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".


Sejak kecil, kita diajar tentang whudu, solat dan puasa, yang harus dimulakan dengan niat. Apabila seseorang itu berniat,bermakna ia telah memberikan arahan kepada minda dan minda akan mengarahkan keseluruh tubuhnya untuk menyempurnakan apa yang di niatkan. Niat mempunyai kuasa untuk mengubah cara hidup kita. Kuasa tersebut adalah getaran-getaran aliran tenaga positif yang akan merangsang minda bawah sedar kita dan secara tidak langsung mengubah bio-kimia tubuh untuk melakukan sesuatu.


Kerana itu Muhammad s.a.w menyatakan apa sahaja yang mahu kita lakukan bergantung pada niat setiap individu, kerana kita apa yang kita fikirkan. Manakala Allah memberikan penegasan yang teramat keras sekiranya kita menyatakan apa yang tidak kita buat(yang dinyatakan oleh orang yang beriman semestinya perkara yang positif). Allah benci malah besar kebenciannya sekiranya kita menyatakan apa yang tidak kita buat.



Maka jangan cakap sahaja tapi tak buat.(Banyak terjadi pada pakcik-pakcik yang berstatus ahli politik) Heh.

-> HIDUP DAN MATIKU KERANA AKU(?)

14 comments:

  1. Pakcik berstatus Pakcik tu agaknya dia dah pasang betul2 pastu besala dugaan terus melencong agaknya..hehe.

    Makcik berkepala merah camna pula?:)

    ReplyDelete
  2. salam

    dalam mengejar keduniaan banyak yang ako sendiri lakukan walhal semuanya bukan lah sesuatu yang perlu aku lakukan..

    namun ako pasti salah satu lagi kesilapan ako ialah snetiasa cuba melakukan apa yang ako telah katakan walaupun ianya sesuatu yang salah..(ini tak termasuk menegakkan benang yang basah eh!!ako memang tahu ianya salah hehe)

    boleh tak bro dpatkan apa apa hujah tentang perbuatan ako ni???mean ianya salah ke betul untuk ako terus cuba bktikan aku sendtiasa cuba lakukan apa ynag telah ako katakan atau janjikan?? hurm.. terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Bagus nya semua entry dlm blog ni.. saling menyampaikan ilmu besar ganjarannya walaupun sedikit.

    ReplyDelete
  4. bagus entry nie... terima kasih coz sudi berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  5. input yg bagus sekali,thanx bro...

    ReplyDelete
  6. Ada orang kata, niat tu ada..tapi hajat tak sampai.Apa plak bezanya ye...

    Apapun, semua orang ada niat..cume betul lah kata pendekar - Allah benci pada orang yang cakap nak buat tapi tak buat.

    Pada yang tak bercakap apa niatnya tu..semua tu akan affect diri sendiri. Jadilah tin kosong.

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah...
    1st time ke sini...nice blog.. teruskan menulis..

    sekadar tambahan..
    yang tak buat... tapi mmg ada hajat dan niat nk buat tu, x semestinya dapat dosa kan.. as long as berusaha bersungguh2 untuk buat. kalau dah cuba, tapi Allah tak izin jadi mcm mana.. sbb tu kene ckp 'insyaAllah'

    sejauh mana pun kita berusaha merancang, Allah lah sebaik2 perancang.

    sekadar pendapat...

    ReplyDelete
  8. Hehe. Bila paham macamni karang, ramai pulak yang xnak berniat sebab takut tak terbuat.

    Niat je dulu. X terbuat takpe. Asalkan berbuat..

    Ada beza term2 tu...

    ReplyDelete
  9. maaf en.. lame saya xdapat pendidikan makin byk dosa saya lakukan...mslh nisa' lagi..mslh tol la en..sy masih ingat dan memahmi jnji dgn allah..nazirul

    ReplyDelete
  10. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Ibnurashidi, he he he ...... makcik kepala merah dah tak boleh keluar rumah..... he he he..... sebab pakcik2 berstatus ahli politik dah 'panas bontot', takut kang makcik kepala merah kena culik.

    aiman, bukan ker "aiman tak kisah".... he he he.... bro. hidup nie singkat bro. sentiasa fikirkan yang positif, dan jadi yang terbaik, tapi kalau memang benar2 tak mampu dengan perbuatan buat dengan lisan dan kalau tidak mampu dengan lisan sekadar cukup pada hati.....itu yang paling lemah bro....fikirkanlah.

    Azlin Hashim, kasih diterima, tue pun kalau ko sudi pulak memberikan rasa kasih dan cinta pada Allah ....he he he he....jangan niat jer tapi same2 kita baiki diri kita untuk melakukan yang terbaik...

    μάγά, kasih diterima jugak, he he he, segala2nya datang dari Allah kerana saatnya nanti padanya kita akan kembali..

    wira,, itu mempamerkan disiplin diri yang Allah mahukan, "ukur baju di badan sendiri". He he he, tapi jangan lupa.... ukuran sebenarnya Allah dah tentukan...

    Humayra', ah engkau cepat betul lupa....he he he, 5 hari lepas ko dah jenguk kat kakisyurga siap tinggalkan komen lagi .... harg harg harg.... anyway dosa pahala Allah yang tentukan, dan kita hidup jangan kejar dosa, pahala tapi kejar dan dapatkan KEREDHAAN ALLAH.

    xz, Allah tak kata benci pada orang berniat tapi tak buat, Allah benci@menyampah dan sebagainya pada orang yang bercakap tapi tak buat.....ade bezakan? he he he

    Anonymous, hisab dirimu, itu ketetapannya, cukup diri kita yang mengadili apa sahaja perbuatan kita......mardhotillah

    ReplyDelete
  11. Pendekar!

    Niat macam ni gua dah tauuu dahhh!! Susah betol lahhh...

    Premis...Ni haaa sahabat karib gua nih...Liberal dari kecik!Anti-tudung punya org..tp perangai baik la,tau jaga diri!

    Problem...Sahabat gua nih berpendapat,"Tengok...pempuan tu pakai tudung,tp buat maksiat...khalwat lah,peluk2 lahhh,bukan ke memberikan imej yg memalukan Islam!!!Aku yg tak pakai tudung, pakai seksi2 camni lebih baik dari diorang yg pakai tudung tuuu!Sebab 'nawaitu' aku...lain dari diorang!"

    Soalan...So,macam nawaitu gitu...Aci ke tak?Status hukum camne?!

    Ok..Contoh lain!Semalam...fatwa kuar,yoga ada unsur Hindu. So...kalau kita blaja jugak yoya tu..dgn 'nawaitu' utk kesihatan...Camne?!

    Psssssttt--->Pendekar...Peng-komen terbaik pun, reward takde ke?Link satuuuu...!!!Byk soalan2 simple tp ada unsur2 confuse/conflict nak tanya lagi nihhh...Hahaha!


    Roger!

    ReplyDelete
  12. salam.. sebuah blog yang unik.. boleh sya add link awk? exchange?

    ReplyDelete
  13. Aboo salam bro.... he he he, lain kali bagi clear the water laaaa.....aku dah bubuh kat entry baru dan semua yang link kat atas skali kat header....

    cyberwira, boleh sesangat.....he he he

    ReplyDelete