Oct 13, 2008

KATAK PLASTIK

Al Anfaal:63

“dan Yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana”


51 tahun Malaysia berjaya mengekalkan kemerdekaan, pelbagai usaha murni dilakukan pihak kerajaan bagi mengekalkan keharmonian diantara kaum, kestabilan politik, dan keamanan awam. Banyak program yang telah dilakukan bagi memupuk semangat perpaduan dalam jiwa raga masyarakatnya. “Rakan Muda”, PLKN, dan banyak lagi program-program yang diadakan dan membelanjakan jutaan ringgit.


Namun hari ini masyarakat masih belum dapat disatukan, masih gagal mencari titik persamaan dalam perbezaan. Ramai yang mahu menegakkan perbezaan fahaman politik masing-masing, perbezaan fahaman agama, perbezaan fahaman budaya hingga mengenetepikan prinsip asas kemanusiaan dan moral manusiawi. Amat mendukacitakan lebih-lebih lagi bangsa Melayu yang punya pegangan Islam yang berkiblatkan Al-Quran bercerai-berai. Bukankah Allah tidak menyukai penceraian.


Menyatukan jiwa manusia amat penting bagi melanjutkan usia keamanan yang kita kecapi. Penyatuan tidak dapat dijual beli, tidak boleh diperdagangkan, tidak akan jadi andai hanya diiklankan. Yang mampu mempersatukan hati kita hanya Allah, bagaimana? Allah yang Ar-Rahman mengajarkan Al-Quran kepada manusia hasil ciptaanNya. Maka kita mulakan dengan PENDIDIKAN Al-Quran, menjelaskan kepada masyarakat tentang keterikatan di antara manusia yang bermastautin dibumi ini harus berakidahkan Al-Quran. Kerana Al-Quran sahaja jawapan kepada penyatuan. Fahami dan laksanakan.

11 comments:

  1. apa kaitan dengan katak plastik? musykil...

    ReplyDelete
  2. ;-)

    katak spesis 2 alam yang suka panggil hujan(?), tapi kalau katak plastik biasanya barang permainan.

    (jangan marah) orang kita hari ini ramai yang macam katak, asyik minta, minta, doa, doa, dan macam-macam lagi tanpa usaha.

    dan yang menyedihkan panggilan doa dan permintaan yang dibuat sekadar barang permainan dan tidak sungguh-sungguh (palsu)

    bunyi sekan hendak menyatukan jiwa raga bangsa. tapi sekadar melepaskan batuk ditangga, tiada usaha.

    Al-baqarah:186.

    "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.


    bukan sekadar mengusahakan program atau pengiklanan tapi menyatukan jiwa raga bangsa ini dengan Al-quran, bagaimana? ikuti cara dan panduan sunnah rasulnya. mardhotillah.

    ReplyDelete
  3. Oh gitu rupanya...baru faham laa...kak tie ni blur sikit.. :-)

    ReplyDelete
  4. terima kasih...

    definisi 'malay' dari 1 website
    http://www.urbandictionary.com/define.php?term=malay

    what do u think? pemimpin melayu x back up melayu?

    ReplyDelete
  5. soalan anda, deliciousdeen, saya jawab dalam post yang selanjutnya, kerana soalan yang bagus.

    ;-)

    ReplyDelete
  6. Bg sy, politik skrg ni hanya memperjuangkan kepentingan sendiri bukannye ape yg masyarakat mahukan. sy percaye masyarakat mmg mahukan kedamaian, keamanan, kesejahteraan, penyepaduan,dll, tp sikap pemimpin yang mementingkn diri ini mempergunakan masyarakat utk dapatkan sokongan. jd ape yg masyarakat boleh buat? ade pendapat? (panjang btul intro utk tanye soalan.. hehe..)

    ReplyDelete
  7. "Mr.Aku"

    Tiada rakyat(masyarakat) tiada pemimpin, rakyat punya kuasa yang amat besar menentukan siapa yang layak memimpin dan jenis kepimpinan yang mana yang diperlukan.

    Saya suka membawa ucapan Yusoff Qardawi: "Masukkan keimanan pada jiwa pemimpin atau GANTIKAN pemimpin yang beriman"

    Pisau ditangan kita.............

    ReplyDelete
  8. 'Mr Pendekar'..

    jika 'mr pendekar' katakn rakyat punya kuasa yg besar untuk memilih pemimpin, itu dah mcm sistem demokrasi. 'mr pendekar' sendiri yg tak setuju dgn demokrasi kn. sbb dlm demokrasi rakyat memilih pemimpin. tp adakah rakyat ni cukup pandai utk memilih pemimpin? mcm mane plak dlm Islam? rakyat jugak ke yg memilih pemimpin?

    ReplyDelete
  9. "Mr. Aku"

    ;-)

    Tanamkan keimanan yang teguh pada akar umbi(rakyat), ciptakan generasi berpendidikan yang dalam dadanya Al-Quran, nah! Kita yang tentukan....

    Saya tidak pernah menolak demokrasi kerana demokrasi ada dalam sistem Islam.

    Pemimpin, kaedah kepimpinan atau apa sahaja yang berlaku dalam Malaysia kini adalah hasil tangan-tangan kita juga....

    Rakyat yang berjiwa Al-Quran yang kuat keimanannya yang teguh aqidahnya yang akan tentukan....

    ReplyDelete
  10. sama2 kta kabul dan nampakkan sistem islam yang sebenar.,baru jelas msyrakat...

    ReplyDelete
  11. salam...


    Al Anfaal:63

    “dan Yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana”


    Al-baqarah:186.

    "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete