Oct 18, 2008

KELUHAN SEMAKIN KELU

PELAJAR SEPAK PERUT GURU

Oleh Rashidi Karim

KANGAR: Kejadian guru diserang pelajar lelaki sering dilaporkan, tetapi di sebuah sekolah menengah di sini, pelajar perempuan pula menjadikan seorang guru wanita sebagai sasaran berikutan tidak berpuas hati ditegur lewat menghantar tugasan sekolah.

Mulanya, guru itu, Azahana Ibrahim, 27, yang mengajar subjek Fizik menegur seorang pelajar perempuan tingkatan dua di kelas kira-kira jam 10 pagi kerana dia bukan saja lewat menghantar tugasan sekolah, tetapi turut menulis tulisan ‘gila babi’ di belakang kertas folionya.

Azahana yang terkejut dengan perbuatan pelajar terbabit lalu bertanya, tulisan yang kasar itu ditujukan kepada siapa. Pelajar itu kemudian mengakui ia ditujukan kepada guru berkenaan. Berita Selanjutnya...(disini)


Terkedu aku membaca artikel ini, tak tahu apa yang nak diluahkan, mana silapnya pendidikan kita hari ini hingga melahirkan generasi sebegini? Fikirkanlah, renungkanlah jika tidak dilakukan sesuatu dan tidak diubah dasar "Pendidikan" yang sedia ada, bagaimana 10 tahun nanti? Mungkin malas atau tidak suka, guru boleh terus dibunuh.


"GURU", satu perkataan yang lahir dari bahasa sanskrit. "GU" bermaksud gelap manakala "RU" bermaksud terang. Boleh diertikan, satu tugas mulia membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang. Tapi hasilnya sekarang, anak-anak kita terhumban kebelakang, terperosok ke dalam kegelapan. Salah siapa?


Kita sibuk dengan politik, kita sibuk dengan pembangunan, kita sibuk dengan ekonomi namun tidak ramai yang sibuk memikirkan tentang generasi akan datang. Padahal kata Allah dalam An Nisaa';9-

"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar".

Sudah cukup kuatkah Ilmu anak-anak kita? Sudah cukup kuatkah jasad anak-anak kita? Andai belum bagaimana? Terbitkan PENDIDIKAN yang berupaya menyiapkan generasi yang 'Basthotan Fii I'lmi Waa Jismm', generasi yang kuat mental dan fizikalnya. Lalu sekiranya sudah wujud maka kita dokong semampu-mampunya....

10 comments:

  1. salaam brader pendekar,

    bagi aku kita pertama sekali kena tau 'the whole story'.

    pengalaman dulu belajar kat sekolah dan pengalaman sekarang berkawan dengan guru2 memberitahu ramai cikgu yang kerek. hidup mereka tiada ruhi untuk menjadi ustaz alam sebaliknya sentiasa tertekan menunggu masa untuk cucuk duit dihujung bulan.

    kita pandang kiri kanan, tengok member2 yang mintak KPLI, ramai kerana dah tak ada kerja lain, maka TERPAKSALAH jadi cikgu. yang belajar bagus semuanya jadi doktor engineer, yang kurang bagus dan tak bagus, jadi cikgu.

    mahu tak mahu, pekerjaaan cikgu ni kena martabatkan semula. gaji kena tinggi, kemudahan kena banyak. biar orang berebut nak jadi cikgu. yang tak layak jadi cikgu baru la jadi PTA ke, doktor ke. kemudian cari semula spirit cikgu yang hilang, bukan sahaja untuk mengajar anak muda, tetapi untuk mendidik peribadi mereka. seperti anak dengan ayah, pemimpin dengan pengikut.

    susah woo nak jadi cikgu. aku dulu nak jadi cikgu, macam cikgu onizuka. insyaAllah, sampai sekarang masih cuba apply. aku mahu jadi sang murobbi! hahahahahaha! ko kena doakan aku tau..

    ReplyDelete
  2. siannyerr, malu pong aderr .. kannns

    ReplyDelete
  3. atau ada yg tak kena dgn cekgu tu kot...








    entahlah.

    ReplyDelete
  4. salam ziarah. kene muhasabah diri juga.

    ReplyDelete
  5. salam pada semua,

    bumilangit, beerti ada sesuatu yang kita terlepas pandang dalam dasar pendidikan, hinggakan guru ada yang tidak boleh harap dan anak murid tak beradap.

    en_me, tapi tengok cikgu tu senyum jer bile masuk paper, he he he, bukan senang nak jadi masuk paper, ;-)

    tasik merah, aku dulu ramai jugak cikgu yang membosankan dan yang aku menyampah tapi tetap hormat mereka, kalau tak mahu hormat sebagai guru hormat sebagai orang yang lebih tua tak pun hormat sebagai manusia.

    ReplyDelete
  6. Sebagai seorang pelajar, kita harus menghormati guru. Kalau guru bertindak keterlaluan, kita bolen mengadu kepada PIBG. Bertindak kasar terhadap guru (walaupun guru juga kadang-kadang bertindak keterlaluan terhadap pejalar) bukan cara penyelesaian masalah yang betul.

    ReplyDelete
  7. hilang rase hormat kepada guru....
    kenap ye malysia yang 50 tahn merdeka nie masih ada yang tidak hormat 1 same laen....mari kita fikir2 kn.....sama2 kita dokong pendidikan yang membawa anak kita jadi pemimpin dunia...nazirul

    ReplyDelete
  8. yup putera bumi buat perkara yang rasioanal

    nazirul, huh kamu ade jawapannyerkan?

    ReplyDelete
  9. salam...

    An Nisaa';9-

    "Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar".

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  10. rasanya kita sefikrah mr P.

    pening dengan sistem pendidikan negara.sesuatu harus dibuat.dan pendidikanlah yang dapat mengubah keadaan skrg ini.

    jalannya panjang....

    ReplyDelete