Oct 25, 2008

MELAYU MELANGKAH LAYU.


Al Maa'idah:50.

"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?"


Apabila kita membicarakan tentang kerajaan dan pemerintahan berlandaskan hukum Allah maka ramailah yang akan melatah, bermacam pendapat yang diguna pakai untuk menguatkan hujjah agar hukum allah terus disemadikan.


Teringat aku semasa aku menghadiri seminar P***, kata salah seorang motivator "Mustahil sekarang ini ditegakkan dan dilaksanakan hukum dan undang-undang Islam di sini. Ini perkara yang mustahil'. Terus pula aku teringat hasil dialog aku dengan seorang ustaz(muda lagi dah jadi ustaz), katanya,"Nah, memang aku tahu bahwa sistem Islam itu perlu di naikkan tapi aku tak sanggup, aku nak cari makan, aku kena tanggung keluarga, aku takda masa"

Ash Shaff;8

"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya."

Apa sahaja alasan, prinsip, pendapat dengkel kita, sistem Allah terus akan dizahirkan, terus akan disempurnakan, samada kita sedar atau tidak, samada kita setuju atau tidak. Dan sehingga kini ramai masih tercari-cari dan teraba-raba dari mana arahnya sistem ini dizahirkan, dan bagaimana untuk menzahirkannya, adakah dengan politik? dengan berceramah 24 jam? duduk bertafakur siang malam? kekerasan? Harg harg harg. pssss............... pendidikan.

6 comments:

  1. Kalau semua pemimpin berpegang kepada quran dan sunnah, tentu sistem Allah boleh tertegak di muka bumi ini

    ReplyDelete
  2. arryanimran@gmail.comSaturday, 25 October, 2008

    Ramai orang yang bersinar justeru setelah melepaskan jawatannya kerana setelah itu ia dapat mempersembahkan ilmunya dan idea-ideanya secara optima dibandingkan ketika masih memangku jawatan.

    ReplyDelete
  3. Haha..ingatkan pssss apa tadi..

    Sekarang ni semua orang beriya2 nak naikkan Islam (perlaksanaan total) cuma tak tahu macamana. Jadi kita pun buat sekadar apa yang tau.

    Tapi kalau kita tau sebenar2nya macamana nak naikkan, kemungkinan kita x mahu. Sebab xmampu.

    Betul2 malu. huhu.

    ReplyDelete
  4. jgn kate undang2 islam akhi..
    yg sunnah pun tak sberapa yg menegakkan..
    tgk je la kenduri kahwin org kite yg terlalu mengikut adat..
    cuma nak jadikan contoh.. berdasarkan hadis sahih yg sy dengar dari seorg sheikh..
    seeloknya nikah pada bulan syawal, hari jumaat..isteri dihantar kepada rumah pihak suami,
    kemudian psgn td berkumpul..
    selepas tu baru diadakan kenduri walimatul urus ..
    tapi, yg dibuat kan sekarang membelakangkan sunnah, mendepankan adat..?
    kalo ente sendiri yg kahwin nanti (kalo belum kahwin skrg, atau nak kahwin lagi la misalannye ye..heheh)
    ente berani ka cakap dengan mak ayah (kandung n mertua), kate nak wat seperti yg nabi sabdakan?

    amacam akhi? ada beran?

    ReplyDelete
  5. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Tirana, jangan sekadar pemimpin sahaja yang kena pegang Al-Quran dan sunnah, kita juga wajib berpegang sekuat2nya.....heh

    arryanimran@gmail.com, kalo begitu semua kena letak jawatan. harg harg harg, abis sape nak memimpin..... kadang2 biler kat atas kita rasa best sangat sampai lupa yang kat bawah...

    xz, apsal ko ingat aku nak melepas ker? harg harg harg..... dah tau tak mampu tu namenyer mengade2, orang lain sibuk nak tau kita dah tau tak mampu nak buat..... aku rindu jiwa muhammad.

    hny komen anta, ana jawab dalam pos hadapan .....

    ReplyDelete
  6. salam...

    Ash Shaff;8

    "Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya."

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete