Oct 22, 2008

MELAYU YANG DI ISLAMKAN


Adik: Mama bagaimana keadaan di neraka?

Mama:
Wah panas, seakan sejengkal matahari di kepala, hukumannya maha dasyat, kalau menipu lidah adik akan panjang keluar, adik sendiri akan memotongnya, kemudian ia panjang lagi dan adik akan melakukan perkara yang sama berulang-ulang.

Adik:
Seakannya melakukan perkara yang sia-sia.

Mama:
Ia, anakku.

Andik:
Kalau begitu neraka sudah wujud di dunia sekarang ya ma?

Mama:
Apa maksud adik....(?)

Andik:
Ramai ahli politik melakukan perkara yang sia-sia, bercakap, bercakap, kemudian bercakap lagi, banyak ucapannya, banyak ideanya, banyak hujjahnya, namun semuanya sia-sia.

Mama:
????

Al Kahfi:103,104,105,106.

Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"

Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

Mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuslah amalan- amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.

Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahannam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olok.

16 comments:

  1. skang ni musim debat kat DEWAN... lg la byk yg merapu... bergaduh... bertikam lidah... tgk perbhsn dorg ni lg best dr segala cerita lawak yg ada...

    ReplyDelete
  2. hmm, betul.. siapa mkn cili dia yg terasa pedas ttg post ni..

    ReplyDelete
  3. Jika tidak ada perkara yang baik untuk dicakapkan, lebih baik kita diam, betul tak pendekar?

    ReplyDelete
  4. Salam...membalas kunjungan!
    Terima kasih sudi singgah!
    .
    .
    .
    .
    Saya juga sering kecewa dengan situasi sebilangan 'melayu yang diIslamkan' belakangan ini!

    ReplyDelete
  5. Best dialog tu...sungguh bermakna...

    ReplyDelete
  6. Politik is like that, sdr pendekar. Kena ada check n balance. Kena ada yg memberi peringatan jika ada yang dah tersalah jalan. But don't generalise thing, a lot of them really walk the talk.
    Jangan gusar jika Melayu yang diislamkan, tingkatkan kefahaman, InsyaAllah kita tidak akan tersasar. Tetapi gusarlah, takutlah, sedihlah, jika Melayu meninggalkan Islam, directly or indirectly..

    ReplyDelete
  7. sdr pendekar,

    org politik ada di mana-mana..begitulah jika orang berdebat 'just for the sake of argument'...bukan untuk kebenaran..

    ReplyDelete
  8. Benar OrangBUkit..
    Yang paling ditakuti ialah orang Islam meninggalkan Islam, tidak kenal Islam. Bila tidak kenal maka tidak cinta. Mahukah umat Islam tidak cinta pada Islam?

    ReplyDelete
  9. Assallamualaikum
    Setiap pagi bila Snow bangun, berasa sungguh bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Muslima yang berugama Islam. Insyallah untuk kalian semua juga yea...
    Wassallam

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Wah! Pandai sungguh adik itu...minta2 semua manusia yang berpangkat pun begitu jua..!

    ReplyDelete
  11. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Ku tak sempurna, tidak semuanya begitu sahabatku ada yang bagus namun ramai diantaranya yang bercakap perkara yang sia2, mereka menjadi cermin rakyat kerana rakyat yang memilihnya, heh.


    Azlin hashim, tapi tengok ramai yang buat bodoh jer walaupun terasa pedas, heh, mungkit 3ta (harta,tahta,wanita) lebih nikmat dari cili. heh


    Tirana, salah satu sunnah rasul adalah "diam", nabi muhammad cuma berkata2 andai katanya berlandaskan al-quran. tapi kita sekarang main hentam nak cakap apa yang kita suka.... heh. tapi jangan jadi pemdiam, namun diam2 ubi berisi. heh (pening)


    xiiinam751, musafir denganMu, Ramai melayu yang lahir kononnya menganut ajaran islam, hakikatnya ramai diantara kita yang islamnya islam baka, islam keturunan, melayu wajib di islamkan kembali, melayu wajib memahami islam kembali, melayu wajib kembali pada islam(samala tu. heh)


    BurungBelatuk, maknakan maksudnya secara lahiriah lagi bermakna, heh


    orangbukit, aku sedih dan kecewa melihat islam dipermain2kan oleh orang melayu, melayu akan bangkit dengan PENDIDIKAN. bangunlah melayuku, bangkit dengan pendidikan Al-Quran.


    erisya, kita cari persamaan walau wujud jurang perbezaan(ayat nie member aku marah sebab selalu ulang2, tapi itu sahaja jalannya)


    ibnurashidi, ramai hari ini menjadi islam kerana terpaksa saudaraku bukan kerana cinta, kembalikan mereka pada Allah, pada kecintaan terhadap Islam, jangan ditakutkan dengan hukum2 namun taman rasa cinta....


    Snowflake, aku pagi2 bangun dok fikir macam maner nak selesaikan cepat sikit hutang PTPTipu, heh... semoga kita mati dalam Islam.


    Fakhzan Marwan, Adik educated, heh...

    ReplyDelete
  12. semoga sistem kekhalifahan kembali ke muka bumi Allah ini.. huhu..

    ReplyDelete
  13. Waktu saya sekolah rendah dulu kawan ada cakap:

    "Kalo ko nak tau Islam yang sebenar2nya ialah yang mualaf tu..sebab diorg masuk Islam dalam sedar. Tapi kita..kalo kita x lahir dalam Islam, belum tentu kita akan masuk Islam. Nasib baik je"

    Mungkin itu yang saudara pendekar nak sampaikan?

    ReplyDelete
  14. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Jard The Great, heh heh heh...... sistemnya(al-Quran) memang sudah ada cuma khalifahnya harus dibina dan dikembalikan.....heh

    xz, kawan aku jugak pernah tanya, apsal tuhan jadikan dia islam padahal dia tidak minta di islamkan, tapi lahir2 jer dah masuk islam....

    p/s... kawan aku tu jadi pensyarah usuluddin akhirnya. heh. moga dia jumpa siapa allah dan siapa islam....

    ReplyDelete
  15. Siapkan bersama-sama barisan khlifahnya...nazirul..
    tq kerana meningatkan.nazirul

    ReplyDelete
  16. salam...

    Al Kahfi:103,104,105,106.

    Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"

    Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

    Mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuslah amalan- amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.

    Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahannam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olok.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete