Oct 17, 2008

SEBELUM TERLAMBAT

Adz Dzaariyaat:56.
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."


At Taubah:111.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar".



Sistem penghambaan zaman dahulu boleh kita ambil pelajaran, aku mudahkan kebiasaanya segolongan manusia dibeli bagi membantu melakukan kerja "tuan kepada hamba". Wujud dua kategori, satu hamba(yang boleh dimerdekakan) dan yang kedua hamba abdi( tidak boleh merdeka dan seluruh jiwa dan raganya milik tuannya)


Allah memerintahkan bahwa kita diciptakannya semata-mata untuk tunduk beribadah kepadaNya, perintah ini untuk semua manusia. Namun bagi orang yang mukmin perintah ibadah lebih dari itu, pengabdian kepada Allah dengan menjual seluruh jiwa dan raga semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah.


Ada kerja yang perlu dilakukan kerana itu Allah membeli kita. Satu kerja yang dilakukan oleh setiap nabi dan rasul, iaitu sampaikan petunjuk dan tegakkan sistem yang haq. Perlu dizahirkan sistem Islam melalui Pendidikan dan Ekonomi. Jadikan Al-Quran sebagai teorinya dan Sunnah Rasul sebagai praktikalnya. Sebelum terlambat, sebelum terlambat........


Al An'aam;131.
"Yang demikian itu adalah karena Tuhanmu tidaklah membinasakan kota-kota secara aniaya, sedang penduduknya dalam keadaan lengah"




13 comments:

  1. mcm dh sgt terlambat pn ada bila di fikir semula..kalau ikut pendidikan islam...kita dh tau berenang, memanah dan menunggang kuda..

    ReplyDelete
  2. Hasnul, pendidikan islam bukan sekadar berenang, mamanah dan menunggang kuda. malah lebih dari itu.


    Al A'raaf:156.

    Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan di dunia ini dan di akhirat; sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau. Allah berfirman: "Siksa-Ku akan Kutimpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami."



    ;-)

    Menjadikan alam ini sejahtera, aman penuh toleransi dan perdamaian.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum Pendekar,
    Perkongsian yg menarik. Sama-samalah kita menjadikan alam ini lebih sejahtera untuk kita diami bersama... sementara menunggu masa utk kembali.

    Saya linkkan melalui waadat.

    ReplyDelete
  4. salam singgah. terima kasih memberi peringatan. saya link blog saudara.

    ReplyDelete
  5. Pendekar!

    Wahhh...Ilmiah abis blog bro nihhh...Template pun best nih!Huhu..

    Thanks..At least ada 'isi' utk guaa yang jahil agama nih...Gua pun duk cari2 blog2 camni gk skrg,dah bosan dah baca blog politisc!Huhuhu...

    Pendekarrr,Keep it Up!


    ROger!

    ReplyDelete
  6. penuh dengan ayat2 suci yang tak kan mungkin dapat disangkal tapi kalau boleh,harap pendekar ada sedikit penghuraiannya agar pembaca dan pelayar tak salah faham..nanti akan timbul masalah besar pula..say alilnk blog pendekar..

    ReplyDelete
  7. Syukron jazilan farhana,

    insyaallah aku cube sampaikan sedaya yang mungkin. akan tetapi ade beberapa ayat yang tidak dapat dijelaskan secara terperinci gusar yang membacanya tak mampu memahami, lagi besar masalahnya nanti. :-) mardhotillah

    ReplyDelete
  8. salaam brader pendekar,

    bagi aku kita pertama sekali kena tau 'the whole story'.

    pengalaman dulu belajar kat sekolah dan pengalaman sekarang berkawan dengan guru2 memberitahu ramai cikgu yang kerek. hidup mereka tiada ruhi untuk menjadi ustaz alam sebaliknya sentiasa tertekan menunggu masa untuk cucuk duit dihujung bulan.

    kita pandang kiri kanan, tengok member2 yang mintak KPLI, ramai kerana dah tak ada kerja lain, maka TERPAKSALAH jadi cikgu. yang belajar bagus semuanya jadi doktor engineer, yang kurang bagus dan tak bagus, jadi cikgu.

    mahu tak mahu, pekerjaaan cikgu ni kena martabatkan semula. gaji kena tinggi, kemudahan kena banyak. biar orang berebut nak jadi cikgu. yang tak layak jadi cikgu baru la jadi PTA ke, doktor ke. kemudian cari semula spirit cikgu yang hilang, bukan sahaja untuk mengajar anak muda, tetapi untuk mendidik peribadi mereka. seperti anak dengan ayah, pemimpin dengan pengikut.

    susah woo nak jadi cikgu. aku dulu nak jadi cikgu, macam cikgu onizuka. insyaAllah, sampai sekarang masih cuba apply. aku mahu jadi sang murobbi! hahahahahaha! ko kena doakan aku tau..

    ReplyDelete
  9. salam pendekar,

    berita begini amat menakutkan. Dulu-dulu anak murid begitu menghormati guru.Apa yang ibu bapa kata, semua salah..hanya guru yang betul..walhal ibu/bapanya juga seorang guru!
    tak tahulah apa yang tak kena..sistem pendidikan? guru yang memilih karier perguruan kerana takut menganggur? ibubapa yang terlalu memanjakan? atau anak itu sendiri yang tidak sedar diri!

    ReplyDelete
  10. ..Kalau di sekolah tempat sumber para pendidik dan pendidikan manusia sudah tidak mampu lagi melahirkan manusia yang berdisiplin lahir dan batin jangan mimpi di kilang, di padang, di hutan reakreasi, di ladang, di pejabat dan lain-lain tempat dapat melahirkan manusia yang terdisiplin lahir dan batin, kerana tempat-tempat ini bukan gelanggang pendidikan.

    ReplyDelete
  11. salam semua..
    sy sbg pelajar juga turut kesal dgn ape yg berlaku.. bg sy bkn masalah pelajaran islam atau sistem pembelajaran tetapi faktor luar persekolahan yg menyebabkan mereka jd begini.. anak2 septutnya dibentuk sejak bayi lagi.. jd siapa yg ptut membentuknya? sekolah? sekolah agama? ustaz? tentunya tidak tetapi ibu bapa mereka sendiri.. bezanya dulu dan sekarang ialah, kebykan ibubapa terlalu tegas dlm mendidik anak2.. tetapi sekrang, masing2 mula mengabaikan tgungjawab itu dan apabila terjd perkara sebegini, mula salahkan sistem pembelajaran.. bukankah sistem sekarag jauh lg bagus dpd dulu??? dulu murid hanya diajar mengeja, menulis dan mengira tp kini terdapat sukatan pembelajaran termasuklah agama islam dan moral.. tapi kenapa dulu kita x dgr murid pukul guru, sebaliknya sekarang bru wujud? sy terlalu yakin, ibu bapalah punca utama.. bkn sistem pembelajaran.. klu seseorg 2 belajar di sekolah agama pun belum tentu dia ikut ape yg diajar buktinya banyak juga kes2 pukul dr sekolah agama..
    ape2 pun kite perlu teruskan dan perbaiki perkara2 yg telah berlalu..
    salam

    ReplyDelete
  12. semoga sy dan kalian dapat jadi hamba yang sejati...dan patuhi amanahnya agar tidak lupa akan nikmtanya ketika kamu senang dan susah...nazirul

    ReplyDelete
  13. salam semua, terime kasih kerana bertandang....

    demang.lebardaun@yahoo.com: Sama2 kita usahakan.mardhotillah

    Muhammad Azli Shukri: tq kembali

    Aboo : Roger bro, wokeh memang akan aku teruskan.... tanx

    bumilangit: aku dah komen kat post atas, heh.

    erisya: betul tue...so ape yang boleh kita baiki yek?? jawapan pada kita sendiri...

    Raja Marzuqi: blog ko banyak giler aku tak tau yang maner satu....heh. memang kalau dibiarkan sebegini hancur mase depan generasi mendatang....

    bboyhasif89: bukan sekadar pendidikan islam dan moral, tapi pelaksanaan, hari ini semua kenal allah, semua mengaku hamba Allah tapi berape kerat yang mencintai allah??? berape kerat yang menghafal asmaulhusna???

    Mohd Nawi: jaga dan sebarkan amanahnya....

    ReplyDelete