Oct 29, 2008

MANUSIA DAN BATU


"Stress atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidak upayaannya menangani masalah yang dihadapi. Faktor fizikal, mental dan emosi yang tidak seimbang mengakibatkan tekanan dan menyebabkan seseorang individu tidak dapat berkelakuan normal (abnormality behaviour)


Berlaku kemurungan, lemah longlai, lesu, tidak bermotivasi malah boleh menyebabkan kematian sekiranya tekanan atau stress yang dialami ditahap yang kritikal. Sekiranya tekanan atau stress ini tidak ditangani, ianya akan memudaratkan individu tersebut baik dari aspek fizikal, mental, emosi mahupun keterlibatan sosial mereka”.mfmn


At-taubah;41.

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”

Yang aku hendak sampaikan bukanlah stress yang berlaku akibat dari masalah peribadi mahupun masalah negara, dalam menegakkan Ad Deen Allah kita seringkali berhadapan dengan berbagai cabaran dan dugaan yang adakalanya menjadikan kita tertekan, kerana berhadapan dengan manusia memang meletihkan, memenatkan dan menyusahkan. Akan tetapi matlamat kita yang jelas iaitu untuk menzahirkan sistem yang benar akan merubah segala kebuntuan dan kemurungan akibat bebanan yang ditanggung.


Kerana perintah Allah bahwa iman dan hijrah dan jihad (9:20), beerti apabila kita telah menyatakan rasa percaya pada Al Quran, maka harus kita pindahkan pola fikir kita dan selanjutnya berjihad dijalan Allah dengan harta dan diri. Bagaimana besar pun halangan dan cabaran jangan terlalu cepat melatah.


Aku bila menjadi fasilitator dalam mana-mana program selalunya menyelitkan aktiviti mudah namun penuh makna, dan salah satunya menghuraikan kembali benang yang bergumpalan. Harus ditarik satu demi satu benang yang bergumpalan, ini kerana jika terlalu terburu-buru benang akan terus terbelit.


Masalah, cabaran serta halangan manusia juga begitu, tidak boleh semuanya hendak diselesaikan dalam satu jangkamasa, sekiranya berhadapan dengan masalah yang berat maka ambil masa, namun jangan ditinggalkan, kerana tugas untuk menzahirkan sistem Allah wajib diteruskan walau berjuta rintangan.

7 comments:

  1. art of the deal bro..
    art of the deal..

    tidak semua kuasai..

    ReplyDelete
  2. iman hijrah jihad...nazirul

    ReplyDelete
  3. Satu n3 yang straight to the point..Berusaha, berdoa, bertawakkal..slowly but surely.

    ReplyDelete
  4. aiyo..nicely wrote..concise giller

    ReplyDelete
  5. Kenapa manusia begitu lemah dengan bisikan syaitan meskipun ketika sedang mendengar ceramah agama.

    ReplyDelete
  6. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    hny, yup, kita sentiasa berdoa agar lebih ramai menguasainya.

    Anonymous, iman, hijrah dan jihad.....tapi jangan lupa dengan harta dan diri

    orangbukit, yup, bro panjangkan lagi, panjangkan lagi, panjangkan lagi kecintaan pada Allah.

    Happiness, aiyo.....he he he, jangan r.i.p lagi udah ler.... he he he

    RAHISAM RAMLI, syaitan tak mampu menggoyangkan orang2 yang mukhlis(yang benar2 ikhlas mengharapkan keredhaan Allah)

    ReplyDelete
  7. salam...

    At-taubah;41.

    “Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete