Oct 15, 2008

ULANG-ULANG, PUSING-PUSING, MELAYU PENING.

Menjawab respon dari Brahimnyior


Pendekar, terima kasih tinggalkan jejak di blog saya. Blog tuan menarik, isu pun berkaitan dengan kemasyarakatan. Cuba komen hal penipuan orang Melayu terhadap bangsanya sendiri:
BNM serbu 4 syarikat

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan TAN MING WAI

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit. Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur , Selangor dan Negeri Sembilan. Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan. BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.(Petikan Bernama 14 Oktober 2008)



;-)

Sebelum itu, "Syarikat Melayu" yang disyaki mengambil deposit secara haram, menyalahi Akta Pencegahan Wang Haram 2001 (Akta 613) atau Anti-Money Laundering Act 2001 (ACT 613). Masih dalam siasatan maka kurang wajar pula kita mahu menyatakan siapa salah atau siapa yang betul.

Dalam ekonomi kapitalis yang diamalkan sekarang apa sahaja boleh berlaku, banyak spekulasi yang boleh kita buat namun beberapa amaran keras Allah seperti:-

Al-Baqarah : 275

"Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata, sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu; dan urusannya kepada Allah. Orang yang kembali, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya".


Dalam perniagaan aku mudahkan bahwa, modal rendah maka risiko rendah dan untung pun rendah, kalau modal tinggi maka risiko pun tinggi dan keuntungannya tinggi. Namun kerana kejahilan "orang Melayu kita" dan sikap tamak serta berbuat tanpa ilmu menyebabkan selalu menjadi mangsa penipuan tidak kiralah ditipu oleh siapa pun. Tetapi apabila yang menipunya pun orang Melayu Islam, mengingatkan aku pada sejarah Nabi Muhammad ketika wujudnya 'Hiful Fudhul", yang diwujudkan atas dasar sumpah setia menangani jenayah terutamnya kes penipuan. Namun gagal membendung kes yang berlaku hinggalah turun wahyu pertama kepada Nabi Muhammad dan diajarkan bahwa, manusia ini diciptakan oleh Allah maka harus mengikut Qalamullah.


9 comments:

  1. Salam pendekar (bersemangat bila nampak nama pendekar :) )

    Terimakasih atas kunjungan ke blog saya. Saya jenguk ke sini semalam tapi terlupa nak tinggalkan jejak. Cari shoutbox tapi tak jumpa jadi terpaksa tinggalkan jejak di ruangan komen ni.

    Orang melayu ni selalu nak cepat kaya sebab tu la selalu kena tipu... Sikap tak sabar dan terburu-buru selalu ada pada kita padahal Islam kata "sabar itu separuh daripada iman". Tak tahu la apa nak jadi pada bangsa kita..

    ReplyDelete
  2. Salam.

    ahhh...

    perkara2 camni....

    kawan zara pun join...

    dia ajak join hari tu..

    seb baik tak terpengaruh

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum..

    Akhirnya saya berjumpa juga dengan blog ini yang memperjuangkan Islam.

    Tahniah.

    ReplyDelete
  4. melayu kita buat sesuatu tan pa didasari ilmu...jangan kalian tertipu...jgn hanya berjumpa saudari tetapi memahminya...

    ReplyDelete
  5. slm en.pendekar nape sush sgt nk komen,,,gune ape..url ke...en dh ubh la...sy xpndi...

    ReplyDelete
  6. Salam pada semua, terima kasih kerana bertandang ke kakisyurga....

    tirana, perlu dilakukan sesuatu pada bangsa Melayu ini sebelum terlambat....

    Zara, apa sahaja yang hendak kita lakukan, lakukan dengan ilmu. kesian kat member2 yang "terkene"

    Nur aflah, Kita sampaikan walaupun sepotong ayat.

    Anonymous, komen dari goggle akaun, masukkan name dgn e-mail

    ReplyDelete
  7. salam pendekar pejuang bangsa melayu...

    kita perlu diingatkan byk kali supaya kembali kpd pnduan asal...

    spt kata dr.M melayu mudah lupa... dek ketamakan mereka dgn hrta bnda.. kita smua mmg mudah lupa wlaupun bnda2 mcm ni tlah lama wjud di negara kita...

    salam dr hastapronto...

    ReplyDelete
  8. salam kembali, ingatkan pada semua, sebarkan pada semua wahai sahabatku MistaFiq

    ReplyDelete
  9. salam...


    Al-Baqarah : 275

    "Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata, sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu; dan urusannya kepada Allah. Orang yang kembali, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya"

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete