Nov 25, 2008

LAGI-LAGI ORANG GILA

Guru cabul pelajar

KUANTAN - Dicabul guru ketika mahu bertanyakan masalah pelajaran yang tidak difahami.

Itulah yang terjadi ke atas seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kejadian di Sekolah Menengah Jengka, Maran Sabtu lalu. Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud, semasa kejadian kira-kira pukul 5 petang, mangsa dikatakan telah pergi berjumpa guru lelaki berusia 50-an terbabit bagi bertanyakan masalah pelajaran yang sukar difahaminya.

"Ketika cuba memberi penerangan kepada pelajar perempuan berusia 17 tahun itu, suspek dipercayai telah meletakkan tangannya di atas paha mangsa. "Melihatkan mangsa tidak melawan, dia bertindak lebih berani dengan meramas tangannya pula," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini semalam.

Rentetan malu dengan kejadian itu, kata Mohd. Haris, mangsa kemudiannya membuat laporan polis. Mangsa turut mengakui sudah beberapa kali dicabul oleh guru yang sama sebelum ini tetapi bertindak mendiamkan diri.



Tahniah pada guru itu
Kerana menjatuhkan martabat guru
Menghina sistem pendidikan negara
Menghina anak bangsa


Tahniah pada guru itu
Kau perlu diberi anugerah
Kau perlu dipuji
Kerna kau berani


Tahniah pada guru itu
Patutlah anak murid mu hebat-hebat
Berzina, makanannya dadah airnya arak
Kerana guru kencing berdiri
Anak murid kencing berlari

11 comments:

  1. macam nih punya org pun adake?? hampeeehhh!!

    ReplyDelete
  2. Hebat madah Pendekar......menggetarkan...

    Tahniah pada guru itu
    Patutlah anak murid mu hebat-hebat
    Berzina, makanannya dadah airnya arak
    Kerana guru kencing berdiri
    Anak murid kencing berlari

    ReplyDelete
  3. ni lah rupanya ketam yg cuba mengajar anaknya berjalan lurus...

    ReplyDelete
  4. kawan saya ada yg baru nak prktikum kat sekolah tuh thun depan...sian kat dia'

    ReplyDelete
  5. dah arr menjatuhkan martabat guru...org bandar maran pun mesti malu gak..sengal btul..

    ReplyDelete
  6. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    theconfused, heh, teringat dulu ade sorang cikgu T***** kat sekolah aku, perangai macam nie ler, bebudak nak report pun tak tau macam maner, last-last terbongkar jugak, entah ler bini lawa pun masih gatai......

    Pok Li, aku doakan agar ada cikgu2 yang dengar bisa ambil pelajaran dari kisah2 yang dah berlaku, kalo dah tak tahan kawin, tak cukup tambah dan tambah lagi, hohhohooo.

    ku tak sempurna, tu bukan ketam tu setan... hehehehhe

    kina, arrrr mintak kawan sis jage2 ngan buaye2 kat situ kalo die nisa' lah kalo yang rijal tolong2 ler baiki maner yang patut.

    zianazone, tu la pasal, aku pun tak faham orang tua tue, ini kes2 yang dilaporkan yang tak dilaporkan? huish mana arah pendidikan kita?

    ReplyDelete
  7. huhu. ayat itu makan dalam! tahniah juga utk cikgu itu. [ngok ngek tol. dh tua pun nak meraba lagik]

    ReplyDelete
  8. ish..ish..ingatkan pelajar je advanced rupanya guru pun sama..

    pelajar yang menjadi mangsa sebaiknya pertama kali lagi mesti kena buat laporan. Jangan tunggu nasi menjadi bubur baru nak report..

    ReplyDelete
  9. diya,makan jangan tak makan, ho oho ho ho ho,

    tapi yang pelik biler baca balik awat selepas sekian kali kene rabe baru nak report? nie mesti mintak markah tinggi pastu cikgu tu tak nak bagi pastu balas dendam ngan report (aku punyer spekulasi)... hohohoho

    Ibnurashidi, aku suker jugak bubur letak ikan bilis pastu masukkan sayur sawi celor, peh! hohohooo

    tapi cikgu tu memang !@#$%^&, huish, astagfirullahalazim..... nak jer aku karate tengkok die.

    ReplyDelete
  10. perlukan sistem pendidikan yang baik dan sejahtera...

    ReplyDelete
  11. salam...
    astagfirullahalazim...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete