Nov 5, 2008

LIDAH MELAYU KAKU.

Asy Syuura:15.
Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)."


Perintah 'daie'(seru) atau dakwah adalah tuntutan Allah, dalam melaksanakan dakwah dalam masyarakat harus kita dahulu tetapkan prinsip kita. Tetap melaksanakan perintah Allah tegakkan Ad-deen dan jangan berpecah-belah kerana itu yang disyariatkan kepada kita(Asy Syuura:13). Terus menerus menzahirkan sistem Allah(Ad-deen) tanpa mengenal letih atau lesu.


Apa sahaja tentangan mental atau fizikal harus jelas tentang prinsip kita, jangan tewas pada hawa nafsu manusia yang dengkel yang sering lemah pada harta dan tahta. Kuasa takkan kekal sampai bila-bila, nyawa sementara sahaja, maka fikirkan.


Katakanlah, wahai sahabat yang dirahmati Allah bahwa kita meyakini semua ketetapan Allah, dan berlaku adillah wahai sahabatku. Adillah, manusia perlukan Al-Quran maka kembalikan hak mereka, jangan dibenci pada yang masih tidak mengetahui tapi perlahan-lahan tanamkan rasa cinta padaNya. Jangan bertengkar atau saling berdebat, kerana Allah Maha Berilmu maka sebarkan budaya toleransi dan damai.


Sekiranya peringatan kita diabaikan, tetapkan prinsip bahwa setiap manusia punya pandangan dan anutan yang berbeza namun harus jelas satu ketika nanti, semuanya akan kembali padaNya. Fikirkanlah......(please)

11 comments:

  1. salam...terkesan di hati saya..lama sangat tidak menyamaikan amanahNYA...NAZIRUL

    ReplyDelete
  2. Maha benarlah AlQuran daripada Allah yang menciptakan manusia dan segala makhluqnya. Ia adalah sebahagian daripada ayat-ayat yang menyuruh manusia berfikir. Bacalah......

    ReplyDelete
  3. Betul tu...sejak keje ni kadang2 terlupa tuk berfikir skjp..huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Janganlah kita jadi orang yang lemah lagi melemahkan orang lain tapi jadilah mereka yang saling menguatkan sesama sendiri..yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran..rebutlah masa hidup sebelum datangnya kematian..

    Kenapa (please) tu font nya kecik je..memang ada physcological effect..

    ReplyDelete
  5. Sekarang ramai sangat berdakwah pakai senapang.

    X sempat nak berbicara pasal adil..dah tembak. Ramai yang terlalu emosional.

    Sedangkan dakwah ni mestilah rasional.

    ReplyDelete
  6. huhu aku rasa diorang patut dengar lagu mentera beradu

    ReplyDelete
  7. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Hny, peace no war....he he he

    Nazirul, pinjamkan semangatmu kerana aku pun haru-biru, he he he, sunnah kot? huh....sabar dan kuatkan kesabaran wahai aku(berkata pada diri sendiri).

    Pok Lie, kerana manusia yang Allah ciptakan berdasarkan ilmu-ilmunya harus rasa terikat dibumi ini dengan kalamNya.

    nuyui, itulah kadang2 bila kita di sibukkan dengan urusan dunia lupa pula dunia ini sementara yang kekalnya disana.....

    orangbukit, he he he, tulisan tue bergantung pada macam mana kita memahaminya....he he he. betul kater ko, maka aku dengan rasa rendah diri meminta sama2lah kita menyampaikan kebenaran....

    xz, aku pun kadang2 terbawak senapang patah mase nak berdakwah......he he he, kena banyak lagi tingkatkan usaha menangani emosi sendiri.....

    lieza, hush jangan stakat dengar kene merahkan betul2 adunya.......he he he, kadang2 manusia nie cakap terus taknak dengar kene pakai lagu baru paham kot. he he he

    ReplyDelete
  8. amar makruf lebih mudah dari nahi munkar...tapi as a muslim we must to do both of that..

    ReplyDelete
  9. fanaha_ann, benar sangat2 apa yang dikatakan.......cuma terpulang pada kita sanggup atau tidak.

    ReplyDelete
  10. salam...

    Asy Syuura:15.
    Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)."

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete