Nov 3, 2008

MELAYU BERSATU DALAM PENYATUAN- sbg

Persatuan bangsa seperti ini, akan menghantar rakyat memiliki kebanggaan yang tulus tentang identiti mereka sebagai warga negara maupun warga dunia. Pandangan dan sikap seperti ini tidak akan melenyapkan ciri-ciri unggul suatu bangsa, malahan akan dapat memantapkan ciri-ciri unik sebuah masyarakat bangsa, yakni masyarakat bangsa yang sedar terhadap tanggung jawab global, bersatu dalam mewujudkan persatuan universal, masing-masing menyumbangkan keistimewaannya.

Persatuan bangsa seperti ini akan mampu menyingkirkan permusuhan internal bangsa, sebab pencapaiannya tidak melalui kekuatan tentera, melainkan melalui tuntutan ilmu, dan peradaban yang membudaya dalam kehidupan masyarakat. Persatuan bangsa yang berpegang pada prinsip bahwa kemajuan kebudayaan dapat menyamai nilai-nilai universal, sehingga dapat menjadi kekuatan yang dapat mengangkat harkat martabat rakyat untuk menjadi warga negara dan seterusnya warga dunia yang baik. -a.s.p.g

4 comments:

  1. warga negara yang mencintai bangsanya dan negaranya...nazirul..

    ReplyDelete
  2. slm,
    soalnya, bagaimana nk mpersatukan satu bangsa yg org2nya pun sgt pelbagai...
    mungkinkah dgn bertolak ansur ats perbezaan, mengukuhkan persamaan dan berjuang menuju matlamat yg sama?
    mana2 jalan pun susah,
    jadi baik jalan je kan?
    Takkan nk duduk setempat.

    ..skdr bkongsi pandangan :)

    ReplyDelete
  3. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    nazirul, jadi warga yang baik.....jangan jadi penyangak negara.....

    Ice Rose Princess he he he, banyak betul soalan ko aku naik pening nie soalan ker atau ko nak bagi pendapat ....he he he

    1. Hanya al-quran sahaja mampu menyatukan jiwa manusia(Al Anfaal:63).

    2. Muhammad s.a.w berjaya menyatukan jiwaraga bangsanya yang juga multi racial, kenapa kita tidak boleh. bukankan Al-quran dan sunnahnya ada di depan mata.

    3. Yup, hanya dengan menyemai budaya toleransi dan perdamaian sahaja mampu menyemarakkan perpaduaan, cari persamaan namun teguh dengan prinsip kita.

    4. semua jalan sukar, kerana Allah menciptakan manusia dengan susah payah(Al Balad;4).....

    kesimpulannya, teruskan sahabatku, sebarkan rasa cinta pada Allah.

    ReplyDelete
  4. salam...

    Al Hujuraat:13.

    Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete