Nov 8, 2008

MELAYU DAN ANJING ATAU ...............

Al A'raaf:176.

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

(Harap maaf topik ini mengandungi unsur-unsur ganas, maka yang dibawah umur tolong dapatkan bimbingan orang dewasa, tolong yer, n3 ini ditujukan pada diri aku, maka orang lain jangan perasan)

Mungkin ada sebilangan dari kita pernah terbaca ayat diatas, mungkin juga tidak. Pertama kali aku mendengar ianya dibacakan aku terfikir betapa hinanya menjadi manusia seandainya Allah cuma memandang kita seperti seekor anjing(lebih-lebih lagi anjing kurap). Anjing binatang yang taat pada tuannya, manja dan adakalanya boleh menjadi musuh. Anjing juga disebut-sebut dalam kisah Ashabul Khafi, dimana si anjing setia menjaga pintu gua.


Pada kebiasaannya anjing akan melakukan kerja yang disuruh/diperintah apabila mendapat habuannya. Maka ada juga manusia yang jasadnya seperti manusia tetapi menghampiri sifat-sifat seekor anjing. Bila dipanggil mencintai Allah, dipanggil kearah AddenNya, dipanggil memahami al-Quran, tiada tindakkan susulan melainkan menjelir-jelirkan lidah, rupanya menagih kesian, tapi bebal tidak memahami apa yang ingin disampaikan.


Maka jika dibiarkan mereka tetap hanyut dalam kebendaan dan keduniaan, sikapnya terus begitu, menjelir-jelirkan lidah seakan tidak memahami bahwa usia ini amat pendek dan alam ini akan nazak jika dibiarkan dihuni anjing-anjing sahaja. Maka yang berjasadkan manusia dan berhatikan manusia tolong dengarkan baik-baik, perhatikan dengan tenang moga kalian mendapat rahmat.

An Nahl;78.

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

13 comments:

  1. hari ini kita masih lg duduk diam...terutamanya saya........padahal kita tahu dunia ini sementara tetapi kita tidak buat persediaan................moga Allah beri taufik dan hidayah pada diri ini dan seluruh umat

    ReplyDelete
  2. Salam hujung minggu..

    Memang ganas entri ni hehe. Menakutkan, tapi memang berlaku..orang kita sendiri mula mengejek2 (menjelir lidah) tatkala kita berdakwah pada mereka.

    "Not cool. Orthodox. Sempit. Boring. Conservative." Semua benda dikutuknya.

    Ada jugak yang xkutuk, tapi bila ditarbiah, seakan xpaham2 (dan xnak paham). Na'uzubillah. Semoga kita ambil pelajaran. Dan pengajaran.

    ReplyDelete
  3. ayat Tuhan mmg utk beri panduan, dn buat kita belajar mengenali org. Bila jumpa org camgitu, slps baca entri ni, mmg tak perlu heran lagi, sbb Allah sendiri dh mengingatkn dlm Quran.

    p/s: mohon memaut blog sdr ya..TQ

    ReplyDelete
  4. sy pun tidak mahu mempunyai sifat anjing..minta en teruskn tarbiah sy dengn pendidikan...nazirul.

    ReplyDelete
  5. bitter hearts bitten hard..
    chased,out of comfort zone

    yg (seperti) dilempang T_T,
    hny

    ReplyDelete
  6. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    PIANED, aku amat berharap kalau bangsa ini jangan cepat mengalah, atau saliing salah menyalahkan(walaupun salahkan diri sendiri), jadilah bangsa yang saling lengkap-melengkapi.

    bumilangit, so, what can we do bro? pasir salak? he he he.

    xz, salam kembali sahabatku, pastikan yang membaca n3 ini orang2 yang dah matang yer. benar kate bro, cuma aku sedikit risau, takut2 anjing2 jadi raja manusia. heh susah aku nak cari makan.

    Asal, Terima kasih kerana berkunjung, itulah hakikat manusia sahabatku, yang disuruh malas yang ditegah pulak yang dibuat.

    ku tak sempurna, he he he.....aku belum bayar lagi upah die, sebab dalam perjanjian kalau dia asyik komplain aku tak akan bayar.....he he he.

    Hny, aku takde lempang saper2, uishh lamer tak makan lempeng ...... tak boleh jadi nie.

    ReplyDelete
  7. huhuhu..memang agak berbisa tapi bila dalami ayat tu dengan penjelasan mudah dan ringkas pendekar,aku tak rasa bisanya..malahan memang benar..kan ayat allah tu tiada salahnya..manusia aja yang tak ambil pengjaran..thanx for sharing...

    ReplyDelete
  8. fahana_ann, ayat Allah memang indah, ada yang berbentuk satira ada yang ayat penyata, namun bagaimana kita mengambil ilmunya. sahabatku, sebarkan lagi rasa cinta pada Allah, supaya bumi ini penuh dengan kecintaan padaNya.

    ReplyDelete
  9. Teringat ketika ditanya aku kepada ayahanda,
    "Kalau orang umpamakan ayahanda seperti binatang, ayahanda marah tak?"
    "Tentulah marah!" Tegas.
    "Tapi kalau Tuhan umpamakan ayahanda seperti itu?"
    Terkasima kemudian senyum, "Tak boleh marah..."
    "Tapi Tuhan pandang kita begitu, ayahanda, kalau kita tak ikut aturanNya..."

    Lalu airmata ayahanda merembes di kelopak mata.

    ~syahdu~

    ReplyDelete
  10. salam...

    Al A'raaf:176.

    Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. Salam...
    Kadang2 manusia itu luper..oleh itu tugas kita spy ingat mengingati spy kita x melihat saudar2 kita mjdi anjing @ kita yg akn jadi anjing..krn x memperdulikan saudara2 kita.."ingat tuhan bukan cipta syurga utk kita saja tp smer umatnya"
    Wallahualam...

    ReplyDelete