Nov 22, 2008

MELAYU DAN PROJEKTOR

Sempat juga aku ke kedai gunting rambut, itu pun setelah big bos menyindir-nyindir, memang aku nak gunting tapi tak berkesempatan. Oleh kerana hendak menyelesaikan beberapa bil, maka aku terus ke kompleks PKNS, taman permainan sejak kecil.


Melangkah ke dalam kedai, beberapa orang lelaki sedang rancak berbual, lalu aku melemparkan senyuman. Melihat kerusi yang kosong terus aku mengarahkan langkahku dan seorang tukang gunting bergegas-gegas menghampiriku.


"Pendek?", sapanya bersahaja. Aku mengangguk perlahan. "Sependek yang boleh", jawabku sambil melabuhkan punggung. Tangannya terus rancak memainkan mesin rambut di kepalaku.


"Sekarang macam-macam kes berlaku, boleh kata hari-hari, kalau tak dapat duit pun dicederakan. Ish..", keluh si tukang gunting memulakan cerita, mungkin tidak mahu aku kebosanan.



"Kalau dulu ada jugak rasa kesian", sambil menolak sedikit kepala aku ke hadapan. Dari raut wajahnya, aku jangkakan dia seusia awal 40-an.


"Heh! Macam-macam dah sekarang nie, mungkin te
rdesak sangat kot?", balas aku dengan nada perlahan sambil anak mataku mengerling pada pelanggan di sebelah, raut wajahnya saling tak tupah seakan wajah anak buah aku.


Senyap, sunyi, sepi tiada suara. Di luar hujan mulai turun, mengingatkan aku pada malam ini aku perlu berjumpa seseorang, jika hujan masih lebat begini habis lagilah rancangan aku. Minggu depan berjawab lagilah dengan big bos, kalau aku masih gagal mendapatkan client.


"Semalam kawan kena rompak, dekat depan pasar Seksyen 6, dia dah bagi tahu dia takde duit", tukang gunting bersungguh tidak mahu aku kebosanan dan semakin susut rambut aku dijamah mesinnya. Aku menghela nafas perlahan-lahan sambil membayangkan restoran di depan pasar Seksyen 6, lama sudah tidak kesana.


"Tapi lansung tak diendahkan, habis disentap handset dan jam tangan, itu ok lagi, tapi tak pasal-pasal dapat penumbuk percuma", sambung tukang gunting. Aku masih cuba membayangkan mek yang menghidangkan makanan di restoran depan pasar Seksyen 6.

Terus fikiranku merawang hingga teringat sewaktu aku sedang asyik minum di Restoran Ali Berkat, Seksyen 7, yang sekarang sudah digantikan dengan restoran baru. Sedang rancak berbual dengan seorang sahabat, sambil menonton perlawanan bola, lalu seorang lelaki Melayu menghampiri meja di depan kami, di mana mereka meletakkan projektor diatasnya.


Aku kira mungkin pelanggan yang mahu pulang. Tapi persangkaanku meleset sama sekali, lelaki Melayu tersebut terus memegang projektor di atas meja, menyentap wayarnya dan membawanya lari. Maka berlakulah aksi kejar-mengejar diantara mamak dan lelaki Melayu. Aku kaku dan terkedu, aku perhatikan pelanggan lain pun begitu tidak mampu melakukan apa-apa kerana kejadian yang berlaku terlalu cepat, sekelip mata dan kami tidak menyangka ia boleh berlaku.


Dihujung persimpangan menghala kearah Kompleks Belia, sebuah motor sedang menunggu. Geng-geng mamak menjerit "Tahan dia! Tahan!", merujuk kepada lelaki diatas motor yang sedang berhenti bertentangan dengan lelaki melayu yang membawa lari projektor, mereka mahu lelaki diatas motor Honda ex-5 itu menahan penculik projektor.



Tapi dengan selambanya dia menaiki motor tersebut dan beredar begitu sahaja. Rakan subahat rupanya. Satu aktiviti merompak secara terancang. Aku memikirkan apa yang terjadi pada mereka selepas itu. Mungkin mereka mampu menjual projektor itu paling minima pun dengan harga RM2,000. Beli apa ya? Beras? Handphone? Hantar sedikit ke kampung untuk bonda tersayang?
Beli syampoo baru? Bayar zakat? Atau mungkin belanja marka makan roti canai di Restoran Hakim.


"Okey siap", tukang gunting memecah lamunanku. Setelah membayarnya, aku terus melangkah keluar, dan di kepalaku masih buntu memikirkan apa kesudahan hidup lelaki Melayu pencuri projektor. Mungkin selepas ini dia akan merancang satu rompakkan yang lebih bergaya. Mencuri baju yang mamak itu sedang pakai. Mungkin........

12 comments:

  1. Semakin membangun sesuatu kawasan ia turut seiring dengan pertumbuhan segala macam jenayah. Apakah kerana sukar mencari wang. Teruja dengan kegemerlapan kota, datang dan kemudian terperangkap dengan kemiskinan bandar. Atau memang itu cara nak cari wang. Sebentar nanti apabila ekonomi semakin sukar, kejadian jenayah juga semakin lebar. Teringat cerita orang tua dizaman Jepun, padi pun hilang dalam kepok.

    ReplyDelete
  2. bila ikut aras dunia, orang jadi tamak. kena ikut trend, handphone baru, rim motor baru, seluar jeans RM200-300. nanti apa pula kata member.

    bukan terdesak.

    ReplyDelete
  3. perompak tak kan merompak kalau ada yang namenyer iman dalam hati..huhuhu...sian pada keluarga dia kalau duit tu buat beli beras...

    ReplyDelete
  4. ish3...tp cta ne mcm novel plak....bez plak di baca...hehe...tp cian dengan pencuri 2 kan blum dapat hidayat gk...

    ReplyDelete
  5. heheh...mcm citer hindustan la pulok...

    adoiii..kalau dh terdesak mcm tue la manusia

    janji kita-kita x buat...itu yg penting

    niat tidak menghalalkan cara...walau apa2 sekalipun

    ReplyDelete
  6. hai salam kenal
    biasalah 2 penjenayah kat semua tempat ade

    ReplyDelete
  7. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Pok Li, itu yang menjadi tanda tanya. Tapi yang lebih memelikkan aku, merompak dan mencuri sudah dijadikan sebagai hobi. Huh. ;-(

    bumilangit, biar papa asal bergaye. Huh, Melayu kena acu baju pada badan sendiri, jangan sampai kerana kemewahan yang sedikit natijahnya seluruh bangsa ini dipandang hina, rendah martabat.

    fahana_ann, heh. perlu dikaji semula sistem pendidikan kita kerana kita telah ramai sangat melahirkan perompak dan penyamun yang berjaya, melahirkan penipu dan pencetak rompak berjaya.

    PIANED, heh, ha ha ha ha, baru ko tahu aku pun boleh tulis macam ahadiat aqasha, hohohoho.( I hope)

    Jawahir, nanti aku tambah nyanyi-nyanyi, baru real hindustan pastu jemput DATOK Shah Rukhan berlakon, hohohoho.

    Memang tapi bila difikirkan sampai bila kita mahu membiarkan kemungkaran terus berlaku, memang mati kubur asing-asing, hehehehe. Tapi Islamkan bicara Jemaah, bicara masyarakat. Heh.

    teddi, salam kembali, heh. entah. heh

    ReplyDelete
  8. adehhh. projektor pun nak curi kerrr... agaknya diorg nak merasa tgk wayang kat rumah kot. isk. tak paham tol.

    p/s-diya slalu tertukar projekter dgn protecter [sejenis pembaris yg digunakan utk melukis, heh].

    ReplyDelete
  9. ;-)

    Tu la pasal diya hehehehe. kesian jugak kat mamak itu dan yang paling kesian kat aku ler tengah syok tengoh ceriter die potong 'stim' plak. huish.....

    ReplyDelete
  10. salam perdamaian,,banyak sekolah yang tak berkesan

    ReplyDelete
  11. bila keadaan makin mendesak, manusia yang tak berilmu dan berakal akan sanggup memulakan apa saja... mulanya dengan yang kecil-kecil, nanti-nanti yang lagi hebat. mula-mula dengan curi/ragut beg, duit, apa saja. lepas tu berani rompak ATM machine. lagi hebat bila boleh buat bom dari tong gas... uish, tak sangka ye.

    nak salahkan, mereka dalam keadaan tak mengetahui, tak berilmu, atau tahu tapi tak mampu fungsikan akal, atau mungkin tak nampak jalan anjakan...

    ada kemajuan, akan ada penindasan
    ada penindasan, akan lahir keberanian
    ada keberanian, akan serlah kebangkitan

    ~pheonix bangkit~

    ReplyDelete