Nov 11, 2008

MELAYU MATI tapi hati-hati






Memenuhi permintaah bro. Aboo

1. Secara peribadi aku lihat, bagus di adakan program 'ilmiah visual', seperti yang di buat oleh sahabat-sahabat mengeluarkan vcd kematian, dan aku yakin mereka-mereka ini melakukan dengan tujuan yang positif(walaupun lepas tu jual dapat duit).

2. Carilah topik lain untuk di visualkan diantara sebabnya siapa dari kita yang dah mati yang tahu keadaan sebenar apa yang berlaku di alam barzakh?, Aku khuatir manusia-manusia yang bebal akan mengambil video ini untuk dijadikan fakta dan panduan, bukankah kata Allah dalam surah Al Israa' ayat ke-85,

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."

3. Kepada cikgu atau motivator yang menayangkan vcd pada kanak-kanak, aku tahu memang kau orang suka tengok anak-anak ketakutan, menangis dan trauma, memang ada anak-anak yang mampu 'digest' isi video tersebut namun ada yang kurang mampu, waima yang sudah dewasa(bila aku cek dekat komen-komen yang lain), masih ada yang menyatakan vcd ini menakutkan(walaupun aku gelak berguling-guling, sebab mayat die kelakar...he he he he). Maka tolong pertimbangkan melainkan kalau ada insurans, sekurang-kurang kalau ada cikgu yang kena belasah oleh ibubapa sebab menayang vcd ini takdalah susah selepas itu(apa yang aku merepek).


4. Tidak digalakkan membuat sebarang spekulasi atau persangkaan mengenai apa sahaja perkara yang kita sendiri tidak ada ilmu mengenainya. Kata Allah dalam Yunus: ayat ke-36.

Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
"Maa Robbuka?" (siapa Robb(pengatur) kamu?) , he he he nanti jawab Demokrasi yang mengatur aku......keh keh keh......dan untuk selanjutnya sila dengar dan teliti pula video dibawah, yang memperlihatkan kebodohan kita mengenai kematian(tiada kena mengena dengan entry)..


7 comments:

  1. salam..
    terima kaseh sbb singgah blog saya..
    btw, nice blog.. good entries..

    =)

    ReplyDelete
  2. salam..menakiutkan sungguh mcm lawak ujang je vcd mayat nie..hehehe

    ReplyDelete
  3. Pendekar!

    Kawan gua ada tgk klip ni, dia amoy buddha. "Wahhh...manyak teruk wooo,hidup pun susah...mati pun susahhh...!takot loo, jadi Islam..masuk kubur byk soal...!"

    Woowww..Gua rasa,kita yg Islam ni terlalu expose sangat lah pasal benda2 nih. Nak dakwah secara halus pun susah...!Terlalu kena ikut rentak..Haiya!Tu laa...bila dah berkawan,ingat nak ajak kawan masuk syurga sekali!Ishhh...

    Ntah la Pendekar,Lu sambung....

    Ops...Pendekar!Soalan dari kawan gua,tak reti nak jawab; Apa2 fatwa oleh Majlis Mufti utk Islam je kan?Takde kena mengena dgn Si Kafir kan?!Macam hudud tu semua...

    Opss...Lagi satu,kasi kuliah hudud pulakkk!Kawan2 kafir gua byk tanya gk soal isu potong2 tangan nih...Please!

    Kongsi Ilmu!Huhu..

    Roger!

    ReplyDelete
  4. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    anonymous nola, kasih diterima.....herk..... insyaallah akan aku 'turbo'kan lagi blog dan seisi 'entry'nya

    nazirul mubin, hari2 aku jumpa mayat...... yang pelik mayat boleh bercakap.....hehehe..... bila lah hati diaorang nie hak hidup?

    en_me, welcome bro....

    Aboo, he he he he..... dan macam biasalah bro....... aku jadikan komen bro sebagai entry..... hehehe...... ok jugak sekurang2nya aku tak kering idea....wakaka

    ReplyDelete
  5. wahai jiwa yang tenang...mungkin diorng masih bertenang dan tido kot..hehehe

    ReplyDelete
  6. salam...

    surah Al Israa' ayat ke-85,

    Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete